Saudaraku... My Kins...

Khalifahku... My Caliph...
Lima hari lepas...

Si Nizam mengejutkan si botak yang masih lena dibuai mimpi. Si botak yang masih di antara dua alam mengenggam telefon yang disua.

Kekanda Tikus :

"Ni nak bagitau satu hal. Jangan terkejut. Apak jatuh dalam bilik air. Dia dalam perjalanan ke hospital"

Si botak bingkas menarik saki baki diri dari alam indah di seberang. Mula menekan nekan kekunci evolusi En Graham Bell untuk mendapat gambaran yang lebih menyeluruh akan tragedi yang maha dahsyat.

Khalifahku (Bapaku) terjatuh di dalam kamar mandi!

Si botak terbelah dua hatinya. Antara mahu pulang atau tidak. Si botak tidak bisa memandu. Harus bergantung pada ihsan teman teman. Si Nizam dan yang lain lain punya urusan penting. Si botak meraung dalam sunyi.



Akhirnya, si botak gagahkan diri lantas menuju ke Terminal Pudu dengan dibantu Si Nizam. Si botak akhirnya diletakkan Si Nizam ke dalam bas TransNasional menuju ke Kuantan. Berdegup kencang nian jantung si botak. Sendiri di dalam bas dan memikirkan nasib Khalifahku...

Kini...

Khalifahku semakin pulih. Meskipun belahan besar terukir di belakang batu jemalanya meskipun terselindung dek sejuring kain balutan. Khalifahku semakin segar biarpun sesekali tersekat nafasnya dek menanggung sakit.

Khalifahku yang sudah lebih lapan dekad usianya, berbalut namun masih terukir senyum

Khalifahku seorang lelaki yang tak pernah mengeluh dalam membesarkan anak anak. Biarpun Khalifahku sangat tegas dan banyak leternya, dialah segala gala buat si botak. Khalifahku seorang pejuang. Tak pernah berundur walau sekali. Kini usianya sudah lebih lapan puluh namun dia tetap berdiri utuh membela keluarga. Dialah wira si botak!


....................................................................



Five days ago ...

Si Nizam awoken si botak from a deep sleep. Si botak still in between the two realms, grabbed the phone handed by him.


Kekanda Tikus :

"I want to tell you something. Don't be alarmed. Apak fell off in the bathroom. He's now on his way to the hospital"


Si botak straight away pull off the remaining self in the realm of the dream. Started to push the keypad on Mr Graham Bell's creation's evolution to secure a better view on the tragedy.


My Caliph (My father) fell off in the bathroom!


Si botak was torn apart. Whether to go back or not. Si botak could not drive. Has to depend on friends' mercy. Si Nizam and the rest were occupied on other matters. Si botak screamed silently.


Finally, si botak went to Pudu Terminal after pulling self together with Si Nizam's aid. Si Nizam placed si botak on a bus to Kuantan. Si botak's heart was pounding ever so strong. Alone on a bus and thinking of the fate of My Caliph...


Now...


My Caliph is healing though there is a big wound decorating the back of his head hidden by a piece of bandage. My Caliph is getting better though there will be time he would be having difficulty breathing for fighting the pain.


My Caliph is now more than eighty years old, wounded and still managed to smile.
My Caliph is a man whom has never complaint in raising his children. My Caliph is extemely strict and love to nag, yet he is everything to si botak. My Caliph is a fighter. Never retreated, not even once. Now in his eighties, he is still standing proudly protecting his family. He is si botak's hero!
Bila Genta Berbunyi... When A Bell Rings...
Si botak dalam proses membersih sarang. Dalam asyik amat, si botak bertemu kembali dengan seutas gelas kaki perak yang sudah lama luput dari kotak fikir. Si botak mengangkatnya.

Berbunyi genta...
Bergegar hati dan fikiran. Luruh segala dinding yang membendung satu memori. Jatuh, satu persatu.

Berbunyi genta...
Berkocak rasa. Segalanya bercampur kini. Marah, sedih, riang. Teradun bersama mencetus tawa dan air mata.

Berbunyi genta...
Menerawang jauh. Terdampar di suatu masa. Tika si botak masih belum kenal diri, masih belum kenal dunia. Seutas gelang ini tersarung di keting kiri. Disarung oleh dia, yang sangat mengerti.

Berbunyi genta...
Mendakap rindu. Digenggam erat agar tak lucut lagi. dia tak lagi bertandang. Si botak tak pula menyusul jejaknya. Saat titik air mata mencecah lantai, si botak tersedu mengikut alun genta nan berbunyi.

..........................................................................................


Si botak in the proses of cleaning the nest. While too indulged, si botak met with the silver anklet that disappeared from mind for ages. Si botak lifted it up.


A bell rings...
The heart and mind shake. Walls that used to surround a memory, collapsed. Pieces by pieces.


A bell rings...
Feelings started to shatter.Everything was mixed up. Anger, sad, happy. Blended together and triggered laughter and tears.


A bell rings...
Flying far away. Smashed on once upon a time. When si botak did not know himself, still had not known the world. This anklet resided on the left ankle. put by someone, whom understand.


A bell rings...
Embracing the yearn. Holding tightly so it would not slipped again. That someone has never returned. Si botak failed to trace the trails. The moment a drop of tears touched the floor, si botak sobbed following the rhythm of the bell.
Allah, Tuhan Islam? Tuhan Kristian?... Allah, Islam's God? Christian's God? ...
Si botak bermalas malas sambil mengenang kembali. Bermacam perkara timbul. Kebaikan dan keburukan yang si botak lakukan, terhampar di depan mata. Si botak terkedu. Carik kata kata terngiang ngiang...


Tuhan kita bukan Tuhan mereka... Mereka pasti berniat jahat bila nak samakan Tuhan kita dengan Tuhan mereka...


Jika Allah tiada anak berdasarkan makna, maka Allah bukanlah Tuhan yang tampil melalui si Anak (Jesus). Jadi bagaimana pula penggunaan Allah oleh Kristian akan membawa kepada kekeliruan.. dan akan jadi lebih teruk?


Dua suara yang hampir sama namun tak serupa. Masing masing cuba menyatakan pendirian dan semestinya mahu menang.


Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Si botak tak pandai. Namun si botak teringat ucap kata para ustaz, ustazah, yang selalu ingatkan, Allah rahman (pemurah) pada semua umat manusia dan rahim (penyayang) pada umat Islam.


Si botak terdengar dengar pula ucap kata teman teman berbangsa Tiong Hua di kampung. Ucap seperti Lailahaillallah, Astaghfurulahal'adzim, masya'allah, meniti di bir mereka. Malah dalam cerita P Ramlee, Ali Baba Bujang Lapok, watak Apek juga selalu cakap, Tuhan Alla.


Bukankah Kristianiti dan Yahudi adalah penerima awal seruanNya, namun jadi sesat dan ingkar? Jadi secara dasarnya mereka tetap sembah Allah cuma tersasar akidahnya? Betulkan jika si botak tersilap.


Malah Dr Fatma El Zahra juga pernah menceritakan, di Mesir terdapat ramai Kristian yang juga menggunakan Insya'allah & Masya'allah. Haruskah kita jadi begitu marah bila Kristian gunakan nama Allah? Kenapa tak marah bila soal mas kahwin tak langsung mengikut ajaran Allah? Kenapa tak marah bila soal kahwin 4 juga tak mengikut seruan Allah seperti di dalam ayat 3 Surah An Nisa'? Bukankah juga dengan menimbulkan isu ini, kita seakan mengatakan ada TUHAN LAIN pula selain Allah?

Si botak termenung jauh. Si botak tak ada jawapan. Namun si botak cetuskan secalit api agar jawapannya timbul juga akhirnya.


.............................................................


Si botak is being lazy while reminiscing. A lot of things emerged. All the goodness as well as the weaknesses si botak did, flashes back. Si botak was speechless. Pieces of words echoing...


Our God is not their God... They must have some hideous intention when decided to equalify our Go to theirs...


If Allah has no Son by definition, Allah is not the God who revealed himself in the Son. How then can the use of Allah by Christians lead to anything but confusion …and worse?


Two almost identical voices yet not at all the same. Each tries to state their opinions and of course want to win.


Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah the Most Generous and Most Compassionate


Si botak is not knowledgable. Yet remember words said by the ustaz, ustazah, reminding, Allah is rahman (generous) towards all mankinds and is rahim (compassionate) to Moslems.


Si botak is hearing then words uttered by some Chinese friends in the village. Words such as Lailahaillallah, Astaghfurulahal'adzim, masya'allah, are often said by them. Even in P Ramlee's movie, Ali Baba Bujang Lapok, the Apek character have said , Tuhan Alla.


Isn't that Christianity and Jewism are the first people whom received the early revealation, yet then became strayed and disobidient? Thus, basically they still worship Allah though strayed? Do correct this if si botak was mistaken.


Even Dr Fatma El Zahra once told that, there are many Christians in Egypt and they also use, Insya'allah & Masya'allah. Must we be so upset when the Christians decided to use Allah's name? Why have us not be mad when the mas kahwin (wedding's gift from husband to wife) is not following Allah's rules? Why have us not be angry when the poligamy is also not exacly as stated in Surah An Nisa'? By the way, isn't that by revolving around this matter, we somehow admit that there are OTHER GODS beside Allah?


Si botak was drifting. Si botak doesn't have the answer. Still, si botak tried to spark a flame so that the answer shall be here in the end.
Legasi Sebuah Empayar ... An Empire's Legacy...
Si botak sedang membuai diri agar dapat lena. Namun, tak juga hanyut. Lantas si botak mendengar rakaman - rakaman lama yang si botak simpan. Tersenyum sendiri mendengar suara bidadari - bidadari yang sudi membantu di suatu masa dahulu. Apa agaknya khabar kalian?


Si botak tertarik bila mendengar suara manis J bukan nama sebenar (hahaha!) yang asyik membaca mengenai kegemilangan sebuah empayar di Asia Tengah. Empayar yang cukup luas sehingga berjaya menguasai tampuk pemerintahan Mesir Purba.


Empayar Farsi atau Parsi merupakan sebuah kerajaan yang sangat hebat. Bermula dengan kemunculan Empayar Madyan yang diasaskan oleh Madyan ibn Nabi Allah Ibrahim Khalilullah sekitar 525 sebelum Masehi sebelum dikuasai pula oleh keturunan Kurus atau Cyrus The Great dibawah Empayar Achaemenid dan diakhiri oleh Empayar Sasaniah pada sekitar 643 dan 650 Masehi melalui salah satu medan perang terkenal iaitu Peperangan Nihawand.


Apa yang menarik ialah legasi keturunan empayar ini. Pabila keluarga Sasaniah tewas, Huraits bin Jabir al-Hanafi yang telah dilantik untuk menjaga tanah Parsi telah menyerahkan dua puteri Yazdigird III ibn Shahriyar ibn Khusrow iaitu Maharaja Parsi terakhir kepada Saidina Ali Karamullah Wajhah radhiallahuanh.


Salah seorang puteri ini, Puteri Syahrubanu atau juga dikenali sebagai Syahzanan telah diambil menjadi menantu Saidina Ali, dikahwinkan dengan Saidina Hussain radhiallahuanh. Hasilnya, lahirlah Imam Ali Zainal Abidin yang juga dikenali sebagai Ibn Al Khyaratayn (putera dari dua yang terbaik; Arab Quraish & Farsi). Sebermula dengan ini, lahirlah jurai keturunan Sayyid & Habaib yang akhirnya bertandang ke Tanah Melayu dan menguasai tampuk pemerintahan di sini. Malah, hampir semua Kesultanan Melayu pada masa sekarang masih boleh menjejak keturunan mereka melalui salasilah ini. Sebagai contoh, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah juga sebahagian keturunan ini melalui Bunda Baginda, Sharifah Nong Al Saggaf.


Masih panjang kisah ini, namun si botak terasa berat pula mata ini. Kiranya ini adalah mukadimah terhadap satu lagi artikel di masa akan datang. Si botak harap dapat bertemu dengan ??? sejelita anak - anak Raja Farsi... hehehe...


.........................................................................................................

Si botak is trying to get some sleep. Still, si botak couldn't. Si botak then listened to recordings saved from the good years. Smiling when hears the sweet angelic voices. How are you guys?


Si botak drawned when hear the J's voice affectionately reading about the greatness on an empire di Central Asia. An empire so vast that once managed to conquer the ancient Egyptian.


The Persian Empire was a great government. It began with the Median Empire founded by Madyan ben prophet Abraham circa 525 BC before it was governed by the Achaemenid, the descendant of Cyrus the Great and finally ended in the reign of Sasanid Empire around 643 and 650 AD in one of the famous battle of all time, the Nihawand Battle.


The most interesting part is the legacy of this empire. When the Sasanids were defeated, Huraits bin Jabir al-Hanafi was appointed to govern the Persian land, had given two Yazdigird III ibn Shahriyar ibn Khusrow's (last Persian Emperor) princesses to Saidina Ali Karamullah Wajhah radhiallahuanh.


One the princesses was Syahrubanu or also known as Syahzanan had been married to Saidina Hussain radhiallahuanh. Imam Ali Zainal Abidin whom also known as Ibn Al Khyaratayn (prince of two of the best ; Quraish & Persian) was born. Starting from him, the Sayyid & Habaib which travelled to the Malay Archipelago and became the rulers. Most of the Malay Sultanates (whether still ruling or had been dethroned) could easily trace their descendancies through this bloodlines. For instance, His Majesty Yang Dipertuan Agong Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin is also from this family through His mother, Her Royal Highness Sharifah Nong Al Saggaf.


This is indeed a long story to be told, yet si botak is almost asleep. This is an introduction to the forth coming article. Si botak wishes to meet ??? as charming as the Persian King's offspring... hehehe...
Topeng - Topeng... The Masks...
Hidup ini memang macam roda. Ada masa duka dan ada masa ria. Si botak termenung mengenang betapa berpusingnya roda hidup sedari dulu sampailah si botak berada di tempat ini. Semalam si botak masih dalam dakapan mesra Mem Besar dan hari ini si botak mendakap diri sendiri.


Kita semua sangat melucukan. Masing - masing cuba memakai topeng baik untuk menyembunyi kehodohan masing - masing. Sarung jilbab dan sopan santun namun nanah membuak di sebalik semua itu. Semua sebenarnya nak pijak dan bunuh orang lain agar terus hidup dengan senang. Bila terkuis sedikit segala topeng, menampakkan rupa sebenarnya, terus menyarung topeng mangsa agar tidak dipandang salah. Ada juga yang cuba pakai mekap berinci inci dan melalui pelbagai pembedahan agar terkatup semua cela. Perlukah? Kita malu dengan orang, tapi dengan DIA? Tak perlu malu? Perlukah juga kita malu dengan anugerahNya?


Si botak sedang cuba nak buang jauh jauh segala topeng ini. Si botak sedang belajar nak terima kurnia tuhan walau sepekung mana hakikatnya. Si botak nak usaha agar terima segala nasib serta ujian dengan gembira, tanpa babitkan mana mana insan lain. Kita yang pilih segala perbuatan kita kan? Si botak juga tengah cuba untuk menghargai kurnianNya tanpa mengeluh.


Boleh kalian tolong si botak capai semua ini?


.......................................................................................................


Life is indeed like a wheel. There will be joy as well as sadness. Si botak sat and thinking on how the wheel has spinned from the beginning till si botak is here now. Yesterday si botak was still in Mem Besar's hug and today he is hugging himself, all alone.


We are a bunch of funny folks. Everybody tries to put the 'goodie goodie' mask as to cover up each other's flaws. Put on scarfs and manners yet the dirts are erupting behind those masks. Everyone is trying to step upon and kill everybody else in the name of survival. When the mask is removed though a bit, revealing the truth, we will quickly put the victim's mask, so that we will be seen as innocent. Not to mention those whom put God knows how many inches of make up and gone through tonnes of plastic surgeries just to seal all defects. Is it necessary to do so? Do we have got to be embarassed of human, not of HIM? Do we have also to be embarassed of HIS gifts?


Si botak is trying to get rid of all the masks. Si botak is also aiming in embracing GOD's gift though how flawed it is. Si botak is learning still on accepting all HIS trials, without involving others. We choose how to react on everything, right? Si botak is also struggling to value all HIS gift with no complaints.


Could you guys please help si botak to achieve all these?





Secebis Syurga Di Ampang Hilir.... A Piece Of Heaven In Ampang Hilir
Salam. Semalam si botak bersantai - santai bersama teman di rumah. Masing - masing sibuk berkongsi "koleksi cerita seminggu", cerita tentang pengalaman mereka pada minggu lepas. Aneka ragam kisah yang dikongsi. Ada yang lucu, ada yang sedih, ada yang lucah...Hehehe. Namun, cerita si Nizam yang paling menarik.


Minggu lepas, hari Khamis, 12hb Februari 2009, Nizam telah membantu pasangan jiran yang lembut tuturnya, Puan Wahida & En Hashim. Pasangan ini dikurniakan seorang anak yang sangat Istimewa, Mohd Safuan.


Adik Mat (nama manja Mohd Safuan) perlukan kerusi roda baru. Maka Nizam telah menghubungi Puan Elahe Norman (Pengerusi Tasputra PERKIM Klik sini untuk ke laman web ) untuk bantuan. Ini adalah kerana kerusi roda yang si botak guna sekarang juga diusahakan oleh Puan Elahe. Dipendekkan cerita, dapatlah Adik Mat kerusi roda itu.


Apa yang cuba si botak kongsi ialah, bagaimana usaha Puan Elahe (seorang rakyat Iran yang dah duduk di Malaysia lebih 30 tahun) dan seorang lagi wanita istimewa, Puan Kathleene Muna Othman (yang dah balik ke London setelah hampir 40 tahun di sini) berusaha membantu OKU di Malaysia. Mereka berdua bersungguh - sungguh, bersusah payah dalam merealisasikan penubuhan Tasputra PERKIM; sebuah taman asuhan khusus bagi kanak - kanak istimewa.

Inilah sebenarnya antara secebis syurga di dunia. Penghuninya adalah anak - anak istimewa yang sememangnya, antara penghuni syurga nanti. Rasa sungguh bertuah Si Nizam dapat ke sana dan menggembirakan anak - anak ini. Saidina Ali KaramullahuWajhah pernah bersabda, "Bahagiakanlah orang - orang cacat dan Insya'Allah akan terbuka satu pintu syurga buat kalian". Jadi tunggu apa lagi, mari kita lawati 'syurga di Ampang Hilir ini (Tasputra)' dan lain - lain rumah OKU. Bahagiakanlah penghuninya. Tak rugi pun...




Inilah adik Mohd Safuan (atas kerusi roda)


This is adik Mohd Sapuan (on wheelchair)


di belakang (dari kiri) Puan Hajah Elahe Norman, Puan Wahida, En Hashim


behind (from left) Puan Hajah Elahe Norman, Puan Wahida, En Hashim








(dari kiri) Puan Elahe, anak - anak istimewa Tasputra, Puan Grace (pembantu


paling lama di Tasputra)


(from left) Puan Elahe, the special children of Tasputra, Puan Grace (the most senior helper in Tasputra)



Antara aktiviti iaitu fisioterapi yang dilakukan bagi membantu adik - adik di Tasputra


Some of the activities held in Tasputra, physiotherapy as to help the children


..................................................................................................


Salam. Yesterday si botak hanged around with the boys at home. We were sharing our "a week's stories", stories of their experiences throughout last week. Various stories were shared. Some were funny, some were sad, some were lewd.... Hehehe. yet, Nizam's story was on top of every stories.


Last week, on 12th February 2009, thursday, Nizam has helped our neighbour, a couple which are so soft spoken, Puan Wahida & En Hashim, they were blessed with a very special child, Mohd Safuan.


Adik Mat (Mohs Safuan's nick name) needs a new wheelchair. Nizam contacted Puan Elahe (Tasputra PERKIM Chairman Click here to the website) for help. This is because si botak's wheelchair also obtained by her effort. To make a long story short, Adik Mat got the wheelchair.


What si botak is trying to share is the effort of Puan Elahe (an Iranian whom has stayed more than 30 years in Malaysia) and another remarkable lady, Puan Kahtleen Muna Othman (whom had gone back to London after stayed more than 40 years in Malaysia) to help the disable here in Malaysia. Their sweats and tears has brought this centre, Tasputra PERKIM to reality.


This is actually a piece of heaven on earth. The children here are the one whom has been confirmed to go to heaven. Nizam was so lucky to be able to be there and make the kids happy. Saidina Ali KaramullahuWajhah once said, "Make the disabled happy and there should be one door of heaven open for you" So what are we waiting for, go to this piece of heaven in Ampang Hilir(Tasputra), and other OKU home. Make them happy. There is nothing to loose...



  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter