Saudaraku... My Kins...
Salam,
Beberapa lama tak kemari, akhirnya si botak menjelma. Banyak sangat rintangan yang muncul yang akhirnya membawa kepada ghaibnya si botak dari laman ini. Hari ini si botak sangat gembira bila mendengar segelintir blogger 'gergasi' mula mengadakan gencatan senjata BLOGGER CEASED FIRE! (CEDUKAN DARIPADA LAMAN SH ALATTAS). Alhamdulillah!
Beberapa lama tak kemari, akhirnya si botak menjelma. Banyak sangat rintangan yang muncul yang akhirnya membawa kepada ghaibnya si botak dari laman ini. Hari ini si botak sangat gembira bila mendengar segelintir blogger 'gergasi' mula mengadakan gencatan senjata BLOGGER CEASED FIRE! (CEDUKAN DARIPADA LAMAN SH ALATTAS). Alhamdulillah!
Si botak tertanya - tanya, mengapa berpecah sangat Orang Melayu kini. Si botak cuba tak mahu berat sebelah atau prejudis. Namun setelah penat pusing keliling si botak tetap bertembung jawapan yang ini, POLITIK!
Perlukah kita kepada satu perkataan yang lahir kira - kira 2500 tahun yang lalu ini? Mengikut sarjana Barat perkataan dan pemikiran politik ini lahir daripada tamadun Yunani purba yang dikatakan pada masa itu tidak menerima wahyu Allah yakni tiada seorang Nabi atau Rasul yang diturunkan kepada kaum ini (menurut laman Khilafah 'Ala Minhajin Nubuwwah). Maka, hasilnya lahirnya satu fahaman yang telah digunapakai oleh segenap rantau dunia ini iaitu fahaman POLITIK. Apa itu POLITIK?
Para ahli politik berbeza pandangan di dalam memberikan definisi/batasan politik. Namun sasaran politik itu pada hakikatnya tertumpu pada negara dan kekuasaan. Prof. Mr. Dr. J. Barents alam bukunya, Ilmu Politik: Suatu Perkenalan Lapangan, 1953, halaman 19 (terjemahan LM. Sitorus) mengatakan, “Ilmu politik ialah ilmu yang mempelajari penghidupan negara. Ilmu politik diserahi tugas untuk menyelidiki negara-negara itu, sebagaimana negara-negara itu melakukan tugas-tugasnya. W.A. Robson dalam The University Teaching of Social Sciences, menyebutkan, “Ilmu politik mempelajari kekuasaan dalam masyarakat ...”. Batasan ini sama dengan Deliar Noer dalam Pengantar ke Pemikiran Politik, yang menyebutkan, “Ilmu politik memusatkan perhatian pada masalah kekuasaan dalam kehidupan bersama atau masyarakat.” (Meriam Budiardjo, Dasar-dasar Ilmu Politik, Gramedia Jakarta, 1983, halaman 10).
Apapun definisinya, bagi si botak POLITIK adalah fahaman yang akhirnya melahirkan puak - puak yang akan sentiasa berbeza pandangan malah mungkin juga sentiasa bertelagah. Perlukah kita akan fahaman yang akan menjadikan kita berpuak - puak?
"Dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta dirikanlah solat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah. Yaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.” (QS.Ar-Rum:31-32)
Apa POLITIK ini bersesuaian dengan wahyuNYA yang dibawa KEKASIHNYA?
Bila disoal kepada POLITIKUS - POLITIKUS atau orang yang berpolitik, apakah tujuannya anda berpolitik? Jawapannya pasti, Lillahi Ta'ala. Benarkah? Atau Li Power & Li Harta semata - mata? atau sekadar mengukuhkan kedudukan ekonomi dan menegakkan fahaman tertentu sahaja?
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian pada tali Allah seraya berjama’ah, dan janganlah kamu berfirqah-firqah (bergolong-golongan), dan ingatlah akan ni’mat Allah atas kamu tatkala kamu dahulu bermusuh-musuhan maka Allah jinakkan antara hati-hati kamu, maka dengan ni’mat itu kamu menjadi bersaudara, padahal kamu dahulu nya telah berada di tepi jurang api Neraka, tetapi Dia (Allah) menyelamatkan kamu dari padanya; begitulah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu, supaya kamu mendapat petunjuk.” (Ali ‘Imran:103 )
“Sesungguhnya Allah itu redha kepada kamu pada tiga perkara dan benci kepada tiga perkara. Adapun (3 perkara) yang menjadikan Allah redha kepada kamu adalah: 1). Hendaklah kamu memper ibadati-Nya dan janganlah mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, 2). Hendaklah kamu berpegang-teguh dengan tali Allah seraya berjama’ah dan janganlah kamu berpuak - puak, 3). Dan hendaklah kamu sentiasa menasihati kepada seseorang yang Allah telah menyerahkan kepemimpinan kepadanya dalam urusanmu. Dan Allah membenci kepadamu 3 perkara; 1). Dikatakan mengatakan (mengatakan sesuatu yang belum jelas kebenarannya), 2). Menghambur-hamburkan harta benda, 3). Banyak bertanya (yang tidak ber faidah).” (HR Ahmad, Musnad Imam Ahmad dalam Musnad Abu Hurairah, Muslim, Shahih Muslim: II/6. Lafadz Ahmad)
Si botak rasa tak perlu bercakap panjang lebar. Sudah jelas lagi nyata APA YANG DISURUH YANG MAHA KUASA & PESANAN KEKASIHNYA...
POLITIK - Perlukah kita?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
selamat kembali
Selamat kembali dik. Kami tak jemu menanti :)
Salam Muha,
Alhamdulillah, tersenyum gembira saya melihat Muga kembali blogging :)
errr... English version? ;D