Saudaraku... My Kins...

Semangkuk Sup Setitis Kasih... A Bowl of Soup A Drop of Love...
Dah dua hari si botak tak kemaskini laman ini. Si botak kelelahan sebenarnya kerana siang hari kini si botak menjadi pengasuh.


Semalam merupakan hari yang sangat berbahagia. Kak Lily dan kekanda cahaya jiwanya, Abang Razak, datang bertandang ke teratak si botak dan membawa lauk pauk untuk makan tengahari. Ada sup tulang, ayam goreng, sambal belacan dan epal. Enak sungguh rasanya. (jangan cemburu ya... :P)


Kepada Kak Lily dan suami, kami di teratak ini berasa bertuah dapat merasa air tangan akak dan limpahan kasih abang.


Si botak bersyukur kerana persaudaraan kami diberkati. Semoga ukhuwah yang terbina ini akan terus dirahmati. Amin...


.....................................................


It has been two days since si botak last updated this site. Si botak was actually worn out after being a nanny.


Yesterday was a happy day. Kak Lily and her ray of light, Abang Razak, came to visit si botak with dishes for lunch. There were carcass soup, fried chicken, sambal belacan and apples. They were all so delicious. (please don't be jealous ya... :P)


Dearest Kak Lily and husband, we in this humble hut felt so blessed and lucky to be able to taste your cookings and abang's love.


Si botak was so grateful because our ties is blessed. May this relation will be graced all the way. Amen...
Melayu Jahiliah?... Jahiliyyat (Barbaric) Malays?...
Si botak termenung jauh sebelum dapat mencatatkan tulisan ini. Segala perasaan bercampur. Bukan mudah untuk si botak tulis pada kali ini kerana ia adalah amanah dari Kekanda Tikus. Kekanda si botak yang seorang ini, walau tegas tutur dan tingkahnya, namun hatinya lembut amat. Mudah tersentuh.


Dua tahun yang lalu, 'pakaian' (sila rujuk Al-Baqarah ; 187 ) Kekanda Tikus telah tewas pada desakan serakah dan akhirnya hampir tercetus peristiwa hampir serupa dengan apa yang terjadi saat jahiliah. Kekanda Tikus dengan berat hati, bersetuju berkongsi 'pakaian' beliau itu dan akhirnya tidaklah terjadi satu peristiwa yang menyayat hati.


Baru baru ini pula di sebuah rancangan di TV3 dan akhbar kosmo! memaparkan pula kisah penemuan mayat bayi di Teluk Bahang yang telah dirobek robek oleh sang gagak. Maka Kekanda Tikus, mohon agar tulisan ini dipaparkan dilaman Anak Pak Aziz (beliau juga anak Pak Aziz, maka turut berhak ke atas laman ini).


Dengan berat hati si botak cuba tunaikan permintaan yang satu ini. Bukan si botak tak kisah tetapi lebih kepada terkedu. Terlalu terkejut, marah, geram dan benci akan perbuatan membunuh ini, sehingga lidah menjadi kelu, otak menjadi kaku.


Semua antara kita pernah ke sekolah. Pernah mengikuti kelas pengajian Fardhu Ain (sekarang digelar KAFA), pernah belajar bab sirah di kelas Pendidikan Islam. Si botak pasti pembaca muslim yang bukan dari Malaysia juga tahu akan hakikat ini. Arab Jahiliah sewaktu belum terbit Nur Islamiyyah, terutama dari Bani Tamim, menanam anak perempuan hidup hidup! Malah Saidina Umar Al Khattab juga pernah berbuat demikian tetapi sebelum melafaz ikrar suci, kalimah syahadah. Kini setelah hampir 1400 tahun sejak Muhammad SAW menerima wahyu pertama di Gua Hira', masih ada rupanya pembunuhan kejam sebegini.


Si botak mungkin faham akan perasaan si ibu yang sanggup membunuh anaknya sendiri ini. Banyak yang difikirkan mereka sebelum mengambil keputusan untuk menjadi pembunuh. Mereka mungkin memikirkan malu terhadap masyarakat. Mereka mungkin memikirkan nama baik keluarga.


Namun si botak ingin bertanya, Tak malukah kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa? Kenapa tak fikir soal maruah dan nama baik sebelum dengan murah hati menyerah diri pada nafsu?


Si botak mungkin juga faham akan perasaan si bapa yang sanggup berdiam diri dan lari daripada tanggungjawab ini. Mereka mungkin berfikir bahawa anak yang dikandung mungkin bukan anak mereka (alasan lari dari tanggungjawab yang paling klise), mungkin takut dengan penerimaan masyarakat, malah mungkin juga saja saja tak mahu betanggungjawab kerana yakin bahawa sempat bertaubat nanti, maka berseronoklah dahulu semasa muda.


Si botak nak juga bertanya, Tak bolehkah mengaku dan bertanggungjawab (meskipun benar bayi dalam kandungan tu bukan benih sendiri) atas niat untuk menyelamatkan si kecil dari dirobek sang gagak? Tak bolehkah betanggungjawab dan sama sama membimbing si gadis (dan diri sendiri) ke jalan yang diredhai?


Si botak tahu akan betapa kuatnya desakan nafsu. Si botak juga manusia. Meskipun cacat namun tetap ada keinginan syahwat. Cubalah bersabar. Sibukkan diri dengan pelbagai urusan. Aktifkan diri dengan aktiviti berfaedah seperti bermain futsal, buat kerja sukarela dan sebagainya. Jika dah tak tertanggung, melancap saja. Daripada berzina, kemudian berbohong dan akhirnya membunuh. Tiga dosa besar dah dilakukan semata mata mengejar nikmat yang sebentar.


Buat adik adik di luar sana. Percayalah, Tuhan itu Maha Adil, akan tiba masanya untuk setiap umatNya merasai nikmat yang sebentar itu. Belajar dahulu, libatkan diri dengan aktiviti berfaedah yang diminati dahulu, kumpul duit dahulu, kemudian barulah cari pasangan hidup. Tak perlulah terlalu taksub mencari pasangan sampai asyik berjumpa. Nak kenal hati budi mulanya, lama lama nanti, dari mata turun ke tangan, dari tangan terus merayap, kemudian akhirnya akan membunuh bayi yang tak berdosa.


Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.

(AnNisa':29)


..................................................................


Si botak was way out of this world before writing this entry. All were mixed up inside. It is not easy for si botak to write this time, as it was a huge responsibility rested on this shoulder by Kekanda Tikus. This big sis of si botak, though speaks and conducts herself firmly, has the softest heart. Easily touched by anything.


Two years ago, Kekanda Tikus' 'raiment' ( do refer to Al-Baqarah ; 187 ) had been succumbed to the raging lust and almost caused an abominable act as conducted during the dark age of Arab (the jahiliyyat time, before the rise of Islam). Kekanda Tikus was forced to share her 'raiment' and finally the monstrous act was prevented.


Recently, there was a show on TV3 and kosmo! daily newspaper highlighted a touching incident occured in Teluk Bahang where there had been a baby's corpse ravaged by crows. Thus, Kekanda Tikus, have asked this entry be published on Anak Pak Aziz's page (she is also Pak Aziz's offsprings, hence equally entitled over this page).


Sadly si botak tries to fulfill this request of hers. It's not like si botak doesn't care yet it's more like a numbness inside. Too much shocks, rages, and hatreds have caused the brain to freeze.


All of us had been to school. Here in Malaysia, moslems had attended the Fardhu Ain class (now known as KAFA), had learned the history chapter in Islamic Study. Si botak is also sure, moslems out of Malaysia are also aware of the state of Arab during the jahiliyyat era. Where by before the rise of Islam, most of the Arabs, especially those from Bani Tamim, tend to bury their daughters alive! Even our second Khalifah, Saidina Umar Al Khattab had done so, before he took the pledge of syahadah. Now after almost 1400 years after Muhammad SAW received the first verse in Hira' Cave, there are still this montrous murder occuring.


Si botak might understand the mothers' feeling, those whom have the guts to kill their own babies. There are a lot to think of, to consider, before decided to become a murderer. They might have thought of the humiliation and family honours.


Yet si botak would love to ask, Don't they have any shame towards The Lord? Why don't they think of humiliation and good name and family honours before surrender to their lust and desire?


Si botak might also understand the father's feeling, those whom chose to run from responsibilities. They might have thought about the uncertainty arised of whether the baby really is their ofsprings (the most clichés defense as to run from responsibility), might as well scared of the public acceptances, or maybe chose to run for thinking they are still young, why waste it on responsibility for they could repent in the future.


Si botak would also like to ask, can't they choose to take the responsibility (though it is true it's not their child) so that they could save the poor baby from being ravaged by crows? Can't they take the responsibility dan together (with the girl) finding the blessed path?


Si botak knows how hard it is the drum of lust beating inside. Si botak is also human. Though disabled still has sexual desire. Try to be patient. Make self busy with all sort of stuffs. Be active with beneficial actvities such as joining futsal, do volunteer works, and so on. If still the desire is unbearable, masturbate. Better than committing adultery, then lying as to cover it and finally murdering an innocent soul. There would be a change committing three greatest sins as to enjoy just a brief of excitement.


To youngsters out there. Believe it, The Lord is The Most Just and Merciful, there will be time for all people to experience the brief excitement. Studying first, enjoy ones' hobby, saving, then look for companion. Don't have to be too eager in finding the better half, till keeps on having a date. Instead of trying to get to know oneself better, it will finally moved on to the next level and finally a murder of an innocent baby is committed.

O ye who believe! Squander not your wealth among yourselves in vanity, except it be a trade by mutual consent, and kill not one another. Lo! Allah is ever Merciful unto you.

(AnNisa':29)

Kekesalan Sang Pencinta... A Lover's Regret...
Si botak dedikasikan tulisan kali ini buat semua yang curang di luar sana. Tak kira lelaki atau perempuan. Antara sonata terakhir karya Shakespeare, iaitu sonata ke 152 (daripada 154).


Shakespeare terkenal sebagai insan yang sangat meraikan cinta. Hampir keseluruhan sonata karangan beliau adalah mengenai cinta mendalam beliau terhadap seorang perempuan. Anak anak sekarang belajar sonata ke 18 di sekolah. Betapa hebatnya cinta Shakespeare terhadap perempuan hingga beliau karangkan sonata ke 18 yang membanding kejelitaan wanita berkenaan dengan segala yang cukup indah.


Sonata ke 152 ini merupakan bukti bahawa Shakespeare juga seorang yang curang. Lebih dahsyat, curang dengan seseorang yang bergelar isteri kepada lelaki lain. Mari kita susuri bait bait indah yang sebenarnya bersulam kekesalan dan pengakuan yang teramat memedihkan jika didengari oleh kekasih gelapnya. Betapa kesal kerana beliau menipu demi mendapatkan kehangatan di ranjang. Betapa kesal kerana beliau berbohong agar dapat menguasai tubuh wanita berkenaan.



In loving thee thou know'st I am forsworn;

[aku tahu aku telah mungkir pada satu janji (janji dengan isteri yang sah) dengan mencintaimu]

But thou art twice forsworn to me love swearing,

[tapi kau (perempuan simpanan) yang bersumpah mencintaiku, telah ingkar pada dua janji]

In act thy bed-vow broke and new faith torn,

[curang pada suamimu dengan meninggalkan ranjangnya demi cinta barumu (aku)]

In vowing new hate after new love bearing.

[kemudian ingkar pada sumpahmu pada kekasih barumu (aku) dengan mengatakan bahawa kau akan membenci dia (suamimu)]

But why of two oaths' breach do I accuse thee,

[tapi kenapalah aku tuduh kau melanggar dua sumpah]

When I break twenty? I am perjured most,

[sedangkan aku ingkar pada dua puluh (janji)? yang aku sumpah secara tak jujur]

For all my vows are oaths but to misuse thee,

[kerana semua sumpahku (pada kamu) adalah semata mata untuk menyesatkan kau dan mengeksploitasi dirimu]

And all my honest faith in thee is lost;

[aku tak lagi jujur padamu]

For I have sworn deep oaths of thy deep kindness,

[kerna aku dah berikrar menghargai kebaikanmu]


Oaths of thy love, thy truth, thy constancy,

[berikrar terhadap cintamu, kejujuranmu dan kesetiaanmu]

And, to enlighten thee, gave eyes to blindness,

[sebenarnya untuk menjadikan kau sempurna (di mataku), aku butakan mataku (agar tak nampak kekurangan kau)]

Or made them swear against the thing they see.

[bersumpah dengan menafikan apa yang sebenarnya mataku nampak]

For I have sworn thee fair: more perjured eye,

[kerana aku telah bersumpah bahawa kau cantik, dua kali ganda sebenarnya

mataku telah bersumpah bohong (engkau tak cantik, tetapi aku hanya mahu

layanan darimu, maka aku menipu)]


To swear against the truth so foul a lie.

[menawarkan penipuan setelah bersumpah bercakap benar]


Kepada setiap anak Adam dan Hawa yang memilih jalan serupa ini, hentikanlah segala penipuan sebegini. Jika hanya mahu layanan dan kehangatan, berbincanglah dengan isteri/suami anda agar satu persepakatan dapat dicapai. Nyatakan segala keinginan, segala fantasi agar tidak perlu lagi 'makan luar'. Perhubungan dua insan bergelar suami dan isteri adalah sangat suci. Jangan cemari ia dengan kerakusan serakah! Tak perlu menyesal di kemudian hari sebagaimana Shakespeare....


...................................................


Si botak is dedicating this entry to all adulterers out there. Whether a guy or or lady. Shakespeare's sonnet, among the last, sonnet 152 (out of 154).


Shakespeare was known as a man whom truly cherished love. Almost all of his sonnets evolved in his love towards a lady. Kids nowadays learn sonnet 18 in school. His love for her was so great until he compared her beauty to every single beautiful things.


This 152 sonnet is a proof of Shakespeare's infidelity. To a greater surprise, he was having an affar wth someone's wife. Let us go through this beautiful stanza which was really his regrets and confession that would break his dark lover's heart. How sorry he was for he was cheating as to heat up his bed only. How he was sorry to lie just for the lady's body only.


In loving thee thou know'st I am forsworn;
[I know I'm breaking a promise by loving you]


But thou art twice forsworn to me love swearing,
[but you (the mistress), swearing you love me, are breaking two promises]


In act thy bed-vow broke and new faith torn,
[cheating on your husband by leaving his bed]


In vowing new hate after new love bearing.
[then breaking your promise to your new lover (me) by vowing to hate him (your husband)]


But why of two oaths' breach do I accuse thee,
[But why am I accusing you of breaking two oaths ]


When I break twenty? I am perjured most,

[when I break twenty? I am perjured the most, ]


For all my vows are oaths but to misuse thee,
[because all of my vows are only made to mislead and exploit you]


And all my honest faith in thee is lost;
[ I'm no longer true to you]


For I have sworn deep oaths of thy deep kindness,

[For I have sworn great oaths about how kind you are]


Oaths of thy love, thy truth, thy constancy,
[oaths about your love, your faithfulness, your constancy]


And, to enlighten thee, gave eyes to blindness,
[And to make you look better I blinded myself]


Or made them swear against the thing they see.

[swearing to the opposite of what I actually saw]


For I have sworn thee fair: more perjured eye,
[For I have sworn that you are beautiful; my eye is doubly a liar]


To swear against the truth so foul a lie.
[offering such a foul lie after swearing to tell the truth]


To all the son of Adam and daughter of Eve who chose this similar route, stop all these lies. If desired better treatment and heat, talk to your spouses so that a way out shall be compromised. Express all of your needs, all of your fantasies so there won't any need to be 'eating out' no more. The bond of two people called husband and wife is so pure. Don't taint it with the raging lust! There is no use to regret it in the future just like Shakespeare....
Sahabat Sahabat Ia Yang Terbuang... Friends of It, The Fallen One...
Si botak berang. Memuak rasa ini, bagaikan ombak mengganas di bibir pantai. Si botak rasa mual dengan sikap pura pura terhadap OKU.

Alkisah, ada seorang sahabat si botak yang masih menuntut di OUM (bersama sama
Kak Lily). F namanya (bukan nama sebenar). Dia bertandang ke teratak si botak sebulan lalu. Membawa khabar gembira; dia kini bergelar pengusaha kecil bersama seorang rakan yang baik hati.


F dengan senang hati mencerita bahawa Pusat Zakat Selangor telah membantu perusahaan mereka dengan menyuntik sedikit wang bantuan. Syukur kepada Tuhan.


Tadi F telefon. Suaranya tersekat sekat. Si botak berdebar debar. Yakin bahawa ada masalah yang bertandang. Rupa rupanya rakan kongsi F telahpun menyingkirkan dia dari perusahaan mereka. Habis madu OKU akan terbuang! Memang klise. Namun klise takkan berhenti daripada mendampingi OKU!


Si botak minta F yang kini berada di kampung agar datang ke teratak si botak. F harus melaporkan insiden ini kepada Pusat Zakat Selangor. Bekas rakan kongsinya yang bedebah dan tak malu pada Yang Maha Esa, itu harus memulangkan semula hak F! Hak OKU yang dia cuba makan secara haram!


Si botak teringat pesanan Imam Ali Karamullahu Wajhah, "Mereka (yang hipokrit) telah menjadikan syaitan tuan, dan telah menerima syaitan sebagai teman. Syaitan telah bertelur dan menetas di dalam dada mereka. Syaitan menyusup dan merangkak di dalam pangkuan mereka. Syaitan melihat melalui pandangan dan bercakap melalui lidah mereka. Melalui cara ini syaitan telah memacu mereka ke arah dosa dan menghiasi mereka dengan perkara perkara cabul seumpama seseorang yang didampingi syaitan dan bertutur kata kata dusta melalui lidahnya."


Si botak mohon. Tolonglah berhenti menggunakan OKU atau mana mana golongan yang sepatutnya kita jaga. Kami, OKU, bukan mengharapkan disuap atau dimanjakan. Cukuplah sekadar mendapat sedikit bantuan di dalam usaha meneruskan kelangsungan di atas muka bumi ini. Hentikanlah perbuatan bacul ini! Janganlah mengangkat Ia yang terbuang (syaitan) menjadi teman dampingan.


............................................


Si botak is enraged. It is boiling and ravaging inside. Si botak is getting sick with hypocracy towards The Disabled.


There is a friend of si botak, whom still studying in OUM (together with Kak Lily). His name is F (fabrication only). He came to si botak's hut almost a month ago. Brought with him one great news; he is now a small entrepreneur with a kind friend.


F gladly told that Pusat Zakat Selangor (Selangor Alms Center) had helped them by injecting some amount of financial support. Thank God.


F called just now. He stattered. Si botak was pounding inside. Convinced there was trouble. Indeed it was, F's partner got rid of him. The Disabled is thrown out after being used! It is clichés. Yet the word clichés never fail to be with The Disabled!


Si botak asked F who currently in his kampung to come to si botak's. F must report this incident to Pusat Zakat Selangor. His good for nothing and has no shame over God ex partner, must return back what was originally belonged to F! The Disabled's right that he foully tried to swindle.


Si botak remembers a strain of advice from Imam Ali Karamullahu Wajhah, "They have made Satan the master of their affairs, and he has taken them as partners. He has laid eggs and hatched them in their bosoms. He creeps and crawls in their laps. He sees through their eyes, and speaks with their tongues. In this way he has led them to sinfulness and adorned for them foul things like the action of one whom Satan has made partner in his domain and speaks untruth through his tongue."


Si botak begs. Please stop using The Disabled or any needy, those who ought to be taken care of by able bodied. We, The Disabled, never hope to be fed or spoilt. It would be enough if we could get a little bit of help in surviving. Stop this shameful acts! Don't take the fallen one (satan) to be one's companion.
Ucapan Berharga Lao Tzu... Lao Tzu's Precious Sayings...
Si botak tersenyum. Baru menerima satu panggilan dari seorang sahabat yang tak mahu namanya disebut. Berborak serta berbincang panjang tentang pelbagai isu serta perkara.


Antara yang menarik ingin si botak kongsi adalah perbincangan mengenai sebuah tulisan yang diceritakan kepada si botak oleh seorang lagi teman. Ianya adalah yang diambil daripada sebuah kitab ajaran Tao iaitu; 道德經; 道德经; Dàodéjīng; Tao Te Ching.


Kami berbincang mengenai satu perenggan di bahagian 'rendah diri' iaitu salah satu aspek penting yang diterangkan secara mendalam oleh 老子; Laozi; Lao Tse; Lao Tzu, penulis kitab ini yang akhirnya diangkat menjadi dewa atau wali oleh penganut ajaran Tao.


Dia yang rendah diri akan terpelihara seluruhnya. Dia yang bengkok akan diluruskan. Dia yang kosong akan dipenuhi. Dia yang lusuh akan diperbaharu. Dia yang punya sedikit akan berjaya. Dia yang ada terlalu banyak akan sesat.


Satu nasihat yang sangat berguna bukan? Si botak ulang kepada diri sendiri. Tak kira dari punca mana sekalipun. Nasihat yang baik, si botak rasa rugi jika tak dikongsikan. Apatah pula ianya tidak bertentangan dengan akidah.


Si botak terus tersenyum mengenang perbualan sebentar tadi. Jika tak kerana si dia menelefon, pasti si botak terlupa akan apa yang pernah si botak kongsi bersamanya satu masa dahulu. Si botak dah hampir lupa akan perenggan perenggan yang pernah si botak hafal. Terima kasih daun keladi, sahabatku.


..................................


Si botak smiles. Just received a call from a friend who refused his or her name to be mentioned. Talked and discussed on several issues.


One thing in particular that si botak would love to share was a discussion on a writing told to si botak by another friend long ago. It was regarding a Tao holy book; 道德經; 道德经; Dàodéjīng; Tao Te Ching.


We talked on one specific paragraph in the humility chapter, which deeply explained by 老子; Laozi; Lao Tse; Lao Tzu, the author of the above mentioned book, he whom celebrated as god or saint by the Taoist.



He that humbles himself shall be preserved entire. He that bends shall be made straight. He that is empty shall be filled. He that is worn out shall be renewed. He who has little shall succeed. He who has much shall go astray.


A piece of useful advice isn't it? Si botak repeatedly telling himself. Doesn't matter what the source is. A good advice, si botak would consider as wasteful if not shared. Lest it is not against our faith.


Si botak keeps on smiling thinking of the conversation. If it wasn't because of the call, si botak would definitely forgotten of what once shared to him or her. Si botak almost forgot chapters once memorised by heart. Thanks a million, my dear friend.

Taman llmu Sa'adi (1)... Sa'adi's Garden of Knowledge (1)...
Si botak berehat sambil mendengar lagu lagu nostalgia. Sade sedang mengalunkan suaranya yang garau di dalam lagu 'Smooth Operator'. Teringat pula si botak akan Sheikh Sa'adi. Siapa itu Sheikh Sa'adi? Arwah Sheikh Sa'adi ataupun nama sebenar beliau, Abu Muslih ud Din Mushrif ibn Abdullah, merupakan salah seorang penyair silam Farsi.


Terkenal dengan karya karya seperti Bustan (Taman/Kebun) dan juga Gulistan (Taman Mawar), kata kata Sheikh Sa'adi pernah dipetik oleh Alexander Pushkin, penyair Rusia di dalam sajak Eugene Onegin.


Walaupun tergolong di dalam kelompok penyair Sufi, Sheikh Sa'adi menulis dengan gaya bahasa yang lebih mudah difahami. Ingin si botak petik serangkap kisah di dalam Bustan (mukasurat 68) yang ditulis sekitar 1257 masehi.


KISAH SEEKOR KELIP KELIP

Mungkin kalian pernah melihat kelip kelip bercahaya bak kandil di dalam taman sewaktu malam.


"Wahai kupu kupu malam nan bersinar!" seseorang berkata, "mengapakah dikau tak keluar di siang hari?"


Sang kelip kelip menjawab penuh bijaksana: "kerana aku tak mungkin kelihatan di hadapan Suria"



Kisah yang pendek dan ringkas namun penuh makna dan pesannya. Jangan bertanya soalan yang telah diketahui jawapannya. Kemudian jika ditanya meskipun yakin bahawa orang bertanya itu tahu jawapannya, jawablah sebaik mungkin tanpa melukakan hatinya. Indah bukan?


..................................................


Si botak resting while listening to nostalgic songs. Sade was singing 'Smooth Operator' with her course voice. It reminds si botak to Sheikh Sa'adi. Who is Sheikh Sa'adi? Arwah (the late) Sheikh Sa'adi or his real name, Abu Muslih ud Din Mushrif ibn Abdullah, was one of Persian medieval poet.


Known with works such as Bustan (garden/orchard) as well as Gulistan (Rose Garden), Sheikh Sa'adi's words was once quoted by Alexander Pushkin, Russian poet in Eugene Onegin.


Though known as Sufi writer, Sheikh Sa'adi wrote with a simple use of language. Si botak would love to quote one paragraph in Bustan (page 68) written circa 1257 A.D.



STORY OF A FIRE-FLY
Perhaps thou mayest have seen the fire-fly shine like a lamp in the garden at night.


"O night-illuminating moth!" some one said, "why comest thou not out in the daytime?"


The fly gave an answer full of wisdom: Because I am not visible before the sun."


A short and brief story yet full of meanings as well as morals. Don't ask question if the answer is already known. Then, if asked question that one is sure the person asking already has the answer, answer nicely as to avoid hurting the person's feeling. Beautiful isn't it?
Sepiring Kasih... A Plate of Love...
Si botak sedang berehat setelah kelelahan mengesat kesumba yang tumpah. Kedengaran pintu rumah diketuk. Beroda perlahan lahan menjawab panggilan. Mana lah tahu jika ada kecemasan. Rupa rupa Kak Yati di sebelah yang begitu baik hati, memberikan sepiring karipap buat santapan petang. Teringat pula si botak akan satu petang yang penuh erti, terjadi kira kira 5 tahun lepas.

....

"Assalamualaikum"

"Alaikumsalam, oh Pak Abu, masuklah"

Di tangan orang tua yang sentiasa senyum itu terdapat sepiring kuih. Pak Abu masuk lalu duduk bersandar di tepi dinding.

"Ni ada kuih seri muka. Mak Bedah kau buat tadi"

Si botak berbasa basi lalu menjamah kuih kegemaran itu.

"Saya dah naik malu dengan Pak Abu dan Mak Bedah. Hari hari ada saja juadah untuk saya"

"Tak payah segan. Ni saja yang mampu kami buat demi berbakti pada jiran. Saidina Ali berwasiat supaya kita berbuat baik pada jiran, Baginda bersabda sewaktu nazak, Demi Allah, Allah bersama jiran kamu. Sesungguhnya itu adalah wasiat Nabi kamu. Nabi SAW terus menerus memberikan wasiat agar berbuat baik terhadap jiran sehingga kami menyangka bahawa jiran akan mewarisi harta."

Si botak terdiam.

....

Si botak tersenyum. Betapa hanya sepiring karipap atau seri muka mampu membuatkan si botak rasa sangat bersyukur. Bersyukur atas rezeki dan kurniaan jiran yang baik. Si botak terharu kerana di bandar besar yang penghuninya terlalu sibuk, masih ada yang mahu menegakkan Sunnah Rasullulah SAW.

Tak susah sangat kan? Si botak ingatkan diri sendiri. Hanya sepiring sudah cukup untuk mengeratkan silaturrahim di samping mengumpul pahala sedekah. Sepiring cuma...


.............................................


Si botak was resting after cleaning the red stuff spilled. The door was knocked. Slowly si botak answered the door. Who knows it might be some emergency. It was Kak Yati, a kind and lovely neighbour giving a plate of currypuffs. Si botak remembered one memorable evening, took place about 5 years ago.

....

"Assalamualaikum"

"Alaikumsalam, oh Pak Abu, come on in"

The old man was holding a plate. Pak Abu came in and sat by the wall.

"This is seri muka. Your Mak Bedah make it just now"

Si botak thanked him and then ate the cakes

"I am getting ashamed with Pak Abu and Mak Bedah. Everyday there is always something for me"

"Please don't be. This is the least we could do as to be nice to the neighbour. Saidina Ali told us to be nice towards our neighbour, He said on his death bed, By Allah, Allah resides with your neighbours. This is the will of your Prophet. The Prophet SAW kept on asking us to be nice to our neighbour until we thought that the neighbour shall inherit our wealth."

Si botak was speechless.

....

Si botak smiled. To think how a plate of curryfuffs or seri muka could make si botak be so grateful. Be grateful on the rezeki (Allah's gift) and blessed with thoughtful neighbours. Si botak was touched by the fact in the big city where the residents usually too busy, there are some whom still tried to practise Mohammad SAW's sunnah (way of life).

It is not too hard, isn't it? Si botak reminds himself. Only a plate is enough to build a good relationship besides gaining pahala (rewards) of giving alms. Just a plate...
Terkenang Kenang(2)... Reminiscing(2)...
Si botak kelelahan. Sesudah sepekan balik ke rumah Khalifah. Sarang si botak bagaikan dilanda taufan. Dah jadi pusat pelupusan sampah. :p Maka si botak mengerah semua kudrat yang ada untuk membersih rumah.
Sedang asyik menjadi sindarela, si botak tak sedar air mata tumpah ke pipi.

....

"Yang, ambikkan bekas sirih Tok Enda."

Si botak kecik mengampil tepak sirih di atas rumah, lalu menghulurnya kepada Tok Enda Piah yang berkaca mata dan merah bibirnya (sebab makan sirih banyak sangat).

Arwah Tok Enda Piah adalah saudara jauh Mem Besar si botak kecik. Namun sangat rapat hingga terasa bagaikan nenek sendiri. Bagi orang kampung Mem Besar, Tok Enda adalah gelaran bagi nenek saudara.

"Tok Enda, kenapa kita nak kena panggil Tok Enda lah, Ammi (panggilan untuk pakcik) lah, Enda (panggilan buat makcik) lah?"

Tok Enda Piah, menyuap sirih ke dalam mulut.

"Yang, kita hidup atas dunia ini mesti kena jaga tatatertib sesama manusia. Panggilan Ammi, Enda dan Tok, adalah panggilan hormat. Tuhan pun suka kita panggil sesama manusia dengan gelaran yang baik baik. Lagipun, saudara maralah yang akan tolong kita nanti. Jadi kenalah jaga percakapan, supaya tak bergaduh sesama sendiri."


....


Si botak tersenyum sendiri. Wajah dan pesanan Arwah Tok Enda Piah jelas terbayang. Tangan makin laju menggaras, pipi kian basah. Mengenangkan kebenaran pegangan orang tua yang tak pernah belajar secara formal, tak masuk universiti, namun tetap rasional pemikirannya.

Si botak berhenti. Menyeka air mata yang kian lebat. Terkenang kenang...


...................................................


Si botak was out of breath. After a week in Caliph's place. Si botak's place seemed to be ravaged by storm. It was like a dump site. :p Thus, si botak gathered all energies left to conduct 'spring cleaning'.

While busy being cinderella, si botak did not realise tears rolling down.

....


"Yang, go and get Tok Enda's betel case."


Little si botak went upstairs to secure it, then passed it over to Tok Enda Piah, a spectacled lady with a red lips (for chewing betel for too much)


The late Tok Enda Piah was a distant relatives of Mem Besar. Yet was so close like a grandmother. For folks in Mem Besar's village, Tok Enda was a salutation used for grand aunts.


"Tok Enda, why do we have to use Tok Enda, Ammi (for uncle), Enda (for aunt)?"


Tok Enda Piah, took the betel leaf.


"Yang, while living, we have got to be courteous with each other. The salutations such as Ammi, Enda and Tok, are out of respect. The Lord loves it if we address each other with a good names and salutations. Besides, relatives would somehow help us someday. So, speak nicely, so, we won't be fighting with each other.


....

Si botak smiled. the late Tok Enda Piah's face and words vividly emblazoned in mind. The hand scrubbed harder, while the cheek was soaked. Thinking how true and rational it was, the words of an old lady whom never received any formal teaching, lest go to the university.


Si botak stopped. Wiping the tears. Reminiscing...

Cetera Cinta... Love Story...
Cinta. Satu patah kata cuma. Bertebaran serata alam. Kisahnya dikenang kenang. Kisahnya diulang ulang. Kisahnya ditayang tayang.


Laila & Majnun... Heer & Ranja... Romeo & Juliet...


Inikah sahaja kisah cinta? Si botak tertanya tanya. Apakah tiada lagi pencinta pencinta yang lain di seluruh pelosok maya ini? Apakah Muhammad SAW bukan pencinta? Apakah Mother Teresa bukan pencinta? Apakah Mahatma Ghandi bukan pencinta?


Muhammad ibn Abdullah ibn Shaiba (Abd al Mutallib) al Hashimi al Quraisy SAW cintakan Yang Maha Esa dan segala ajaranNya juga cintakan sekalian umat Baginda. Cinta Baginda kepada Yang Maha Penyayang terlalu besar hinggakan sanggup menempuh pelbagai onak dan ranjau demi menyebarkan ajaranNya. Jika tak kerana cinta Baginda, syiar Islamiah pasti takkan mekar tertebar ke seluruh dunia sampai ke hari ini. Tak cukup dengan itu, atas nama cinta juga, Baginda sanggup memberikan syafa'at tika Hari Penentuan di Timbangan Mizan kelak.


Agnesë Gonxhe Bojaxhiu atau lebih tersohor sebagai Mother Teresa pula sangat cintakan kebajikan. Selama 45 tahun anak kelahiran Skopje, Macedonia ini menabur bakti nun jauh beribu batu di Calcutta, India. Beliau begitu cintakan kebajikan hinggakan pada saat kematian beliau, pertubuhan yang diasaskan, Mother Teresa's Missionaries of Charity mempunyai 4, 000 rahib, pertubuhan persaudaraan lelaki (brotherhood) yang dianggotai 300 ahli, dan lebih daripada 100,000 sukarelawan yang menjalankan 610 misi kebajikan di 123 negara. Antara misinya melibatkan pusat rawatan dan rumah perlindungan bagi pesakit HIV?AIDS, kusta dan pesakit TB, selain dapur dapur sup, program kaunseling keluarga & kanak kanak, rumah anak anak yatim dan sekolah.


Tak ketinggalan juga betapa besarnya cinta Mohandas Karamchand Gandhi terhadap kedamaian. Dijuluki dengan gelaran Mahatma ataupun Jiwa Besar (pertamanya oleh Rabindranath Tagore) kerana kekuatan cinta beliau terhadap kedamaian. Beliau sanggup berlapar berhari hari demi tertegaknya perdamaian antara puak Hindu dan Islam di India. Begitu cinta beliau terhadap kedamaian, sampai sanggup mati asalkan saja ianya tercapai. Dan itulah yang berlaku.


Cinta cinta agung sebegini jarang benar diangkat darjatnya sebagai kisah cinta. Apa perlu kita sempitkan erti kisah cinta ini semata mata untuk cinta antara lelaki dan perempuan?


..............................................................


Love. A word only. Spreads all across the world. Its story remembered. Its story repeated. Its story presented.


Laila & Majnun... Heer & Ranja... Romeo & Juliet...


Are those the only love stories? Si botak wonders. Is there no other lovers in this entire world? Was Muhammad SAW no lover? Was Mother Teresa no lover? Was Mahatma Ghandi no lover?


Muhammad ibn Abdullah ibn Shaiba (Abd al Mutallib) al Hashimi al Quraisy SAW loved The Lord and The Lord's teaching as well as the Moslems. His love to The Lord was so great till he would gone through all sort of hindrances as to spread The Lord's teachings. If wasn't of his love, the ray of Islam wouldn't be spreaded throughout the world today. Not only that, in the name of love, he would give syafa'at (help) in the Judgement Day.


Agnesë Gonxhe Bojaxhiu or better known as Mother Teresa loved charity. For over 45 years this Skopje, Macedonia's born, spreading her sweat and tears miles away from her home; in Calcutta, India. She loved charity for so much till at the time of her death, Mother Teresa's Missionaries of Charity had over 4,000 sisters, an associated brotherhood of 300 members, and over 100,000 volunteers, operating 610 missions in 123 countries. These included hospices and homes for people with HIV/AIDS, leprosy, and tuberculosis, soup kitchens, children's and family counseling programs, personal helpers, orphanages, and schools.


Not to forget, how great the love of Mohandas Karamchand Gandhi over peace. Called Mahatma or Big Soul (first by Rabindranath Tagore) because of the strength of his love over peace. He was willing to starve himself so that there would be peace between the Hindus and the Moslems in India. He was willing to die in the name of peace. So it happened.


Great tales of love like these seldom known as love stories. Do we really need to limit the definition of a love story for love between man and woman only?

Cetusan Taqwa Ayatollah Khomeini... Ayatollah Khomeini's Fear of Allah's Revelation
Si botak sedang berehat sambil mendengar alunan koleksi lagu lagu yang tak lapuk dek arus masa. Si botak memikirkan betapa nikmat berbahasa cukup penting bagi setiap manusia. Tanpa bahasa, segalanya adalah mustahil.


Teringat pula akan satu perkara yang cukup menarik hati. Almarhum Imam Sayyid Ruhollah Musavi Khomeini, atau lebih dikenali sebagai Ayatollah Khomeini, merupakan seorang pemimpin Islam pasca Moden antara yang terulung. Sering disalah anggap oleh pelbagai pihak antaranya pihak Barat kerana dianggap sebagai pelampau.


Si botak tak mahu sentuh soal pendirian mahupun tindakan politik Almarhum. Apa yang nak si botak kongsi adalah betapa indahnya gaya bahasa Almarhum. Ya, Almarhum Ayatollah Khomeini juga orang seni! Almarhum tulis banyak sajak yang lebih berupa kepada sajak ketuhanan atau sajak sufisme.


Di bawah ini adalah satu sajak Almarhum yang sangat si botak suka. Tajuknya sudah cukup untuk melambangkan betapa Almarhum seorang yang berilmu. Si botak tak alih bahasa sajak ini, kerana takut lain pula maksudnya.


Tajuknya setelah dialih bahasa dari Bahasa Farsi ialah, Garment Tearing ataupun Mengoyakkan Pakaian. Apa yang menarik? Perbuatan mengoyak pakaian adalah perbuatan penganut agama Samawi iaitu Yahudi, Kristian dan Islam. Perbuatan ini adalah lambang atau simbol terhadap ketaatan terhadap Yang Esa. Ini menunjukkan Almarhum juga tahu akan ritual silam yang sudah tidak diamalkan lagi ini.


Rangkap pertama melambangkan keinginan mendalam Almarhum untuk bersama Yang Esa, keinginan mendalam untuk minum wain daripada tangan 'Sang Kekasih' (Yang Esa), menunjukkan betapa Almarhum ingin bersamaNya di alam akhirat. Ia menunjukkan betapa Almarhum sangat mengingati mati. Indah bukan cara penyampaian Almarhum?


Rangkap kedua pula menunjukkan keinginan Almarhum untuk berdamping dengan para Ulama' dan sahabat yang berilmu sebagaimana dipesan oleh Junjungan Besar, Muhammad SAW (yang juga merupakan nenek moyang Almarhum). Bait, yang menyatakan Almarhum terlalu berharap untuk melihat 'wajah sahabat', mungkin sudah cukup untuk membenarkan hakikat ini. Tetapi kehampaan Almarhum jelas tampak bila Almarhum samakan dirinya sebagai kupu kupu mengelilingi lampu dan juga biji benih yang terbakar.


Seterusnya satu pernyataan yang sudah pasti dianggap radikal oleh mereka yang tak mahu menggali (meminjam kata kata Ogy Ahmad Daud). Almarhum menganggap jubah yang dipakai dan tikar sembahyang yang digunakan adalah pura pura, Almarhum ingin mengoyakkannya. Kenapa? Ini adalah kerana jubah dan sembahyang pada masa kini kebanyakkannya adalah ritual semata. Ada yang dipakai atau dilakukan semata untuk tunjuk pada semua betapa alimnya pemakai atau pelaku. Cantik bukan?


Seterus rangkap keempat pula mewakili keinginan Almarhum yang sanggup bayar jika dapat minum dari cawan 'Sang Kekasih'; ilmu daripada Yang Esa. Dan diakhiri dengan pernyataan betapa gembiranya Almarhum jika dapat hidayahNya. Almarhum seakan jadi muda semula dan akan menyebarnya kesekalian alam.


Satu kualiti yang tersembunyi mengenai tokoh terulung ini. Selama ini kita semua hanya disogok akan berita betapa melampaunya pemikiran Pemimpin Ulung Iran ini. Sudah masanya kita jangan dengar sangat cakap mereka yang takut pada bayang bayang. Banyak ilmu berguna yang disampaikan Almarhum. Apa tunggu lagi? Jom Google...


..............................................................



GARMENT TEARING


How crave I from my love's hand

To drink a cup of wine

O with whom to share this secret

Where to take this grief of mine


I gave away my life in hope

That I could see the friend's face

'Am butterfly making rounds of lamp

'Am seed burning in fireplace


This robe dseceptive and so cant

This prayer- mat with false state

Would that I could tear them off

Right in front of tavern's gate


If friend out of love's cup

Be willing to give a small sip

This soul in my life's cloak

So happily would I give in tip


'Am old though yet can be young

Do favour with thy sweet glance

So that from this small house

Of universe I make advance


....................................................................


Si botak is resting while listening to the sweet sound of evergreen songs. Si botak came across the thought of the importance of language to mankind. Without language, nothing is possible.


Si botak remembers one fascinating fact. Almarhum (the late) Imam Sayyid Ruhollah Musavi Khomeini, or better known as Ayatollah Khomeini, was a modern Islamic supreme leader. Always taken wrongly by various parties such as the Western whom considered him as an extremist.


Si botak does not want to talk about his political stands nor actions. Si botak would love to share on how beautiful his language was. Yes, Almarhum Ayatollah Khomeini was an artist! Almarhum wrote several religious poems or sufism poems.


Attached above was one of his works which is si botak's favourite. The title is enough to portray Almarhum as a knowledgable man.


The title after translated from Persian is, Garment Tearing. What so special about it? The act of tearing clothing was a Semitic ritual which conducted by the Jews, Christian and Moslems. This is actually an act of devotion towards The Lord. This shows that Almarhum was very much aware of the ancient ritual.


The first quatrain potrays the deep yearning inside him as to be with The Lord, showed by the phrase wanting to drink a cup of wine from his Love's (The Lord) hand, shows also how Almarhum really wants to be with The Lord in the afterlife. This somehow shows also how Almarhum really remembered death. Wasn't it wonderful of how Almarhum chose his words?


Then the second quatrain shows how Almarhum would love to be around Ulama' (saints) and knowledgable friends as suggested by Muhammad SAW (which was Almarhum's ancestor). This clearly showed when Almarhum said, he was hoping to see 'a friend's face'. Yet, his disappointment was vividly expressed as he compared himself to a moth to a flame as well as a seed in fire.


Then there was one statement which shall be considered as radical by those whom refuse to dig (quote and unquote, Ogy Ahmad Daud) Almarhum thought the robes and prayer mat were just a deception, he would love to tear them. Why? This is because the robes and prayer mat used out of rituals only nowadays. There are those who used them as to show how pious they are. Beautiful isn't it?


The fouth quatrain represents Almarhum deep yearn in obtaining knowledge (drinking out of The Lord's cup) till he was willing to pay for it. This poem was ended by expessing how grateful Almarhum if he were to achieve all his desire (as mentioned in the poem). He felt as if he was young again and would be spreading the knowledge throughout the universe.


One hidden quality of this great leader. All these while, we were fed with news of how extreme he was, when he was Iran Supreme Leader. It is now the time for us to start ignoring words of those who are afraid of their own shadows. There were a lot of great info said and told by Almarhum. What are we waiting for? Lets Google...
  • There was an error in this gadget

    Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter