Saudaraku... My Kins...

Sepiring Kasih... A Plate of Love...
Si botak sedang berehat setelah kelelahan mengesat kesumba yang tumpah. Kedengaran pintu rumah diketuk. Beroda perlahan lahan menjawab panggilan. Mana lah tahu jika ada kecemasan. Rupa rupa Kak Yati di sebelah yang begitu baik hati, memberikan sepiring karipap buat santapan petang. Teringat pula si botak akan satu petang yang penuh erti, terjadi kira kira 5 tahun lepas.

....

"Assalamualaikum"

"Alaikumsalam, oh Pak Abu, masuklah"

Di tangan orang tua yang sentiasa senyum itu terdapat sepiring kuih. Pak Abu masuk lalu duduk bersandar di tepi dinding.

"Ni ada kuih seri muka. Mak Bedah kau buat tadi"

Si botak berbasa basi lalu menjamah kuih kegemaran itu.

"Saya dah naik malu dengan Pak Abu dan Mak Bedah. Hari hari ada saja juadah untuk saya"

"Tak payah segan. Ni saja yang mampu kami buat demi berbakti pada jiran. Saidina Ali berwasiat supaya kita berbuat baik pada jiran, Baginda bersabda sewaktu nazak, Demi Allah, Allah bersama jiran kamu. Sesungguhnya itu adalah wasiat Nabi kamu. Nabi SAW terus menerus memberikan wasiat agar berbuat baik terhadap jiran sehingga kami menyangka bahawa jiran akan mewarisi harta."

Si botak terdiam.

....

Si botak tersenyum. Betapa hanya sepiring karipap atau seri muka mampu membuatkan si botak rasa sangat bersyukur. Bersyukur atas rezeki dan kurniaan jiran yang baik. Si botak terharu kerana di bandar besar yang penghuninya terlalu sibuk, masih ada yang mahu menegakkan Sunnah Rasullulah SAW.

Tak susah sangat kan? Si botak ingatkan diri sendiri. Hanya sepiring sudah cukup untuk mengeratkan silaturrahim di samping mengumpul pahala sedekah. Sepiring cuma...


.............................................


Si botak was resting after cleaning the red stuff spilled. The door was knocked. Slowly si botak answered the door. Who knows it might be some emergency. It was Kak Yati, a kind and lovely neighbour giving a plate of currypuffs. Si botak remembered one memorable evening, took place about 5 years ago.

....

"Assalamualaikum"

"Alaikumsalam, oh Pak Abu, come on in"

The old man was holding a plate. Pak Abu came in and sat by the wall.

"This is seri muka. Your Mak Bedah make it just now"

Si botak thanked him and then ate the cakes

"I am getting ashamed with Pak Abu and Mak Bedah. Everyday there is always something for me"

"Please don't be. This is the least we could do as to be nice to the neighbour. Saidina Ali told us to be nice towards our neighbour, He said on his death bed, By Allah, Allah resides with your neighbours. This is the will of your Prophet. The Prophet SAW kept on asking us to be nice to our neighbour until we thought that the neighbour shall inherit our wealth."

Si botak was speechless.

....

Si botak smiled. To think how a plate of curryfuffs or seri muka could make si botak be so grateful. Be grateful on the rezeki (Allah's gift) and blessed with thoughtful neighbours. Si botak was touched by the fact in the big city where the residents usually too busy, there are some whom still tried to practise Mohammad SAW's sunnah (way of life).

It is not too hard, isn't it? Si botak reminds himself. Only a plate is enough to build a good relationship besides gaining pahala (rewards) of giving alms. Just a plate...
5 Responses
  1. a Says:

    hu3
    malangnya
    jiran sebelah rumah ak
    xberapa nk tegur
    ad mslh
    bila ak tnya parents ak
    kata mereka hal org dewasa
    jd ak hnya trkepit di tgh2

    yg sebelah je yg sebelah lg ok

    tetapi
    alhamdulillah
    jiran2 yg lain ok :)


  2. Kay Says:

    seorang itu bertanya , "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku telah berbuat baik?"

    jawab Rasulullah, "tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat."

    Renung2kan.


  3. mOEha Aziz Says:

    salam Sharul Hafizi,

    itu satu cabaran yg hebat utk kamu...

    mungkin jika boleh saya cadangkan, rol boleh cuba baiki hubungan yg tegang itu... sekadar cadangan...

    :)


  4. mOEha Aziz Says:

    salam kay,

    terima kasih... :)


  5. a Says:

    sy akn pertimbangkn cdgn saudara :)


  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter