Saudaraku... My Kins...

Kerana Kepingan Not Berwarna Itu... Because Of The Coloured Notes...


Si botak kelelahan. Semalam cuba menghapuskan serangan virus akibat kegatalan tangan Anak Pokcik Stopa. Tiba tiba tangan si botak pula yang jadi gatal untuk meneroka laman sesawang utusan. Tertarik dengan satu artikel di bawah kategori hiburan. Si botak tertarik dengan artikel yang satu ini.  Bukan Eksploitasi Kisah Zaiton.

                             

Apa yang menarik? Zaiton Sameon merupakan seorang penyanyi terkenal pada penghujung 1980an. Dia mula menempa nama sebagai penjual suara yang hebat menerusi lagu; Menaruh Harapan. Lagu ciptaan A.Ali ini sangat berkesan sehingga Zaiton yang lebih dikenali sebagai Eton mula diterima oleh masyarakat. Eton mula berjaya di dalam kareernya. Namun Eton terlibat di dalam kemalangan pada 1990 dan namanya mula merudum sehingga dia terdampar di pinggir kemahsyuran yang pernah menjulang namanya.

Si botak terkesima saat ayat ini dipetik oleh artikel yang tersiar di Utusan, "Salah satu cara membantu Zaiton ialah dengan menerbitkan filem ini. Kami beri dia RM10,000 untuk menjual kisah suka dukanya sebagai penyanyi dalam filem ini." Perlukah? Perlukah ayat sebegini dipaparkan untuk tatapan umum? Apakah penderitaan serta kedukaan Eton hanya bernilai RM10 000?

Si botak makin sedih. Orang orang berwang akan sibuk mengwar warkan betapa banyak nilai sesuatu benda yang mereka beli. Semua ini sudah jadi ikutan. Setiap kali replika cek hendak diserahkan kepada mereka yang memerlukan, pasti kerlipan lampu kamera akan menerangi.


إِن تُبْدُواْ ٱلصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا ٱلْفُقَرَآءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Al Baqarah:271


Suka si botak nak bawa kisah ini kepada satu nikmat yang si botak terima. Di dalam hidup si botak kini, terdapat anak anak muda yang bersedekah tenaga, masa serta wang ringgit tanpa perlu hebohkan keseluruh dunia. Mereka dengan penuh ikhlas memudahkan hidup si botak. Tanpa sebarang rungutan mereka menjadikan hidup si botak senormal mungkin. Mereka tak pula panggil wartawan tiap kali membeli sekotak suria buat si botak. Mereka langsung tak perlu rakaman oleh jurugambar surat khabar tiap kali membersihkan rumah si botak. 

Si botak dedikasikan artikel ini khusus buat anak anak muda yang tidak tewas dengan godaan not not berwarna itu...
Anak anak Pokcik Stopa (yang berkaca mata itu Quejai & di sebelahnya Kucai)

         
           Anak Abang Sharif (Fadel)                          Anak Budin (Zam)

Orang Portugal (Wan)

Mungkin dah tiba masanya kita belajar dari anak anak muda. Mereka lebih mengerti apa yang disampaikan Muhammad SAW. Kita telah terlalu hanyut dek kerana kepingan not berwarna itu...

 ........................................................................................................

Si botak is breathless. Since yesterday trying to get rid of the virus invited by Anak Pokcik Stopa. Suddenly si botak's felt drawn to visit the Utusan's website. Si botak was attracted to one particular article under the entertainment category.  Bukan Eksploitasi Kisah Zaiton.




What is so interesting? Zaiton Sameon was a famous singer at the end of 1980's. She started off as a singer through; Menaruh Harapan. This particular song written by A.Ali  was so affective till it brought Zaiton whom better known as Eton to stardom. Eton began to excel in her career. Yet Eton was in a fatal accident in 1990 and her name started to fade away till she finally outcasted at the tip of the fame once lifted up her name. 


Si botak was stunned as this very sentence quoted by the artcle as published in Utusan, "Salah satu cara membantu Zaiton ialah dengan menerbitkan filem ini. Kami beri dia RM10,000 untuk menjual kisah suka dukanya sebagai penyanyi dalam filem ini.(roughly translated as, we paid her (Eton) RM10 000 for her life story)" Is it really necessary? Does this sentence need to be published to public's eye? Does Eton's sufferings worth only RM10 000?


Si botak is more torn. Those with money are so busy flaunting how much they'd spent on things they've bought. This is a trend. Each time the replica of a cheque given away to the needy, the camera flash must be there to shine it.


إِن تُبْدُواْ ٱلصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا ٱلْفُقَرَآءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
If you proclaim your voluntary almsgivings, it is a fine thing; but if you conceal them, and give them to the poor, that is even better for you; and it will absolve you of your evil deeds. God is aware of what you do.
Al Baqarah:271

Si botak would love to take this story to a blessing that si botak has enjoyed and rejoiced all these while. In si botak's life, there are a bunch of young lads who has contributed their energies, times as well as money without the need to shout it out loud. They sincerely making si botak's life much more easier. With no complaints, they have turned si botak's life as normal as it could be. They did not invite any reporter as they bought a pack of Suria for si botak. They were definitely not in the need of a photographer's presence as they help to clean the house.



Si botak dedicates this article speacially for the young lads who do not fail by the temptation of the coloured notes... 

Anak anak Pokcik Stopa (the specky one is Quejai & Kucai next to him)

   Anak Budin (Zam)                        Anak Abang Sharif (Fadel)

 
Orang Portugal (Wan)

Maybe it is time for us to learn from the younger ones. They understand more of what had been taught by Muhammad SAW. We have been to drift too far because of the coloured notes... 
Kembali Dengan Hati Nan Cemar... Returning With Tainted Liver & Heart...

Bermusim sudah si botak bertapa. Cuba meraikan satu lagi anugerah Yang Maha Pemurah sebenarnya. Si botak nak ambil kesempatan menghamparkan jutaan penghargaan kepada semua yang memanjatkan untaian doa khusus buat si botak. Doa serta ingatan kalian menyelubungi tubuh lantas menyulam rahmat. Sejambak penghargaan juga buat warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  terutamanya Y.B. Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil serta tak lupa Y.Bhg. Datuk Roziyah atas perhatian khusus kalian terhadap si botak. Terima kasih...

Kini dengan lapik penghalang di punggung, si botak mengutip kembali apa yang terkecai dalam perjuangan. Hati terpalit cemar sedikit. Namun hidup harus terus, bukan? 'Payah atau mudah adalah rencah yang menjadikan siapa diri kita yang sebenarnya. Jadi jangan dihiraukan apa jua keadaan, cuba cari manis di dalamnya', pesan Almarhumah Moyang, masih cuba si botak laksanakan. Cukup benar pernyataan ini. Di dalam usaha menerima ujian kali ini, si botak bertemu ramai insan yang cukup tabah. Malah kali ini, hubungan si botak dengan lagenda seni yang cukup si botak hargai, Puan Hajjah Fauziah Nawi  menjadi lebih utuh. Alhamdulilah. Pasti banyak yang bakal si botak timba daripada beliau. Ah, cukuplah tentang si botak...

Hati. Secara perubatannya, merupakan organ yang penting buat mencerna makanan dan membuang toksik. Jika ia tercemar, maka aturan di dalam badan akan menjadi kucar kacir. Hati juga merupakan perlambangan dalam pertuturan bila menyentuh soal perasaan. Jika tercemar, maka ia adalah manifestasi perasaan yang berkecamuk. Si botak kini alami dua dua situasi.

Apapun si botak lebih senang nak kongsi betapa tercemarnya hati dari aspek perasaan. Kenapa hati si botak menjadi cemar? Semuanya berkisar akan penyumbangan kepada salah faham terhadap Islam melalui penindasan wanita atas nama agama. Di seluruh dunia, wanita Islam menjadi sasaran amalan adat kejam yang diterimapakai sebagai amalan suruhan agama. Semua ini menjadikan Islam tampak cukup kejam serta mengukuhkan lagi sangkaan buruk masyarakat luar akan kenyataan bahawa Islam adalah ajaran pengganas. Ini bukan andaian mahupun rekaan. Ianya benar benar berlaku di sekeliling kita.

Sebagai memetik contoh, pembunuhan Aasiya Zubair Hassan oleh suaminya, Muzzammil Hassan di Amerika pada Februari 2009. Aasiya dipenggal kepalanya kerana telah memalukan nama baik keluarga pabila memohon perceraian daripada suaminya yang suka menderanya. Klik di sini  bagi membaca laporan kisah sedih ini.

Kematian Palestina Isa yang ditikam sebanyak 13 kali oleh ayahnya sambil gadis malang itu diregang oleh ibunya. Palestina atau lebih dikenali sebagai Tina Isa, dibunuh bagi menyelamatkan nama baik keluarga. Klik di sini  bagi mengetahui apa yang terjadi.

Kes pembunuhan Samaira Nazir juga bukan kisah indah. Gadis bijak ini menjadi mangsa kejam pembunuhan demi maruah setelah jatuh cinta kepada lelaki Islam yang tak setaraf. Bayangkan bagaimana Samaira dikelar lehernya malah ditikam pula berkali - kali oleh abang dan sepupunya atas nama maruah. Klik di sini jika teringin memahami apa yang terjadi.

Kisah terakhir ini menjadikan si botak kelu. Bagaimana lebih 80 puluh gadis membunuh diri dengan menjadi pengebom berani mati demi maruah yang tercalar. Apa yang lagi menyedihkan, mereka sebenarnya adalah mangsa rogol yang dirancang sebelum dipujuk menjadi pengebom berani mati atas nama maruah oleh perancang kejadian rogol itu sendiri. Klik di sini   bagi membaca pengakuan wanita keji yang merancang segalanya. 

Kita yang beragama Islam pasti faham dan tahu bahawa semua ini hanyalah perlakuan kejam berlandaskan adat serta amalan kuno. Ini bukan ajaran Islam! Namun bagaimana pula dengan tanggapan serta pemahaman mereka yang bukan Islam? Hati si botak kian cemar saat mendengar Anak Pakcik Budin membaca komen pembaca sebuah blog  yang membincang soal pembunuhan Aasiya Hassan. Baca dan ketahuilah betapa hinanya Islam di mata dunia ekoran semua penindasan yang langsung tidak berkaitan dengan ajaran Muhammad ini! 

Bergetar segenap tubuh si botak mengenang betapa Islam ternoda akibat kebodohan serta kedegilan umatnya! Hati ini kian cemar dengan calar balar dek terbayang betapa Islam menjadi mangsa kerakusan nafsu umatnya!..

..............................................................................................................................

It has been ages since si botak was last here. Trying to celebrate another of The Lord's gift actually. Si botak would love to take this opportunity to thank everybody whom dedicating  love and prayers for si botak. Your prayers and love has lingered aroundsi botak thus injected blessings. A sincere gratitude also for the folks at Ministry of Women, Family and Community Development  especially for Y.B. Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil and as well as Y.Bhg. Datuk Roziyah on their attention towards si botak. Thank you... 



Now with a diaper, si botak is picking up what ever that had been shattered. The liver is a bit tainted. Yet life must go on, ay? 'Whether it is hard or easy, it's actually a spice in making us as who we really are. Thus, care not of the situation, try to enjoy every bit of it', a piece of Almarhumah Moyang's advice, of which si botak is trying to follow. This time round, in facing the trial, si botak has met a lot of strong humans. In fact this time, si botak's relationship with a living performing art legend, Di dalam usaha menerima ujian kali ini, si botak bertemu ramai insan yang cukup tabah. Malah kali ini, hubungan si botak dengan lagenda seni yang cukup si botak hargai, Puan Hajjah Fauziah Nawi  is getting stronger. Alhamdulilah. There are going to be a lot for si botak to learn from her. Ah, enough about si botak... 

Liver (in malay 'Hati'). Medically is a vital organ in digestive system as well as in detoxication. If tainted, then it be resulting in a chaotic system of the body. Heart (also 'Hati' in Malay) is a word as to explain the origin of feelings. If tainted, would be a manisfestation of a troubled feeling. Si botak is now facing both situations.

Si botak is more comfortable in sharing of how tainted the heart is. Why si botak's heart is tainted? It all evolving in a surpression of women in the name of religion that contributes to the misunderstanding towards Islam.  Through out the world, Moslem ladies are targets of this so called religious act that turns out to be just a cruel cultural practise. Unfortunately, it makes Islam appeared to be so mean not to mention it confirms the non-Moslem's idea that Islam is a religion of terror. This is not an assumption nor fabrication. It really do happen around us.

As an example, the beheading of Aasiya Zubair Hassan by her husband, Muzzammil Hassan in America on February 2009. Aasiya was beheaded when regarded as dishonouring family's honour after filing for divorce from her abusive husband. Click here  as to read more on this sad story. 

The death of Palestina Isa should also be taken seriously for that poor girl had been stabbed 13 times by her father while being held down by her mother. Palestina or better known as Tina Isa, was killed in preserving the family honour. Click here   as to learn more. 

The murder of Samaira Nazir was also not a beautiful story. This brilliant girl became the victim of honour killing after fell in love with a Moslem guy of different caste. Try to imagine how Samaira's throat cut then stabbed so many times by her brother and cousin in the name of honour. Click here  if one wishes to read more.

This final story left si botak speechless. It was about how more than 80 girls committed suicide by becoming suicide bombers as to avoid shame. It was even sad toleran they were actually victims of organised rapes before persuaded to be suicede bombers as to preserve family honour as well as to avoid shame by the mastermind herself. Click here  as to read the confession of the evil woman who planned everthing.

Moslems would have understand and know this is merely a cruel act based on cultural practice as well as an ancient act. This is not a teaching of Islam!  Yet, how about the perception of non-Moslems? Si botak's heart is even tainted as Anak Pakcik Budin read comments in a blog discussing the death of  Aasiya Hassan. Read and learn how Islam has been considered an abomination resulting from this barbaric act that has got nothing to do with Muhammad's teachings! 

Si botak is shivering come to think of how Islam has been smeared due to the stupidity and stubborness of its followers! This heart is getting more tainted as to visualise how Islam became victim of the lust of its followers!.. 
  • There was an error in this gadget

    Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter