Saudaraku... My Kins...

Wasiat Saidina Ali
Sebagai renungan. Bacalah dengan teliti dan amatilah wasiat yang sangat berguna ini. Ini wasiat Saidina Ali yang sering dibacakan oleh Almarhumah Moyang, kali terakhir, saya rakam iaitu sebelum saya ke universiti. Apa kata kita hayati benar benar apa pesan dan amanat Karamullahu Wajhah ini....


....
Ketika Saidina Ali r.a. sedang nazak kesakitan, beliau memperbanyakkan membaca zikir ‘la ilaha ilallah’. Di hujung hayatnya, beliau telah memberikan wasiat kepada anak-anaknya, Hasan dan Husain r.a. Wasiat tersebut telah di tulis oleh mereka.


....
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Ini adalah wasiat Ali bin Abu Talib. Dia nak saksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah. Tiada sekutu bagiNya. Dan bahawa Muhammad adalah hambaNya dan rasulNya. Allah mengutuskannya dengan hidayah dan agama yang benar agar agama ini menang ke atas semua agama walau pun dibenci oleh orang-orang musyrik.


....
“Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku adalah orang Islam yang awal pertama.” (AlAn’am: 162-163)


....
Aku mewasiatkan kamu wahai Hasan, semua anak-anakku dan sesiapa sahaja yang sampai kepadanya wasiatku ini agar bertakwa kepada Allah, Tuhan kamu. Jangan sekali-kali kamu mati kecuali kamu Islam.


....
Berpeganglah kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Sesungguhnya aku mendengar Abu al-Qasim s.a.w. bersabda: “Hubungan manusia yang baik itu lebih baik dari solat dan puasa keseluruhannya.”


....
Lihatlah saudara mara kamu dan hubungkan diri kamu dengan mereka agar Allah meringankan hisabNya ke atas kamu.


....
Demi Allah, Allah bersama anak-anak yatim. Jangan biarkan mereka lapar dan jangan cuaikan mereka.


....
Demi Allah, Allah bersama jiran kamu. Sesungguhnya itu adalah wasiat Nabi kamu. Nabi s.a.w. terus menerus memberikan wasiat (agar berbuat baik terhadap jiran) sehingga kami menyangka bahawa jiran akan mewarisi harta.


....
Demi Allah, Allah bersama al-Quran. Jangan orang lain mendahului kamu di dalam mengamalkan al-Quran.


....
Demi Allah, Allah bersama solat. Sesungguhnya solat adalah tiang agama kamu.


....
Demi Allah, Allah bersama rumah Tuhan kamu. Jangan kamu asingkan diri dari rumah Allah selagi kamu masih hidup. Sesungguhnya rumah Allah jika ditinggalkan kamu tidak akan dipandang.


....
Demi Allah, Allah bersama bulan Ramadhan. Sesungguhnya puasa di bulan Ramadhan adalah pelindung dari neraka.


....
Demi Allah, Allah bersama jihad di jalan Allah dengan harta kamu dan jiwa kamu.


....
Demi Allah, Allah bersama zakat. Sesungguhnya zakat memadamkan kemurkaan Tuhan.


....
Demi Allah, Allah bersama umat di bawah tanggungan Nabi kamu. Jangan kami menzalimi mereka di hadapan kamu.


....
Demi Allah, Allah bersama sahabat Nabi kamu. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. berpesan kepada kamu agar berbuat baik terhadap mereka.


....
Demi Allah, Allah bersama golongan fakir miskin. Sertakan mereka di dalam kehidupan kamu.


....
Demi Allah, Allah bersama hamba-hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya perkara terakhir yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. adalah: “Aku berpesan terhadap kamu agar berbuat baik terhadap dua golongan yang lemah; isteri-isteri kamu dan hamba-hamba yang kamu miliki.”


....
Jagalah solat. Jagalah solat. Jangan kamu takut celaan orang yang mencela dalam menjalankan agama Allah. Cukup Allah bagi kamu untuk melindungi kamu dari orang-orang yang ingin berbuat jahat terhadap kamu dan melakukan perlampauan ke atas kamu.


....
Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah ke atas kamu.


....
Jangan tinggalkan amar makruf dan nahi mungkar. Jika kamu tinggalkan, orang-orang jahat akan menjadi pemimpin kamu dan ketika itu jika kamu berdoa, Allah tidak akan makbulkan.


....
Hendaklah kamu saling berhubungan dan bekerjasama. Jauhi dari khianat dan berpecah belah. Tolong-menolonglah di dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa. Jangan tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan.


....
Bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat pedih azabNya. Moga-moga Allah memelihara ahli keluarga Nabi dan memelihara Nabi kamu. Aku tinggalkan kamu dan mendoakan kesejahteraan ke atas kamu. Moga-moga Allah akan merahmati kamu.


....
Selepas wasiat ini, Saidina Ali r.a. tidak mengucapkan kalimah lain selain ‘la ilaha ilallah’. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir beliau membaca firman Allah:
“maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (AzZalzalah: 7)
Buat apa lama sangat tu?
Hehehe. Ini entry yang cukup membuatkan pipi si botak terbakar menahan malu. Namun bak Kata Sayyidina Umar kepada anaknya Abu Syahamah: "Wahai anakku, berkata benarlah sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Dia tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan Dialah Maha Luas Penglihatannya."

....

Mem Besar akan sentiasa menjerit kira kira 15 tahun dulu, bila saja si botak lama sangat di dalam kamar mandi. :">

"Buat apa lama sangat tu! Sudah sudah la. Keluar, orang lain nak mandi jugak."

....

Setiap anak muda lelaki akan melalui fasa ini. Fasa 'gemar duduk dalam kamar mandi lama lama'. :) Namun teringat pula sonnet pertama Shakespeare...

....


SONNET 1
From fairest creatures we desire increase,

(kita mahukan semua ciptaan akan bertambah bilangannya)


That thereby beauty's rose might never die,

(kerana harapkan keindahan semulajadi akan kekal)


But as the riper should by time decease,

(tapi sebagaimana ibu bapak kita akan mati)


His tender heir might bear his memory:

(mereka tinggalkan kita sebagai penerus legasi)


But thou, contracted to thine own bright eyes,

(namun kamu, terlalu menurut kehendak hati)


Feed'st thy light'st flame with self-substantial fuel,

(memuaskan diri sendiri dan menyuap cahaya kehidupan dengan minyak sendiri/keluarkan sperma tetapi bukan di landasan yang betul )


Making a famine where abundance lies,

(menyebabkan kebuluran sedang banyak yang tumpah/sperma tak jumpa ovum )


Thyself thy foe, to thy sweet self too cruel.

(ini menjadikan kamu musuh kepada diri sendiri)


Thou that art now the world's fresh ornament

(kamu adalah perhiasan dunia kini)


And only herald to the gaudy spring,

(dan merupakan utusan pada musim bunga/pengeluar debunga yakni sperma untuk proses persenyawaan )


Within thine own bud buriest thy content

(tapi kamu buang saja 'kurnia/sperma' itu)


And, tender churl, makest waste in niggarding.

(kamu hanya membazir bila kamu nafikan kecantikan kamu pada yang berhak yakni wanita )


Pity the world, or else this glutton be,

(kasihanilah dunia ini dan jangan pentingkan diri)


To eat the world's due, by the grave and thee.

(wujudkanlah insan baru, supaya bila dah mati, kecantikan kamu yang dimamah bumi tetap akan ada warisnya)

....

Rasa rasanya, lelaki yang bertandang akan faham apakah maksud Shakespeare ni. Jangan bazirkan 'benih kehidupan milik kita'. memang susah nak kawal sekali dah mula. Namun mari kita cuba sama sama. Si botak pun masih cuba nak kawal kemahuan yang satu ini. :">

....

Jauhkan diri dari bahan bahan porno.

Elakkan dari duduk bersendirian.

Berpuasalah.

Banyakkan Zikrullah dan Selawat.


....

Ingatlah. Jangan membazir. Sesungguhnya membazir itu amalan si dia yang tercampak dari kemuliaan. :)


Antara Cinta Diredhai & Cinta Nafsu
Cinta. Satu kata yang mencetus pelbagai situasi. Apa itu cinta? Secara peribadi, cinta itu adalah anugerahNYA kepada setiap manusia. Cinta itu punya pengertian yang amat luas. Cinta itu punya pengertian dan aplikasi yang luas. Cinta boleh saja didefinisikan sebagai perasaan yang ingin dikongsi sesama manusia atau objek dan juga sebuah perasaan kasih terhadap seseorang atau objek tertentu.
....
Jenis jenis cinta pun tidak kalah luasnya.
Cinta terhadap Tuhan
Cinta kepada Rasul
Cinta kepada Agama
Cinta kepada Ibu Bapa dan keluarga
Cinta terhadap teman-teman, atau philia
Cinta terhadap lawan jenis atau juga disebut asmara
Cinta yang hanya merupakan hawa nafsu atau cinta erotik
Cinta sesama atau juga disebut kasih sayang atau agape
Cinta dirinya sendiri, yang disebut narsisme
Cinta kepada benda benda atau materialisme
Cinta akan sebuah konsep/idealisme tertentu
Cinta akan negaranya atau patriotisme
Cinta akan bangsa atau nasionalisme
dan banyak lagi....
....
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran” (ArRum:21)
....
Memang banyak jenis cinta namun Islam juga mengiktiraf keperluan cinta berlainan jantina dalam kehidupan manusia. Cinta lelaki perempuan yang disifatkanNYA sebagai membawa ketenangan.Namun cinta yang macam mana yang kita ingin kan? Cinta yang diredhai @ cinta nafsu yang mengundang bencana? Adakah berdua duaan sambil bercumbu mesra itu cinta yang diredhai? Apakah cinta yang diredhai itu perlu berbual bual kosong dalam telefon sampai berjam jam? Apakah berjumpa, makan makan, masuk panggung sambil cumbu cumbu, lepas tu masuk semak berzina itu cinta yang kita harapkan?
....
“Wa Laa taqrobuzzina. Innahu kaana faahisyataw wa saa-a sabiilaa”
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk
....
Ajaran Suci yang dibawa Muhammad menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Yang paling penting tanya hati. Cinta yang mana sedang kita lalui ini. Cinta yang diredhai @ cinta nafsu semata?
....
Ajaran Muhammad tak larang saling berkenal sebelum berkahwin. Tapi lihat saja perbezaan dahulu dan kini. Mak bapak kita yang tak bercinta sakan, akhirnya kekal perkahwinan mereka sampai ke akhir hayat. Kita? Berkawan, bercinta bertahun tahun. Tapi kahwin sebulan dah berantakan dan bercerai berai.Biasanya juga bila tak nikah, kalau berjumpa mesti akhirnya membawa kepada zina atau perkara perkara yang menghampiri zina.
....
Contohilah ibu bapa kita. Memang zaman dulu mereka tak jalani hidup yang serba moden macam kita. Mereka tak terbuka dan tak bergaul macam kita. Tapi lihat kejayaan rumahtangga mereka yang bercinta selepas kahwin. Kekal sampai ke akhir usia.
....
Apa kata kita juga begitu. Cuba kembali kepada amalan terdahulu iaitu tak payah bercinta sakan sebelum nikah tapi bercintalah selepas berkahwin. Rasai cabaran bercinta selepas sah bernikah. Bukankah lagi seronok, dapat lakukan apa yang tak halal sebelum nikah sambil mengenali satu sama lain. Apa kata kita sahut cabaran ini? Wallau'alam... :)
Kak Lily & Lelakinya (Abang Razak) Belanja...
Si botak baru terjaga dari lena... Semalam seronok benar... Kak Lily & Abang Razak (Lelakinya) belanja si botak, Awie, Aya, Syazwani & Hafiz makan Nasi Lemak Telawi...
....
Terima kasih... Moga Yang Paling Pemurah akan terus limpahkan rezeki pada Kak Lily & Abang Razak (Lelakinya)...
....
Malam yang sangat seronok... Makan sama sama... Berbual mesra... Tertawa ria... :) :) :)
Terkenang kenang (1)
Bertandang ke beberapa sahabat yang lain membuat hati ni terkenang kenang. Tersenyum sendiri kadang kala tak sedar pipi dah basah...

....

"Yang, carikan Tok daun nyiur barang dua tiga."


Si botak kecik berlari mencari daun yang diminta.


"Nah Tok."


"Mari sini. Duduk sebelah Tok." Si botak kecik melompat anak tangga dan duduk di sebelah wanita tua itu.


"Kita nak buat apa Tok?" Si botak kecik hairan menengok Moyangnya menceraikan daun yang dibawa tadi.


"Hari ni kita nak buat burung. Hah, ambik daun ni dan ikut apa yang Tok buat."


Si botak kecik cuba ikut. Beberapa kali tersilap.


"Hish, budak ni. Betul betul lah."


"Nak buat apa susah susah Tok. Beli aje."


"Ni tinggalan Tok nanti. Boleh kau ajarkan anak anak dan anak anak buah. Ni harta kita. ingat tu."


Si botak kecik tak setuju. Tapi tak berani nak cakap. Dalam hati dia mengomel, "Harta apa. Kalau emas tu ye lah."


Moyangnya terus juga mengajar si botak kecik. Sesekali dijerkahnya si botak kecik yang main main. Sambil sambil tu, wanita tua tu bernyanyi;


Kalau nak gugur... Hai sayang...
Kalau nak gugur, gugurlah nangka...
Ahai... Jangan menimpa,
Jangan menimpa si dahan pauh...


Anak raja turun beradu...


Kalau nak tidur... Hai sayang...
Kalau nak tidur, tidurlah mata...
Ahai... Jangan mengenang...
Jangan mengenang orang yang jauh...

....

Senyum terukir lagi, pipi makin basah. Terkenang kenang...

Melayu; Sedarlah!
Hari ini si botak terhuyung hayang. Meski tak dapat berjalan menggunakan kaki, namun ketika mengingsut pun terasa bagai dibuai kuncah. Semalam si botak dilanda gegaran yang kuat juga. "mungkin 10 pada skala richter kot", ujar Doc Sam. Terima Kasih Encik Tabib Sam yang tak jemu jemu membantu si botak dan yang paling penting hormat pada keputusan si botak untuk tidak menerima sebarang 'pil pembunuh kesakitan'. :)
....
Nak menaip ni pun ambil masa yang lama. Si botak mula pada pukul 2 tadi, ni Nizam bilang dah pukul 3 suku... hehehe. Si Botak gembira kerana ni masa nak lawan sikit keengganan tubuh ni bekerja. :) Si Nizam bising bising kerana si botak tak pernah mahu ambil 'pil pembunuh kesakitan'. Si botak tak mahu tinggalkan dunia ni dalam keadaan mamai. Tengah tengah khayal, kot kot Izrail bertandang, sempat ke si botak ingat padaNYA. walya'uzubillah.
....
Hari ni si botak agak nostalgik. Terkenang kisah kisah lama. Kisah kisah peribadi dan juga kisah kisah sejarah bangsa yang si botak pernah baca, pernah dengar dan pernah siasat. Si botak terasa macam agak tak stabil mungkin, sebab si botak sangat risau mengenang perpecahan Melayu kini. Si botak tak mahu cakap berkias kias hari ni. Si botak tak larat nak perah otak ni lebih lebih. Imam Ali bin Abi Talib r.a dalam Nahjul Balaghah pernah pesan;
....
"O manusia, Dua perkara yang merisaukan aku, bila kamu tertindak mengikut kehendak diri dan bila kamu terlalu berharap.
Bila bertindak ikut kehendak, kebenaran akan terhalang dari kamu dan jika terlalu berharap, kamu akan lupa pada dunia yang akan datang (akhirat). Kamu sepatutnya sedar bahawa dunia ini bergerak terlalu pantas dan tak ada yang akan kekal kecuali perkara perkara akhir yakni umpama kapal yang telah ditinggalkan, terdampar kekosongan.
Berhati hatilah, dunia akan datang (akhirat) sedang berkembang dan masih tak punya anak(pengikut). Kamu sepatutnya pilih nak jadi anak kepada dunia yang akan datang bukannya anak dunia ini.
Ingatlah, di hari penentuan kelak, setiap anak akan bergantung pada ibunya. Hari ini (dunia) adalah hari bertindak dan tak ada rujukan, manakala hari esok (akhirat) adalah hari rujukan dan tak akan ada tindakan lagi untuk kamu lakukan."
....
Jadi untuk apa lah berusaha sangat semata mata untuk berkuasa. Bagi golongan yang memerintah kini, perlukah terlampau takut bila tak berkuasa? Kamu dah diberi amanah, jalankan saja. Kamu masih berkuasa, jadi jujur dan laksanakanlah amanah itu! Jangan lari dari sumpah setia kamu. Di dunia ni, boleh lah bagi alasan, di akhirat nanti? Syair Arab pernah berkata, pernah dibuat lagu pun oleh Nadamurni; "Dunia ibarat air laut, Diminum makin menambah haus" Jadi untuk apa kita terlalu kejar dunia ni. Untuk apa? Untuk dapat duit juta juta atas kesengsaraan orang lain? Apa duit itu mampu selamatkan kita di akhirat kelak? Masya'allah.
....
Pada yang teraniaya, dan yang menyokong. Tiada tuhankah di dunia ni? Sampai berusaha benar nak jatuhkan orang yang memerintah. Tak yakinkah pada ketentuan dan pembelaanNYA. DIA akan balas pada yang salah dan tunjukkan kebenaran. Tak yakinkah kita? Perlu sangat ke kuasa sehingga ukhuwah kita jadi taruhan. Sampai syahadah yang dilafaz jadi permainan. Ok, nak berkuasa juga, gunakanlah cara Islam. Jangan mengeji. Jangan memanggil orang Islam dengan kata kata yang menghina. Biarkan mereka, orang yang menghina kamu. Jangan marah. Biarkanlah mereka nak panggil kamu Khinzir sekalipun. Rasulullah dikeji, dimaki, dilempar tahi, pernah Rasulullah balas?
....
''(Orang-orang bertakwa) yaitu mereka yang menafkahkan (hartanya) baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan'' (Ali Imran: 134)
Rasulullah SAW bersabda, "Seutama-utamanya akhlak dunia dan akhirat adalah agar engkau menghubungkan tali silaturahim dengan orang yang memutuskan silaturahim denganmu, memberi sesuatu kepada orang yang menghalang-halangi pemberian padamu, serta memberi maaf kepada orang yang menganiaya dirimu".
....
Ok, nak tolong rakyat. Benarkah? Atau sekadar nak balas dendam dan nak kuasa. Kita tetap khalifahNYA meski tak bergelar perdana menteri atau menteri! Nak tolong rakyat masih banyak cara lain. Tengok saja kejayaan sistem ekonomi Al Arqam dulu. Kita ketepikan kelainan fahaman mereka tetapi contohi kejayaan Islam yang hampir berjaya menewaskan monopoli ekonomi kaum lain. Berdagang sesama Islam. Itu juga membantu rakyat, Melayu terutamanya.
....
Kepada mana mana pihak juga, fikirkanlah. Kita Islam semakin tertekan kini. Kita marah dan melenting bila Ajaran Islam diperkotak katik, Quran dijadikan target latihan menembak. Tapi apa kita benar benar marah? Apa kita buat sebagai jihad terhadap ajaran ini? Setakat berkumpul dan meraung raung dan mencaci caci?
....
Ada yang akan kata, "Ah, kita tak sekuat Amerika dan sekutunya!" Jadilah bersatulah. Bersekutulah kita. Jika semua umat Islam bersatu, tak ada halangan yang mampu tahan asakan kita. Ketepikan perbezaan mazhab atau politik. Yang penting adalah kalimah SYAHADAH! Jangan kita cemari Ajaran yang suci ini. Kita yang undang salah faham orang bukan Islam. Kita yang tak benar benar ikut Ajaran dan Seruan Muhammad. Kita yang hina Muhammad. Kita yang permainkan nama Baginda. Kita yang hanya guna seruan Baginda bila nak berkuasa dan nak dihormati. Di mana kita nak palingkan muka ni saat Muhammad beri syafaat pada kita di hari penentuan kelak? Di mana? Di mana? Di mana? :'(
....
Ya Ikhwanul Muslimin, sedarlah dari tidur yang dibuai mimpi tentang mengharap dunia ni. Bangkitlah. Dunia ni pinjam pinjaman saja. Di sana nanti yang paling utama. Marilah kita bersatu atas kalimah "LA ILAHAILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH"
Gegar!!!
Banyak sungguh gegaran yang berlaku dalam hidup si botak semenjak dua menjak ni. Jumaat lepas, bergegar tubuh si botak menahan marah akibat ketidak adilan yang dihadapi Kak Lily. Gegar!!!
....
Susah sangat kah nak berlaku adil pada orang cacat? Ada yang akan mengatakan ini kegagalan sistem pendidikan yang dipraktis kerajaan, mungkin ada benarnya. Namun terfikir pula si botak, adilkah menyalahkan satu pihak saja? Si botak menimba ilmu di tanah ini, pernah juga menjadi guru sandaran (selama empat tahun), dalam setiap syllabus mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Agama Islam, Sivik, terdapat penekanan terhadap pembinaan insan. Mana silapnya? Gegar!!!
....
Akhbar KOSMO! pada 13 Mei 2008 memaparkan kisah seorang pelajar perempuan sekolah agama yang bertudung litup mengaku MEMBUANG BAYI! Kerajaan jugakah yang salah dalam hal ini? Benar kerajaan yang benarkan kemasukan pelbagai unsur baru terutamanya Internet! Namun tanpa Internet, dapatkah kita berbincang seperti sekarang? Jika kerajaan tidak betul, pembangkang kenapa tak juga berusaha memperbaiki kelemahan ini? Nak tunggu berkuasa penuh baru nak ambil tindakan? Maaf, si botak tak berniat nak cabar pegangan politik sesiapa, si botak cukup menghargai kelainan pandangan ini. Lain pendapat akan mengelakkan kita jadi jumud. Cuma nak minta kita sama sama berhenti sebentar dan berfikir, WAJARKAH SEMUA SOAL NAK DIPOLITIKKAN? Kita bercakap mengenai amanah yang diberi olehNYA kepada kita. Jadi khalifah! Perlu menang pilihanrayakah baru nak jadi khalifah di bumi ini? Lupakah kita pada amanah ini? Gegar!!!
....
"Kami tidak menemukan sebahagian besar dari mereka memenuhi janji. Adapun yang Kami dapati bahawa sebahagian besar dari mereka adalah orang orang yang fasik. (AlA'raf:102)"
....
Kemudian bergegar pula batu jemala si botak. Ini biasa.. Hehehe. Gegar!!!
....
Semalam bergegar kencang badan si botak tatkala ketawa mendengar kisah 'Ahmad Albab'. Si botak memang 'hantu P Ramlee'. :) Bukan apa, si botak suka benar dengan corak pemikiran gemulah yang cukup kompleks. Isu yang dibangkit relevan sepanjang zaman dan yang paling penting, KARYA GEMULAH RINGAN DAN SENANG DIFAHAMI WALAU SARAT DENGAN SOAL SOAL PENTING! Gegar!!!
....
Tiba tiba terasa pula rumah bergegar. Si botak dengan dibantu Nizam dan Mat, meluru keluar dari sarang kami. Bergegar jantung si botak. Rupa rupanya telah berlaku satu gempa bumi di Utara Sumatera, berukuran 6.1 pada Skala Richter. Masya'allah. Apa agaknya nasib saudara kita di sana? Gegar!!!
....
Apa yang menyedihkan ramai jiran si botak yang langsung tak ambil pusing bila rumah bergegar. Si botak risau akan keselamatan mereka. Ini kegagalan pemerintah! Kita tak ada sistem khusus berhadapan dengan bencana. Kita perlu ada sistem bagaimana nak turun dari bangunan, nak pakai lift ke tidak, apa tugas Bomba dan Polis. Malangnya kita tiada sistem sebegini. Gegar!!!
....
Si botak bersyukur kerna masih dilindungi dan tak diuji dengan ujian bencana alam lagi. Namun segalanya tidak mustahil. Memetik kata kata Doc Tok Asid, dan saya benar2 terfikir semalam dan pagi tadi.Akan ayat2 ALLAH tentang hukuman kepada kaum Noh,kaum Lut,kaum Saleh dan kaum Fir'aun pada zaman dulu.Apa yang ALLAH perturunkan pada umat2 terdahulu sedang juga di beri kepada kita.tetapi apakah kita mengambil pengajaran darinya? jangankan yang non-Muslim, yang Muslim sendiri akan kata: Ah! Ini natural disaster sahaja.tidak tahu mengapa seolah menafikan ini musibah ALLAH berikan agar kita mengabil pengajaran,agar kita kembali bertaubat,agar kita kembali memegang tali-tali ALLAH dgn kukuh. Gegar!!!
....
Si botak gembira kerana banyak sungguh gegar gegar ini. Ia menjadikan hidup si botak lebih bermakna dan lebih berterima kasih pada Yang Paling Adil! Malah akhi Shah si botak terus tampil dengan tips tips keselamatan ketika menghadapi bencana. Si botak sangat terharu. Segala puji dihamparkan hanya buatNYA. Gegar!!!
....
Apa pun, si botak tetap harap agar kita jangan terus leka. Marilah bersama kita kembali ke jalan yang benar. Si botak tahu yang si botak dah jauh benar tersasar. Tolonglah si botak dan saudara yang lain untuk terus kembali ke jalanNYA. Ketepikanlah perbezaan, cari persamaan. Bila gegar yang sebenar jadi nanti jangan pula kita salahkan DIA. Yang Paling Besar dah bagi amaran. Fikirkan bersama yuk!
Email ke TV3
Salam,

Saya merupakan seorang OKU yang tinggal di tingkat paling atas sebuah pangsapuri di Sungai Ramal Kajang. Dalam pukul 10.30 malam semalam keeseronokan mendengar 'Ahmad Albab' terganggu kerna terasa rumah bergoyang.
....
Saya dan rakan yang bukan OKU bergegas turun sambil disapa mesra oleh jiran jiran yang hanya keluar rumah sambil berbual mesra. Saya merasakan ini tugas pemerintah yang tak pernah melatih atau memberi garis panduan kepada rakyat. Bagaimana untuk bertindak sekiranya berlakunya bencana.
....
Kita diajar di sekolah Malaysia terlindung daripada Lingkaran Api Pasifik. Namun kini agak kerap berlaku gegaran kecil. Dua hari lepas, gempa berskala 5 pada skala Richter berlaku di Sabah. Sekarang segala pengetahuan Geografi terdahulu perlu dikaji semula.
....
Kita perlu sentiasa berwaspada. Orang tua tua meminta kita sediakan payung sebelum hujan. Bersedia sebelum berlaku kecelakaan. Namun apa yang berlaku semalam, agak membimbangkan. Rakyat Malaysia nampaknya tidak langsung peka dengan soal keselamatan. Bayangkan jika gegaran lebih kuat dan bangunan berusia yang kami tinggal runtuh. Berapa ramai yang akan terkorban? Adakah kita lupa akan tragedi Highland Tower?
....
Pihak berkuasa tempatan juga nampaknya tidak punya tatacara khusus di dalam menangani masalah ini. Saya menghubungi Balai Polis Kajang bagi mendapat pengesahan samada selamat untuk saya naik semula. Ini adalah kerana saya berkerusi roda. Saya tidak mahu mengambil risiko. Saya diminta tunggu sehingga Bomba datang dan memeriksa bangunan, namun sehingga jam 12 malam, tiada mana mana pihak pun datang.
....
Banyak yang perlu kita lakukan kini. Rakyat kini terlalu asyik berbicara hal hal politik dan hiburan sehingga soal keselamatan tidak lagi diberi keutamaan. Memetik kata kata ibu saya, yang menghubungi saya bagi memastikan saya selamat, "rakyat Malaysia sudah terlalu berani. Mereka langsung tak ambil iktibar dari peristiwa tragis yang berlaku di sekeliling, Taufan Nargis dan Gempa di China."
....
Apakah kita mahu ramai terkorban barulah nak rangka dasar dan saling menuding jari? Apakah semua isu nak dipolitik dan disensasikan barulah dapat perhatian pemerintah? wallahu'alam.
Antara Freemason & Kita
Tersenyum pagi pagi. Seorang sahabat yang lama menghilang, tiba tiba muncul. Maklumlah belajar jauh nun di Amerika. Orangnya sangat periang dan jika berborak berdua pasti tak kering gusi.
....
Sahabat ini bagaikan hujan, kata Mem Besar. Benar sekali. Bawa rahmat dan kesenangan pada manusia. Namun kadang kadang boleh juga bawa bah. Besar sungguh aturanNya. Sahabat boleh bawa bahagia, boleh juga datangkan duka. Namun kita tak boleh hidup tanpa sahabat.
....
"Dan (Allah-lah) yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada dibumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka "(AlAnfal : 63)
....
Apa yang penting ialah Hablum minan Nas (kasih sesama manusia) yang juga akhirnya membawa kepada ukhuwah islamiyah, ukhuwah Basyariyah (sesama manusia tak kira agama) dan ukhuwah wathaniyah (warga senegara tak kira agama).
....
Sedang rancak berbual dengan sahabat tadi, dia tiba tiba menimbulkan isu Freemason. Pasti ramai yang tahu mengenai pertubuhan ini. Bagi yang tidak tahu, Freemason merupakan persaudaraan atau fraternity (yang diambil dari bahasa Latin yang bermaksud saudara lelaki, jika perempuan dipanggil sorority). Ada yang mengatakan ia pertubuhan rahsia dan tak kurang yang mengatakan ianya pertubuhan biasa yang penuh rahsia.
....
Bagi yang menonton filem King Solomon's Mines, Indiana Jones, The Librarian, National Treasure, pasti tahu tentang pertubuhan Freemason ini. Ada yang mendakwa Freemason wujud sedari zaman Solomon (Sulaiman a.s) Mason bermaksud tukang batu yang kononnya mereka percaya terlibat di dalam pembinaan Kuil Solomon di Baitul Maqdis. Ini membawa kepada kepercayaan mengenai kewujudannya.
....
Ada pula yang mengatakan bahawa Freemason berasal dari Eropah di awal kurun ke 12. Katanya mason (tukan batu) yang mahir telah datang dari Mesir ke Eropah dan bina banyak bangunan terutamanya istana dan gereja. Salah satu yang kian popular kini ialah Rosslyn Chapel di Scotland yang dibina oleh Sir William St. Clair (seorang Master Mason) pada 1446. Gereja kecil ini jadi popular akibat cerita hangat Da Vinci Code yang ditulis oleh Dan Brown dan dah dijadikan filem.
....
Tapi bukan itu yang menarik perhatian. Yang menarik perhatian ialah bila sahabat yang beria ia menceritakan tentang Freemason ini bercerita tentang puisi puisi lama yang menjadi asas kepada Freemason. Antara yang tertua ialah Regius Poem (Puisi Regius) yang dikatakan ditulis sekitar 1390. Puisi ini menceritakan tentang Euclid, ahli matematik Mesir purba yang berjaya menemui pengiraan geometri.
....
Perbualan tamat. Sahabat lama nak menghubungi rakan rakan lain pula. Hati ini terdetik. Ramai lagi yang mungkin tahu tentang semua ini dan tahu tentang puisi Orang Barat. Semua pelajar tingkatan empat sekarang pun hafal Sonnet 18 (tulisan Shakespeare).
....
Adakah anak Melayu sekarang tahu tentang puisi Arab Mu'alakat (Tujuh Puisi yang Tergantung di Kaabah) sebelum Islam. Bait Syair Labid yang namanya termaktub dalam hadith sahih yang dirawi oleh Imam Muslim;
....
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Dari Nabi saw. bahwa beliau bersabda: Bait syair (puisi) paling bagus yang pernah diucapkan oleh orang-orang Arab adalah bait syair Labid: Ketahuilah, segala sesuatu selain Allah adalah batil
....
Kenalkah kita dengan puisi Imam As Syafi'e mengenai penerimaan takdir (maaf saya hanya ada versi bahasa Inggeris sahaja, tak berani nak alihbahasa);
Not always wealth, not always force,
A splendid destiny commands;
The lordly vulture gnaws the corse
That rots upon yon barren sands.

Nor want nor weakness still conspires
To bind us to a sordid state;
The fly, that with a touch expires,
Sips honey from the royal plate.
....
Bait bait syair Ibnu Al Mubarak, antara yang paling terkenal iaitu mengenai malam;
Ketika malam gelap menyapa mereka
Berlalu sementara mereka asyik ruku kepada Tuhannya
Rasa takut telah mengganggu tidur mereka
Sehingga mereka terbangun
Maka orang yang damai dalam hidupnya di dunia adalah
Orang yang ahli tahajjud
....
Banyak lagi puisi ciptaan Muslim yang bagus bagus antaranya yang berkaitan Sufi. Karangan yang baik adalah daripada Al Ghazali seperti Mishkat Al Anwar. Karangan Umar Khayyam iaitu Rubayyat.
....
Karangan tersohor dari Iran, Maqamat ditulis oleh Badiulzaman al Hamadhani. Dan banyak lagi puisi puisi di zaman Muawiyah, Abbasiyah, Mamluk, dan Uthmaniyah.
....
Puisi cinta Islam juga sangat hebat. Yang paling hebat ialah kisah cinta, Qays ibn al-Mulawwah ibn Muzahim dengan Layla bint Mahdi ibn Sa’d yang akhirnya lebih dikenali sebagai kisah Laila Majnun (Yang menggilai Laila). Kisah cinta ini ditiru oleh orang Itali dan dijadikan epik mereka yang digelar Romero and Guiletta yang akhirnya dialihbahasa pula oleh Shakespeare jadilah Romeo and Juliette.
....
Mungkin seni penulisan terutamanya penulisan lirik lagu di Malaysia akan lebih menarik sekiranya penulis kita kenal akan puisi puisi Arab dan puisi puisi Islam. Orang Arab sangat mahir berkata kata, sehingga di awal dakwah Muhammad, Baginda berwaspada dengan penyair Arab, Zuhair (yang puisinya turut tersenarai antara tujuh yang tergantung di Baitul Atiq).
....
Dari puisi Arab dan Parsi, lahir pula karya Melayu Lama seperti Hikayat Iskandar Dzulkarnain, Hikayat Seibu Satu Malam, Hikayat Bayan Budiman, Hikayat Amir Hamzdah, Sulalatus Salatin, Bustan Al Katibin, Taj us Salatin dan banyak lagi. Lihat saja hasil karya orang dulu dulu yang cantik amat bahasanya dan menarik benar penceritaannya. Ini kerana asasnya adalah karya dari Timur Tengah.
....
Kenapa tak kita juga menjenguk jenguk karya karya ini. Janganlah kita mahir Sonnet Shakespeare, puisi Rudyard Kipling dan sajak Rabindranath Tagore saja. Sangat rugi. Sebab Orang Barat lebih mahir tentang karya Islam dan dapat manafaat pula. Mereka kaji Rubayyat tulisan Umar Khayyam dan mereka dapat belajar kimia. Mereka mahir tentang Qanun Fi al Tib nukilan Ibnu Sina dan mereka jadi pakar perubatan. Kita?....
Ibrahim Khalilullah
Hari ini agak lapang. Tiada apa untuk dilakukan. Segala puji buatNya. Namun risau juga. Maklumlah, bak pesan Syaikh Ahmad ibn Athaillah, di dalam kitab Al Hikam;
....
Dalam keadaan lapang, nafsu ikut mengambil bahagian dengan bergembira, sedang jika dalam kesempitan, tidak ada bahagian sama sekali bagi nafsu itu.
....
Jadi cuba mendengar rakaman suara yang dilakukan oleh Nizam. Nizam akan rakan suaranya membaca nota nota lama yang ditulis oleh si botak. Sedang asyik mendengar sambil kadang kadang tertawa serta tersenyum, tiba tiba, tertarik dengan suara Nizam yang membaca kisah Ibrahim Khalilullah.
....
Kisah nabi ini sangat menarik. Baginda merupakan patriach atau nenek moyang kepada Nabi Nabi yang disanjung oleh tiga agama utama kini, antara yang utama Israel/Ishak (Yahudi), Isa AlMaseh/Jesus (Kristian) dan Muhammad (Islam). Namun kalau nak ceritakan susur galur nabi Nabi ini, agak panjang. Lain kali sahajalah.Apa yang nak dikongsi hari ini adalah antara persamaan catatan sejarahwan Yahudi dan sejarahwan Islam.
....
Yang pertama adalah dari aspek asal usul Baginda. Kedua dua sumber setuju dengan salasilah di bawah (nama arab/nama yahudi)
....


Adam a.s+ Hawa/Eve


Seth


Anausy/Enos


Qainan/Kenan


Mahyalel/Mahalalel


Yarud/Jared


Idris a.s/Enoch


Matausyellah/Matushellah


Laamik/Lamech


Nuh a.s/Noah


Sam


Arfakhsyad/Arpachshad


Syaleikh/Salah


Abir/Eber


Faligh/Peleg


Raghau/Reu


Sarukh/Serug


Nahar/Nahor


Tarikh/Terah


Ibrahim/Abraham


....
Seterusnya ialah kedua dua sumber percaya bahawa Ibrahim/Abraham lahir di Kaldinniyah, Babil/Ur of the Chaldee in Babylon (wilayah Iraq sekarang) dan kemudian berpindah ke Hirran/Harran (wilayah Turkey sekarang) dan akhirnya menetap di Kannaan/Cana'an (wilayah yang kini telah terpecah menjadi Israel, Palestin, sebahagian Mesir dan sebahagian Lubnan serta sebahagian Jordan).
....
Kedua dua sumber juga sepakat dengan hakikat bahawa isteri pertama Ibrahim/Abraham ialah Sarah/Sarai iaitu ibu Ishak a.s/Isaac. Isteri kedua ialah Hajar/Heger iaitu ibu Ismail a.s/Ishmael. Isteri ketiga ialah Qantur/Qanthur iaitu ibu Madyan.
....
Janganlah kamu benarkan Ahli Kitab (Yahudi) dan jangan pula didustakan mereka. (Riwayat Bukhary)
....
Maknanya ialah, jangan tafsir AlQuran dengan kisah kisah Israiliyat (Kisah Yahudi) tetapi ada juga kisah kisah sejarah yang benar, terutamanya bila berbicara tentang sejarah Nabi Nabi terdahulu sebelum Muhammad.
....
Ada banyak lagi persamaan kisah Yahudi, Kristian dan Islam. Kenapa perbezaan juga yang hendak digunakan oleh kita? Apa akan jadi jika kita terangkan bahawa Ajaran Muhammad ini turut iktiraf Nabi Nabi Yahudi dan Kristian. Mungkin mereka berminat nak dengar dan boleh lah mula duduk semeja tanpa prasangka.
....
Yahudi di zaman Muhammad boleh hidup bersama sama umat Islam. Memang adalah sikit sikit pertelagahan, namun tidak lah terlalu besar akibatnya. Ini kerana mereka tahu Ajaran Muhammad menghormati Nabi Nabi mereka juga dan yang paling penting Muhammad tak menganiaya mereka.
....
Renung renung lah. Mana tahu dapat fikirkan jalan yang terbaik untuk jadikan dunia ini lebih aman sedikit dan jadikan Ajaran Muhammad ini kembali ke jalan asalnya iaitu, AJARAN KEAMANAN... :)
....
p/s: ni entry spontan. nak alih perhatian dari kesedihan mengenang nasib OKU di tanah ini terutama apa yang menimpa Kak Lily
Teratai Mengarok.. Si Botak Tersedu..
Bagi orang Pekan, Pahang.. Mengarok merupakan satu persembahan yang jarang jarang dapat disaksikan lagi. Upacara ini biasanya dipersembah di majlis majlis keramaian Diraja. Dikatakan bahwa mengarok datang dari bahasa Brunei yang maksudnya mengamok. Dalam persembahan ini biasanya dua kumpulan lelaki akan berwayang seolah olah sedang bertempur sambil diiringi tingkah paluan gendang anak dan gendang ibu.
....
Hari ini, berdentang denting irama paluan gendang bertingkah di kamar rasa si botak. Kak Lily MENGAROK!. Kaka Lily sedang terbakar. Biasanya si botak akan cuba padam api itu namun kini si botak rasa terpanggil untuk biarkan saja. Itu hak Kakakku. Paling menyedihkan itu sahaja yang mampu dilakukan oleh Kak lily...
...
Sampai bila warga cacat seperti Kak Lily dan si botak akan diperlaku sebegini? Sampai bila OKU akan dibela? Sampai bila OKU hanya digunakan untuk orang besar dapat publisiti? Bila nak nampak baik, lawat orang cacat. Bila nak nampak prihatin, buat baik pada orang cacat...
....
OKU juga manusia. Dalam kes si botak dan Kak Lily, kedua ini juga orang Melayu. Ketuanan macammana yang sedang diperjuang sekarang? Melayu dan Islam tak dapat dipisahkan. Dah terlekat macam terkena gam UHU. Islam apa yang ada di sini? OKU dilayan macam sampah. OKU diperah tenaga macam memerahkan kain buruk.
....
Terkenang pula. Berdengung dengung di telinga si botak, lagu 'Tudung Periuk' nyanyian P Ramlee dan Saloma dalam filem Sumpah Orang Minyak.
....
Hai tudung periuk
Tudung periuk pandailah menari
Tarian anak
Hai tarian anak putera mahkota
Kain yang buruk
Kain yang buruk berikan kami
Buat menyapu
Buat menyapu si air mata
....
Lihat sahaja falsafah orang dulu, seburuk buruk kejadian juga masih dianggap berguna. Kenapa orang kini tak nampak apa yang orang dulu nampak? OKU macam Kak Lily sangat kuat. Bayangkan dari Kajang menaiki komuter ke KL Sentral, tukar pula Putra LRT, kemudian berjalan kaki lebih kurang 20 minit ke tempat kerja. Kemudian gaji yang kecik tu, tak dibayar. Sepanjang jalan pergi balik pula terpaksa berdiri!
....
Ada yang akan berkata, "Kata nak hak samarata. Jadi tahanlah kesusahan macam kami."
....
Ya! Memang OKU tak nak simpati. Tetapi fikirlah. Kalian segar bugar. Kalau sakit pun, masih sempurna segala anggota. OKU nak berjalan pun ada yang hoyong hayang, yang lumpuh sememangnya terbatas pergerakannya, yang buta teraba raba, yang bisu tak terluah perasaan, yang pekak langsung tak dengar apa apa.
....
OKU tak mahu dilayan macam raja. OKU tak mintak layanan istimewa. Hanya menuntut hak semata. Di dalam mana mana kenderaan awam, memang ada tempat khusus buat OKU. Itu hak OKU, kenapa yang tidak cacat nak guna juga? Nak sangat jadi cacat? Hati hati... Setiap kata dan perbuatan itu adalah doa. Nanti dah jadi mulalah pula nak salahkan Yang Paling Adil.
....
“Demi sesungguhnya, Kami telah mengutus Rasul Kami dengan membawa bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan.(Surah alHadid:25)”
....
Jalankan lah keadilan! Memang OKU nak hak samarata. Tapi kerana OKU tak punya apa apa peluang di tanah ini. Tak kiralah OKU itu Melayu atau tidak. Peluang yang ada cuma kelas kelas kemahiran dan kerja kerja rencam. Memang ada yang berjaya, namun boleh dikira jumlahnya dengan jari. Jika OKU diberi peluang yang sama, OKU juga akan mampu menyumbang pada ekonomi dan pembangunan. Malah, tak perlulah lagi bantuan dari mana mana pihak. OKU juga adalah komoditi yang juga modal insan. OKU juga nak turut serta di dalam proses mencemerlangkan tanah ini.
....
Si botak tersedu. Tumpah air bola pandangnya. Tak tertahan rasanya. Bagaimanalah agaknya Kak Lily boleh menanggung? Si botak yang mendengar sudah luluh hati dan jiwa.
....
Rakan rakan, Saudara saudara yang diluar sana. Kasihanilah OKU. Bukan nak meminta lebih. TAK MINTA DIDUKUNG ATAU DIKENDONG. HANYA NAK BERJALAN SEIRING DENGAN KALIAN... :'(
Hari Guru - Hari Mengutip Tauladan Silam
Si botak sedang mengira detik. Telah tiba masa untuk si botak menghubungi semua insan berjasa yang tak jemu jemu mengajar dan mendidik selama ini.
....
Hari ini, semua pendidik, dari guru, ustaz dan ustazah, jurulatih, tutor, pensyarah, akan dirai. Selang beberapa jam, satu keramaian demi menobatkan tokoh cikgu akan diadakan. Baguslah, umat Malaysia masih tahu nak hargai golongan istimewa ini yang mengajar kita tulis, baca dan kira! Mereka jugalah yang memikul sebahagian tanggungjawab mak dan bapak untuk membentuk siapa kita.
....
Namun di dada dada media, sering benar dipapar tentang muda mudi zaman sekarang yang makin hanyut. Macam macam kes dilaporkan, memang tidak dinafikan ada yang baik baik, tentang kejayaan akademik mahupun sukan, namun banyak sangat kisah keruntuhan akhlak.
....
Gagalkah sistem pendidikan kita? Soal ini terlalu besar untuk dikupas oleh si botak. Si botak tak mahu menuding jari. Ini bukan masa untuk saling tuduh menuduh. Ini masa untuk saling bersatu hati, jiwa dan akal!
....
Sempena hari yang bermakna bagi cikgu cikgu, di mana hari ini cikgu cikgu akan bawa pulang berbondong bondong hadiah, fikirkan sesuatu! Anak anak bangsa yang masih mentah perlu didorong ke arah kecemerlangan dunia dan juga akhirat. Berat tugas ini, namun itu sumpah setia para cikgu ketika menandatangani surat penerimaan lantikan.
....
Suka si botak nak bawa cikgu cikgu merentas masa, ke zaman silam. Jika punya kelapangan silalah ke arkib negara. Di sana akan terdapat buku perharian (buku catatan bagi sekolah dulu dulu) Cikgu cikgu sekarang perlu tahu perit jerih golongan pengajar dahulu. Berapa gaji mereka? Apa tugas mereka? Apa aktiviti mereka? Bila sudah faham, barulah timbul keinsafan dan kesyukuran. Moga tidak lagi terbit isu gaji tak cukup. Elaun tak banyak. Moga anak anak murid yang dijadikan keutamaan. Mudah mudahan.
....
Buku perharian ini bukan sahaja patut diteliti oleh cikgu cikgu tapi ibu bapa juga. Cikgu adalah ganti mak dan bapak di sekolah. Apa lah salahnya jika cikgu cikgu bertegas dengan anak anak kita. Dahulu si botak pernah dirotan hingga berdarah, dicubit hingga lebam, namun kini si botak berasa bersyukur. Kalau tak kerana ketegasan cikgu, si botak mungkin dah hanyut entah kemana. Ibu bapa sekarang jangan biarkan kasih sayang membutakan mata dan hati kalian. Sikit sikit nak repot polis. Sikit sikit nak saman. Cikgu cikgu juga manusia, bila dah asyik dirantai, akhirnya akan hilang semangat dan keikhlasan. Siapa yang rugi? Anak anak kita juga.
....
Buku perharian ini juga perlu didedahkan kepada para kepala kampung (tok penghulu), orang ramai dan juga pegawai pegawai kerajaan lain. Dulu dulu, ketua ketua kampung akan turut melawat sekolah dan memberi cadangan. Selain itu, pegawai daerah, ketua jururawat, turut bergiat aktif di dalam mempertingkat prestasi sekolah. Yang menariknya, mereka itu berbuat demikian sebagai tanggungjawab sosial sahaja, tanpa elaun khas mahupun arahan. Kini? Segalanya hanya akan berlaku sekiranya ada arahan dan tidak dilupakan tuntutan elaun perjalanan (mileage).
....
Kita terlalu materialistik kini. Apa sanggup kita korbankan belia negara demi wang ringgit? Bila dah parah, masing masing mula menyinsing lengan, menggiling cili, untuk menyerang pihak lain. Gajah sama gajah (haiwan yang tak punya akal) berjuang, anak muda Malaysia yang akan terus hanyut di tengah arus globalisasi.
....
Satu lagi, kembalikan rotan! Pernahkah ada kes pelajar mati dirotan? Ada pepatah inggeris yang termaktub di dalam kitab perjanjian baru mereka, "If you spare the rod, you'll spoil the child" (jika rotan disimpan, anda akan rosakkan anak anda) Kita dengar saranan mereka agar gunakan kelembutan dan psikologi. Namun di negara barat, setiap ahad, ketika perkumpulan mereka di gereja, pepatah ini akan sentiasa dilaung! Tak nampakkah kecurangan mereka? Mereka mahu bangsa lain lemah lembut agar rosak pewaris, tapi mereka tetap utuh berpegang pada ajaran mereka! Cukup cukup lah dengar dakyah orang yang benci pada ajaran Muhammad ini. Ambillah iktibar pada peristiwa turunnya wahyu pertama, Jibril memeluk Muhammad kemas kemas sebanyak tiga kali, kenapa? Untuk bagi Baginda berasa gerun dan cemas, agar mudah menerima ilmu.
....
Hari guru disambut sentiasa. Duit berjuta juta telah dan akan terus habis, namun jika tiada perubahan, alangkah ruginya. Baik guna duit meraikan hari ini untuk bagi subsidi beli beras! :)
....
selamat hari guru buat semua lapisan golongan pendidik! Jangan jadi guru yang disebut Usman Awang,
....
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi!
....
Jangan pula jadi seperti pesan tok nenek, guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Berikan contoh tauladan yang baik pada anak anak bangsa.
....
Bagi masyarakat terutamanya ibu dan bapa. bantulah guru untuk membantu anak anak kita. Jangan dah terhanduk baru nak terngadah. Dah pecah kepala, baru nak sibuk sibuk pakai helmet. Anak kita penentu kelangsungan survival bangsa di masa akan datang. Jangan sampai dah terlewat baru nak meraung! Apa pun, kepada semua warga pendidik, berbahagialah! Ini hari besar bagi kalian, moga Yang Paling Tinggi akan terus merahmati semua! Selamat Hari Guru...
Cabaran OKU di Malaysia
*Ini merupakan artikel tak seberapa nukilan si botak yang disiarkan di dalam majalah VISI (82 - Okt 2007) terbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia.
....
Dari Abu Hurairah dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda, setelah anak cucu Adam berpaling kepada Adam, Allah SWT berfirman; “Wahai Adam! Mereka itu anak cucumu.” Ternyata di antara mereka terdapat orang – orang yang berpenyakit kusta, sopak, buta dan berbagai jenis penyakit lain. Adam berkata: “Wahai Tuhan, kenapa Engkau berbuat begitu kepada anak cucuku?” Allah SWT menjawab: “Agar mereka mensyukuri nikmatKu”. (Hadis Riwayat Ibnu Abu Hatim)
....
Kecacatan, kesakitan merupakan antara nikmat Allah SWT yang paling besar kepada setiap manusia. Kekurangan di dalam hidup menjadikan kita lebih dekat dengan Allah SWT. Ini adalah kerana kasih sayang Allah sebenar terlalu dekat kepada orang yang teruji yakni orang yang sakit. Nabi Allah Ayub ‘Alaihissalam merupakan seorang nabi yang teruji dengan kesakitan serta kecacatan. Baginda merupakan seorang hartawan yang juga dikurniakan keluarga yang bahagia. Namun pabila tiba ujian Allah, segalanya hilang dengan sekelip mata. Atas kesabaran dan iman baginda yang utuh akhirnya Allah kembalikan segalanya dengan sekelip mata juga. MashaAllah.
....
Golongan OKU atau Orang Kurang Upaya merupakan golongan di Malaysia yang juga berhadapan dengan ujian Allah SWT. Ada yang dilahirkan cacat tidak kurang juga yang menjadi cacat akibat daripada sakit juga kemalangan. Pelbagai kategori atau jenis kecacatan dialami OKU. Ada yang buta, tempang, lumpuh, spastik, dan mengalami pelbagai kekurangan yang lain. Mereka selama ini dianggap tidak upaya untuk berbuat apa – apa. Maka akhirnya dilayan sebagai orang yang sentiasa perlu dibantu tanpa memikirkan perasaan atau pendapat mereka.
....
Namun setelah 50 tahun Malaysia merdeka, golongan ini mula mendapat perhatian yang meluas. Berbagai pihak mula menumpukan tenaga serta usaha di dalam mengenengahkan OKU. Ada yang betul – betul ikhlas namun tidak kurang yang sekadar ingin tampak prihatin dan mendapat pengiktirafan daripada masyarakat menerusi media. Apa pun, mereka ini hanya berusaha membantu OKU di dalam segala perkara. Apakah ini betul?
....
Soal yang timbul kini, wajarkah OKU terus dibantu di dalam segala aspek? Perlukah mereka diberi segala – galanya? Apakah mereka mahu dibantu sedemikian? OKU di luar negara mampu berbuat macam – macam. Ada yang berjaya mendaki Gunung Everest! Kenapa tidak OKU Malaysia? Kejayaan yang bertali arus ini kekadang melangkaui kemampuan mereka yang tidak cacat. Apakah kaitannya semua ini? Ini membukti bahawa sekiranya OKU berusaha dan diberi peluang maka segalanya adalah mungkin.
....
Cabaran buat OKU
....
Malaysia makin bergerak ke hadapan. Kemajuan fizikal semakin nyata dan arus modenisasi tidak punya tanda akan berhenti. Malangnya OKU tetap berada di takuk nan lama. Sudah tiba masanya untuk OKU sesama bangkit dan mengecapi nikmat merdeka ini. Kini masanya untuk OKU turut bersama menyumbang kepada pembangunan negara bangsa kita yang tercinta ini.
....
Golongan OKU sebenar sudah punya wakil – wakil yang sangat berjaya. Terdapat pakar ekonomi, peguam, pegawai peringkat atasan daripada golongan ini. Malangnya, ada di antara mereka yang mungkin terlalu sibuk, hingga tidak punya banyak masa untuk membela dan membantu rakan – rakan serta anak – anak senasib. Maka tinggallah mereka ini (OKU yang masih mencari hala tuju), sendiri.
....
Memang terdapat pihak yang kini mulai sedar akan kewujudan OKU di dalam masyarakat, namun mereka yang belum sedar pula masih terlalu ramai. Maka pasti amat sukar bagi OKU untuk meneruskan survival di tanah bertuah ini. Kenapa agaknya ya? Terfikirkah kita bahawa OKU juga mempunyai maruah. Mereka sebenarnya lebih hebat berbanding insan – insan lain. Mereka meneruskan kelangsungan hidup di dalam keadaan persekitaran yang sangat sukar.

....
Bayangkan, tiada laluan atau lonjakan khusus bagi pengguna kerusi roda. Di mana – mana bangunan tiada kemudahan ini. Laluan khas untuk orang buta pula hanya terdapat di Brickfield, Kuala Lumpur sahaja. Tidak terkecuali laluan pejalan kaki kita yang ‘dihiasi’ pelbagai tiang dan lubang- lubang. Jadi, bagaimana agaknya golongan istimewa ini mampu untuk bergerak? Jika pergerakan mereka di negara sendiri sudah terbatas, bagaimana agaknya mereka mahu bekerja dan mengurus hidup sendiri?
....
Bukan itu sahaja, peluang bagi OKU amat terhad. Peluang belajar, peluang pekerjaan malah apa yang lagi menyedihkan, bantuan juga sering dipolitikkan oleh pegawai –pegawai yang berkenaan. Satu contoh yang amat memilukan adalah, kes Allahyarhamah Azaliza Azali.
....
Derita gadis diriba macam bayi

SIK 15 Sept. – Sudah berusia 25 tahun namun masih perlu diriba sepanjang hari.

Begitulah hakikat yang terpaksa dihadapi oleh seorang gadis, Azaliza Azali (gambar), sejak diserang demam panas ketika berusia tiga bulan menyebabkannya hanya terlantar ekoran kaki dan tangannya kekejangan.
Penderitaan gadis ini tidak berhenti setakat itu apabila mulai usia 22 tahun, anggota tubuhnya seolah-olah mengecut dan kini hanya tinggal tulang.
Lebih malang lagi, bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) sebanyak RM80 yang diterimanya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum ini, dihentikan kerana dia didakwa telah bekerja.
‘‘Bayangkan anak saya yang kini kaku dan hanya mampu diriba dikatakan telah bekerja sehingga menyebabkan wang bantuan yang diterimanya dipotong,” kata ibunya, Siti Minah Ahmad ketika dikunjungi Mingguan Malaysia di rumahnya di Kampung Baru Sri Dacing, Sik di sini, hari ini.
Apa yang menghairankan Siti Minah, 49, beliau pernah membawa anaknya itu menemui pegawai JKM daerah Sik, namun bantuan tetap dipotong atas alasan usia Azaliza telah mencecah 25 tahun.
Beliau telah mengemukakan semula permohonan pada April lalu tetapi jawapan yang diterima mengecewakan.
Menurut Siti Minah, anaknya pernah menjalani rawatan akibat demam panas di Hospital Baling sebelum dirawat di Hospital Alor Star (HAS) dan Kuala Lumpur (HKL).
‘‘Selama setahun Azaliza sentiasa menangis hampir setiap malam kerana tidak tahan menderita sakit sehingga akhirnya dia mengalami kekejangan tangan dan kaki malah susuk tubuhnya mengecil,’’ katanya.
Sejak itu, Siti Minah memberitahu dia tidak boleh meninggalkan anaknya itu sebaliknya perlu menjaganya sepanjang masa termasuk untuk untuk membuang air.
Suaminya, Azali Yaakob yang bekerja sebagai penoreh getah terpaksa menjalankan kerja-kerja sampingan dengan menjual jeruk kelubi berhampiran rumah mereka untuk menambah pendapatan.
Siti Minah sedih kerana sehingga kini, nasib malang anak gadisnya itu tidak mendapat pembelaan sewajarnya malah beberapa pihak yang pernah menjanjikan bantuan pun belum menunaikannya.
Petikan Akhbar Utusan, 16 September 2007
....
Apa yang lagi memilukan akhirnya Allahyarhamah Azaliza kembali ke rahmatullah pada 20 September 2007, hanya empat hari selepas beritanya terpapar di dada akhbar. Apa lagi yang perlu diperkata? Dimana letaknya OKU di mata Malaysia?

....
Tiada kerja
....
Masalah mencari kerja memang bukan perkara baru bagi Masyarakat OKU. Bagaimanakah seseorang yang kurang upaya ingin bekerja jika tidak diberi peluang? Apa yang menyedihkan, jika sudah diberi peluang, OKU akan ditindas dan diperlekeh. Apa yang tinggal lagi bagi OKU Malaysia? Mereka akhirnya akan terpaksa menjual tisu di jalanan dan tidak kurang yang meminta sedekah! Malang mereka ini tidak akan terhenti di sini, ada di antara mereka yang pernah ditahan pihak berkuasa kerana cuba mencari sesuap nasi malah diperolok – olokkan pula semasa di dalam tahanan. Ini bukan cerita rekaan, kisah menyayat hati ini disiarkan di News Strait Times pada 11 September 2007.
....
Blind held for selling tissue paper

KUALA LUMPUR: For four blind persons, selling tissue paper is a means of earning a living.
But while doing so last month, they were arrested in an operation carried out by the police, City Hall and the Immigration Department to rid the city of beggars.
One of them, Salmah Mohd Ali, 46, was seated in front of the 7-Eleven outlet in Bangsar Baru here about 10.30pm when she was asked by two policemen to follow them to the police station without giving any reason.
Earlier, the police had re - ceived a complaint from the Bangsar Baru Resident’s Association on the problem of beggars in the area.
Meanwhile, Razak Hashim, 55, was arrested by police in front of the McDonald’s restaurant in Bangsar Baru.
He and Salmah have been “working ”in the same area for more than 12 years.
Salmah, who is from Kuala Lipis, is devastated by the whole incident.
“I am afraid to leave my home now, for fear of being arrested again. I sell tissue paper, I do not beg. Since the incident, I have not earned any money besides the RM200 a month given by the Welfare department, which is not enough.” Salmah and Razak were taken away in a police van that night and in the vehicle, she met two other blind persons, Abu Zarif Maarof and Azhar Omar, whom she knew.
They told her that they were also picked up from the Bangsar food court for selling tissue paper.
Salmah was detained overnight at the Travers police station, while Razak, Abu and Azhar were held at the Brickfields station. They were accused of begging.
A Brickfields police station officer said that Salmah was questioned about midnight and then placed in a temporary holding cell in Travers station as it was too late to hand her over to the Welfare Department.
The next morning, Salmah and the other three were released to the Welfare Department and questioned further on the incident.
In the afternoon, they were released to the custody of Malaysian Association of the Blind committee member Mohd Ali Ahmad, Razak, Abu and Azhar could not be contacted but Razak’s house-mate, Micheal Lawrence De Silva, 50, said: “He (Razak) was affected by the arrest. I don’t know where he is .... probably he has gone to his family.” The question that now arises, according to Mohd Ali, is whether selling tissue paper by the blind to earn a living is an offence under the Destitute Persons Act 1977.
“We are not sure if doing so is an offence under the Act, which I believe was the cause for the arrests.” Welfare Department elderly and family division director Nik Omar Nik Ab Rahman said there was some confusion over whether selling tissues could be considered begging.
However, he was uncertain about this.
In the case of the police action, he said it was up to their discretion whether to arrest a blind person for doing so.
“The police will investigate such cases as there are beggars who disguise their activities by selling tissue paper.” He said quarterly interagency meetings were held involving the department, police, immigration and the Malaysian Association of the Blind to discuss various issues including whether the selling of tissues by the blind was considered begg ing.
“The act is not clear on the matter, ” he added. “Discussions are still going to resolve this matter.”
....
Pesan
....
Di mana letaknya pesan Junjungan Besar kita? Apakah kita hanya menurut hadis dan tauladan Baginda bagi urusan melampiaskan nafsu sahaja? Sampai bila kita mahu membiarkan OKU terseksa? Bukankah kita bertanggungjawab di dalam membela nasib mereka? Di mana infaq kita?
....
Sebagai pengakhir kata, ingin saya memetik sirah Rasulullah SAW,
Setelah berjaya menakluki Mekah, Rasulullah terus menuju ke Kaabah bagi membersihkan Rumah Allah dari patung – patung berhala. Baginda mengarahkan Saidina Ali bin Abi Talib meminta kunci daripada penjaga Kaabah yang pada masa itu masih merupakan orang yang kufur.
Penjaga itu enggan menyerahkan kunci itu kecuali ke tangan Nabi Muhammad SAW. Lalu Rasulullah SAW pergi bertemu dengan pemegang kunci Kaabah itu. Baginda kemudian membersihkan rumah Allah.
....
Setelah selesai, Rasulullah memulangkan kembali kunci Kaabah kepada lelaki itu. Terkejut lelaki itu lalu dia bertanya, ”Kenapa engkau pulangkan kepada aku wahai Muhammad?”

....
Rasullullah tersenyum lantas membaca sepotong ayat daripada Surah An nisa’, ‘Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.’

Wallahu’alam.
Daging Berkuah Nanah - Pilihan Ramai Masakini (Siri 2)
Sedap agaknya! Oleh kerana itu, daging daging berkuah nanah ini makin hangat di pasaran. :) Tertanya juga mengapa perkara buruk makin diminati. Ada yang menjawab, ah, ini acuman si engkar yang terbuang dari Jannah! Ada benarnya. Namun, bukankah telah diturunkan kepada Muhammad sebuah manual yang lengkap sebagai cahaya penunjuk ke jalan yang benar?
....
Kitab itu (Al Quran) tidak ada keraguan di dalamnya, jadi petunjuk bagi orang orang yang bertaqwa (AlBaqarah; 2)
....
Ghibah atau perbuatan memakan daging saudara sendiri ini makin benar berleluasa. Saban hari ada saja cerita panas baru yang diterbitkan. Bukan sahaja dari aspek politik malah hampir dari semua sudut. Yang paling menarik perhatian adalah kisah kisah artis yang dipaparkan oleh media.
....
Artis L bergaduh dengan artis M. Artis Q nak kahwin artis D. Ada yang benar. Namun banyak pula yang di bawah kategori daging berkuah nanah. Macam macam cerita yang dikeluarkan. Macam macam bentuk ia dihasilkan. Apa yang menyedihkan, rancangan yang memaparkan isu ini biasanya ditonton oleh ramai orang sehingga mengatasi rancangan ilmiah.
....
Mengapa ini terjadi? Tak cukup dengan itu, golongan penghibur ini diangkat darjatnya menjadi idola (atau dalam bahasa Inggerisnya Idols yang membawa erti yang dipuja/berhala). Muhammad tiba di Mekah selepas Hudaibiyah dan terus menghapuskan berhala berhala. Kini muslim Malaysia menciptanya dengan pelbagai cara.
....
Mungkin akan ada yang berkata. Ah! Nak berhibur pun tak boleh! Nak lepaskan tekanan pun tak boleh. Bukankah ajaran ini lengkap lagi global. Yang Paling Mengetahui tak menyekat kreativiti. Malah di dalam kitabNya ada surah khusus bagi penyair (AsSyua'araa')? Namun, syair yang dimaksudkan hendaklah yang punya ciri ciri tertentu.
....
Menurut Adi Rumi, bahawa Yang Paling Tinggi dalam Surah Asy-Syu’araa menegaskan bahawa sasterawan yang baik, yang terpuji, yang mendapat keredaanNya iaitu sasterawan yang menghasilkan karya yang mengandungi unsur-unsur kebaikan dan kebenaran yang dicipta oleh penyair yang beriman dan beramal soleh. Unsur-unsur kebaikan dan kebenaran itu terkandunglah di dalamnya:

i. Kebesaran dan Kekuasaan Allah
ii. Kebenaran Rasulullah dari risalahnya
iii. Kebenaran Islam
iv. Tentang jihad
v. Amar makruf dan nahi mungkar.
....
“Sesungguhnya sebahagian daripada syair itu mengandungi hikmat.’’ (Hadis riwayat Bukhari dan Abu Daud).
....
Perjuangan di zaman Muhammad bukan sahaja di medan perang dengan menggunakan senjata, bahkan sebahagian pejuang-pejuang itu terdiri dari para penyair di medan sastera, mereka mempertahankan kebenaran ajaran Islam dan mereka mendakwahkan ajaran-ajaran Islam. Di antara para penyair yang terkenal yang berjuang bersama-sama Baginda itu ialah Hasan bin Thabit, Abdullah bin Ruwahah, Ka’ab bin Zubair, Ka’ab bin Malik dan lain-lain.
....
Tanyalah diri kita sendiri. Adakah itu ciri ciri penghibur yang sentiasa dipertutur semua? Apa itu ciri penghibur yang demi kerananya ramai sanggup berhabis ribuan ringgit mengundi agar idola ini memenangi anugerah popular?
....
Jika tidak kita sendiri hentikan semua ini maka acara acara dan rancangan rancangan yang menghidangkan daging berkuah nanah akan terus berleluasa. Semua ini harus mula diberi perhatian serius. Bagaimana nak tertegaknya syiarNya di bumi ini, jika manusia yang diagung agung?
....
Fikir fikirlah kita semua. Marilah saling berpesan agar tak jauh sangat kita hanyut. Sudahlah hanyut pendayung pula rapuh. Nanti kalau terlalu jauh, tak akan berjumpalah kita dengan tepian. Sebagai renungan diri ini dan semua yang bertandang, telitilah pesan Muhammad di bawah. Jika Baginda manusia maksum lagi terpuji tak mahu dipuja dan disanjung, patutkah kita menyanjungi insan lain secara berlebih lebih?
....
“Jangan kamu berlebihan dalam menghormatiku, seperti yang dilakukan kaum Nasrani ketika menghormati Isa ibn Maryam. Tapi memadailah kamu dengan mengatakan Muhammad itu hamba Allah dan Rasulnya”. (Riwayat Bukhari)
Kena Tag
Malasnya. Itu perkataan pertama timbul bila Haaziq muncul di kotak jerit (shoutbox) dan mengumumkannya. Kena tag? :)

....
Umur yang saya ingin ulang kembali (Age that I wish to go back to)

Sebenarnya, saya tak ingin kembali pada usia yang dah lepas. Apa yang sudah, sudahlah... Namun demi memenuhi keperluan tuntutan tag ini, saya fikir suka untuk kembali pada tahun lepas, 2007.

*Terima kasih buat Margaret yang bersusah payah siapkan dan menampal gambar gambar di bawah. Tak tahu apa yang dia conteng... :)

....
Kenapa?

1. Tahun lepas saya dapat kontrak mengajar OKU di Pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan Bangi (PLPP Bangi). Sangat menyeronokkan. Dapat jumpa Kekanda lily dan lelakinya dan ramai lagi



"Inilah barisan anak anak murid dia", Margaret.

"Gaya seorang tutor...", Margaret


"Bidadari dia..", Margaret
....
2. Tahun lepas juga Tumor mula tumbuh semula (relapse) Seronok sangat. Buat Kimo (merasa semula menjadi belut, rambut dan bulu gugur.. hehehe). Buat pembedahan kecil. Ada penjaga yang baik baik. :) Rasa bersyukur sangat sangat.


"Macam belut da.. :)", Margaret

"Masih tersenyum walau baru lima hari lepas pembedahan", Margaret

....
3. Kembali semula ke Janda Baik. rumah Abahku, Syed Hussein AlAttas Sangat tenang di sini. Ada kelapangan, lawatilah laman webnya dan nikmatilah keindahan tamannya.









"Ini syurga moeha di dunia",Margaret


....
4. Saya sakit. Seronok sangat. sebab dapat perhatianNya. Melalui rahmatNya ini, banyak kebaikan buat insan lain. :) Maaf tiada gambar untuk bahagian ini.


....
Tamat lah sudah. Hehehe. Sekali lagi terima kasih Margaret dan suami yang sudi bertandang semata mata untuk menampal foto foto di atas. Oleh kerana ini agaknya cara tag ni berfungsi maka, tujuh yang bertuah adalah;
1. Azry
2. Arsaili
3. Zak
4. Akim
5. Alex
6. Melati
7. Shah (maaf, tapi ingin tahu juga apa hasilnya nanti :)
Hari Ibu - Hari Menghitung Kelalaian
Si botak agak penat. Kali ini serangan gegar gegar di batu jemalanya makin kuat. Namun si botak masih baik baik saja. :) Hari ini HARI IBU. Di TV3 tadi ada cerita tentang anak yang derhaka. Ada panggilan dari sahabat si botak nun di Arau. Dia mengomel, kebosanan. "Menonton kisah kisah klise", katanya. Si botak tersenyum.
....
Itu pandangan dia dan si botak hargai berlebih pula menghormatinya. Si botak cuma berkata, "aku tak kisah sangat, klise pun klise lah, yang penting boleh lah insafkan kita sekejapkan?" Sahabat yang cukup kenal akan si botak tergelak. Setelah berbual panjang talian dimatikan.
....
Si botak mendail nombor Mem Besar, mama si botak. Suaranya sebak. Maklumlah baru lepas menonton kisah sedih. Sempat juga menangis bersama dalam telefon berkongsi kesedihan yang diterbitkan lakonan Sheila Rusli. :) Tahniah buat penerbit dan karyawan tempatan. Teruskan usaha kalian. Jangan jemu menyampai pesan biar apa kritikan yang menanti. Kritik manusia tak penting, kritik Yang Paling Besar, yang perlu dititikberatkan.
....
Hari Ibu. Si botak tak pernah sambut. Ini kerana si botak dah dilatih bahawa hari meraikan ibu, bapa, adik beradik, sahabat dan saudara, adalah hari hari. Jika teringat, raikanlah! Itu pesan Mem Besar. Jadi si botak tak la meraikan hari hari begini. Namun cukup teruja juga dengan sambutan sebegini. :)
....
Hari ini membawa si botak jauh ke dasar takar rasa dan jauh ke dasar lubuk akal. Banyak persoalan yang timbul.
...
Apa aku sudah benar benar membahagiakan ibuku?
Apa aku tak pernah lukakan hatinya?
Apa aku tak pernah sombong padanya?
Apa aku tak pernah mengherdiknya?
Apa aku taat padanya?
Apa aku akan mengutamakannya sebelum insan lain?
....
Hari ibu menyedarkan si botak akan banyak sungguh kelalaian yang telah si botak hadiahkan buat Mem Besar dan ibu ibu si botak yang lain (si botak dikurniaNya ramai ibu). Si botak memohon ampun. Si botak tak mahu berjanji namun akan cuba untuk jadi lebih baik.
....
Buat Mem Besar, si botak tahu tak ada kata kata yang mampu zahirkan kasih antara si botak dan dia. Si botak juga ada Mama di Pandan, Mama di Kubang Kerian, Umi Ton di Wangsa Maju, Enda Tik di Kuantan, Aunty Elly di Bangsar, Aunty Muna di Manchester. Buat kalian yang tak jemu jemu mencurah kasih dan perhatian, moga Yang Maha Pemberi Rezeki sahaja membalasnya. Si botak tak mampu. Namun doa tetap si botak panjatkan buat semua.
....
Buat kekanda dan adinda si botak yang bergelar ibu, Kekanda Azimah di Pekan, Kekanda Azian juga di Pekan, Kekanda Azlina di Kulai, Kekanda Rosmah di Pandan, Kekanda Zarina di Damansara, Adinda Ema di Ipoh, Adinda Aya di Kajang, dan semua yang si botak mungkin tercicir, Jadilah ibu yang baik. Jangan jadi ibu yang merosakkan anak anak atas nama kasih sayang.
....
Buat semua ibu di sejagat dunia ini, terima kasih dan berbahagialah. Hari ini hari meraikan kalian. Selamat Hari Ibu!
Infaq - apa itu?
Hari ini merupakan hari yang agak lain. Hari ini kehilangan sesuatu yang berharga akibat perbezaan. Moga Yang Paling Pengampun menerima penyesalan ini dan merahmati agar tertaup kembali. Hari ini juga hari yang berbeza. Hari ini dikurniakanNya sebuah pedati baru. Moga Yang Paling Mengetahui menerima kesyukuran ini dan merahmati agar pedati ini akan terus terbuka pintunya untuk sesiapa yang berharap.
....
Apa yang menarik, semalam ketika mahu menguruskan perjanjian sewabeli pedati ini, kekurangan wang dengan jumlah yang besar. Tiba tiba, datang satu tangan yang lembut menyentuh bahu dan membantu. Insan hebat ini lebih senang dipanggil mama, meskipun tiada pertalian. Terima kasih mama! Moga Dia akan terus membuka seluas pintu rezeki buatmu.
....
Setelah selesai, ada seorang sahabat yang bertaraf kakak menghubungi. Lantas dikongsi cerita yang sungguh ajaib ini. Kakak yang seorang ini, tidak puas hati. Kakak yang seorang ini masih mahu mencari jawapan mengapa mama ini sanggup menolong. Lantas, terpacul perkataan infaq. Kakak yang seorang ini bertanya, infaq? apa itu?
....
"Pada setiap hari manusia berada pada waktu pagi dua malaikat turun lalu seorang daripada mereka mengucapkan: "Ya Allah, berilah gantian kepada orang yang melakukan infaq" dan seorang lagi pula mengucapkan: "Berikanlah kebinasaan kepada orang yang menahan diri dari membelanjakan harta.(hadith riwayat Bukhari dan Muslim)"
....
Sudah pasti semua sudah tahu apa itu infaq. Perbuatan membelanjakan harta milik kita untuk membantu orang lain kerana inginkan rahmat Yang Paling Kaya ini, sangat dititikberatkan ajaran yang dibawa Muhammad! Kakak yang seorang tidak puas hati lagi. Merasakan bahawa susah susah cari duit, senang senang nak bagi pada sesiapa sahaja. Bukan keluarga pulak tu.
....
Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan. (al-Isra’: 29)
....
Nah! Yang Paling Utama juga menganjurkan agar bersedekah. Tetapi jangan boros dan sampai menyusahkan diri sendiri atau dalam kata lainnya, berpada padalah. Infaq atau sedekah merupakan pembersihan hati bagi kedua dua belah pihak. Yang memberi akan berjaya dari belenggu kikir atau bakhil. Yang menerima pula akan bebas dari belenggu kesusahan dan dari bahaya berasa iri hati dengan orang kaya.
....
Harta sememangnya sangat menarik. Tiada harta akan hidup dalam kesusahan, dan akan asyik mengeluh, lama lama akan menyalahkan Yang Paling Adil. Ada harta pulak, boleh membuaikan, menyebabkan terus lupa dan jadi angkuh terhadap Yang Paling Penyayang. Baik ikut saranan KekasihNya, ambillah yang pertengahan!
....
Ada yang mengatakan ah, bila dah kaya nanti, aku akan tetap macam sekarang. Benarkah? Apa ada orang kaya yang nak jalan kaki ke kedai? Apa ada orang kaya yang nak duduk di rumah rumah usang? Aku dah kaya, mengapa nak duduk rumah buruk lagi menyusahkan lagi? Bukan maksudnya, semua orang harus hidup susah. Ini sekadar contoh dan perbandingan. Maknanya bila sudah kaya, gaya hidup juga pasti akan berubah. Apa yang penting, tak salah menjadi kaya asal masih ingat akan suruhanNya! Abdul Rahman bin Auf juga seorang peniaga yang hebat. Kaya raya. Tapi beliau tidak kedekut dan sentiasa membelanjakan hartanya atas nama Tuhan!
....
Daripada Abu Hurairah katanya, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Wahai Rasulullah, manakah sedekah yang lebih utama? Baginda bersabda: "Kamu bersedekah dalam keadaan kamu sihat dan tamak, mengharapkan kekayaan dan takutkan kefakiran. Jangan tangguhkan sehingga nyawa di halkum lalu kamu katakan, ini untuk si fulan, itu untuk si anu, sedangkan ia sudah menjadi hak si fulan itu. (hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
....
Jangan lupa untuk memerhati orang orang susah di sekeliling kita. Carilah mereka. Jika ke pasar malam, ada yang meminta minta, sedekah berapa yang ikhlas. Usah difikirkan, ah mungkin dia ni penipu. Itu hasutan si engkar! Jika benar orang itu berlakon cuma, itu antara dia dan Yang Paling Atas. Yang penting kita sudah jalankan infaq hanya semata mata mengharap keredhaanNya!
....
Yang susah pula, jangan segan untuk meminta pertolongan. Jangan jadi orang miskin yang sombong. Jika telah diberi, ambil dan panjatkan syukur padaNya! Jangan pula asyik nak meminta sehingga malas berusaha!
....
Ringan ringankanlah tangan untuk menepis acuman si engkar. Jangan tamak. Jangan haloba. Nanti jadi macam anjing dan bayang bayang. Terlepas semua kerana nak lebih. Bukan nak menunjuk pandai atau memandai mandai, sekadar berpesan pada diri sendiri dan diharapkan jadi peringatan pada yang bertandang. Renung renung kan ya.
Air dan Api!
Almarhumah Moyangku, Siti Fatimah Shaikh Abdullah AlBa'abud, seperti biasa akan duduk bersantai di lambur. Lambur merupakan serambi yang mana untuk keluarga kami, tetamu yang tidak punya hubungan darah hanya diraikan di sini. Saat duduk, banyaklah seloka, pantun dan cerita akan dipertutur Almarhumah.
....
"Kalau tok nak kau pilih, nak jadi air atau api, mana kau nak?" Si botak yang masih mentah benar menjawab, "Nak jadi api lah tok. Api best!" Si Moyang tersenyum, menggelengkan kepala. "Api best ya? Kalau kita simbah air atas api, apa jadi?" Si botak rasa marah, "Ah, api jugak yang best." Si Moyang tersenyum lagi, disuruhnya si botak ke kebun petik putik petola. "Cepat, jangan lambat." Si botak yang kanak kanak masih, meluru ke kebun di belakang.
....
"Tok, ni dia." Si botak tercungap cungap. Kebetulan Moyangnya sedang minum. "Tok, nak air sikit." Si Moyang buat tak tahu. "Tok! Nak Air!" Si botak mula berkeras. Si Moyang berpaling dan capai mancis, sigesekkan mancis itu. Api muncul! "Kata api best, buat apa nak air. Minumlah api ni! Si botak merajuk, hempaskan putik petola, dan lari bersembunyi.
....
20 tahun berlalu, Almarhumah dah pulang ke sana, 8 tahun lamanya. "Nak jadi air atau api?" Soal itu tetap terngiang ngiang. Si botak kini nak jadi air! Kenapa? Kenapa?
....
Air menyejukkan dan hilangkan dahaga. Air juga sangat kuat, tengok sahaja apa yang terjadi pada 24 Disember 2004? Api ke yang bersuara? Air yang mengganas. Air fleksibel. Terlampau fleksibel. Kalau sejuk, air akan mengeras. Kalau panas, air akan jadi molekul molekul berterbangan tanpa kita sedari. (Teori Brown. Bagi yang lupa, buka sahaja buku teks sains tingkatan 1.
....
Air boleh melekukkan batu. Air juga lah yang penuh oksigen melalui fotosintesis, jika tak tahu, bukalah buku sains darjah 4 dan 5. Air merupakan bahan asas yang paling utama untuk membawa makanan di dalam tubuh benda hidup. Darah juga terdiri daripada 75% air. tak ada air, darah tak bergerak, oksigen tak akan ada, jawabnya akan berangkat kepadaNya lah jawabnya.
....
Api itu juga banyak faedahnya. Api lah yang diperlukan bila nak bukak ladang. api yang memakan benda hidup pula akan mengubah tubuh itu menjadi baja.
....
Jadilah air. air lebih tenang. air menyucikan. Air juga banyak terdapat di seluruh negara, pernah kalian pergi ke kawasan rehat api terjun? Pernah korang telan api untuk hilangkan dahaga?'
....
Air satu satunya unsur yang sangat utama. Air tampak lemah dan berhalus. Jadilah air yang menyejukkan. Pilihlah air yang menggerakkan darah. Tak ada tak bernafas la manusia.
....
Jangan jadi api yang akhirnya akan bakar santun dan budi manusia. Api hanya bawa kemusnahan. Api mampu mencederakan. Air boleh pula menyembuhkan! Jangan biarkan api di dalam hati kalian. Lagipula, api lah yang membakar Ibrahim a.s. Jadilah air. Yang tenang lagi menyenangkan....
Atas Nama Keadilan....
Atas nama keadilan, maka si botak menarikan jemari mencanting coret ini.

....
Che Muhamad Aiman Azizi (Mad GG)
Jika dahulu Luq dan Hafeez dah dikongsi gambarnya, kini ini dia Mad GG (Putera ke3 Kekanda Azian) yang kini jadi Zorro (Huhuhu, kena kuning)

....

Ini pula Muhammad Nizam (anak Pakcik Budin) yang disebut2 oleh Kekanda Lily. Antara insan yang paling berjasa pada si botak.

....

Atas nama keadilan juga, si botak merayu pada wakil wakil yang sedang bertakhta di puncak hierarki Malaysia, Tolonglah berlaku adil! Hentikanlah perbuatan bacul. Hadapilah kritikan dan teguran dengan hati terbuka.

....

Muhammad merupakan pemimpin teragung! Contohilah Baginda! Saat Baginda telah berjaya kembali semula ke Tanah Haram dengan kejayaan, Ali bin Abi Talib (sepupu, sahabat dan juga menantu penerus zuriat Muhammad) telah menemui Thalhah, penjaga kunci Baitul 'Atiq, lantas mengambil kunci RumahNya itu. Thalhah kurang senang namun beralah. Muhammad buka Kaabah dan membersihkan segala berhala di dalamnya. Setelah selesai, Baginda kembalikan kunci itu semula kepada Thalhah. Kaget, Thalhah bertanya, "kenapa ya Muhammad? Kau sudah menang!" Muhammad lantas membaca ayat seperti tertera di bawah;

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu melakukannya dengan adil (AnNisa'; 58)"

....

Akhirnya, Thalhah memeluk ajaran yang dibencinya di saat itu juga, di hadapan Muhammad. Nah! Lihat sahaja, Muhammad boleh untuk terus memegang kunci itu. Namun dipulangkan juga kerana kunci telah diamanahkan kepada Thalhah.

....

Keadilan bukan sesuatu yang sukar. Apa yang menyukarkan ialah nafsu yang menghalang keadilan. Nafsu untuk terus berkuasa akhirnya akan membutakan hati lantas akan menggelapkan akal. Nafsu ini memang sukar dikekang namun jika saling berpesan dan tak kisah bila ditegur, tidak mustahil akan bertambah elok segala kekurangan. To err is humane, (Manusia sentiasa melakukan kesilapan) orang barat kata. Ada benarnya, namun kesilapan perlu diperbaik, caranya melalui teguran dan berpesan pesan!

....

Muhammad juga pernah dipersoal tindakannya oleh kumpulan Ansar yang diketuai Sa'ad bin Ubadah ketika pembahagian harta rampasan perang sewaktu Perang Hunain. Baginda memberi harta yang lebih sedikit kepada mereka yang baru memeluk Islam. Namun bila diterangkan oleh Muhammad dengan tenang dan sabar, bahawa mereka yang baru mendapat hidayahNya pasti dibuang keluarga (Quraisy yang masih ingkar) dan hilang harta, menangis kumpulan ansar itu lantas menyesal dan memohon maaf. Ada Muhammad penjarakan Sa'ad dan rakan rakannya? Tidak, Baginda memaafkan mereka.

....

Maafkan kami, maafkan kami

Wahai cik adik, jangan marah sangat,

Sedangkan Nabi ampunkan umat!

Tersenyum si botak, bila mengenangkan lagu dendangan Arwah P Ramlee, Pak Aziz Sattar dan Pak Sudin di dalam filem Pendekar Bujang Lapok. Muhammad memang pemaaf. Ini juga bukan untuk mereka yang bertakhta di puncak Malaysia sahaja, mereka yang teraniaya juga, cubalah memaafkan. Muhammad bukan sahaja pemaaf dengan umatnya, namun pada orang Quraisy. Abdullah bin Ubay yang berpura pura masuk Islam dan turut berhijrah ke Madinah, yang terus terus menentang Muhammad, sehingga sanggup bersekongkol dengan yahudi, tetap dimaafkan Baginda. Malah ketika Abdullah sakit, Muhammad melawatnya.

....

Susurilah sirah Muhammad! Jika ingin menjadi kepala warga Malaysia, pelajarilah kisah kisah Muhammad dan contohilah Baginda. Janganlah jadi orang yang tak bersyukur. Dah diberi kedudukan, kuasa dan harta olehNya, berlaku adillah!

  • There was an error in this gadget

    Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter