Saudaraku... My Kins...

Ibrahim Khalilullah
Hari ini agak lapang. Tiada apa untuk dilakukan. Segala puji buatNya. Namun risau juga. Maklumlah, bak pesan Syaikh Ahmad ibn Athaillah, di dalam kitab Al Hikam;
....
Dalam keadaan lapang, nafsu ikut mengambil bahagian dengan bergembira, sedang jika dalam kesempitan, tidak ada bahagian sama sekali bagi nafsu itu.
....
Jadi cuba mendengar rakaman suara yang dilakukan oleh Nizam. Nizam akan rakan suaranya membaca nota nota lama yang ditulis oleh si botak. Sedang asyik mendengar sambil kadang kadang tertawa serta tersenyum, tiba tiba, tertarik dengan suara Nizam yang membaca kisah Ibrahim Khalilullah.
....
Kisah nabi ini sangat menarik. Baginda merupakan patriach atau nenek moyang kepada Nabi Nabi yang disanjung oleh tiga agama utama kini, antara yang utama Israel/Ishak (Yahudi), Isa AlMaseh/Jesus (Kristian) dan Muhammad (Islam). Namun kalau nak ceritakan susur galur nabi Nabi ini, agak panjang. Lain kali sahajalah.Apa yang nak dikongsi hari ini adalah antara persamaan catatan sejarahwan Yahudi dan sejarahwan Islam.
....
Yang pertama adalah dari aspek asal usul Baginda. Kedua dua sumber setuju dengan salasilah di bawah (nama arab/nama yahudi)
....


Adam a.s+ Hawa/Eve


Seth


Anausy/Enos


Qainan/Kenan


Mahyalel/Mahalalel


Yarud/Jared


Idris a.s/Enoch


Matausyellah/Matushellah


Laamik/Lamech


Nuh a.s/Noah


Sam


Arfakhsyad/Arpachshad


Syaleikh/Salah


Abir/Eber


Faligh/Peleg


Raghau/Reu


Sarukh/Serug


Nahar/Nahor


Tarikh/Terah


Ibrahim/Abraham


....
Seterusnya ialah kedua dua sumber percaya bahawa Ibrahim/Abraham lahir di Kaldinniyah, Babil/Ur of the Chaldee in Babylon (wilayah Iraq sekarang) dan kemudian berpindah ke Hirran/Harran (wilayah Turkey sekarang) dan akhirnya menetap di Kannaan/Cana'an (wilayah yang kini telah terpecah menjadi Israel, Palestin, sebahagian Mesir dan sebahagian Lubnan serta sebahagian Jordan).
....
Kedua dua sumber juga sepakat dengan hakikat bahawa isteri pertama Ibrahim/Abraham ialah Sarah/Sarai iaitu ibu Ishak a.s/Isaac. Isteri kedua ialah Hajar/Heger iaitu ibu Ismail a.s/Ishmael. Isteri ketiga ialah Qantur/Qanthur iaitu ibu Madyan.
....
Janganlah kamu benarkan Ahli Kitab (Yahudi) dan jangan pula didustakan mereka. (Riwayat Bukhary)
....
Maknanya ialah, jangan tafsir AlQuran dengan kisah kisah Israiliyat (Kisah Yahudi) tetapi ada juga kisah kisah sejarah yang benar, terutamanya bila berbicara tentang sejarah Nabi Nabi terdahulu sebelum Muhammad.
....
Ada banyak lagi persamaan kisah Yahudi, Kristian dan Islam. Kenapa perbezaan juga yang hendak digunakan oleh kita? Apa akan jadi jika kita terangkan bahawa Ajaran Muhammad ini turut iktiraf Nabi Nabi Yahudi dan Kristian. Mungkin mereka berminat nak dengar dan boleh lah mula duduk semeja tanpa prasangka.
....
Yahudi di zaman Muhammad boleh hidup bersama sama umat Islam. Memang adalah sikit sikit pertelagahan, namun tidak lah terlalu besar akibatnya. Ini kerana mereka tahu Ajaran Muhammad menghormati Nabi Nabi mereka juga dan yang paling penting Muhammad tak menganiaya mereka.
....
Renung renung lah. Mana tahu dapat fikirkan jalan yang terbaik untuk jadikan dunia ini lebih aman sedikit dan jadikan Ajaran Muhammad ini kembali ke jalan asalnya iaitu, AJARAN KEAMANAN... :)
....
p/s: ni entry spontan. nak alih perhatian dari kesedihan mengenang nasib OKU di tanah ini terutama apa yang menimpa Kak Lily
6 Responses

  1. mOEha Aziz Says:

    salam arsaili,

    :)... u have such a sweet voice hehehe


  2. cakapaje Says:

    Salam Muha,

    Teruskan penulisan sebegini. InsyAllah, Muha dapat menjadi seorang penulis berjaya yang memberi manfaat kepada pembaca.


  3. mOEha Aziz Says:

    salam ya akhi,

    insyaallah... cuma nak berpesan pesan setakat yang mampu.. nanti bila di tanya di hari penentuan kelak, ada jugaklah sekelumit usaha ke arah perintahNya.. :)


  4. salam moeha,
    3 agama samawi ini mempunyai akar umbi yang sama. kalau semua mengerti persamaan ini, rasanya sudah memadai kalaupun mustahil semuanya menganut agama yang sama. sungguh benar sekali manusia harus belajar daripada sejarah.

    tapi saya selalu terfikir, pasti ada sebabnya Allah menciptakan perbezaan itu. Lebih banyak yang boleh dipelajari manusia melalui perbezaan daripada persamaan kan? hidup ini tidak akan jadi lebih bererti jika semuanya lebih mudah.


  5. mOEha Aziz Says:

    salam mangosteenskin,

    betul.. bayangkan dalam dunia ni ada satu warna saja... tak menarik kan? :)


  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter