Saudaraku... My Kins...

Hari Pekerja - hari bertanya Perlu @ Hendak?
Hari ini hari pekerja. Berperang dengan minda. Kenapa bekerja? Terbelah antara keperluan dan kehendak. Perlukah atau hendakkah kepada sebuah telefon bimbit baru? Perlukah atau hendakkah kepada sebungkus nasi lemak? Perlukah atau hendakkah kepada pembersihan barang kemas perak?

....
Sentiasa terdorong untuk melakukan sesuatu. Atas dasar perlu atau desakan kehendak? Misalnya, berusaha dengan gigih demi memperoleh sebuah kereta baru. Soal soal ini tak pernah terlintas. Kenapa? Rosakkah kereta sekarang? Jika tidak rosak, kenapa nak juga kereta baru? Tidak boleh bergerakkah kereta baru? Jika masih boleh dibawa ke tempat kerja, kenapa masih nak kereta baru? Perlukah atau Hendakkah?

....
Pakar pakar bercakap dan menasihat berkata, ah, itu motivasi! Manusia yang berkehendak akan sentiasa maju. Maju dari aspek apa? Majukah jika berusaha keras agar memiliki sesuatu sedang ibu sendiri merempat?Majukah jika bermatian matian mencari agar beroleh idaman hati sedang jiran di sebelah menggigil kelaparan? Motivasi atau Materialisasi? Perlukah atau Hendakkah?

....
Perlu lebih membawa kebaikan dan akan membantu memenuhi tugas sebagai khalifah. Perlu kuat bekerja agar dapat membantu ayah di kampung! Alhamdulillah. Perlu rajin bekerja agar rakan rakan sekerja turut mendapat habuannya. Alhamdulillah. Perlukah atau Hendakkah?

....
Perlu dan Hendak serupa namun jauh berbeza. Perlu mendorong sesiapa untuk berhabisan demi menjaga keharmonian sesama insan secara tak langsung menjamin rahmat. Hendak juga mendorong, namun lebih pula kepada diri sendiri dan menjunjung pembaziran secara tak langsung menjamin persahabatan dengan Dia Yang Terbuang Dari Syurga. Tepuk dada, sakit! Jadi tak payah tepuk apa apa. Gunakan akal dan renungi untuk apa bekerja? Perlukah atau Hendakkah?
3 Responses
  1. oWh! lupe ari ni ari pekerja. padan ar my mum tak suro tido awal. hehe.. selalu pagi2 kene antar dia gi keja.. The hardest job when you're on holiday is "WAKING UP EARLY IN THE MORNING.." sigh


  2. waterlily Says:

    Bagi pandangan peribadi kakak ini perlu bekerja. Bukan hendakkan apa-apa. Bekerja itu satu keperluan supaya kita rasa lebih yakin dengan diri dan kmampuan. Sengaja mau mencabar keupayaan yang ada dalam ketidakupayaan kita.

    Malangnya, lansung kita tidak dihargai seperti selayaknya. Mungkin Yang Paling Atas sedang melihat dan mau memberikan ganjaran, :)


  3. mOEha Aziz Says:

    Kak Mar,

    Jadi akak perlu bekerja... niat yang suci dan murni... Adik yakin akak, memang Yang Paling Atas, menanti akak ke dalam dakapanNya

    bluecrystaldude,

    Selamat ari pekerja jugak... yeah, meang susah.. tapi bangun pagi tu kan bagus... tgk chinese mesti bangun pagi... :)


  • There was an error in this gadget

    Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter