Saudaraku... My Kins...

Melayu; Sedarlah!
Hari ini si botak terhuyung hayang. Meski tak dapat berjalan menggunakan kaki, namun ketika mengingsut pun terasa bagai dibuai kuncah. Semalam si botak dilanda gegaran yang kuat juga. "mungkin 10 pada skala richter kot", ujar Doc Sam. Terima Kasih Encik Tabib Sam yang tak jemu jemu membantu si botak dan yang paling penting hormat pada keputusan si botak untuk tidak menerima sebarang 'pil pembunuh kesakitan'. :)
....
Nak menaip ni pun ambil masa yang lama. Si botak mula pada pukul 2 tadi, ni Nizam bilang dah pukul 3 suku... hehehe. Si Botak gembira kerana ni masa nak lawan sikit keengganan tubuh ni bekerja. :) Si Nizam bising bising kerana si botak tak pernah mahu ambil 'pil pembunuh kesakitan'. Si botak tak mahu tinggalkan dunia ni dalam keadaan mamai. Tengah tengah khayal, kot kot Izrail bertandang, sempat ke si botak ingat padaNYA. walya'uzubillah.
....
Hari ni si botak agak nostalgik. Terkenang kisah kisah lama. Kisah kisah peribadi dan juga kisah kisah sejarah bangsa yang si botak pernah baca, pernah dengar dan pernah siasat. Si botak terasa macam agak tak stabil mungkin, sebab si botak sangat risau mengenang perpecahan Melayu kini. Si botak tak mahu cakap berkias kias hari ni. Si botak tak larat nak perah otak ni lebih lebih. Imam Ali bin Abi Talib r.a dalam Nahjul Balaghah pernah pesan;
....
"O manusia, Dua perkara yang merisaukan aku, bila kamu tertindak mengikut kehendak diri dan bila kamu terlalu berharap.
Bila bertindak ikut kehendak, kebenaran akan terhalang dari kamu dan jika terlalu berharap, kamu akan lupa pada dunia yang akan datang (akhirat). Kamu sepatutnya sedar bahawa dunia ini bergerak terlalu pantas dan tak ada yang akan kekal kecuali perkara perkara akhir yakni umpama kapal yang telah ditinggalkan, terdampar kekosongan.
Berhati hatilah, dunia akan datang (akhirat) sedang berkembang dan masih tak punya anak(pengikut). Kamu sepatutnya pilih nak jadi anak kepada dunia yang akan datang bukannya anak dunia ini.
Ingatlah, di hari penentuan kelak, setiap anak akan bergantung pada ibunya. Hari ini (dunia) adalah hari bertindak dan tak ada rujukan, manakala hari esok (akhirat) adalah hari rujukan dan tak akan ada tindakan lagi untuk kamu lakukan."
....
Jadi untuk apa lah berusaha sangat semata mata untuk berkuasa. Bagi golongan yang memerintah kini, perlukah terlampau takut bila tak berkuasa? Kamu dah diberi amanah, jalankan saja. Kamu masih berkuasa, jadi jujur dan laksanakanlah amanah itu! Jangan lari dari sumpah setia kamu. Di dunia ni, boleh lah bagi alasan, di akhirat nanti? Syair Arab pernah berkata, pernah dibuat lagu pun oleh Nadamurni; "Dunia ibarat air laut, Diminum makin menambah haus" Jadi untuk apa kita terlalu kejar dunia ni. Untuk apa? Untuk dapat duit juta juta atas kesengsaraan orang lain? Apa duit itu mampu selamatkan kita di akhirat kelak? Masya'allah.
....
Pada yang teraniaya, dan yang menyokong. Tiada tuhankah di dunia ni? Sampai berusaha benar nak jatuhkan orang yang memerintah. Tak yakinkah pada ketentuan dan pembelaanNYA. DIA akan balas pada yang salah dan tunjukkan kebenaran. Tak yakinkah kita? Perlu sangat ke kuasa sehingga ukhuwah kita jadi taruhan. Sampai syahadah yang dilafaz jadi permainan. Ok, nak berkuasa juga, gunakanlah cara Islam. Jangan mengeji. Jangan memanggil orang Islam dengan kata kata yang menghina. Biarkan mereka, orang yang menghina kamu. Jangan marah. Biarkanlah mereka nak panggil kamu Khinzir sekalipun. Rasulullah dikeji, dimaki, dilempar tahi, pernah Rasulullah balas?
....
''(Orang-orang bertakwa) yaitu mereka yang menafkahkan (hartanya) baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan'' (Ali Imran: 134)
Rasulullah SAW bersabda, "Seutama-utamanya akhlak dunia dan akhirat adalah agar engkau menghubungkan tali silaturahim dengan orang yang memutuskan silaturahim denganmu, memberi sesuatu kepada orang yang menghalang-halangi pemberian padamu, serta memberi maaf kepada orang yang menganiaya dirimu".
....
Ok, nak tolong rakyat. Benarkah? Atau sekadar nak balas dendam dan nak kuasa. Kita tetap khalifahNYA meski tak bergelar perdana menteri atau menteri! Nak tolong rakyat masih banyak cara lain. Tengok saja kejayaan sistem ekonomi Al Arqam dulu. Kita ketepikan kelainan fahaman mereka tetapi contohi kejayaan Islam yang hampir berjaya menewaskan monopoli ekonomi kaum lain. Berdagang sesama Islam. Itu juga membantu rakyat, Melayu terutamanya.
....
Kepada mana mana pihak juga, fikirkanlah. Kita Islam semakin tertekan kini. Kita marah dan melenting bila Ajaran Islam diperkotak katik, Quran dijadikan target latihan menembak. Tapi apa kita benar benar marah? Apa kita buat sebagai jihad terhadap ajaran ini? Setakat berkumpul dan meraung raung dan mencaci caci?
....
Ada yang akan kata, "Ah, kita tak sekuat Amerika dan sekutunya!" Jadilah bersatulah. Bersekutulah kita. Jika semua umat Islam bersatu, tak ada halangan yang mampu tahan asakan kita. Ketepikan perbezaan mazhab atau politik. Yang penting adalah kalimah SYAHADAH! Jangan kita cemari Ajaran yang suci ini. Kita yang undang salah faham orang bukan Islam. Kita yang tak benar benar ikut Ajaran dan Seruan Muhammad. Kita yang hina Muhammad. Kita yang permainkan nama Baginda. Kita yang hanya guna seruan Baginda bila nak berkuasa dan nak dihormati. Di mana kita nak palingkan muka ni saat Muhammad beri syafaat pada kita di hari penentuan kelak? Di mana? Di mana? Di mana? :'(
....
Ya Ikhwanul Muslimin, sedarlah dari tidur yang dibuai mimpi tentang mengharap dunia ni. Bangkitlah. Dunia ni pinjam pinjaman saja. Di sana nanti yang paling utama. Marilah kita bersatu atas kalimah "LA ILAHAILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH"
12 Responses
  1. Ydiana Says:

    Di dunia yang sementara ini ada segolongan yang lupa akan adanya akhirat yang berkekalan. Itulah sebabnya mereka tak sudah2 cuba mendapatkan lebih banyak wang haram yang memang sudah berlebih2an, untuk apa pun kita tak tahu. Kekadang sampai berbillion ringgit..sampai bila, atau nak beli apa2 pun tak habis makan. Untuk apa tu?

    Ini menunjukkan mereka ni telah dibutakan hati oleh Allah. Bila tak berkat, duit itu samada senang habis dibelanjakan, atau mendatangkan mudharat bagi 'sipemunya' atau takkan cukup walau banyak mana sekalipun seperti meminum air laut itu. Kes terbaru saya dengar tentang perancangan antara khazanah, airod dan seorang menteri. Jadi tak jadi, waullahualam. Tapi bila dengar, geram sungguh...

    Sorilah saya melepaskan geram disini. Sama2lah kita berdoa agar Melayu cepat sedar..


  2. Salam,

    Pemimpin politik picisan. Mereka yang lebih menumpukan masa, kudrat dan kewangan rakyat untuk menyelesaikan masalah dalaman politik sendiri. Di kala rakyat terpaksa bersusah payah di kala kenaikan harga makanan seharian dan inflasi yang semakin membuak.

    Rasuah bagai makanan seharian. Kepentingan rakyat hanya di tangga yang bawah berbanding kepentingan sendiri. Akan tetapi, bukanlah hendak menyalahkan pemimpin semata. Cuma di atas tanggungjawab dan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat, mereka perlu bertanggungjawab. Sekiranya terasa besar sangat pikulan di bahu, mereka sudah menarik diri dari awal lagi.

    Oh ya, esok adalah hari penentuan ketuanan Pulan Batu Puteh di antara Johor dan Singapura. Di harap dengan berkat sembahyang hajat yang dijalankan di seluruh masjid selepas tiap kali sembahyang Jumaat berhasil. Amin


  3. mOEha Aziz Says:

    salam Ydiana,

    terima kasih singgah :).

    lepas lah geram kat sini. kita cuma ada blog saja tempat lepas geram. kat luar nanti, kena igak pulak...:)


  4. mOEha Aziz Says:

    salam haaziq,

    kita hanya boleh berdoa. moga moga kita berjaya... :)


  5. Restnrileks Says:

    Salam moeha,

    Kalau Malaysia berterusan begini, memang rasanya hancur dan padah la segala usaha yang telah didokong selama ini. Amanah yang diberi, telah dianggap sebagai satu hak, maka ini lah yang terjadi.

    Bukan sahaja dari peringkat tertinggi, di dalam peringkat kementerian pun, sikap - sikap begini dapat dilihat. Aduhai sedih nya, atas sikap2 rakus mereka, penjawat-penjawat awam yang telus, turut tertimpa calitan kotor, jijik dan hanyir permainan mereka.


  6. cakapaje Says:

    Salam Muha,

    Janganlah adik ku risau perkara bersatu; ianya bukan menjadi halangan untuk kita terus berjuang. Kalau kita perhatikan, dalam Islam pun ada 2 golongan - Muslimin dan Muslimat, Mukminin dan Mukminat. Asal kedua berpegang teguh kepada kalimat Allah dan RasulNya, insyAllah, kita akan berjaya. Yang penting, kita bersatu di bawah panji Allah.

    Namun, saya amat bersetuju dengan saranan Muha mengenai sistem perniagaan Arqam. Hanya sistem itu perlu pendedahan terbuka dan pembaharuan, wallahualam.

    Sampaikan salam kepada Nizam; dia ada blog sendiri ke?


  7. tokasid Says:

    Salam Muha:

    Menarik entri ini.

    Saya teringat satu athar dari Umar al-Khattab r.a. yang maksudnya lebih kurang: Bangsa Arab itu menjadi hebat setelah datang nya Islam dan mereka mengamalkan Islam. Jika Islam itu di lepaskan akan hilanglah kehebatan sesuatu umat.

    Apa yang berlaku ke atas umat Islam kini adalah kerana kita telah berlepas tangan dengan Islam.Kita tidak lagi mengigit tali-tali ALLAH dengan garham kita.Kita semua mengaku Islam tetapi peahaman aqidah kita pelbagai rupa.Pelbagai kaedah kita terapkan dalam mempelajari aqidah Islamiyyah namun semakin tidak faham kita terhadap aqidah.Kita mempelajari aqidah melalui jalur falsafah sehingga celaru aqidah kita.

    Juga kita berpandang serong dalam perihal mazhabkita kata mazhab kita lebih bagus dan mereka mazhab mereka lebih elok.

    Kita LUPA, Rasulullah SAW dan para sahabat tidak pernah bermazhab dan aqidah mereka tidak pernah Nabi SAW ajar secara berfalsafah.
    Ada orang dusun/Badwi yang datang dan belajar dengan Nabi SAW selama setengah hari atau sehari dan bila pulang sudah boleh mendakwahkan kaumnya utk Islam.
    Kerana Nabi SAW mengajar bersesuaian dgn konsep Islam itu mudah.

    Kita yang belajar aqidah berfalsafah dari kanak-kanak sehingga menjadi atok dan nenek masih tidak faham tentang aqidah.

    Bagaimana mungkin kita bersatu jika aqidah kita tersasar?Jika kita tidak faham apa itu aqidah Islamiyyah?

    Tanpa aqidah di fahami, akan semakin ramai melakukan maksiat.Akan semakin galak penyalahgunaan kuasa atau rasuah.Akan bertambah loba dalam mencari kuasa.Akan bertambah tolol-tolol yang mengikut membabi buta.

    Kita umat Islam juga berpecah dari segi watan(kenegerian atau kedaerahan) dan dari segi marga atau kesukuan.

    Memang benar: Hanya dengan memahami aqidah seperti mana yang Nabi SAW ajarkan kepada para sahabat dan golongan solafussoleh dari 2 kalimah syahadah,InsyaALLAh baru ALLAh akan izinkan umat Islam bersatu dan mengembalikan martabat serta maruah umat Islam.

    Mengapa kita tidak menang atau tidak bersatu?Kerana tatacara atau kaedah atau manhaj kita masih tersasar dari kebenaran Islam.
    Wallahu'alam.


  8. Alex Madina Says:

    seperti lidi, mudah dipatah bila bercerai berai. tp susah nak dipatah bila bersatu.


  9. mOEha Aziz Says:

    salam rizal,

    betul tu... diaorang ni anggap kuasa tu mutlak.. sedangkan itu sebenarnya ujian yang paling besar untuk sesiapa yang berkuasa...


  10. mOEha Aziz Says:

    salam ya akhi,

    betul tu... kita kena kaji semula aplikasi ekonomi yang diamalkan Arqam.

    kita baiki dan amalkan. kita tengok apa yang bakal jadi...


  11. mOEha Aziz Says:

    salam doc,

    itulah.. terlalu jauh renggangnya umat islam kini. umat islam mati di tangan umat islam lebih ramai dari tangan musuh...

    yang mudah dah jadi rumit sangat... entahlah...


  12. mOEha Aziz Says:

    salam alex,

    teringat pulak cerita fasal lidi ni... :)


  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter