Saudaraku... My Kins...
Si botak agak penat. Kali ini serangan gegar gegar di batu jemalanya makin kuat. Namun si botak masih baik baik saja. :) Hari ini HARI IBU. Di TV3 tadi ada cerita tentang anak yang derhaka. Ada panggilan dari sahabat si botak nun di Arau. Dia mengomel, kebosanan. "Menonton kisah kisah klise", katanya. Si botak tersenyum.
....
Itu pandangan dia dan si botak hargai berlebih pula menghormatinya. Si botak cuma berkata, "aku tak kisah sangat, klise pun klise lah, yang penting boleh lah insafkan kita sekejapkan?" Sahabat yang cukup kenal akan si botak tergelak. Setelah berbual panjang talian dimatikan.
....
Si botak mendail nombor Mem Besar, mama si botak. Suaranya sebak. Maklumlah baru lepas menonton kisah sedih. Sempat juga menangis bersama dalam telefon berkongsi kesedihan yang diterbitkan lakonan Sheila Rusli. :) Tahniah buat penerbit dan karyawan tempatan. Teruskan usaha kalian. Jangan jemu menyampai pesan biar apa kritikan yang menanti. Kritik manusia tak penting, kritik Yang Paling Besar, yang perlu dititikberatkan.
....
Hari Ibu. Si botak tak pernah sambut. Ini kerana si botak dah dilatih bahawa hari meraikan ibu, bapa, adik beradik, sahabat dan saudara, adalah hari hari. Jika teringat, raikanlah! Itu pesan Mem Besar. Jadi si botak tak la meraikan hari hari begini. Namun cukup teruja juga dengan sambutan sebegini. :)
....
Hari ini membawa si botak jauh ke dasar takar rasa dan jauh ke dasar lubuk akal. Banyak persoalan yang timbul.
...
Apa aku sudah benar benar membahagiakan ibuku?
Apa aku tak pernah lukakan hatinya?
Apa aku tak pernah sombong padanya?
Apa aku tak pernah mengherdiknya?
Apa aku taat padanya?
Apa aku akan mengutamakannya sebelum insan lain?
....
Hari ibu menyedarkan si botak akan banyak sungguh kelalaian yang telah si botak hadiahkan buat Mem Besar dan ibu ibu si botak yang lain (si botak dikurniaNya ramai ibu). Si botak memohon ampun. Si botak tak mahu berjanji namun akan cuba untuk jadi lebih baik.
....
Buat Mem Besar, si botak tahu tak ada kata kata yang mampu zahirkan kasih antara si botak dan dia. Si botak juga ada Mama di Pandan, Mama di Kubang Kerian, Umi Ton di Wangsa Maju, Enda Tik di Kuantan, Aunty Elly di Bangsar, Aunty Muna di Manchester. Buat kalian yang tak jemu jemu mencurah kasih dan perhatian, moga Yang Maha Pemberi Rezeki sahaja membalasnya. Si botak tak mampu. Namun doa tetap si botak panjatkan buat semua.
....
Buat kekanda dan adinda si botak yang bergelar ibu, Kekanda Azimah di Pekan, Kekanda Azian juga di Pekan, Kekanda Azlina di Kulai, Kekanda Rosmah di Pandan, Kekanda Zarina di Damansara, Adinda Ema di Ipoh, Adinda Aya di Kajang, dan semua yang si botak mungkin tercicir, Jadilah ibu yang baik. Jangan jadi ibu yang merosakkan anak anak atas nama kasih sayang.
....
Buat semua ibu di sejagat dunia ini, terima kasih dan berbahagialah. Hari ini hari meraikan kalian. Selamat Hari Ibu!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apa aku sudah benar benar membahagiakan ibuku?
jwpan zak: belom lagikkkkk
Apa aku tak pernah lukakan hatinya?
jwpn zak:penah..ampunkan zak mama!!!
Apa aku tak pernah sombong padanya?
jwpn zak:xpenahhh
Apa aku tak pernah mengherdiknya?
jwpn zak:xpenah
Apa aku taat padanya?
jwpan zak: sentiasa
Apa aku akan mengutamakannya sebelum insan lain?
jwpn zak:never!!!!
salam zak,
alhamdulillah.. anak yang baik adik yang seorang ni... kita kena saling berpesan kan? agar terus bertambah baik.. :)
Salam adik botak,
Seorang isteri kadang kala tersepit antara tanggongjawab kepada ibu dan suami juga ibu suami.
Ohhhhhhhhhh...aduhai! :)
salam kak,
sebab tu bagi adik akak ni... perempuan adalah sama kuat dan kadang kadang berlebih pula dari lelaki... :)
itu yang harus kita sama sama usahakan.. sedarkan lelaki bahwa, isteri itu juga manusia.. yang sama kehendak, sama keinginan dengan suami.. Islam dah anjurkan sebaik baik cara agar isteri dihormati bukan dihambai...
namun yakin akak akan boleh aturkan agar hubungan dengan semua tidak kusut.. :)
salam moeha
Walaupun dilahirkan di tengah-tengah dunia filem, saya tidaklah begitu meminati filem Melayu walaupun saya akur ada di antaranya (termasuk drama TV) yang baik dari semua segi sebagaimana drama mengenai Hari Ibu paparan TV3 yang saudara sebutkan dalam tulisan saudara.
Bagi seorang yang sudah tidak lagi memiliki ibu (mahupun ayah) hari-hari seperti ini sudah tentulah memanggil saya menyusuri kembali segala denai dan lorong kenangan yang penuh nostalgik.
Apapun saya bersetuju dengan saudara betapa Hari Ibu sebenarnya adalah setiap hari, selagi hayat di kandung badan.
Kasih ibu kekal abadi. Begitulah juga kasih seorang anak yang soleh terhadap ibunya - doa kesejahteraan sewaktu hayat ibunya dan doa kesejahteraan tatkala siibu sudah tiada lagi.
Adakah ini cerita Demi Masa yang berisaran di TV3 malam semalam? Tengok saluran inetratif di Astro ramai yang cakap cerita itu menarik. Tapi oleh sebab ramai tetamu (nenek bersama saudara mara yang lain) datang ke rumah semalam, rasa janggal menukar siaran tetamu terutama nenek yang sedang enak membuai perasaan dengan nyayian pelajar2 akademi fantasia. Hehe
Selamat Hari Ibu pada semua ibu-ibu di Malaysia! :)
salam shirzad,
saya cuma menyampaikan gagasan Mem Besar. :)
Dunia perfileman tempatan walau sedang melalui fasa yang sukar (di mana karyawan filem tampak lebih mementingkan populariti dari kreativiti) namun telefilem kita selalunya baik baik saja.
saya dan keluarga doakan moga2 arwah ibu dan bapa shirzad dirahmatiNya dan tergolong di dalam orang orang yang terpelihara.
sala haaziq,
itulah agaknya.. maklumlah bagi orang orang seperti saya visual tidak menggambarkan apa2... :)
namun kami tetap dapat menikmati dunia inimelalui telinga... alhamdulillah
af? siapa terkeluar... hehehe