Saudaraku... My Kins...
Bertandang ke beberapa sahabat yang lain membuat hati ni terkenang kenang. Tersenyum sendiri kadang kala tak sedar pipi dah basah...
....
"Yang, carikan Tok daun nyiur barang dua tiga."
Si botak kecik berlari mencari daun yang diminta.
"Nah Tok."
"Mari sini. Duduk sebelah Tok." Si botak kecik melompat anak tangga dan duduk di sebelah wanita tua itu.
"Kita nak buat apa Tok?" Si botak kecik hairan menengok Moyangnya menceraikan daun yang dibawa tadi.
"Hari ni kita nak buat burung. Hah, ambik daun ni dan ikut apa yang Tok buat."
Si botak kecik cuba ikut. Beberapa kali tersilap.
"Hish, budak ni. Betul betul lah."
"Nak buat apa susah susah Tok. Beli aje."
"Ni tinggalan Tok nanti. Boleh kau ajarkan anak anak dan anak anak buah. Ni harta kita. ingat tu."
Si botak kecik tak setuju. Tapi tak berani nak cakap. Dalam hati dia mengomel, "Harta apa. Kalau emas tu ye lah."
Moyangnya terus juga mengajar si botak kecik. Sesekali dijerkahnya si botak kecik yang main main. Sambil sambil tu, wanita tua tu bernyanyi;
Kalau nak gugur... Hai sayang...
Kalau nak gugur, gugurlah nangka...
Ahai... Jangan menimpa,
Jangan menimpa si dahan pauh...
Anak raja turun beradu...
Kalau nak tidur... Hai sayang...
Kalau nak tidur, tidurlah mata...
Ahai... Jangan mengenang...
Jangan mengenang orang yang jauh...
....
Senyum terukir lagi, pipi makin basah. Terkenang kenang...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Muha:
Ah...kenangan bersama nenak dan motyang pasti membawa pelbagai kenangan manis-manis belaka.
Memang waktu dulu banyak permainan di buat sendiri. Zaman saya dulu kami buat gasing sendiri(adalah batang jambu atau limau rumah sapa-sapa kami tebang),layang-layang buat sendiri(sanggup jalan berbatu-batu nak cari batang buluh.Bila jumpa(seringnya di perkampungan orang Tionghua) sering di marah herdik oleh apek atau Ahso kerana menebang batang buluh mereka). Kami buat lori sendiri(guna kotak mancis,kotak rokok dan tudung air botol sebagai roda.Gam pula kami gumakan getah dari mangkuk getah Mak Ndak),lastik di buat sendiri.joran di buat sendiri(cuma pergi beli tali tangsi dan mata kail saja).main pistol-pistolan juga senapang dan pistol di bikin sendiri(konsep lastik jugak).Bila mandi sungai atau lombong pelampung kami cari di kedai tayar(dulu tayar kereta bertiub tidak sepert sekarang) mana yg bengkel buang kami akan minta lalu kami beli gam(bukan utk hidu wakaupun bau nya menawan kalbu) dan tampal sendiri.kami gunakan pam basikal(pam tangan atau yan berdiri)sebelum turun ke lombong utk mandi-manda(yg bila pulang akan di hadiahkan pulasan telinag atau ranting jambu menjamah betis,ehsan dari mak-mak kami semua).
kami jadi innovatif kerana tiada wang mahu membeli mainan.
Salam,
Sesekali terkenang tidak mengapa adik botak hehehe..
Dulu semua bikin sendiri. betul kata doc TA. Kekurangan dan kesempitan hidup menjadikan kita manusia yang kreatif dan invatif.
Saya dulu main senapang juga. Yang buat ngan pelepah daun pisang. Ayaman daun nyok(kelapa) buat keris huhuhu. Mak saya ajar. La ni lupa dah doc. :)
setuju sangat dengan tokasid.
moeha,
kenangan memang selalu menyentuh hati. Seringkali kita tidak tahu bagaimana untuk menghargai sesuatu yang kita miliki sehinggalah ianya tiada. Dan tambah sedih setelah semuanya berlalu barulah hati kecil mengerti apakah makna semuanya itu.
Pasti ada sebab mengapa Yang Esa menciptakan manusia begitu kan? Dalam kenangan tersimpan titik lembut hati manusia dan airmata sebenarnya penawar.
salam doc,
betul betul.. masa dulu semua buat sendiri.
manusia jdi inovatif bila dalam kesempitan.. tapi pelik juga dengan anak muda kini.. inovatif.. sangat inovatif... tapi pada benda yang nak membunuh, nak menjahanamkan diri...
teringat wat layang layang guna kertas surat khabar, buat telefon dari tin susu. :)
salam kak lily,
best kan.. kalau ada mesin masa.. jom balik ke zaman dulu.. boleh akak ajar adik ni wat keris... :)
salam cik manggis,
kenangan memang sangat tersendiri.. kenangan juga satu bentuk motivasi...
ada yang positif ada yang berbahaya...