Saudaraku... My Kins...

Gegar!!!
Banyak sungguh gegaran yang berlaku dalam hidup si botak semenjak dua menjak ni. Jumaat lepas, bergegar tubuh si botak menahan marah akibat ketidak adilan yang dihadapi Kak Lily. Gegar!!!
....
Susah sangat kah nak berlaku adil pada orang cacat? Ada yang akan mengatakan ini kegagalan sistem pendidikan yang dipraktis kerajaan, mungkin ada benarnya. Namun terfikir pula si botak, adilkah menyalahkan satu pihak saja? Si botak menimba ilmu di tanah ini, pernah juga menjadi guru sandaran (selama empat tahun), dalam setiap syllabus mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Agama Islam, Sivik, terdapat penekanan terhadap pembinaan insan. Mana silapnya? Gegar!!!
....
Akhbar KOSMO! pada 13 Mei 2008 memaparkan kisah seorang pelajar perempuan sekolah agama yang bertudung litup mengaku MEMBUANG BAYI! Kerajaan jugakah yang salah dalam hal ini? Benar kerajaan yang benarkan kemasukan pelbagai unsur baru terutamanya Internet! Namun tanpa Internet, dapatkah kita berbincang seperti sekarang? Jika kerajaan tidak betul, pembangkang kenapa tak juga berusaha memperbaiki kelemahan ini? Nak tunggu berkuasa penuh baru nak ambil tindakan? Maaf, si botak tak berniat nak cabar pegangan politik sesiapa, si botak cukup menghargai kelainan pandangan ini. Lain pendapat akan mengelakkan kita jadi jumud. Cuma nak minta kita sama sama berhenti sebentar dan berfikir, WAJARKAH SEMUA SOAL NAK DIPOLITIKKAN? Kita bercakap mengenai amanah yang diberi olehNYA kepada kita. Jadi khalifah! Perlu menang pilihanrayakah baru nak jadi khalifah di bumi ini? Lupakah kita pada amanah ini? Gegar!!!
....
"Kami tidak menemukan sebahagian besar dari mereka memenuhi janji. Adapun yang Kami dapati bahawa sebahagian besar dari mereka adalah orang orang yang fasik. (AlA'raf:102)"
....
Kemudian bergegar pula batu jemala si botak. Ini biasa.. Hehehe. Gegar!!!
....
Semalam bergegar kencang badan si botak tatkala ketawa mendengar kisah 'Ahmad Albab'. Si botak memang 'hantu P Ramlee'. :) Bukan apa, si botak suka benar dengan corak pemikiran gemulah yang cukup kompleks. Isu yang dibangkit relevan sepanjang zaman dan yang paling penting, KARYA GEMULAH RINGAN DAN SENANG DIFAHAMI WALAU SARAT DENGAN SOAL SOAL PENTING! Gegar!!!
....
Tiba tiba terasa pula rumah bergegar. Si botak dengan dibantu Nizam dan Mat, meluru keluar dari sarang kami. Bergegar jantung si botak. Rupa rupanya telah berlaku satu gempa bumi di Utara Sumatera, berukuran 6.1 pada Skala Richter. Masya'allah. Apa agaknya nasib saudara kita di sana? Gegar!!!
....
Apa yang menyedihkan ramai jiran si botak yang langsung tak ambil pusing bila rumah bergegar. Si botak risau akan keselamatan mereka. Ini kegagalan pemerintah! Kita tak ada sistem khusus berhadapan dengan bencana. Kita perlu ada sistem bagaimana nak turun dari bangunan, nak pakai lift ke tidak, apa tugas Bomba dan Polis. Malangnya kita tiada sistem sebegini. Gegar!!!
....
Si botak bersyukur kerna masih dilindungi dan tak diuji dengan ujian bencana alam lagi. Namun segalanya tidak mustahil. Memetik kata kata Doc Tok Asid, dan saya benar2 terfikir semalam dan pagi tadi.Akan ayat2 ALLAH tentang hukuman kepada kaum Noh,kaum Lut,kaum Saleh dan kaum Fir'aun pada zaman dulu.Apa yang ALLAH perturunkan pada umat2 terdahulu sedang juga di beri kepada kita.tetapi apakah kita mengambil pengajaran darinya? jangankan yang non-Muslim, yang Muslim sendiri akan kata: Ah! Ini natural disaster sahaja.tidak tahu mengapa seolah menafikan ini musibah ALLAH berikan agar kita mengabil pengajaran,agar kita kembali bertaubat,agar kita kembali memegang tali-tali ALLAH dgn kukuh. Gegar!!!
....
Si botak gembira kerana banyak sungguh gegar gegar ini. Ia menjadikan hidup si botak lebih bermakna dan lebih berterima kasih pada Yang Paling Adil! Malah akhi Shah si botak terus tampil dengan tips tips keselamatan ketika menghadapi bencana. Si botak sangat terharu. Segala puji dihamparkan hanya buatNYA. Gegar!!!
....
Apa pun, si botak tetap harap agar kita jangan terus leka. Marilah bersama kita kembali ke jalan yang benar. Si botak tahu yang si botak dah jauh benar tersasar. Tolonglah si botak dan saudara yang lain untuk terus kembali ke jalanNYA. Ketepikanlah perbezaan, cari persamaan. Bila gegar yang sebenar jadi nanti jangan pula kita salahkan DIA. Yang Paling Besar dah bagi amaran. Fikirkan bersama yuk!
6 Responses
  1. Ydiana Says:

    Salam Moeha Aziz

    Setiap hari kita diberi peringatan olehNya, samada sedar atau tidak. Tetapi jika kita selalu ingatkanNya, maka selamatlah hidup kita. Sya bukanlah alim sangat, tapi insya'Allah saya cuba sedaya upaya untuk mengingati Allah dan tanda2 yang diberikanNya.


  2. assalamualaikum, moeha. terharu sungguh saya moeha ingat pada kami walaupun di tengah2 keadaan yang tidak begitu mengizinkan. teruskan tabah dan kuat menghadapi dugaan. doa kami bersama moeha.

    saya setuju sangat apa yang moeha ketengahkan dalam pos ini. saya juga risau tentang nasib generasi kita. lebih banyak masalah yg perlu diberi perhatian selain masalah dalam kain parti. masalah ekonomi, misalnya? bukan saja melayu, bangsa lain juga ada masalah dalaman. belum sebut lagi bibit2 perselisihan antara kaum. kalau bisa kita lihat apa yg dialami sodara kita di indonesia. lihatlah nasib peribuminya. mungkin malaysia mau ikut jadi begitu? saya bukanlah orang yang arif isu semasa mahupun sejarah bangsa, maaf.

    rasanya bangsa kita terlalu selesa moeha. di bumi kaya ini kita ada subsidi. jadi kita x terasa sakitnya luka di tempat lain, sebab luka kita disini ditutup oleh penahan sakit. kita juga selalu alpa kerana, seperti yang moeha sebut dalam pos sebelumnya; kita percaya negara kita terlindung lingkaran api pasifik. kita selalu lihat bencana di negara lain seperti melihat filem dengan realiti efek yang bagus.

    pemimpin kita sebenarnya belum benar2 teruji bakat kepimpinan mereka. lihatlah negara lain yang bermain peluru dan kebuluran. jika kita mengejar pembangunan, mereka berjuang semata2 untuk terus hidup.

    maaf moeha, komen panjang. tapi saya tetap bangga menjadi rakyat malaysia. cuma, saya berharap pemimpin yg ada terus menjadi tiang negara bukan menjadi punca keruntuhan.


  3. Salam,

    Kita perlu mengenal hati budi seseorang itu sebelum membuat penaksiran yang ada kalanya salah. Jadi, apabila seorang pelajar perempuan sekolah agama, yang bertudung litup mengaku membuang bayi, tiada yang betul dalam penaksiran saya, iaitu semua orang yang bertudung litup baik akhlaknya.

    Dengan semakin banyak mala petaka melanda rantau asia yang dahulunya selamat ini, tidak ada yang mustahil untuk berlaku. Lantas, mencetuskan pertanyaan adakah kita tidak sedar dengan semua ini? Saya sedih melihat penduduk2 gempa bumi yang menangis apabila dikeluarkan dari celah runtuhan dengan mata yang terpaksa ditutup bagi mengelakkan asakan cahaya secara tiba2. Janganlah di ketika itu baru hendak mencari agama. Saya pun bukanlah alim sangat, tapi saya rasa saya dah cukup matang untuk mengenal yang mana baik dan buruk walaupun kadang kala diulit kealpaan sama seperti remaja2 di luar sana. Ingatan seperti entri ini amat bermakna bagi kami

    Komen yang tidak berkaitan: Saya tertarik hendak memberi sepatah dua di pos Kak Lily anda,di mana saya memang sudah beberapa kali menjejakkan mata di situ. cuma di kala otak berhempas pulas hendak menzahirkan idea (maklumlah dengan kelemahan saya dalam bahasa Melayu), saya terbaca komen beliau yang bertanya sama ada pernah membaca entri2 sebelumnya sebelum menghantar komen di sana. Ia lantas membantutkan gerak hati saya. Saya menghormati kehendak beliau. Seperti mana yang saya nyatakan sebelum ini, kita perlu memahami hati budi seseorang sebelum membuat penaksiran membuta tuli. Tapi, bagaimanakah agaknya perasaan orang yang telah memberi komen di sana hanya berpandukan satu entri semata2?.. Minta maaf sekiranya Kak Lily terbaca komentar saya ini dan terasa hati pula. Dan minta maaf kerana mempalitkannya di sini. Bukan kerana ketandusan kekuatan, tapi kerana saya sejujurnya belum dapat mencari kelapangan masa untuk membaca entri2 akak sebelum ini

    As I stated in my latest entry, "Language may sometimes misinterpreted". Saya mohon maaf jika komen2 saya pernah mengurit hati Moeha ya. Saya akan tiada di Malaysia dalam beberapa hari yang mendatang. Salam

    Haaziq


  4. mOEha Aziz Says:

    salam Ydiana,

    betul tu, harap harap kita tak terlepas pandang akan ingatan ingatan yang diberikan oleh Yang Paling Atas...:)


  5. mOEha Aziz Says:

    salam Cik Manggis,

    boleh ya panggil Cik Manggis (hehehe).

    saya pun sangat sayang dengan bumi Malaysia ni.. terlalu sayang sehingga jadi terlalu risau dengan apa yang berlaku akhir akhir ni...

    moga kita terus bersatu. itu aje harapan saya.

    p/s: komenlah panjang mana pun. saya suka mendengarnya. dapat ilmu yang lagi banayak :)


  6. mOEha Aziz Says:

    salam haaziq,

    tak ada yang mengguris hati ni... bagi moeha, segalanya adalah ilmu.

    haaziq bagi ilmu pada moeha dan sangat bersyukur...

    moga selamat pergi dan pulang ya...


  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter