Saudaraku... My Kins...
Salam,
Saya merupakan seorang OKU yang tinggal di tingkat paling atas sebuah pangsapuri di Sungai Ramal Kajang. Dalam pukul 10.30 malam semalam keeseronokan mendengar 'Ahmad Albab' terganggu kerna terasa rumah bergoyang.
....
Saya dan rakan yang bukan OKU bergegas turun sambil disapa mesra oleh jiran jiran yang hanya keluar rumah sambil berbual mesra. Saya merasakan ini tugas pemerintah yang tak pernah melatih atau memberi garis panduan kepada rakyat. Bagaimana untuk bertindak sekiranya berlakunya bencana.
....
Kita diajar di sekolah Malaysia terlindung daripada Lingkaran Api Pasifik. Namun kini agak kerap berlaku gegaran kecil. Dua hari lepas, gempa berskala 5 pada skala Richter berlaku di Sabah. Sekarang segala pengetahuan Geografi terdahulu perlu dikaji semula.
....
Kita perlu sentiasa berwaspada. Orang tua tua meminta kita sediakan payung sebelum hujan. Bersedia sebelum berlaku kecelakaan. Namun apa yang berlaku semalam, agak membimbangkan. Rakyat Malaysia nampaknya tidak langsung peka dengan soal keselamatan. Bayangkan jika gegaran lebih kuat dan bangunan berusia yang kami tinggal runtuh. Berapa ramai yang akan terkorban? Adakah kita lupa akan tragedi Highland Tower?
....
Pihak berkuasa tempatan juga nampaknya tidak punya tatacara khusus di dalam menangani masalah ini. Saya menghubungi Balai Polis Kajang bagi mendapat pengesahan samada selamat untuk saya naik semula. Ini adalah kerana saya berkerusi roda. Saya tidak mahu mengambil risiko. Saya diminta tunggu sehingga Bomba datang dan memeriksa bangunan, namun sehingga jam 12 malam, tiada mana mana pihak pun datang.
....
Banyak yang perlu kita lakukan kini. Rakyat kini terlalu asyik berbicara hal hal politik dan hiburan sehingga soal keselamatan tidak lagi diberi keutamaan. Memetik kata kata ibu saya, yang menghubungi saya bagi memastikan saya selamat, "rakyat Malaysia sudah terlalu berani. Mereka langsung tak ambil iktibar dari peristiwa tragis yang berlaku di sekeliling, Taufan Nargis dan Gempa di China."
....
Apakah kita mahu ramai terkorban barulah nak rangka dasar dan saling menuding jari? Apakah semua isu nak dipolitik dan disensasikan barulah dapat perhatian pemerintah? wallahu'alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Muha,
Mengenai ketidakperihatinan polis itu, cuba adukan kepada Biro Pengaduan Awam di http://www.bpa.jpm.my/ . Jika selepas seketika BPA tidak memberi sebarang jawapan, tolong beritahu saya. InsyAllah saya akan cuba menyusul melalui beberapa sahabat.
Mengenai perkara yang harus dilakukan sewaktu sesatu bencana, cuba baca di sini, walaupun terdapat beberapa points yang kurang kita fahami atau setuju:
http://www.survival-supply.com/info_pages.php?pages_id=9
ps. nanti saya buat satu entri kat blog saya ye.
ermmmm semakin gayat nak duduk umah tinggi2 nih
salam ya akhi...
thanks... muha akan panjangkan aduan ke biro itu... mengenai tips tu, best nyer... banyak belajar perkara baru..
u know yg u r more than welcome to write a responsive entry based on any entry of mine... :)
salam ady,
tapi seronok sangat duduk tinggi tinggi ni... hehehe... angin banyak sangat... kalau hari berangin, tak payah pasang kipas :)
salam bro..bravo..yeah you do the right thing...kekadang kita ni mengambil berat perkara yg remeh, tapi tidak bena perkara yg penting seperti ini!
Salam Muha:
Semalam di melaka pun terasa tremorsnya. Isteri,bibik,dan mertua serta kucing2 kami dpt merasainya dan mereka terasa pening2 lalat(walau lalat tak ada masa tu).saya tak rasa apa2 pun tapi nampak lampu2 yang bergantung di ruang rumah,balkoni dan pintu depan bergoyang2.kucing pakat lari sana-sini.jadi kami pun keluar dari rumah.
Kemudian saya terfikir dgn benar2 fikir. Kita yg rasa goyang sikit saja sudah panic. bagaimana pulak yg betul2 mengalaminya seperti di Sumatra(yes the quake last night was in the mountains of sumatra barat,38km di bawah bumi)atau di pakistan atau di Iran atau di China baru2 ini?Memang wajar mereka rasakan dunia sedang kiamat.Dan saya terfikir lagi tentang mangsa Tsunami,catrina,greg,Nagris di Myanmar. Kita bila hujan ribut dan kilat sabung menyabung serta pokok kelapa di sebelah rumah nampak macam nak tumbang sudah kelam kabut.
memang kita di Malaysia tidak akan faham musibah2 sebesar ini.dan kita pasti akan terkaku dan terkedu tanpa tahu apa yg mesti di lakukan jika ALLAH uji kita dgn cara begini.
dan saya benar2 terfikir semalam dan pagi tadi.Akan ayat2 ALLAH tentang hukuman kepada kaum Noh,kaum Lut,kaum Saleh dan kaum Fir'aun pada zaman dulu.
Apa yang ALLAH perturunkan pada umat2 terdahulu sedang juga di beri kepada kita.tetapi apakah kita mengambil pengajaran darinya? jangankan yang non-Muslim, yang Muslim sendiri akan kata: Ah! Ini natural disaster sahaja.
tidak tahu mengapa seolah menafikan ini musibah ALLAH berikan agar kita mengabil pengajaran,agar kita kembali bertaubat,agar kita kembali memegang tali-tali ALLAH dgn kukuh.
Mungkin kerana:"Bukan kita yang kena"
Wallahu'alam bissawab.
salam doc,
betul tu.. kita ambil mudah semua benda. sebab tak pernah rasa.
saya pun tak dapat tidur semalaman. walau dah beberapa kali terasa gegaran, namun entah mengapa kali ni, kesan dia agak dalam..
moga kita semua dilindungi doc.. jika sudah giliran kita nak rasa ujian sebegini. saya cuma harap kita akan lebih bersedia.
salam arsaili,
i'm rather paranoid after listening to all these disastrous news around us..
after all, i'm an over imaginative.. hehehe
Salam,
Itulah, kat Malaysia ni, pintu kecemasan pun selalu dihalang sesuka hati. Ada yang dirikan gerai depan pintu kecemasan, letak barang, parking kereta.. Ish2.. Kalau dah terperangkap, nak keluar macam mana??
Bes k duduk tinggi2? hehe
salam haaziq,
rindu kat haaziq... :)
sebab tu la kerajaan perlu lebih beri perhatian macammana nak didik rakyat agar lebih sensitif dan peka tentang soal keselamatan...
bukan asyik nak main main politik... diaorg sakit ke ape? asyik nak attention jer... :P
assalamualaikum dear,
i was burping luq when it happened. ingatkan it was myself yg tengah dok ayun luq. hehehe....
abg moe was not home. but i memang dah grab luq and got ready to run down dah (since i did experience the shake of the tsunami before; it felt similar). after a while, rasa macam takde apa2, so i just stayed inside je and was alert until 2am...
alaikumsalam kak ina,
i was so nervous too.. sempat tak luq burped? hehehe... luckily nothing happen...
salam moeha
walaupun saya agak tidak berkesempatan membaca kesemua karya shakespeare, namun dari apa yg sempat saya baca sewaktu zaman persekolahan, terjumpa mesej yang agak mendalam, termasuk seperti yang dipaparkan dalam buku Much Ado About Nothing.
Tentu sekali shakespeare menfalsafahkan betapa cinta itu buta. Namun dari pengalaman kawan-kawan, saya rasa orang yang mempercayai ungkapan ini seolah-olah telah buta matinya.
mengenai aktivi persendiran di dalam bilik mandi yang saudara sebut itu, saya terfikir sejenak - pada hemat saudara apakah shakespeare juga turut terjebak?
saya melihat seks dan apa-apa yang berkaitan dengannya sebagai sesuatu yang tidak baik sama sekali kecuali ia disertai dengan cinta dan dalam kerangka sebuah perhubungan yang halal di sisi syarak.
salam shirzad,
saya rasa apa yang shakespeare maksudkan ialah aktiviti homoseks yang aktif sekali kalangan pemain wayang pada zaman shakespeare...
betul betul... sedalam mana sehebat mana pun cinta tu tak ada ertinya sekiranya tiada ikatan yang menghalalkan...