Saudaraku... My Kins...

Atas Nama Keadilan....
Atas nama keadilan, maka si botak menarikan jemari mencanting coret ini.

....
Che Muhamad Aiman Azizi (Mad GG)
Jika dahulu Luq dan Hafeez dah dikongsi gambarnya, kini ini dia Mad GG (Putera ke3 Kekanda Azian) yang kini jadi Zorro (Huhuhu, kena kuning)

....

Ini pula Muhammad Nizam (anak Pakcik Budin) yang disebut2 oleh Kekanda Lily. Antara insan yang paling berjasa pada si botak.

....

Atas nama keadilan juga, si botak merayu pada wakil wakil yang sedang bertakhta di puncak hierarki Malaysia, Tolonglah berlaku adil! Hentikanlah perbuatan bacul. Hadapilah kritikan dan teguran dengan hati terbuka.

....

Muhammad merupakan pemimpin teragung! Contohilah Baginda! Saat Baginda telah berjaya kembali semula ke Tanah Haram dengan kejayaan, Ali bin Abi Talib (sepupu, sahabat dan juga menantu penerus zuriat Muhammad) telah menemui Thalhah, penjaga kunci Baitul 'Atiq, lantas mengambil kunci RumahNya itu. Thalhah kurang senang namun beralah. Muhammad buka Kaabah dan membersihkan segala berhala di dalamnya. Setelah selesai, Baginda kembalikan kunci itu semula kepada Thalhah. Kaget, Thalhah bertanya, "kenapa ya Muhammad? Kau sudah menang!" Muhammad lantas membaca ayat seperti tertera di bawah;

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu melakukannya dengan adil (AnNisa'; 58)"

....

Akhirnya, Thalhah memeluk ajaran yang dibencinya di saat itu juga, di hadapan Muhammad. Nah! Lihat sahaja, Muhammad boleh untuk terus memegang kunci itu. Namun dipulangkan juga kerana kunci telah diamanahkan kepada Thalhah.

....

Keadilan bukan sesuatu yang sukar. Apa yang menyukarkan ialah nafsu yang menghalang keadilan. Nafsu untuk terus berkuasa akhirnya akan membutakan hati lantas akan menggelapkan akal. Nafsu ini memang sukar dikekang namun jika saling berpesan dan tak kisah bila ditegur, tidak mustahil akan bertambah elok segala kekurangan. To err is humane, (Manusia sentiasa melakukan kesilapan) orang barat kata. Ada benarnya, namun kesilapan perlu diperbaik, caranya melalui teguran dan berpesan pesan!

....

Muhammad juga pernah dipersoal tindakannya oleh kumpulan Ansar yang diketuai Sa'ad bin Ubadah ketika pembahagian harta rampasan perang sewaktu Perang Hunain. Baginda memberi harta yang lebih sedikit kepada mereka yang baru memeluk Islam. Namun bila diterangkan oleh Muhammad dengan tenang dan sabar, bahawa mereka yang baru mendapat hidayahNya pasti dibuang keluarga (Quraisy yang masih ingkar) dan hilang harta, menangis kumpulan ansar itu lantas menyesal dan memohon maaf. Ada Muhammad penjarakan Sa'ad dan rakan rakannya? Tidak, Baginda memaafkan mereka.

....

Maafkan kami, maafkan kami

Wahai cik adik, jangan marah sangat,

Sedangkan Nabi ampunkan umat!

Tersenyum si botak, bila mengenangkan lagu dendangan Arwah P Ramlee, Pak Aziz Sattar dan Pak Sudin di dalam filem Pendekar Bujang Lapok. Muhammad memang pemaaf. Ini juga bukan untuk mereka yang bertakhta di puncak Malaysia sahaja, mereka yang teraniaya juga, cubalah memaafkan. Muhammad bukan sahaja pemaaf dengan umatnya, namun pada orang Quraisy. Abdullah bin Ubay yang berpura pura masuk Islam dan turut berhijrah ke Madinah, yang terus terus menentang Muhammad, sehingga sanggup bersekongkol dengan yahudi, tetap dimaafkan Baginda. Malah ketika Abdullah sakit, Muhammad melawatnya.

....

Susurilah sirah Muhammad! Jika ingin menjadi kepala warga Malaysia, pelajarilah kisah kisah Muhammad dan contohilah Baginda. Janganlah jadi orang yang tak bersyukur. Dah diberi kedudukan, kuasa dan harta olehNya, berlaku adillah!

10 Responses

  1. syah azmir Says:

    Setuju dgn pendapt saudara,
    Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik yang perlu diikuti oleh semua orang samada drp sekecil2 perkara kpd sebesar2 perkara termasuk dlm soal pemerintahan.

    Jadikan baginda sbg kayu ukur dlm apa juga perkara yg dilakukan.


  2. mOEha Aziz Says:

    salam zakryee,

    tu la... masih belum dapat jumpa... cuti sekolah baru dapat jumap dia.. :)


  3. mOEha Aziz Says:

    salam syahrizal shafie,

    maka kita kena berusaha agar pemimpin kita tak kira apa logo yang dibawa, akan lebih mencontohi Baginda


  4. bercakap tentang keperibadian Baginda, memang suatu yang berat untuk dijadikan contoh. terutama mereka yang merasakan merajai dunia padahal lupa pada hari kebangkitan, hilanglah segala gelaran kebesaran.

    tidak ada lagi yang berhormat atau yang berbahagia di hari itu.

    yang ada pada kita yang tidak berkuasa ketika ini, hanya doa dan terus meminta kepada yang Maha Mendengar.

    kita terpaksa menjadi lebih tabah. dalam keadaan peradaban yang tidak ubah seperti di hutan.


  5. mOEha Aziz Says:

    salam ayie,

    kadang kala di hutan lebih baik dan teratur susun lapisnya... kerana Dia yang mengaturnya


  6. yang mendiami hutan itu adalah binatang dan haiwan. maka tidaklah ada yang salah kerana telah tercipta begitu. dan Dia telah mengaturkannya begitu.

    tapi dalam 'peradaban hutan' yang mendiaminya itu adalah orang, itu adalah kezaliman. :-)

    psst, saya tidak bercakap tentang hutan persé. cuma kena baca antara garis (read between the line).


  7. Amalina Says:

    'the greatest jihad is the war against your own heart. it is a war very few win.- quoted'

    peribadi Rasulullah saw mmglah ideal. Rasulullah juga belajar dari kesilapan, apa lagi manusia biasa, mmg bykla buat silap.

    kita sbg rakyat juga patut main peranan besar utk 'monitor' pemimpin. saling ingat mengingati jiran tetangga pun salah satu cara. kalau org keliling kita pun suka benda2 lagha, mmgla pemimpin yg nampak peluang akan ambik peluang. Manusia biasa...

    Yg tak layak jadi pemimpin pun nk jadi pemimpin.

    Just my 2 cents.


  8. mOEha Aziz Says:

    salam spingemorks,

    anda bijak.. tapi psst... cuba juga membaca antara garis bagi dua ayat saya tadi... :)


  9. mOEha Aziz Says:

    salam amalina,

    your 2 cents... kalau tak ada, tak jadi sejuta juga.. :)


  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter