Saudaraku... My Kins...
Bacalah! itu perintah pertama yang turun buat Muhammad dan juga buat kita semua. Tak kiralah samada yakin atau tidak dengan Muhammad, apalah salahnya menurut apa yang baikkan? (bagi yang tidak yakin) Bagi yang yakin dan telah naik saksi dengan namaNya dan nama Muhammad, turutilah! Bukannya suruhan membaca itu sesukar menaiki tujuh buah gunung dan berenang merentasi tujuh buah lautan.
....
Semasa meniti alam kanak kanak, pernah dihadiahi sebuah buku oleh pihak sekolah; kerana banyak membaca pada bulan itu. Bukunya berjudul; Raja Donai Bahtera Kulit Kacang karangan Allahyarham Zakaria Hitam atau Pak Zek. Kini versi Pak Zek tidak terjual lagi dan telah hancur buku itu yang pernah menduduki puncak gedung ilmu di rumah Ibunda. Tetapi terdapat satu versi baru, hasil garapan semula Datuk Yaakub Isa, seorang ilmuwan terbilang Pahang masa kini. Gambar kulitnya seperti tertampal di bawah;
Menarik amat kisahnya, kisah bermula dengan menceritakan tentang bagaimana sukarnya untuk kedua ayah bonda Raja Donai untuk dikurniakan anak. Setelah memenuhi beberapa syarat yang sangat menarik, akhirnya bonda Raja Donai hamil. Malangnya pula, tak mahu pula bersalin meski telah melangkaui batas waktu normal (maklumlah cerita rakyat, pasti ada ajinomoto, penambah perisa) Ada juga beberapa syarat yang harus dilakukan dan akhirnya dipenuhi, akhirnya lahir Raja Donai.
....
Saat Raja Donai lahir seperti biasa, cuaca berubah, tanda tanda kebesaran kononnya. Namun apa yang lagi menarik, Raja Donai setelah menjengah ke dunia, tak dapat ditahan oleh apa apa pun. Letak atas kain, kain tembus. Jatuh ke lantai, lantai tembus. Akhir terperosok ke dalam tanah bawah istana. (anak saudara yang cerdas mindanya pernah berkata, "Agaknya dia lahir pakai turbo kot")
....
Setelah itu ayah Raja Donai risau, lantas memanggil Nujum 7 Beradik. Hendak ditilik apa alamat kelahiran pelik puteranya. 6 orang nujum setuju berkata, Raja Donai harus dibunuh, kalau tidak bencana melanda! Nujum ketujuh sahaja yang kata, Raja Donai harus dijaga sebaiknya, membawa tuah! Akhirnya, ayah Raja Donai, memilih untuk mendengar nasihat 6 orang nujum, hanyutkan bayi yang tak berdosa di dalam perahu rompong (perahu bocor)! Alasan ayahnya ialah, Sebuku garam lebih masin dari secubit garam! Akhirnya Raja Donai dibuang, negeri dilanda bencana dan panjang lagi kisahnya. Carilah bukunya di toko toko berhampiran. :)
....
Apa yang menarik ialah, konsep perbandingan garam tadi. Seperti biasa kita dengar bukan? Yang ramai lebih betul! Yang sedikit itu kurang betul! Apa bahasa lainnya? Majoriti/Populariti! Kisah Raja Donai ini sering berlaku, lihat sahaja bagaimana kuasa jari jemari anak anak muda Malaysia yang berjaya mengangkat muazzin menjadi Idol (berhala).
....
Apa majoriti dan populariti sentiasa betul dan menarik? Apa minoriti dan tidak popular sentiasa salah dan membosankan? Puak Khawarij berpaling tadah dan memberikan Muawiyah Abi Sufyan majoriti, menyebab musnah institusi Khulafa ar Rashidin dan wujud Dinasti dalam Islam dan mulalah merudum empayar yang dihormati melalui perpecahan! Jangan butakan hati sendiri. Nanti meraba di dalam terang. Adillah tika membuat pilihan. Timbang timbangkanlah.
....
Apa pun, fikir fikirkan lah. Telah dikurnia akal, guna sebaik mungkin. Nilai nilaikan lah. Telah diberi otak, guna seelok mungkin. Lagipula, sebuku garam?, terlalu banyaklah untuk diletak dalam makanan, nanti kena darah tinggi! Jadi pulak OKU!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"Saat Raja Donai lahir seperti biasa, cuaca berubah, tanda tanda kebesaran kononnya. Namun apa yang lagi menarik, Raja Donai setelah menjengah ke dunia, tak dapat ditahan oleh apa apa pun. Letak atas kain, kain tembus. Jatuh ke lantai, lantai tembus. Akhir terperosok ke dalam tanah bawah istana"
Dalam Hikayat Raja Muda, terdapat juga phasa yang lebih kurang begini?
Apakah motif penglipur lara dulu kala? Kadang kala mereka membesarkan pemerintah. Ada waktunya pemerintah dikritik dengan cara yang paling halus.
Kagum!
salam kak,
betul, itu salah satu cara untuk mengampu raja la. maka setiap hikayat mesti ada kisah kisah ajaib yang lebih kurang sama.
tapi bak kata akak, kadang kala bila mengkritik raja mesti guna cara halus. hehehe lihat sahaja dalam raja donai je, nak kata raja ni tak pandai, pilih garam sebuku...
kisah kisah begini sentiasa jadi pilihan. seronok bila baca.