Saudaraku... My Kins...

Berbahagialah.......
Berbahagialah...
Mereka yang sedang diuji. Ujian Dia lahir dari bermacam cara. Sakit, putus cinta, dibenci rakan, didera majikan dan berbagai bagai lagi. Semuanya dari Dia. Dia yang izinkan semua uji itu dizahirkan pada kita.
....
Ada yang akan berkata. Gila apa? Dah dapat masalah yang cukup hebat, nak berbahagia? Mana boleh. Otak ni dah nak pecah fikirkan ujian ini. Benar. Namun, terfikirkah kita? Dalam berbilion umat manusia bertebaran di atas muka bumi ini. Dia ingat akan kita. Dia masih limpahkan kita kasih sayangNya. Dia masih uji kita kerana Dia sayang akan kita!
....
Lihat sahaja orang orang yang Dia tidak sayang. Qarun, Haman, Firaun. Mereka hidup senang lenang sehingga jadi angkuh. Mahu kita jadi seperti mereka? RahmatNya langsung tidak menyentuh mereka. Lantas mereka hanyut kerana tak pernah susah, tak pernah diuji berat berat. Ujian mereka hanya kesenangan. Mahu kita jadi seperti mereka? Berbahagialah
....
Uji uji ini juga merupakan cara Dia mengajar kita. Takkanlah Dia kena turun dan ajar kita? Muhammad kekasihNya pun diajar melalui Jibril. Mari bersama kita renungkan. Setiap masalah atau ujian akhirnya akan memberi kita satu atau lebih cara untuk mengatasi masalah yang serupa di kemudian hari. Malah ada juga yang dapat digunakan untuk membantu orang lain. Berbahagialah
....
Namun kita manusia. Tak mungkin akan lepas dari mengeluh dan berduka. Maka amalkanlah doa doa orang terdahulu yang begitu bagus. Salah satunya ialah doa Ayub a.s. Baginda diuji seberat berat ujian. Baginda tak mengeluh hanya tak putus putus berdoa padaNya. Baca doa Ayub, dalam surah AlAnbiyak ayat 83. Moga moga diringankan apa jua yang berat berat. Satu soalan, jika kita sakit gigi atau tertinggal barang di mana mana, apa yang pertama kita sebut? NamaNya bukan? Nah ujian itu awal awal dah beri kita pahala. Berbahagialah
....
Segala masalah ada penyelesaian. Yakin padaNya dan akan terbukalah seribu jalan untuk kita. Selagi bernafas, umat Muhammad akan diuji. Uji uji kita pula akan berat berat. Ini kerana kita istimewa! Berbahagialah
6 Responses
  1. Restnrileks Says:

    salam singgah kembali..

    hmmmm..sesuatu yang menarik dibaca yang boleh dijadikan peringatan buat diri ini..

    aku suka baca, yer laa kadang2 terlupa jugak ada masanya..

    betul2 ujian nii semua ada sebabnya..

    :)


  2. mOEha Aziz Says:

    salam rizal...

    terima kasih daun keladi... singgah singgah lah lagi...

    gembira kerana ada juga gunanya coretan saya...


  3. Alex Madina Says:

    bahagia itu datang pada kita, apa bila kita membahagiakan org lain.


  4. mOEha Aziz Says:

    salam alex...

    seperti lazimnya kan... :)


  5. tasekM Says:

    salam ziarah..

    terima kasih atas tulisan ini..


  6. mOEha Aziz Says:

    salam tasikmerah...

    merah kaler peberet saya... :) terima kasih kerana membacanya...


  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter