Saudaraku... My Kins...

Cabaran OKU di Malaysia
*Ini merupakan artikel tak seberapa nukilan si botak yang disiarkan di dalam majalah VISI (82 - Okt 2007) terbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia.
....
Dari Abu Hurairah dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda, setelah anak cucu Adam berpaling kepada Adam, Allah SWT berfirman; “Wahai Adam! Mereka itu anak cucumu.” Ternyata di antara mereka terdapat orang – orang yang berpenyakit kusta, sopak, buta dan berbagai jenis penyakit lain. Adam berkata: “Wahai Tuhan, kenapa Engkau berbuat begitu kepada anak cucuku?” Allah SWT menjawab: “Agar mereka mensyukuri nikmatKu”. (Hadis Riwayat Ibnu Abu Hatim)
....
Kecacatan, kesakitan merupakan antara nikmat Allah SWT yang paling besar kepada setiap manusia. Kekurangan di dalam hidup menjadikan kita lebih dekat dengan Allah SWT. Ini adalah kerana kasih sayang Allah sebenar terlalu dekat kepada orang yang teruji yakni orang yang sakit. Nabi Allah Ayub ‘Alaihissalam merupakan seorang nabi yang teruji dengan kesakitan serta kecacatan. Baginda merupakan seorang hartawan yang juga dikurniakan keluarga yang bahagia. Namun pabila tiba ujian Allah, segalanya hilang dengan sekelip mata. Atas kesabaran dan iman baginda yang utuh akhirnya Allah kembalikan segalanya dengan sekelip mata juga. MashaAllah.
....
Golongan OKU atau Orang Kurang Upaya merupakan golongan di Malaysia yang juga berhadapan dengan ujian Allah SWT. Ada yang dilahirkan cacat tidak kurang juga yang menjadi cacat akibat daripada sakit juga kemalangan. Pelbagai kategori atau jenis kecacatan dialami OKU. Ada yang buta, tempang, lumpuh, spastik, dan mengalami pelbagai kekurangan yang lain. Mereka selama ini dianggap tidak upaya untuk berbuat apa – apa. Maka akhirnya dilayan sebagai orang yang sentiasa perlu dibantu tanpa memikirkan perasaan atau pendapat mereka.
....
Namun setelah 50 tahun Malaysia merdeka, golongan ini mula mendapat perhatian yang meluas. Berbagai pihak mula menumpukan tenaga serta usaha di dalam mengenengahkan OKU. Ada yang betul – betul ikhlas namun tidak kurang yang sekadar ingin tampak prihatin dan mendapat pengiktirafan daripada masyarakat menerusi media. Apa pun, mereka ini hanya berusaha membantu OKU di dalam segala perkara. Apakah ini betul?
....
Soal yang timbul kini, wajarkah OKU terus dibantu di dalam segala aspek? Perlukah mereka diberi segala – galanya? Apakah mereka mahu dibantu sedemikian? OKU di luar negara mampu berbuat macam – macam. Ada yang berjaya mendaki Gunung Everest! Kenapa tidak OKU Malaysia? Kejayaan yang bertali arus ini kekadang melangkaui kemampuan mereka yang tidak cacat. Apakah kaitannya semua ini? Ini membukti bahawa sekiranya OKU berusaha dan diberi peluang maka segalanya adalah mungkin.
....
Cabaran buat OKU
....
Malaysia makin bergerak ke hadapan. Kemajuan fizikal semakin nyata dan arus modenisasi tidak punya tanda akan berhenti. Malangnya OKU tetap berada di takuk nan lama. Sudah tiba masanya untuk OKU sesama bangkit dan mengecapi nikmat merdeka ini. Kini masanya untuk OKU turut bersama menyumbang kepada pembangunan negara bangsa kita yang tercinta ini.
....
Golongan OKU sebenar sudah punya wakil – wakil yang sangat berjaya. Terdapat pakar ekonomi, peguam, pegawai peringkat atasan daripada golongan ini. Malangnya, ada di antara mereka yang mungkin terlalu sibuk, hingga tidak punya banyak masa untuk membela dan membantu rakan – rakan serta anak – anak senasib. Maka tinggallah mereka ini (OKU yang masih mencari hala tuju), sendiri.
....
Memang terdapat pihak yang kini mulai sedar akan kewujudan OKU di dalam masyarakat, namun mereka yang belum sedar pula masih terlalu ramai. Maka pasti amat sukar bagi OKU untuk meneruskan survival di tanah bertuah ini. Kenapa agaknya ya? Terfikirkah kita bahawa OKU juga mempunyai maruah. Mereka sebenarnya lebih hebat berbanding insan – insan lain. Mereka meneruskan kelangsungan hidup di dalam keadaan persekitaran yang sangat sukar.

....
Bayangkan, tiada laluan atau lonjakan khusus bagi pengguna kerusi roda. Di mana – mana bangunan tiada kemudahan ini. Laluan khas untuk orang buta pula hanya terdapat di Brickfield, Kuala Lumpur sahaja. Tidak terkecuali laluan pejalan kaki kita yang ‘dihiasi’ pelbagai tiang dan lubang- lubang. Jadi, bagaimana agaknya golongan istimewa ini mampu untuk bergerak? Jika pergerakan mereka di negara sendiri sudah terbatas, bagaimana agaknya mereka mahu bekerja dan mengurus hidup sendiri?
....
Bukan itu sahaja, peluang bagi OKU amat terhad. Peluang belajar, peluang pekerjaan malah apa yang lagi menyedihkan, bantuan juga sering dipolitikkan oleh pegawai –pegawai yang berkenaan. Satu contoh yang amat memilukan adalah, kes Allahyarhamah Azaliza Azali.
....
Derita gadis diriba macam bayi

SIK 15 Sept. – Sudah berusia 25 tahun namun masih perlu diriba sepanjang hari.

Begitulah hakikat yang terpaksa dihadapi oleh seorang gadis, Azaliza Azali (gambar), sejak diserang demam panas ketika berusia tiga bulan menyebabkannya hanya terlantar ekoran kaki dan tangannya kekejangan.
Penderitaan gadis ini tidak berhenti setakat itu apabila mulai usia 22 tahun, anggota tubuhnya seolah-olah mengecut dan kini hanya tinggal tulang.
Lebih malang lagi, bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) sebanyak RM80 yang diterimanya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum ini, dihentikan kerana dia didakwa telah bekerja.
‘‘Bayangkan anak saya yang kini kaku dan hanya mampu diriba dikatakan telah bekerja sehingga menyebabkan wang bantuan yang diterimanya dipotong,” kata ibunya, Siti Minah Ahmad ketika dikunjungi Mingguan Malaysia di rumahnya di Kampung Baru Sri Dacing, Sik di sini, hari ini.
Apa yang menghairankan Siti Minah, 49, beliau pernah membawa anaknya itu menemui pegawai JKM daerah Sik, namun bantuan tetap dipotong atas alasan usia Azaliza telah mencecah 25 tahun.
Beliau telah mengemukakan semula permohonan pada April lalu tetapi jawapan yang diterima mengecewakan.
Menurut Siti Minah, anaknya pernah menjalani rawatan akibat demam panas di Hospital Baling sebelum dirawat di Hospital Alor Star (HAS) dan Kuala Lumpur (HKL).
‘‘Selama setahun Azaliza sentiasa menangis hampir setiap malam kerana tidak tahan menderita sakit sehingga akhirnya dia mengalami kekejangan tangan dan kaki malah susuk tubuhnya mengecil,’’ katanya.
Sejak itu, Siti Minah memberitahu dia tidak boleh meninggalkan anaknya itu sebaliknya perlu menjaganya sepanjang masa termasuk untuk untuk membuang air.
Suaminya, Azali Yaakob yang bekerja sebagai penoreh getah terpaksa menjalankan kerja-kerja sampingan dengan menjual jeruk kelubi berhampiran rumah mereka untuk menambah pendapatan.
Siti Minah sedih kerana sehingga kini, nasib malang anak gadisnya itu tidak mendapat pembelaan sewajarnya malah beberapa pihak yang pernah menjanjikan bantuan pun belum menunaikannya.
Petikan Akhbar Utusan, 16 September 2007
....
Apa yang lagi memilukan akhirnya Allahyarhamah Azaliza kembali ke rahmatullah pada 20 September 2007, hanya empat hari selepas beritanya terpapar di dada akhbar. Apa lagi yang perlu diperkata? Dimana letaknya OKU di mata Malaysia?

....
Tiada kerja
....
Masalah mencari kerja memang bukan perkara baru bagi Masyarakat OKU. Bagaimanakah seseorang yang kurang upaya ingin bekerja jika tidak diberi peluang? Apa yang menyedihkan, jika sudah diberi peluang, OKU akan ditindas dan diperlekeh. Apa yang tinggal lagi bagi OKU Malaysia? Mereka akhirnya akan terpaksa menjual tisu di jalanan dan tidak kurang yang meminta sedekah! Malang mereka ini tidak akan terhenti di sini, ada di antara mereka yang pernah ditahan pihak berkuasa kerana cuba mencari sesuap nasi malah diperolok – olokkan pula semasa di dalam tahanan. Ini bukan cerita rekaan, kisah menyayat hati ini disiarkan di News Strait Times pada 11 September 2007.
....
Blind held for selling tissue paper

KUALA LUMPUR: For four blind persons, selling tissue paper is a means of earning a living.
But while doing so last month, they were arrested in an operation carried out by the police, City Hall and the Immigration Department to rid the city of beggars.
One of them, Salmah Mohd Ali, 46, was seated in front of the 7-Eleven outlet in Bangsar Baru here about 10.30pm when she was asked by two policemen to follow them to the police station without giving any reason.
Earlier, the police had re - ceived a complaint from the Bangsar Baru Resident’s Association on the problem of beggars in the area.
Meanwhile, Razak Hashim, 55, was arrested by police in front of the McDonald’s restaurant in Bangsar Baru.
He and Salmah have been “working ”in the same area for more than 12 years.
Salmah, who is from Kuala Lipis, is devastated by the whole incident.
“I am afraid to leave my home now, for fear of being arrested again. I sell tissue paper, I do not beg. Since the incident, I have not earned any money besides the RM200 a month given by the Welfare department, which is not enough.” Salmah and Razak were taken away in a police van that night and in the vehicle, she met two other blind persons, Abu Zarif Maarof and Azhar Omar, whom she knew.
They told her that they were also picked up from the Bangsar food court for selling tissue paper.
Salmah was detained overnight at the Travers police station, while Razak, Abu and Azhar were held at the Brickfields station. They were accused of begging.
A Brickfields police station officer said that Salmah was questioned about midnight and then placed in a temporary holding cell in Travers station as it was too late to hand her over to the Welfare Department.
The next morning, Salmah and the other three were released to the Welfare Department and questioned further on the incident.
In the afternoon, they were released to the custody of Malaysian Association of the Blind committee member Mohd Ali Ahmad, Razak, Abu and Azhar could not be contacted but Razak’s house-mate, Micheal Lawrence De Silva, 50, said: “He (Razak) was affected by the arrest. I don’t know where he is .... probably he has gone to his family.” The question that now arises, according to Mohd Ali, is whether selling tissue paper by the blind to earn a living is an offence under the Destitute Persons Act 1977.
“We are not sure if doing so is an offence under the Act, which I believe was the cause for the arrests.” Welfare Department elderly and family division director Nik Omar Nik Ab Rahman said there was some confusion over whether selling tissues could be considered begging.
However, he was uncertain about this.
In the case of the police action, he said it was up to their discretion whether to arrest a blind person for doing so.
“The police will investigate such cases as there are beggars who disguise their activities by selling tissue paper.” He said quarterly interagency meetings were held involving the department, police, immigration and the Malaysian Association of the Blind to discuss various issues including whether the selling of tissues by the blind was considered begg ing.
“The act is not clear on the matter, ” he added. “Discussions are still going to resolve this matter.”
....
Pesan
....
Di mana letaknya pesan Junjungan Besar kita? Apakah kita hanya menurut hadis dan tauladan Baginda bagi urusan melampiaskan nafsu sahaja? Sampai bila kita mahu membiarkan OKU terseksa? Bukankah kita bertanggungjawab di dalam membela nasib mereka? Di mana infaq kita?
....
Sebagai pengakhir kata, ingin saya memetik sirah Rasulullah SAW,
Setelah berjaya menakluki Mekah, Rasulullah terus menuju ke Kaabah bagi membersihkan Rumah Allah dari patung – patung berhala. Baginda mengarahkan Saidina Ali bin Abi Talib meminta kunci daripada penjaga Kaabah yang pada masa itu masih merupakan orang yang kufur.
Penjaga itu enggan menyerahkan kunci itu kecuali ke tangan Nabi Muhammad SAW. Lalu Rasulullah SAW pergi bertemu dengan pemegang kunci Kaabah itu. Baginda kemudian membersihkan rumah Allah.
....
Setelah selesai, Rasulullah memulangkan kembali kunci Kaabah kepada lelaki itu. Terkejut lelaki itu lalu dia bertanya, ”Kenapa engkau pulangkan kepada aku wahai Muhammad?”

....
Rasullullah tersenyum lantas membaca sepotong ayat daripada Surah An nisa’, ‘Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.’

Wallahu’alam.
16 Responses
  1. IniMuzikKita Says:

    tertarik dengan blog anda....
    saya dapat mengetahui blog ini pun melalui kawan saya...diary of zakryee...

    bila mula mengenali anda melalui blog...saya amat kagum dengan anda...

    sesungguhnya besar ujian yang anda terima...membuatkan saya terfikir untuk sentiasa menghargai apa yang allah kurniakan kepada saya saat ini...

    mungkin allah menyayangi kita dengan menguji hambanya....mana tahu di akhirat sana...apa yang kita kurang di dunia...dibalas dengan adilnya di akhirat sana....

    salam perkenalan...

    saya.....jumain....


  2. mOEha Aziz Says:

    salam jumain,

    saya moeha aziz... terima kasih kerana singgah...

    indahkan blog? kit akan saling bloghopping dari satu blog ke satu blog lain... maka akan saling berkenal.. akan makin besarlah jaringan sahabat... :)


  3. Anonymous Says:

    Dear moeha

    Hey you are still awake. Although Ive not met you personally, I think you are simply a great guy. When Pak Habib called me this afternoon, your name somehow came into my mind.
    Earlier when I was having dinner with some friends, I mentioned to them about you and your cheerfulness despite of "it".
    I like what youve written and I think some very very serious effort must be taken to address the problems facing by the OKU.
    My prayers for them and for you, my brother, particularly.


  4. mOEha Aziz Says:

    shirzad,

    abah is calling u? cool.. i usually cant sleep.. i'm on hormone therapy now.. so, my body is in its amazing phase... n i like it... it brings me to a new state almost everyday.. :)

    thanks for your doa...


  5. Amalina Says:

    Salam,
    Baru baca separuh jln entri ni. Nak minta izin copy, nnt kak ina nk paste pd blog Afiqah n other site.
    Nurul Afiqah baik, alhamdulillah. Harap Moeha baik2 juga.


  6. cakapaje Says:

    Salam Muha, adinda dan sahabatku,

    Tersentuh benar perasaan membaca kejelikkan dan ketidak perihatinan manusia. Namun, seperti petikan hadith yang mengkiaskan agar bersabar, maka itu sahajalah kita bersama dapat lakukan selain berdo'a. InsyAllah, akan tiba masa pembalasan. Bukan kita mendo'akan keburukan terhadap mereka, tapi kita mendo'akan kebaikan kepada kita, dan juga mereka. Allah Maha Adil dan Maha Mnegasihi.

    ps. Seandainya seorang sahabat ingat menyebarkan cerita ini melalui yahoogroups, sudikah Muha mengizinkan? Harus diingat, mungkin ada pembaca dari golongan yang tidak lengkap perikemanusiaan nya.


  7. Salam,
    Adik Botak,

    Tulisan sebegini seharusnya dihantar ke email TV3.

    Kakak ini ada waktunya sudah kecewa untuk menulis seperti ini.

    Ada waktunya terasa sudah hilang segala harapan, bosan meminta-minta sesama manusia. Walau sebeanrnya itu adalah HAK kita.


  8. Restnrileks Says:

    Salam moeha,

    great post. Ada-ada sahaja artikel moeha nii yang merangsangkan minda. Idak la bila asyik2 hop, terjumpa "make money online kan.."

    memang betul tentang isu OKU ni. Malah kat tempat rizal nii pun ada isu OKU. Rasanya memang mereka semua perlukan pembelaan dan pertolongan agar mereka buleh berdikari.

    Isu menjual tisu, yerr kadang2 ada yang tersilap faham.

    Speaking of OKU, orang biasa yang normal pun sebenarnya ramai juga dalam keadaan OKU (ehem ehem) tapi mereka sendiri tak perasan.. :)

    salam blogging yer.. moga sihat selalu.


  9. mOEha Aziz Says:

    salam kak amalina,

    alhamdulillah. gembira rasanya mendengar adik afiqah baik baik aje.. :)

    silalah kak, copy aje la.. :)


  10. mOEha Aziz Says:

    salam ya akhi,

    Benar. kita harus bersabar dan terus berdoa sambil tak henti henti berusaha. saya hanya mampu setakat ini..

    silalah.. tulisan adalah untuk dibacakan... lagipula, perkara yang baik harus dipanjang panjangkan...:)


  11. mOEha Aziz Says:

    salam kak lily,

    adik botak ni pun dah malas nak memimnta minta untuk diri sendiri.. EPC tu, kalau dapat dapat la, tak dapat pun ok la.. malas nak ambil peduli lagi...

    namun ini untuk sahabat kita yang lain dan generasi mendatang :)


  12. mOEha Aziz Says:

    salam rizal,

    selagi terdaya menulis... akan diteruskan... nak dakwah cara lain dah tak dapat... huhuhu

    apa pun, u r always welcome here :)


  13. Anonymous Says:

    ya...OKU sering dihina dan diperkecilkan di tempat saya...saya sgt geram knapa ini berlaku...

    terlalu pnjg kisah untuk ditulis di sini..tapi silalah berkunjung ke blog saya..ada kisah pasal OKU yg ingin saya kongsikan...


  14. adiput Says:

    Assalamualaikum.Wr,Wb
    perkenalkan nama saya ; asmayadi
    tempat tinggal: medan-sumatera utara-indonesia, blog saya ; Suara Penca.
    kepada rekan rekan saya para penyandang cacat atau OKU (orang kurang upaya)jangan merasa rendah diri (mindeer)sebenarnya yang berpredikat OKU adalah orang yang tidak beramal sholeh, dan banyak orang yang kurang bersyukur, dan kebanyakan orang penyandang munafik ;
    MUNAFIK
    Dosa Yang Tidak Diampuni Allah Swt

    Rasulullah SAW Pernah bersabda mengenai Ciri Ciri Orang Munafik Tulen diatas Dunia ini :
    1.Bila Berbicara selalu Bohong
    2.Bila Berjanji tidak ditepati
    3.Bila diberi Kepercayaan selalu Berkhianat
    Jadi mari kita jalan saja kehidupan ini, sebagai layaknya manusia biasa, dengan selalu mengerjakan Amal Ibadah DENGAN iKLAS (APA ITU IKLAS)memberi sesuatu apapun, kepada siapapun dengan tidak mengingatnya lagi.
    wassalam
    putmartin@gmail.com.


  15. Anonymous Says:

    Hi, this weekend is pleasant designed for me, as this point in time i am reading this
    great educational post here at my home.

    Also visit my homepage ... beautiful men



  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter