Saudaraku... My Kins...

Rumah Amal Limpahan Kasih & Nasib OKU di Malaysia
---------------------------------@@@--------------------------------
Rumah Amal Limpahan Kasih
....
Si botak baru tiba dari Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong Prima. Diundang oleh sahabat sahabat dari Green Melons (sebuah syarikat penerbitan) Terima kasih buat Iskandar, Lydia, Amirul, Fahmi, Aneem, Helmi dan Eddy (Lydia yang tolong bagitau... bukan lapan tapi tujuh jer) tiga lagi yang tak ingat namanya. Si botak sudah nyanyuk rupanya. (Memang nyanyuk si botak ni)
....
Bertemu si botak dengan sahabat sahabat baru. Hakim, Alisya, Qistina, Paul, Hasbullah, Bird, dan yang lain yang si botak juga tak ingat nama mereka. Apa yang penting, Green Melons dan rakan rakan sukarelawannya berkampung seharian di Rumah Amal Limpahan Kasih yang menjaga anak anak yatim, anak anak asnaf, warga emas, orang sakit dan ibu tunggal. Malah begitu berhalus menjaga si botak.
....
Green Melons dan rakan rakannya berusaha dengan gigih demi membawa riang tawa di rumah ini. Pelbagai aktiviti yang dilakukan mereka sehingga tiada apa selain gelak ria anak anak ini kedengaran sepanjang hari. Tahniah buat mereka. Mereka dah buktikan beramal tidak susah. Beramal tidak perlu majlis yang besar besar. Beramal tidak perlu menyusahkan orang lain terutama tuan rumah. Beramal juga tak perlu panggil wartawan!
....
Si botak berasa sangat bertuah kerana dijemput sama. Malah Helmi dengan rela telah datang menjemput si botak di rumah sedangkan dia datang dari Klang. Terima kasih Helmi. (Semalam tulis Fahmi, salah orang. Maaf Helmi, inipun dari Lydia) Namun yang si botak kesalkan, si botak tiba tiba diserang sakit. Si botak rasa bersalah kerana telah mencacatkan suasana keriangan di rumah ini tadi. Maafkan si botak ya Abang Is, Lydia, Amirul, Hanim, Fahmi dan semua terutama adik adik di rumah ini.


---------------------------------@@@--------------------------------

Nasib OKU

....
Abu Hurairah meriwayatkan; Dikatakan setelah anak cucu Adam berpaling kepada Adam, Allah SWT berfirman; "Wahai Adam, mereka itu anak cucumu?" Ternyata di antara mereka terdapat orang orang yang berpenyakit kusta, sopak, buta dan berbagai sakit lagi. Adam berkata;" Wahai Tuhan! Mengapakah Engkau berbuat demikian kepada anak cucuku?" Allah SWT menjawab; "Agar mereka semua mensyukuri nikmatKu" (Riwayat Ibnu Abu Hatim)
....
Si botak tersenyum pahit. Jelas Sang Pencipta mahu semua yang sakit dan cacat bersyukur TETAPI Yang Paling Atas (meminjam kata kata Kak Lily) juga mahukan yang tak sakit turut bersyukur. Bagaimana cara bersyukur? Yang cacat dan sakit perlu redha dan menerima anugerahNya. Yang tak cacat atau sakit perlu menjaga dan membela nasib yang cacat dan sakit itu.
....
Di sini orang cacat atau OKU hanya terbela di dada dada akhbar, di skrin skrin TV. Bila ada wartawan dan lensa kamera, OKU akan terbela. Kita tak boleh nak aniayakan mereka, kata bekas Kepala Besar Orang Cacat! Bila nak raih undi dan nak dapat publisiti tak bolehlah nak aniaya OKU! Bila tiada lensa kamera? Bolehlah aniaya OKU?
....
Kak Lily (Silalah ke blognya, klik saja di link si botak, di bawah nama, Wondaful Lady) bukan seorang sahaja yang teraniaya. Kebanyakkan OKU teraniaya di Malaysia. Bayangkan, di sebuah pusat latihan orang cacat, ada OKU yang kerjanya setaraf cikgu dan pensyarah, tapi gaji RM600 lebih rendah dari kerani biasa di pejabat gomen. Lebih malang, tak pernah mungkin pula diserap ke jawatan itu secara tetap. Bila ada kekosongan pasti orang tak cacat yang akan diambil. Sedangkan yang berpeluh mengajar adalah cikgu cikgu cacat! Yang senasib dengan Kak Lily juga berlambak di luar sana. Kerja tapi gaji tak dibayar!
....
Berdaftarlah dengan jabatan kebajikan. Senang hidupmu wahai orang cacat! Itu laungan mereka, tapi senang apa jika OKU tak bekerja hanya akan dapat RM70 +20 sahaja sebulan. Nak makan apa? Orang orang gomen yang dah naik gajipun masih mengeluh tak cukup makan! Jika bekerja dan pendapatan kurang dari RM700, dapatlah RM300, tapi nak mendapatkannya, Masyaallah! Orang tak cacat pun akan lebih mengeluh malah mungkin akan menyumpah seranah. Terlalu banyak karenah birokrasi! Duit siapa tu? Itu duit rakyat yang sepatutnya diagihkan untuk OKU. Bukan duit jabatan, bukan duit kementerian! Duit Rakyat!
....
Si botak dah lelah. Meraung pada bukit! Menyalak pada pemimpin yang mahu dipuja macam berhala! Fasiliti? Negara Vietnam yang jauh lebih mundur dari tanah ini pun mampu sediakan fasiliti yang terbaik buat orang cacat. Kita? Jika ada pun sekadar menutup pekung pemerintah yang baunya bermeter meter dapat dihidu. Contohnya, laluan khas orang buta, hanya terdapat di Brickfields saja. Habis orang buta hanya boleh berjalan di Brickfields sahaja? Macam mana OKU nak berdikari? Orang bukan OKU juga takut nak melintas jalan di sini. Takut jadi katak pisang. Inikan pulak OKU!
....
Yang bukan OKU pun tolonglah bertimbang rasa. Tandas untuk kamu lebih banyak dari tandas orang cacat. Gunalah tandas yang tersedia, jangan guna tandas OKU! Parkir OKU yang ada 2 tau 3 bahagian sahaja juga sentiasa diguna orang tak cacat. Atau nak sangat jadi cacat? Yang Maha Esa sangat pemurah, akan diperkenan kalau dah nak sangat. OKU pun suka, bertambah lagi golongan senasib.
....
Tolonglah panjangkan keluh kesah ini! Sesiapa sahaja ada peluang jadi OKU. Kena diabetes, boleh kudung, boleh buta. Ada darah tinggi, boleh strok dan jadi lumpuh. Cari sakit sendiri(berlumba motor dan kereta), boleh juga jadi cacat. Orang tua juga OKU, ada orang yang takkan jadi tua? Jadi sebelum diri sendiri atau orang yang tersayang jadi OKU, siapkan lah payung. Kemudahan ini untuk semua. Bukan hanya untuk kami!
6 Responses
  1. Alex Madina Says:

    bila kita menggembirakan orang lain, kegembiraan yang kita dapat akan berlipat kali ganda. itu yang saya alami.


  2. mOEha Aziz Says:

    dan sebagaimana lazimnya... anda betul.. terima kasih alex


  3. Anonymous Says:

    salam moeha,

    sangat terharu dan malu dengan diri sendiri... saya juga selalu tidak sedar akan kesusahan yang dihadapi OKU.. mungkin kerana laporan laporan media yang sekadar mencantikkan rupa sebenar rakyat Malaysia...

    maafkan saya ya...


  4. Anonymous Says:

    Benar kami rakyat Malaysia terlalu ambil mudah soal OKU dan anak yatim.

    Syabas buat Green Melons. moga rezeki kalian akan bertambah...


  5. mOEha Aziz Says:

    salam,

    saudaraku yang tidak ditinggalkan namanya,

    tidak perlu meminta maaf.. keikhlasan saudara telah menyejukkan hati ini.. moga bersama nasib OKU kita bela

    suffy,

    Mari bersama kita mula langkah baru OKU dan bukan OKU seiringan....


  6. Anonymous Says:

    It's actually an honour for all of us at Green Melon to be there at RALK and to meet Moeha.

    Insyaallah, we will do this activity more frequently.

    Thanks to Moeha for spending a day with us at RALK and for being an inspiration to them.


  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter