Saudaraku... My Kins...

Air dan Api!
Almarhumah Moyangku, Siti Fatimah Shaikh Abdullah AlBa'abud, seperti biasa akan duduk bersantai di lambur. Lambur merupakan serambi yang mana untuk keluarga kami, tetamu yang tidak punya hubungan darah hanya diraikan di sini. Saat duduk, banyaklah seloka, pantun dan cerita akan dipertutur Almarhumah.
....
"Kalau tok nak kau pilih, nak jadi air atau api, mana kau nak?" Si botak yang masih mentah benar menjawab, "Nak jadi api lah tok. Api best!" Si Moyang tersenyum, menggelengkan kepala. "Api best ya? Kalau kita simbah air atas api, apa jadi?" Si botak rasa marah, "Ah, api jugak yang best." Si Moyang tersenyum lagi, disuruhnya si botak ke kebun petik putik petola. "Cepat, jangan lambat." Si botak yang kanak kanak masih, meluru ke kebun di belakang.
....
"Tok, ni dia." Si botak tercungap cungap. Kebetulan Moyangnya sedang minum. "Tok, nak air sikit." Si Moyang buat tak tahu. "Tok! Nak Air!" Si botak mula berkeras. Si Moyang berpaling dan capai mancis, sigesekkan mancis itu. Api muncul! "Kata api best, buat apa nak air. Minumlah api ni! Si botak merajuk, hempaskan putik petola, dan lari bersembunyi.
....
20 tahun berlalu, Almarhumah dah pulang ke sana, 8 tahun lamanya. "Nak jadi air atau api?" Soal itu tetap terngiang ngiang. Si botak kini nak jadi air! Kenapa? Kenapa?
....
Air menyejukkan dan hilangkan dahaga. Air juga sangat kuat, tengok sahaja apa yang terjadi pada 24 Disember 2004? Api ke yang bersuara? Air yang mengganas. Air fleksibel. Terlampau fleksibel. Kalau sejuk, air akan mengeras. Kalau panas, air akan jadi molekul molekul berterbangan tanpa kita sedari. (Teori Brown. Bagi yang lupa, buka sahaja buku teks sains tingkatan 1.
....
Air boleh melekukkan batu. Air juga lah yang penuh oksigen melalui fotosintesis, jika tak tahu, bukalah buku sains darjah 4 dan 5. Air merupakan bahan asas yang paling utama untuk membawa makanan di dalam tubuh benda hidup. Darah juga terdiri daripada 75% air. tak ada air, darah tak bergerak, oksigen tak akan ada, jawabnya akan berangkat kepadaNya lah jawabnya.
....
Api itu juga banyak faedahnya. Api lah yang diperlukan bila nak bukak ladang. api yang memakan benda hidup pula akan mengubah tubuh itu menjadi baja.
....
Jadilah air. air lebih tenang. air menyucikan. Air juga banyak terdapat di seluruh negara, pernah kalian pergi ke kawasan rehat api terjun? Pernah korang telan api untuk hilangkan dahaga?'
....
Air satu satunya unsur yang sangat utama. Air tampak lemah dan berhalus. Jadilah air yang menyejukkan. Pilihlah air yang menggerakkan darah. Tak ada tak bernafas la manusia.
....
Jangan jadi api yang akhirnya akan bakar santun dan budi manusia. Api hanya bawa kemusnahan. Api mampu mencederakan. Air boleh pula menyembuhkan! Jangan biarkan api di dalam hati kalian. Lagipula, api lah yang membakar Ibrahim a.s. Jadilah air. Yang tenang lagi menyenangkan....
15 Responses
  1. This comment has been removed by the author.

  2. This comment has been removed by the author.

  3. syah azmir Says:

    Saya faham apa yang ingin disampaikan oleh Tuan dan saya juga faham maksud Spin dlm perbincangan ini.

    Api selalu dikaitkan dengan Iblis laknatullah, Iblis juga dijadikan drp api oleh Allah SWT, Iblis jugalah yg meminta kepada Allah utk menyesatkan kaum Adam. Api juga lambang kepada kebinasaan natijah drpnya api dijadikan bahan utk membakar di dalam Neraka. Mungkin drp kesimpulan inilah Api itu adalah unsur jahat dan tidak boleh dijadikan contoh yang terbaik antara perbandingan api dan air.

    Manakala air adalah sesutu yg bersifat sejuk secara semulajadi. Allah juga menjadikan air2 mengalir di dalam syurga utk mereka2 yang beriman kpd Allah. Dijadikan air itu sebagai perkara yang mendamaikan (termasuk deruan bisikan air dan kehalusan air itu sendiri). Lantas ianya dijadikan oleh Allah supaya dapat menyucikan diri sblm bertemu dgnNya (samada di dlm beribadat ataupun menemuiNya di Azali kelak).

    Tetapi Api dan Air adalah unsur yg Allah jadikan supaya kita dapat memanfaatkannya utk kebaikan. Jika tujuannya utk kebaikkan maka terserlah lah sifat semulajadi air dan api itu dan juga sebaliknya.

    Fikir2kanlah...


  4. Salam,
    Wow tuan-tuan semua. Bertambah panas perbincangan ini.

    Tidak mengapa, berbeza tidak semestinya tidak akan berjumpa titik temu.

    Berbeza pandangan adalah untuk kebaikan.

    Tanah, air, api dan angin - ada mengudang bencana. Ada juga munafaatnya.

    Si botak kamu bagaimana hari ini?


  5. mOEha Aziz Says:

    salam,

    wah... tercetus juga akhirnya... :)


  6. mOEha Aziz Says:

    salam spingemorks,

    ini satu tulisan yang sememangnya bertujuan untuk menampakkan kecenderungan... api atau air... manusia akhirnya akan memilih..

    surah AnNur 35? Ayat yang mengumpamakan bahawa AlQuran itu umpama pelita yang menerangi yang gelap gelita... namun apanya menarik Allah berkata, minyaknya berkilauan seperti terbakar walau tak disentuh api... Allah kata Nur (cahaya) Dia beri di langit dan di bumi, jadi dari mana asalnya cahaya? dari api atau dari AlQuran?

    berkenaan kepanasan, cuba baca di sebalik ayat... tujuannya untuk mengatakan air itu fleksibel. namun saya juga tetap mengakui kepentingan api, oleh itu, saya masukkan panas! :)

    mengenai tsunami. ya, air itu boleh membunuh. jadi tujuan ayat itu adalah untuk menampakkan keburukan air juga...:)

    ini pilihan peribadi. setiap manusia setiap hari akan memilih untuk jadi air atau api. keperluan terhadap keduanya secara fizikal sangat penting.itu bukan yang cuba disampaikan oleh coretan ini...

    apa yang penting ialah samada untuk menjadi seperti air atau seperti api?


  7. mOEha Aziz Says:

    salam syahrizal,

    akhirnya... ini adalah yang saya ingin dengar. kita tak perlu perbincangan yang menyala nyala bagai api...

    yang penting perbincangan yang bergerak bagai air... perlahan namun bisa meruntuhkan tebing...

    terima kasih :)


  8. mOEha Aziz Says:

    salam kak,

    agak penat... tapi insyaallah ada pedati baru petang ni... huhuhuhu


  9. nampaknya, perbincangan saya terdahulu adalah berapi api.

    harus segera saya padamkan dengan air.


    ~berhenti mengomen~


  10. mOEha Aziz Says:

    salam ayie,

    jangan berhenti... api juga penting bukan? ;)


  11. mOEha Aziz Says:

    salam,

    saya mencoret entry ini semata mata untuk berkongsi pesan Almarhumah Moyang saya, iaitu jangan cepat melenting dan marah marah macam api! jadi macam air, yang tenang tapi banyak juga kerosakan terjadi akibat air.

    itu sahaja, jangan bayangkan sifat air dan api secara fisikalnya di sini. dua unsur ini retorik sahaja


  12. Alex Madina Says:

    lagi baik jadi air, badan manusia ni pun banyak air.


  13. mOEha Aziz Says:

    salam alex...

    yup yup yup hehehe...


  14. Adeh.. semalam dah try post.. Tapi it seems the comment was not submitted. Waa.. Penat tulis panjang2.. haha..

    Malas nak menulis balik, saya cuma nak cakap, I love water but we still can't live without fire. It is the same with COld and Hot. Which one do you prefer most? To argue with it will takes forever. Not that we could live without any of it..

    P/S: manusia (saya lah tu) slalu menrungut kalau masa panas ckap, "wah panasnya hari ini. Kan best kalau sejuk sikit". Tapi bler sejuk, "Pergh.. Sejuk gler. Kalau panas kan best". haha. manusia dan perangai yang tidak tahu bersyukur


  15. mOEha Aziz Says:

    salam,

    very true indeed. kesiannyer, penat tulis... tapi haaziq ade kecekalan air dan bukannya keganasan api... sanggup tulis lagi biar tak tersiar...

    hehehe


  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter