Saudaraku... My Kins...
Tiada apa lagi yang dapat dikatakan. Tiada ucapan yang mampu menzahirkan kesyukuran dan kegembiraan ini.
....
Kekanda Tikus atau Azian Aziz telah selamat melahirkan bayi lelaki tepat pukul 5.18 pagi tadi. Bayi yang merupakan anak ketiga pasangan Kekanda Azian dan suami sihat dan sedang menangis saat khabar ini dicoret.
....
Setelah sembilan bulan Kekanda Azian menangung pelbagai dugaan (kaki bengkak, pregnancy diabetics), akhirnya tiba juga putera yang jenuh amat untuk keluar ini, menjengah ke mayapada! {Kekanda Azian terus sahaja menyampai berita sebaik keluar dari dewan bersalin :)...}
....
Dunia... seorang lagi darahku bertandang ke pangkuanmu... hamparkanlah jalan terbaik untuk dipilihnya kelak
....
Langit... seorang lagi darahku bertamu di teduhanmu... elakkanlah pancar noda dari menjamah hatinya kelak
....
Bulan, Suria dan Bintang... seorang lagi darahku bertempik mengejut lenamu... panahilah akalnya dengan kilaumu agar terangnya membakar sumbu budi dan santunnya
....
p/s: Putera ini masih belum bernama dan masih menunggu fotonya dimms dari Pekan, Pahang untuk ditatapi sesiapa yang singgah di sini... Doakan dia ya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
congratulations uncle Moeha! :)
Salam Muha;
Alhamdulillah.Satu lagi ciptaan ALLAH di lahirkan utk mengabdikan diri kapada ALLAH. Didik lah dia ke arah itu.
Tahniah buat Azian sekeluarga.
Terima kasih tokasid
Tahniah!
Alhamdulillah.....
salam...
terima kasih en said