Saudaraku... My Kins...
Cinta. Satu kata yang mencetus pelbagai situasi. Apa itu cinta? Secara peribadi, cinta itu adalah anugerahNYA kepada setiap manusia. Cinta itu punya pengertian yang amat luas. Cinta itu punya pengertian dan aplikasi yang luas. Cinta boleh saja didefinisikan sebagai perasaan yang ingin dikongsi sesama manusia atau objek dan juga sebuah perasaan kasih terhadap seseorang atau objek tertentu.
....
Jenis jenis cinta pun tidak kalah luasnya.
Jenis jenis cinta pun tidak kalah luasnya.
Cinta terhadap Tuhan
Cinta kepada Rasul
Cinta kepada Agama
Cinta kepada Ibu Bapa dan keluarga
Cinta terhadap teman-teman, atau philia
Cinta terhadap lawan jenis atau juga disebut asmara
Cinta yang hanya merupakan hawa nafsu atau cinta erotik
Cinta sesama atau juga disebut kasih sayang atau agape
Cinta dirinya sendiri, yang disebut narsisme
Cinta kepada benda benda atau materialisme
Cinta akan sebuah konsep/idealisme tertentu
Cinta akan negaranya atau patriotisme
Cinta akan bangsa atau nasionalisme
dan banyak lagi....
....
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran” (ArRum:21)
....
Memang banyak jenis cinta namun Islam juga mengiktiraf keperluan cinta berlainan jantina dalam kehidupan manusia. Cinta lelaki perempuan yang disifatkanNYA sebagai membawa ketenangan.Namun cinta yang macam mana yang kita ingin kan? Cinta yang diredhai @ cinta nafsu yang mengundang bencana? Adakah berdua duaan sambil bercumbu mesra itu cinta yang diredhai? Apakah cinta yang diredhai itu perlu berbual bual kosong dalam telefon sampai berjam jam? Apakah berjumpa, makan makan, masuk panggung sambil cumbu cumbu, lepas tu masuk semak berzina itu cinta yang kita harapkan?
....
“Wa Laa taqrobuzzina. Innahu kaana faahisyataw wa saa-a sabiilaa”
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk
....
Ajaran Suci yang dibawa Muhammad menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Yang paling penting tanya hati. Cinta yang mana sedang kita lalui ini. Cinta yang diredhai @ cinta nafsu semata?
....
Ajaran Muhammad tak larang saling berkenal sebelum berkahwin. Tapi lihat saja perbezaan dahulu dan kini. Mak bapak kita yang tak bercinta sakan, akhirnya kekal perkahwinan mereka sampai ke akhir hayat. Kita? Berkawan, bercinta bertahun tahun. Tapi kahwin sebulan dah berantakan dan bercerai berai.Biasanya juga bila tak nikah, kalau berjumpa mesti akhirnya membawa kepada zina atau perkara perkara yang menghampiri zina.
....
Contohilah ibu bapa kita. Memang zaman dulu mereka tak jalani hidup yang serba moden macam kita. Mereka tak terbuka dan tak bergaul macam kita. Tapi lihat kejayaan rumahtangga mereka yang bercinta selepas kahwin. Kekal sampai ke akhir usia.
....
Apa kata kita juga begitu. Cuba kembali kepada amalan terdahulu iaitu tak payah bercinta sakan sebelum nikah tapi bercintalah selepas berkahwin. Rasai cabaran bercinta selepas sah bernikah. Bukankah lagi seronok, dapat lakukan apa yang tak halal sebelum nikah sambil mengenali satu sama lain. Apa kata kita sahut cabaran ini? Wallau'alam... :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sala ya Muha,
Lazimnya, perangai manusia yang mengikut nafs dan lebih teruk dari haiwan yang tidak berakal itu, lagi dilrang lagi itulah mereka nak buat. Angkuh syaiton. Na'uzubillah.
Salam Adik Botak,
Ya setuju. Ada pasangan bercinta enam tahun dan bila bernikah cuma bertahan enam bulan.
Alahai
Besar kerugiannya.
Salam Muha:
Topik yang senua orang tahu tetapi ramai yang tidak mengetahui sebagaimana yang Islam mahukan.
yang kita tahu hanyalah sebagaimana nafsu mahukan.
Maka terjadi banyak kejadian cinta tak bertempat yang akhirnya membawa kebinasaan pada empunya diri.Bila nafsu dan syaiton m=bertakhta di hati,akal dan iman di tendang ke belakang.Maksiat berlaku sekali dua kali dan berulang-ulang kali.
Ada yang memboyot perut dan bila bersalin anak di buang. Cintan-mintan sudah di lupakan.Sang lelaki bagaikan kumbang.Puas di hisap madu sepah bunga di buang jauh.
Cinta nafsu juga melibatkan percintaan sejenis.maka timbullah golongon laknatullah yang mengamal gaya kehidupan kaum Lut dulu.
Amaran dan musibah yang ALLAh berikan tidak di hiraukan.Gejala AIDS dan penyakit jangkitan seksual tidak mereka hiraukan.
Segala gempa dan ribut yang melenyapkan beratus ribu nyawa tidak di jadikan iktibar langsung.
manusia terus hanyut dalam nafsu.Dan cinta.
Cinta abadi tidak di kejar. Cinta abadi yg tak memerlukan wang atau keringat.Hanya perlu takwa(buat suruhan ALLAH dan tinggalkan larangan ALLAH)tetapi itulah yang ramai kita tidak mampu lakukan.
terima kasih Muha atas entri ini.
Cinta membutakan yang celik.
salam ya akhi,
tu la yang susah kan? nak lawan nafs...
sentiasa ingatkan adik botak ni ya... :)
salam kak lily,
betul betul betul... rugi rugi rugi... hehehe
salam doc,
terima kasih atas komen yang beri lebih banyak ilmu dan ingatan pada saya... :)
salam akim,
hrmmm... tu la fasal.. diaorg ni nak sangat ke jadi buta... biar buta mata jgn buta hati... :)
cinta mmg susah untuk dilupakan. kalau jer putus cinta keadaan nye seperti ade sebuah kematian ..
putus cinta mmg sesuatu kejadian yang amat tragis. jadi kalau bercinta mesti berpada sudah .. :D