Saudaraku... My Kins...

Hari Guru - Hari Mengutip Tauladan Silam
Si botak sedang mengira detik. Telah tiba masa untuk si botak menghubungi semua insan berjasa yang tak jemu jemu mengajar dan mendidik selama ini.
....
Hari ini, semua pendidik, dari guru, ustaz dan ustazah, jurulatih, tutor, pensyarah, akan dirai. Selang beberapa jam, satu keramaian demi menobatkan tokoh cikgu akan diadakan. Baguslah, umat Malaysia masih tahu nak hargai golongan istimewa ini yang mengajar kita tulis, baca dan kira! Mereka jugalah yang memikul sebahagian tanggungjawab mak dan bapak untuk membentuk siapa kita.
....
Namun di dada dada media, sering benar dipapar tentang muda mudi zaman sekarang yang makin hanyut. Macam macam kes dilaporkan, memang tidak dinafikan ada yang baik baik, tentang kejayaan akademik mahupun sukan, namun banyak sangat kisah keruntuhan akhlak.
....
Gagalkah sistem pendidikan kita? Soal ini terlalu besar untuk dikupas oleh si botak. Si botak tak mahu menuding jari. Ini bukan masa untuk saling tuduh menuduh. Ini masa untuk saling bersatu hati, jiwa dan akal!
....
Sempena hari yang bermakna bagi cikgu cikgu, di mana hari ini cikgu cikgu akan bawa pulang berbondong bondong hadiah, fikirkan sesuatu! Anak anak bangsa yang masih mentah perlu didorong ke arah kecemerlangan dunia dan juga akhirat. Berat tugas ini, namun itu sumpah setia para cikgu ketika menandatangani surat penerimaan lantikan.
....
Suka si botak nak bawa cikgu cikgu merentas masa, ke zaman silam. Jika punya kelapangan silalah ke arkib negara. Di sana akan terdapat buku perharian (buku catatan bagi sekolah dulu dulu) Cikgu cikgu sekarang perlu tahu perit jerih golongan pengajar dahulu. Berapa gaji mereka? Apa tugas mereka? Apa aktiviti mereka? Bila sudah faham, barulah timbul keinsafan dan kesyukuran. Moga tidak lagi terbit isu gaji tak cukup. Elaun tak banyak. Moga anak anak murid yang dijadikan keutamaan. Mudah mudahan.
....
Buku perharian ini bukan sahaja patut diteliti oleh cikgu cikgu tapi ibu bapa juga. Cikgu adalah ganti mak dan bapak di sekolah. Apa lah salahnya jika cikgu cikgu bertegas dengan anak anak kita. Dahulu si botak pernah dirotan hingga berdarah, dicubit hingga lebam, namun kini si botak berasa bersyukur. Kalau tak kerana ketegasan cikgu, si botak mungkin dah hanyut entah kemana. Ibu bapa sekarang jangan biarkan kasih sayang membutakan mata dan hati kalian. Sikit sikit nak repot polis. Sikit sikit nak saman. Cikgu cikgu juga manusia, bila dah asyik dirantai, akhirnya akan hilang semangat dan keikhlasan. Siapa yang rugi? Anak anak kita juga.
....
Buku perharian ini juga perlu didedahkan kepada para kepala kampung (tok penghulu), orang ramai dan juga pegawai pegawai kerajaan lain. Dulu dulu, ketua ketua kampung akan turut melawat sekolah dan memberi cadangan. Selain itu, pegawai daerah, ketua jururawat, turut bergiat aktif di dalam mempertingkat prestasi sekolah. Yang menariknya, mereka itu berbuat demikian sebagai tanggungjawab sosial sahaja, tanpa elaun khas mahupun arahan. Kini? Segalanya hanya akan berlaku sekiranya ada arahan dan tidak dilupakan tuntutan elaun perjalanan (mileage).
....
Kita terlalu materialistik kini. Apa sanggup kita korbankan belia negara demi wang ringgit? Bila dah parah, masing masing mula menyinsing lengan, menggiling cili, untuk menyerang pihak lain. Gajah sama gajah (haiwan yang tak punya akal) berjuang, anak muda Malaysia yang akan terus hanyut di tengah arus globalisasi.
....
Satu lagi, kembalikan rotan! Pernahkah ada kes pelajar mati dirotan? Ada pepatah inggeris yang termaktub di dalam kitab perjanjian baru mereka, "If you spare the rod, you'll spoil the child" (jika rotan disimpan, anda akan rosakkan anak anda) Kita dengar saranan mereka agar gunakan kelembutan dan psikologi. Namun di negara barat, setiap ahad, ketika perkumpulan mereka di gereja, pepatah ini akan sentiasa dilaung! Tak nampakkah kecurangan mereka? Mereka mahu bangsa lain lemah lembut agar rosak pewaris, tapi mereka tetap utuh berpegang pada ajaran mereka! Cukup cukup lah dengar dakyah orang yang benci pada ajaran Muhammad ini. Ambillah iktibar pada peristiwa turunnya wahyu pertama, Jibril memeluk Muhammad kemas kemas sebanyak tiga kali, kenapa? Untuk bagi Baginda berasa gerun dan cemas, agar mudah menerima ilmu.
....
Hari guru disambut sentiasa. Duit berjuta juta telah dan akan terus habis, namun jika tiada perubahan, alangkah ruginya. Baik guna duit meraikan hari ini untuk bagi subsidi beli beras! :)
....
selamat hari guru buat semua lapisan golongan pendidik! Jangan jadi guru yang disebut Usman Awang,
....
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi!
....
Jangan pula jadi seperti pesan tok nenek, guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Berikan contoh tauladan yang baik pada anak anak bangsa.
....
Bagi masyarakat terutamanya ibu dan bapa. bantulah guru untuk membantu anak anak kita. Jangan dah terhanduk baru nak terngadah. Dah pecah kepala, baru nak sibuk sibuk pakai helmet. Anak kita penentu kelangsungan survival bangsa di masa akan datang. Jangan sampai dah terlewat baru nak meraung! Apa pun, kepada semua warga pendidik, berbahagialah! Ini hari besar bagi kalian, moga Yang Paling Tinggi akan terus merahmati semua! Selamat Hari Guru...
11 Responses
  1. Alex Madina Says:

    kita semua tak akan dapat membaca apa yg tertulis di sini kalau tidak kerana penat lelah guru yang tidak jemu mengajar kita masa kita mula mengenal huruf, terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan.


  2. mOEha Aziz Says:

    salam alex,

    betul tu... segalanya bermula bila cikgu kita mula mengajar kita mengenal huruf...


  3. Anonymous Says:

    Bila baca post ni, teringat cikgu-cikgu yang mengajar masa zaman sekolah dulu. Pn Ananthi (cikgu sejarah merangkap guru displin), Cikgu Suria (cikgu Math yang tak pernah putus harapan dgn kitorang), Mr. Gurbachan Singh (Cikgu English), Mrs Har (cikgu English), Mdm Lim Siew Lay, Ms. Lee (Cikgu Geog)... semua cikgu-cikgu di atas adalah mereka yang mendidik anak murid mereka dengan tegas (me pernah kena rotan, pernah kene hempuk dgn buku teks dgn diorang)... yang peliknya, tak pernah simpan rasa dendam pd diorang. Instead, I'm grateful for what they did to me. They made me 'learn' things... Didikan diorang menjadi. Thank you Cikgu! :)


  4. saya setuju. sekali sekala ibubapa juga harus bersikap keras terhadap anak2. malah sebelum guru, wajar sekali ibubapa yang memperkenalkan rotan kepada anak. kalau nak lentur buluh biar dari rebungnya. pepatah ni benar sekali.

    selamat hari guru!


  5. mOEha Aziz Says:

    salam aneem,

    pengerusi majlis yang best giler... :)

    moeha pun rindu kat cikgu cikgu.. kalau tak kerana diaorg, i'm nobody :)


  6. mOEha Aziz Says:

    salam mangosteenskin,

    betul tu, bukan kekerasan tetapi amaran. kerana anak anak tak dapat berfikir lagi baik dan buruk. diaorg hanya tahu merasai. jadi kita perlu timbulkan kegerunan sehinggalah mereka mampu berfikir sendiri... :)


  7. Anonymous Says:

    hello brother moeha

    berburu ke padang mat sirat
    dapat rusa bertanduk tiga
    berguru mesti sampai tamat
    agar jadi hero negara

    nice message for the teachers youve written there.


  8. cakapaje Says:

    Salam Muha,

    Satu nukilan yang amat baik sekali. Kini, pepatah Melayu hanya menjadi mainan mulut tapi tidak difahamkan sepenuhnya erti: bila anak murid kencing berlari, si guru yang mengajar tadi pula mengejar dengan rotan. Hmm...bagaikan ketam pula jadinya.


  9. mOEha Aziz Says:

    Shirzad,

    wah... pandai berpantun ya.. :) berguru sampai ke oxford pun, jadi penyangak juga... hehehe


  10. mOEha Aziz Says:
    This comment has been removed by the author.

  11. mOEha Aziz Says:

    salam ya akhi,

    betul betul betul... rindunye nak makan masak lemak ketam... huhuhu


  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter