Saudaraku... My Kins...

Infaq - apa itu?
Hari ini merupakan hari yang agak lain. Hari ini kehilangan sesuatu yang berharga akibat perbezaan. Moga Yang Paling Pengampun menerima penyesalan ini dan merahmati agar tertaup kembali. Hari ini juga hari yang berbeza. Hari ini dikurniakanNya sebuah pedati baru. Moga Yang Paling Mengetahui menerima kesyukuran ini dan merahmati agar pedati ini akan terus terbuka pintunya untuk sesiapa yang berharap.
....
Apa yang menarik, semalam ketika mahu menguruskan perjanjian sewabeli pedati ini, kekurangan wang dengan jumlah yang besar. Tiba tiba, datang satu tangan yang lembut menyentuh bahu dan membantu. Insan hebat ini lebih senang dipanggil mama, meskipun tiada pertalian. Terima kasih mama! Moga Dia akan terus membuka seluas pintu rezeki buatmu.
....
Setelah selesai, ada seorang sahabat yang bertaraf kakak menghubungi. Lantas dikongsi cerita yang sungguh ajaib ini. Kakak yang seorang ini, tidak puas hati. Kakak yang seorang ini masih mahu mencari jawapan mengapa mama ini sanggup menolong. Lantas, terpacul perkataan infaq. Kakak yang seorang ini bertanya, infaq? apa itu?
....
"Pada setiap hari manusia berada pada waktu pagi dua malaikat turun lalu seorang daripada mereka mengucapkan: "Ya Allah, berilah gantian kepada orang yang melakukan infaq" dan seorang lagi pula mengucapkan: "Berikanlah kebinasaan kepada orang yang menahan diri dari membelanjakan harta.(hadith riwayat Bukhari dan Muslim)"
....
Sudah pasti semua sudah tahu apa itu infaq. Perbuatan membelanjakan harta milik kita untuk membantu orang lain kerana inginkan rahmat Yang Paling Kaya ini, sangat dititikberatkan ajaran yang dibawa Muhammad! Kakak yang seorang tidak puas hati lagi. Merasakan bahawa susah susah cari duit, senang senang nak bagi pada sesiapa sahaja. Bukan keluarga pulak tu.
....
Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan. (al-Isra’: 29)
....
Nah! Yang Paling Utama juga menganjurkan agar bersedekah. Tetapi jangan boros dan sampai menyusahkan diri sendiri atau dalam kata lainnya, berpada padalah. Infaq atau sedekah merupakan pembersihan hati bagi kedua dua belah pihak. Yang memberi akan berjaya dari belenggu kikir atau bakhil. Yang menerima pula akan bebas dari belenggu kesusahan dan dari bahaya berasa iri hati dengan orang kaya.
....
Harta sememangnya sangat menarik. Tiada harta akan hidup dalam kesusahan, dan akan asyik mengeluh, lama lama akan menyalahkan Yang Paling Adil. Ada harta pulak, boleh membuaikan, menyebabkan terus lupa dan jadi angkuh terhadap Yang Paling Penyayang. Baik ikut saranan KekasihNya, ambillah yang pertengahan!
....
Ada yang mengatakan ah, bila dah kaya nanti, aku akan tetap macam sekarang. Benarkah? Apa ada orang kaya yang nak jalan kaki ke kedai? Apa ada orang kaya yang nak duduk di rumah rumah usang? Aku dah kaya, mengapa nak duduk rumah buruk lagi menyusahkan lagi? Bukan maksudnya, semua orang harus hidup susah. Ini sekadar contoh dan perbandingan. Maknanya bila sudah kaya, gaya hidup juga pasti akan berubah. Apa yang penting, tak salah menjadi kaya asal masih ingat akan suruhanNya! Abdul Rahman bin Auf juga seorang peniaga yang hebat. Kaya raya. Tapi beliau tidak kedekut dan sentiasa membelanjakan hartanya atas nama Tuhan!
....
Daripada Abu Hurairah katanya, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Wahai Rasulullah, manakah sedekah yang lebih utama? Baginda bersabda: "Kamu bersedekah dalam keadaan kamu sihat dan tamak, mengharapkan kekayaan dan takutkan kefakiran. Jangan tangguhkan sehingga nyawa di halkum lalu kamu katakan, ini untuk si fulan, itu untuk si anu, sedangkan ia sudah menjadi hak si fulan itu. (hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
....
Jangan lupa untuk memerhati orang orang susah di sekeliling kita. Carilah mereka. Jika ke pasar malam, ada yang meminta minta, sedekah berapa yang ikhlas. Usah difikirkan, ah mungkin dia ni penipu. Itu hasutan si engkar! Jika benar orang itu berlakon cuma, itu antara dia dan Yang Paling Atas. Yang penting kita sudah jalankan infaq hanya semata mata mengharap keredhaanNya!
....
Yang susah pula, jangan segan untuk meminta pertolongan. Jangan jadi orang miskin yang sombong. Jika telah diberi, ambil dan panjatkan syukur padaNya! Jangan pula asyik nak meminta sehingga malas berusaha!
....
Ringan ringankanlah tangan untuk menepis acuman si engkar. Jangan tamak. Jangan haloba. Nanti jadi macam anjing dan bayang bayang. Terlepas semua kerana nak lebih. Bukan nak menunjuk pandai atau memandai mandai, sekadar berpesan pada diri sendiri dan diharapkan jadi peringatan pada yang bertandang. Renung renung kan ya.
6 Responses
  1. cakapaje Says:

    Salam Muha,

    Bila kita benar hendak bersedekah, Allah akan bukakan lorongan agar kita dapat lakukan sedemikian. Namun akan tiba masa di mana kita hambaNya, akan terari cari orang yang dapat kita hulurkan sedekah atau zakat. InsyAllah, masa itu tidak lama lagi, wallahualam.

    Terima kasih kerana mengingatkan.


  2. mOEha Aziz Says:

    salam shah,

    terima kasih kerana mengingatkan saya juga... insyaallah, niat yang baik akan dipermudah olehNya


  3. arsaili Says:

    salam moeha..itu nama nya rezeki...rezeki moeha...sebab ALLAH itu Maha Adil..dan kepada yg menghulur, sudah pasti akan dipermudahkan dan diperbanyakkan rezeki...concept nya seperti membayar zakat ..tak pernah org jatuh muflis membayar zakat tapi makin murah rezeki InsyaAllah


  4. tokasid Says:

    Salam Muha:

    MasyaALLAH.SubhanALLAH.
    Memang seringnya kita tak sangka yang rezeki bleh datang dengan tiba-tiba dari arah yang tidak kita sangkakan.

    Saya pernah mengalami keadaan begini ketika dalam kesulitan namun hanya du'a saja yang mampu saya lakukan.Tanpa di sangka-sangka pemiutang melangsaikan segala hutang-hutang selama ini dan dengan sendirinya meringankan banyak kesulitan saya.

    Saya perhatikan, sifat infaq dan bersedekah ini sudah semakin di amalkan dan semakin jauh dari hati orang-orang kita.Mungkin kerana merasakan harta dan rezeki mereka hanya utk diri sendiri.Atau mungkin tidak memahami bahawa dalam harta kita ada hak orang lain sedikit di situ.

    Juga ada ramai juga yang beranggapan infaq sedekah hanya utk pembinaan masjid atau surau atau rumah anak yatim.

    Lebih ramai lagi yang terlupa atau alpa(saya sering dalam kategori ini)atau tidak tahu tubuh kita juga memerlukan infaq sedekah buat tulang belulang kita. dalam hadith sheh riwayat Musttafaqun alaih: Infaq utk tubuh ialah bersolat Dhuha.

    InsyaALLAh mari kita terus berinfaq sekadar termampu dan bersedekah utk tulang2 kita.


  5. mOEha Aziz Says:

    salam arsaili...

    alhamdulillah.. itu sahaja yang mampu saya panjatkan buatNya..


  6. mOEha Aziz Says:

    salam doc,

    alhamdulillah... alhamdulillah..

    terima kasih... dapat lagi ilmu hari ini... :)


  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter