Saudaraku... My Kins...
Si botak baru sahaja selesai berdiskusi dengan seorang perempuan yang sangat si botak hargai. Orangnya terlalu sederhana biarpun pemegang beberapa ijazah sarjana. Orangnya terlalu pendiam dan mudah tertawa. Senyum merupakan satu satunya perhiasan dirinya. Atas permintaannya si botak terpaksa rahsiakan siapa namanya, namun dia bersetuju untuk digelar sebagai Kak G.
....
Sudah menjadi kelaziman bagi Kak G untuk menghubungi si botak sekali sebulan; di awal bulan. Si botak gaji kecik, tak mampu nak selalu menghubungi sesiapa. Kak G dan si botak akan berbincang tentang pelbagai isu. Dari soal peribadi kepada soal soal nasional dan juga global.
....
Kali ini sahabat karib ini berbual soal ketua. Ketua negara, ketua rumahtangga, sehingga kepada ketua darjah. Ketua merupakan satu ikon yang penting dalam kehidupan. Ketua merupakan jurupandu atau jurumudi (meminjam kata kata Kak G) yang akan menentukan halatuju sesebuah institusi.
....
Kak G gemar benar bertanya si botak yang terlalu kurang ilmu ini tentang sejarah. Mereka berdua berbicara tentang Ketua di zaman silam. Dari Namrud, Menes hinggalah kepada raja raja di asia tenggara. Di pendekkan cerita, Ketua Ketua ini punya satu persamaan iaitu penggunaan kekerasan dan ancaman sebagai cara mengawal rakyat. Ketua @ Ketuat?
....
Perbincangan berlarutan kepada Junjungan Mulia, Muhammad ibnu Abdullah, yang baru baru ini diiktiraf sebagai salah satu ikon yang berpengaruh oleh sebuah majalah. Di dalam senarai itu, dua orang sahabat ini bersetuju hanya Muhammad yang tidak menggunakan ancaman sebagai wadah perjuangan dan tidak pula berusaha untuk berkuasa.
....
Muhammad disanjung dan dikasihi. Muhammad tidak berahsia. Muhammad tidak mengancam mahupun mengugut. Muhammad tidak berdusta. Muhammad tidak mencaci, mengeji pihak Quraish yang merupakan ancaman utama kerajaan Baginda. Muhammad tidak berdendam. (Abu Sufyan yang begitu gigih menentang Muhammad diberi setinggi tinggi penghargaan bila Islam berjaya menawan Mekah, di mana sesiapa yang berada di rumah Abu Sufyan saat tentera Muhammad memasuki Mekah akan selamat) Muhammad sangat adil. Muhammad langsung tak mementingkan material. Ketua @ Ketuat?
....
Ketua sekarang disanjung juga malah ada yang dipuja. Ketua sekarang sangat berahsia (tapi suka membuka aib dan rahsia orang lain demi terus berkuasa) Ketua sekarang menjadikan ancaman dan ugutan sebagai tiang untuk terus menjulang mereka. Ketua sekarang suka berdusta (berjanji tak akan laksanakan lantikan pintu belakang, lihat sahaja hasilnya! bersumpah tak akan bertanding melawan orang tua, bertanding juga!) Ketua sekarang mencaci dan mengeji bagaikan beratib. Ketua sekarang sangat berdendam. Ketua sekarang juga sangat tidak adil (ada yang menggunakan nama perundangan untuk menghapuskan lawan dan menafikan suara rakyat malah ada yang menggunakan media sebagai wacana penyampaian ghibah) Ketua sekarang juga sangat mementingkan material. (ada ke ketua mana mana pihak yang cuma menaiki basikal atau lrt?, soal Kak G. Malah jika menjadi ketua syarikat, terlalu bangga dengan hakikat, aku bayar gaji dia! Jangan lupa, harta kalian milik Tuhan. Kalian cuma penjaganya sahaja!) Ketua @ Ketuat?
....
Ada yang akan berkata, "Ah, dia nabi. Bolehlah. Kita manusia biasa." Nabi bukan manusia? Muhammad adalah malaikat ke? Jadi buat apa Yang Maha Tinggi keluarkan ayat di bawah?
....
Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan hari kiamat dan dan banyak menyebut Allah. (AlAhzab; 21)
....
Kepada mana mana ketua, ingatlah kuasa tu amanah. Kuasa itu milik Dia bukan milik kita. Jadilah Ketua, jangan jadi ketuat! Ketua harus dihormati dan dikasihi bukan seperti ketuat yang dibenci dan dipandang jijik. Lihat pada Muhammad. Jangan pula ambil cerita sirah Muhammad hanya bila nak jatuhkan orang lain atau nak raih sokongan. Sadurkan peribadi Muhammad pada diri kalian. Barulah bebas dari ketuat!
....
Dr Fatma Al Zahra juga pernah berpesan berulang kali, Muhammad jika nak lantik Ketua di kalangan umat Baginda, Baginda akan memastikan orang itu tahu Surah AlBaqarah. AlBaqarah itu lengkap dengan segala hukum yang utama (Hukum puasa, qisas, haji, makan dsb), penuh juga dengan ciri ciri Yahudi (yang mana tidak patut di contohi seperti, terlalu banyak soal yang bukan bukan, mengubah dan menggunakan ayat Nya untuk kepentingan peribadi dsb). Jadi, Ketua Ketua sekalian, pelajarilah AlBaqarah! Selami perintahNya dan jadilah Ulama Kecil (orang yang mengenali AlBaqarah juga digelar oleh Muhammad sebagai Ulama Kecil)
....
Kak G memohon untuk pergi ke pasar. Namun si botak bersyukur kerana telah dapat berbincang secara sederhana dan ilmiah dengan beliau. Si botak bosan berbicara dengan orang orang buta hati (fanatik) yang terlalu taksub. Perbincangan dengan mereka umpama si botak menyergah bukit, bukit tak runtuh, si botak sakit tekak. Apa yang penting bagi pemimpin dan yang dipimpin, nilai nilaikanlah, Ketua @ Ketuat?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam, apa kabar..sihat ker?
salam... alhamdulillah... ok la...
not good.masih lemah.perlu banyak bertanya tentang sejarah.penggunaan bahasa yang susah difahami kanak2 2 tahun.banyakkan solat dan doa.tq
terima kasih prof joe atas komen yang cukup membina. sila bertandang lagi.
sudah la ko joe.... hehehe... sehat ke? lama tak jumpa... tak difahami budak 2 tahun? hahaha
Salam Muha,
Maaf komen luar topik. Kalau free, tolong baca my latest entry dan berikan idea bernas. Terima kasih :)
salam shah
insyaallah akan saya cuba... sangat berbesar hati