Saudaraku... My Kins...

Tak Usah Pergi Ke Taman Bunga... Go Not To The Garden Of Flowers...


Si botak sedang berusaha untuk membilang kurnia. Dalam keadaan yang sedang diuji sebegini, hanya dengan membilang maka diharapkan agar kurang keluh kesah. Si botak juga mahu berterima kasih atas ingatan seorang sahabat yang bersusah payah mengirimkan sehelai baju buat si botak. Ingatan beliau telah menceriakan hati si botak. Ini juga satu kurnia Ilahi. Alhamdulillah.

Dalam kelelahan, si botak gagahkan juga menghitung. Si botak juga memutuskan untuk menghitung sambil berkongsi di laman ini. Si botak rasa terhibur bila dapat kita sama sama bertukar idea. Banyak yang si botak belajar di sini. Malah, sebenarnya laman ini merupakan pintu baru menggantikan dunia sosial si botak yang makin mengecil isipadunya. Kak Maiyah mungkin mengerti apa maksud si botak ini. :)

Si botak teringat sesuatu pula. "Kenapa nak fikir jauh jauh? Kalau nak kira kurniaan Tuhan, pada badan kita ni pun dah tak terhitung banyaknya. Rambut dan kuku akan tumbuh tiap kali dipotong, lidah boleh rasa macam macam, mata boleh nampak segala, telinga boleh tangkap apa jua bunyi. Jadi, kenapa susah susah nak fikir sampai pening?" Tiba tiba suara Almarhumah Moyang terngiang ngiang. Bak lirik lagu juara AF7, 'masih jelas...'

Si botak tersenyum kini. Almarhumah Moyang banyak ilmunya. Almarhumah juga adalah kurnia buat si botak. Si botak harus bersyukur atas semua ini. Si botak teringat lagi satu perkara. Dalam membicarakan soal tak perlu fikir jauh jauh ni, teringat si botak akan satu bait lagu yang mungkin ada yang pernah tahu akan kewujudannya. Lihat betapa besar kurniaNya melalui laman ini, makin banyak perkara yang si botak hampir lupa, akhirnya datang kembali.

'Lagu lagu Kabir'. Kabir atau juga dikenali sebagai Kabirdas adalah seorang yang agak berbeza. Beliau lahir dan membesar di Banares, India, tanah suci penganut Hindu. Kabir lahir di dalam keluarga Islam tetapi membesar dengan pengaruh Sri Ramananda, seorang yang dianggap suci oleh masyarakat Hindu pada masa itu. Akhirnya Kabirdas mempunyai pendirian untuk mengambil iktibar serta tauladan daripada kedua dua agama iaitu; Islam dan Hindu.

Seperti biasa, si botak malas nak komen panjang panjang akan betul atau salah tindakan seseorang itu. Si botak bukan nak ikut apa apa cara atau ajaran dengan melulu. Si botak cuma nak kongsi apa saja ilmu yang mungkin bermanfaat pada kita semua.

Tak usahlah ke taman bunga!

Wahai teman! Tak usah ke sana;
Tubuhmu adalah taman yang penuh bunga.
Ambil tempatmu di atas ribuan kelopak teratai (mungkin maknanya ialah tikar sembahyang), dan di sana hayatilah Keindahan Agung.

Terlalu indah bait bait ini. Kita harus berterima kasih kepada Rabindranath Tagore, yang mengalihbahasakan puisi ini pada tahun 1915. Dek kerana usaha murni beliau dapat kita sama sama belajar.

Si botak rasa makin perlahan ketukan ini. Si botak nak terus cuba menghitung sampai terlena. Si botak cuma harap, kita bersama akan dapat pelajari sesuatu setiap hari.

.....................................................................

Si botak is trying to count blessings. In this very state of trial and turbulences, it is hoped only through  counting the sighing could be prevented. Si botak would love to take this opportunity to express gratitude to a friend who went through all troubles by sending a shirt to si botak. This person's thought had made si botak's day. This is also a blessing. Alhamdulillah (Praise be for Allah).

In short of breath, si botak is trying to count. Si botak has also decided to count while sharing in this very chamber. Si botak is delighted when we could together sharing ideas. Si botak has learned a lot here. In fact, this is where a new door had been opened in exchange of si botak's shrinking little social life.  Kak Maiyah would probably understand what si botak means. :)

Si botak came across something. "Why think off something faraway? If wish to count the Lord's blessings, on our own body there are countless blessings indeed. Hair and nails grow each time cut, the tongue allows us tasting various tastes, the eyes could see all, the ears could capture all sorts of sounds. So, why bother to think for too much of other things?" All of the sudden, Almarhumah Moyang (the late great grandma)'s voice becomes vivid. As sang by the AF7 winner, 'masih jelas (still clear)...'

Si botak is smiling. Almarhumah Moyang had a fair share of knowledges. Almarhumah was indeed a blessing to si botak. Si botak must be grateful. Si botak remembers another thing. In talking about there is no need to wander away as to count blessings, si botak couldn't help it but to remember a stanza of songs that maybe someone might have heard of before. Look how big the blessing through this blogging, things that started to fade away came back to si botak's lap.

'Songs of Kabir'. Kabir or better known as Kabirdas was a very different man. He was born and grew up in Banares, India, the holy pilgrim land for the Hindus. Kabir was born to a Moslems family yet grew up under the influence of Sri Ramananda, a saint for the Hindus by then. Finally Kabirdas developed a principle of taking whatever the goods of both Islam dan Hindu, and combined it together.

As usual, si botak really doesn't have the heart to comment on the right or wrong of a person. Si botak is not going to follow blindly over a teaching or that person's way of life. Si botak is merely trying to share whatever knowledge that might be beneficial for all of us.

Do not go to the garden of flowers!

O Friend! go not there;
In your body is the garden of flowers.
Take your seat on the thousand petals of the lotus (this could mean the praying mat), and there gaze on the Infinite Beauty.

The stanza is so wonderful. We owe it to Rabindranath Tagore, whom translated this poems to English in 1915. This very act of him, enable us to learn it today.

Si botak could notice the typing is getting slow. Si botak is going to continue counting and hopefully shall go to the dreamland by doing so. Si botak just hope that we would all learn something, together, day by day.
Pepatah Hikmah Suami Fatimah... Fatimah's Husband's Useful Adages


Si botak agak terkilan. Dek kerana terlalu mudah menuturkan apa yang terbuku di hati, si botak dah pun menyebabkan seorang rakan di alam maya menjadi serba salah. Maaf. Itu sahaja yang si botak dapat katakan. Si botak memang menyesal. Si botak harap si dia, yang tahu siapa dirinya, yang sanggup hapuskan sesuatu demi si botak, akan mengerti bukan itu niat serta kehendak si botak.

Si botak dalam menilai kelemahan diri ini, teringat akan pesan Almarhumah Moyang, akan pepatah hikmah Saidina Ali r.a. Ingatan ini telah membawa si botak menyelongkar fail fail lama yang ada terkandung beberapa buku elektronik yang si botak beli tak lama dulu.

Maka si botak buat keputusan nak kongsi kandungan daripada buku '2500 Adages of Imam Ali' ataupun makna dalam Bahasa Melayunya, '2500 Pepatah Imam Ali'. Buku ini tidak dipasarkan di Malaysia kerana dianggap sebagai hasil karya pengikut aliran Syi'ah.

Si botak tak nak komen apa apa, macam biasalah. Namun si botak cuma tak nak menentukan betul atau salah akan sesesuatu mazhab dengan melulu. Ini adalah kerana si botak cuba berpegang kepada prinsip kedua di antara sepuluh prinsip yang dicadangkan oleh Imam Hassan al Banna iaitu; kita hendaklah mula menganggap setiap insan yang mengucapkan syahadah sebagai teman dan juga sebahagian daripada perkumpulan Muslim.

Perbezaan mazhab atau aliran tak perlulah terlalu dijadikan penghalang bagi kita untuk bersatu. Kita semua naik saksi bahawa Allah itu Esa dan Muhammad itu PesuruhNya. Jadi, kenapa nak terlalu jumud di dalam semua hal. Perbezaan itu indah. Bayangkan jika hanya terdapat satu nota muzik sahaja dalam dunia ni. Alangkah bosannya hidup tanpa alunan muzik. Jangan terlalu takut dengan perbezaan sehingga membutakan segala deria.

Berikut hanya sepuluh daripada 103 pepatah Saidina Ali Karamullahu Wajhah berkenaan perihal diam dan menjaga percakapan;

Percakapan yang paling teruk ialah memecah rahsia

Berjaga jagalah akan perbuatan memecah rahsia, bagi yang bercakap banyak, dosanya juga akan banyak

Jagalah lidah, ianya adalah anak panah yang mungkin akan tersasar

Berpautlah pada sifat diam, kerana paling kurang pun ia akan menjadikan kita selamat

Dengarlah dan akan kamu belajar, diamlah dan kamu akan selamat

Hargai dan jagalah lidahmu, sebagai kamu menjaga emas dan wangmu

Kurangkan bercakap dan kamu akan selamat dari dipersalah

Barang siapa manis lidahnya akan ramailah saudaranya

Elakkan berkata apa yang kamu tak tahu, tetapi elakkan juga berkata segala yang kamu tahu

Orang yang bijaksana ialah orang yang mengunci lidahnya kecuali ketika menyebut perihal Allah


Indah bukan? Pepatah pepatah ini dah makin pudar dari kotak ingatan si botak. Inilah hikmah yang si botak mesti cari tiap kali berlaku perkara yang tidak diingini. Tiap yang berlaku pasti punya hikmahnya, kan? Si botak sangat bersyukur. Kita dapat terus belajar walau dalam apa jua keadaan. Alhamdulillah. Besar sungguh kurniaanNya kan?

...............................................................

Si botak is rather sad. For being too blunt in expressing thoughts, si botak end up putting a cyber friend in a very difficult situation. Sorry. That is all what si botak could ever say. Si botak truly regrets it. Si botak hopes that particular someone, who knows who he/she is, whom willingly get rid of something in si botak's sake, shall realise it wasn't what si botak wanted as well as intended to do.

Si botak while in self evaluating process, remembered Almarhumah (the late) Moyang (great grandma)'s advice, on the adages of  Saidina Ali r.a. This very thought had brought si botak to dig up old folders that concist of a few e-books that had been bought years ago.

Thus si botak decided to share some of the contents in the '2500 Adages of Imam Ali' book. This book had not been published in Malaysia for being regarded as the work of the Shi'ite.

As usual, si botak refuses to comment. Si botak just tries not to decide whether any sect to be right or wrong. It is because si botak tries to follow the second principals of Imam Hassan al Banna's ten principles which is; we start by considering everyone who declares shahadah as our companion and part of the Muslim group.

A sect differences should not be taken too seriously until it becomes a wall preventing us to be united. We are all have pledged that Allah is the only One and Muhammad is His messenger. So, why do we have to be too rigid in everything. Differences are beautiful. Imagine if there was only one note in this world. How boring life would be without music. Don't be too afraid of differences until it blinded every senses.

Lies below only ten out of 103 adages of Saidina Ali Karamullahu Wajhah on the nature of silence and guarding our sayings;
The worst of sayings is blabbering.

Be aware of blabbering, for whose talk is abundant, his sins are abundant as well.

Be aware of the tongue, for it is an arrow that might astray.

 Hold on the silence, for the least good thing it can do is give safety.

Hear and you will learn, and be silent and you will be safe.

Treasure your tongue, like you do with your gold and papers.

Lessen the talk and you are safe from the blame.

Do not say what you do not know, but do not say everything you know.

Who has the sweet tongue shall have brothers in abundant.


The wise man is he who tied his tongue except for the mention of Allah.

Magnificent isn't it? This very adages seemed to be faded away from si botak's memory. This is the very silvery lining that si botak must seek each time bad incidents occur. Indeed there is a silvery lining in a cloud, isn't it? Si botak is grateful. We will continue learning in any situations. Alhamdulillah (Praise be for Allah). The Lord's gift is so great, right?
Bukan Sekadar Sejarah... Not Merely A History...


Si botak tak dapat tidur. Keresahan dalam menerima ujian kali ini. Namun bukan itu yang si botak nak kongsikan. Dalam gelisah, tiba - tiba Anak Pakcik Budin, terjaga dan memilih untuk membacakan si botak sesuatu. Terima kasih Anak Pakcik Budin kerana berusaha nak bantu si botak di saat yang mencabar ini.

Beliau memilih untuk bacakan Sulalatus Salatin atau juga dikenali sebagai Sejarah Melayu. Ini kerana beliau tahu bahawa si botak suka kitab berkenaan. Pilih punya pilih, beliau bacakan kisah yang sangat penting iaitu cara Sultan Muzaffar Syah mendamaikan dua pihak yang bertelagah.

Pabila Paduka Raja Tun Perak dilantik menjadi Orang Besar selepas berjaya mematahkan serangan Siam, rakyat Melaka mula berpecah. Satu golongan menyokong Paduka Raja Tun Perak dan satu golongan lagi menyokong Seri Nara Diraja Tun Ali.

Sultan mula runsing. Seri Nara Diraja adalah pembesar veteran yang bertanggungjawab menabalkan baginda menjadi Sultan Melaka. Paduka Raja pula adalah pembesar muda yang sangat berkebolehan. Apa yang baginda buat? Baginda ceraikan isteri baginda, Tun Kudu, dan nikahkan kepada Seri Nara Diraja. Tun Kudu pula merupakan kakak kepada Paduka Raja. Ini menjadikan Paduka Raja dan Seri Nara Diraja menjadi saudara ipar. Maka akhirnya Seri Nara Diraja dan Paduka Raja berdamai, Melaka tak lagi terbelah belah. Bijak bukan?

Setiap hasil penulisan ada ilmu serta mesej yang berguna di dalamnya. Kenapa kita nak bertekak tentang sahih atau tidak? Sedangkan catatan China yang dianggap lengkap pun pasti ada silap di sana sini. Ini adalah kerana jika ada putera atau puteri mahupun gundik yang melakukan kesalahan dan dihukum, mereka akan dicatat sebagai meninggal dunia. Hal yang sebenar tak mungkin akan direkodkan. Jadi mengapa kita nak membazir masa, tenaga dan wang hanya semata - mata nak berdiskusi tentang kesahihan kisah yang ditulis beratus tahun lalu? Mengapa tidak kita cuba mengkaji falsafah serta corak pemikiran nenek moyang, dan menimba seberapa banyak teladan serta panduan darinya?

Si botak tersenyum. Anak Pakcik Budin dah sambung tidur. Namun, kisah yang dibacakan masih terkesan di sanubari si botak. Si botak tak nak komen fasal kesahihan fakta sejarah. Si botak lagi malas nak bertekak mengenai sesetengah pendapat yang menganggap Sulalatus Salatin hanya nak angkat kisah Raja. Si botak cuma berminat nak belajar akan cara serta kaedah datuk nenek kita selesaikan masalah. Itu yang lagi utama. Apa pula kata kalian?

........................................................................................

Si botak couldn't sleep. Restless in facing the latest trial. Yet, it is not what si botak is about to share. In fidgety, suddenly Anak Pakcik Budin, woke up and chose to read something for si botak. Thank you dear Anak Pakcik Budin for trying to assist si botak in this challenging moment.

He chose to read from Sulalatus Salatin or better known as the Malay Annals. It was because he is well aware of si botak's fondness over that book. Finally, he read one of the very important stories which was the story of how Sultan Muzaffar Syah put two oppossing parties at peace.

When Paduka Raja Tun Perak appointed to be officer after succesfully driven the Siamese troops, there were two groups in Malacca. One in favour of Paduka Raja Tun Perak and the other supported Seri Nara Diraja Tun Ali.

The Sultan started to worry. Seri Nara Diraja was a veteran officer whom responsibled in making him the Sultan of Malacca. Where by Paduka Raja was a young and promising officer. What did His Majesty do? He divorced his wife, Tun Kudu, and married her off to Seri Nara Diraja. Tun Kudu happened to be Paduka Raja's sister. This caused both Paduka Raja and Seri Nara Diraja became in laws. Thus finally, Seri Nara Diraja and Paduka Raja were united, Malacca was no longer divided. Brilliant, isn't it?

Each writings has its own knowledge as well as useful message inside. Why do we have to argue on the authenticity of the historical facts? Even the Chinese records which considered one of the most detailed accounts were proven to be at fault here and there. It is due to its very nature of concealing the misdeeds of a prince or princess or even a concubine by simply reporting them as dead. The truth shall never be recorded. Then, why should we waste our time, energy and money in discussion on the genuineness of a story written hundred of years ago? Why don't we try to understand and study the philosophy as well as the way our forefathers think, and learn from it?

Si botak smiles. Anak Pakcik Budin went back to sleep. Yet, the story read still lingers in si botak's mind. Si botak refuse to comment on the authenticity of the story. Si botak is even more not interested in arguing in some theories that Sulalatus Salatin is simply a book written as to glorify the king. Si botak is merely interested in learning the methods used by our forefathers in solving problems. It is what count most. What say you?
Taman Ilmu Sa'adi (2)... Sa'adi's Garden Of Knowledge (2)...


Si botak diingatkan oleh seorang pembaca laman ini akan satu janji yang dibuat pada 6 Mac yang lalu. Si botak terlupa. Terima kasih kepada dia yang tak mahu namanya dinyatakan di sini. Pada tarikh itu, si botak paparkan entri ini dan terus leka sehingga diingatkan oleh dia yang berkenaan.

Maka kali ini si botak nak kongsi satu lagi coretan ringkas namun penuh maksud yang tersirat oleh Sheikh Sa'adi. Kalau di entri yang lalu, si botak memetik kisah di dalam kitab Bustan karangan Sa'adi, kali ini si botak nak kongsi petikan daripada kitab Gulistan yang kalau dialihbahasakan, maknanya ialah Taman Mawar.

Seseorang berilmu yang gagal menahan nafsu dan kehendak menyerupai seorang pembawa jamung yang menerangi jalan orang lain tetapi bukan dirinya sendiri.

Barang siapa yang menjalani hidup yang tak berhasil
Tak beli apa apa malah membuang semua emasnya


Si botak suka kisah keempat di bab 8 kitab Gulistan ini. Sheikh Sa'adi, penyair farsi ini, membicarakan satu topik yang penting iaitu; kepentingan menahan diri daripada godaan nafsu serta kehendak. Kita manusia. Sememangnya diciptakan supaya bernafsu. Namun nafsu yang ditakuti Sheikh Sa'adi adalah daripada golongan nafsu yang membawa kehancuran.

Nafsu inilah yang dimainkan oleh para kapitalis barat di dalam terus menjajah kita. Mungkin ada yang merasakan si botak sedang merepek. Namun hakikatnya, kita sedang dijajah dan kali ini dijajah dengan lebih teruk berbanding sebelum kita merdeka. Tak percaya?

Kalau kita keluar bersama kekasih, di mana kita akan makan? KFC, McDonald, Pizza Hut, bukan? Kalau nak beli baju, pasti jenama Adidas, TopMan, Padini, jadi pilihan bukan? Kalau makan di kedai, pasti pakai sudu dan garfu, bukan?

Si botak tak nak tuding jari. Si botak juga sedang cuma hakis pemikiran 'barang serta gaya hidup barat lebih baik dan lebih berkualiti' ini. Mari kita sama sama cuba...

..........................................................

Si botak was reminded by a particular reader of a promise made on 6th of March. Si botak had forgotten about it. Thanks to the person whom refused to be named here. On that day, si botak placed this entry, just forgot about it until reminded by that particular someone.

Thus now si botak would love to share yet another short-yet-full-of-meanings-story by Sheikh Sa'adi. If in the previous entry si botak selected a story from Bustan, this time a story from Gulistan which means the Rose Garden shall be picked. 

A learned man who is not abstinent resembles a torchbearer who guides others but does not guide himself.

Who has spent a profitless life
Bought nothing and threw away his gold.


Si botak loves this very fourth quatrain of the 8th chapter from Gulistan. Sheikh Sa'adi, the persian poet, talked about a very important topic here i.e.; the importance of abstinence. We are all human. Absolutely created to have needs and desire. Yet, the very needs and desire feared by Sheikh Sa'adi are the one that shall lead mankind to their own destructions.

This type of needs and desire are being played off by the western capitalists in order to keep on invading us. Maybe some will assume that si botak is being nonsense. Still, the truth is we are being occupied and it is worst compared to the day before we achieved our independence. Find it hard to believe?

If we were to go out on a date, where would we go for a meal? KFC, McDonald, Pizza Hut, isn't it? If to buy clothes, it would definitely be Adidas, TopMan, Padini, isn't it? Let say by the time we are eating out, spoon and fork shall be used, isn't it?

Si botak doesn't want to cast any first stone. Si botak is also in a process of getting rid of the idea where 'western lifestyle and merchandise are better'. Why don't we try it together...
Anak - Anak Kita, Keliru... Our Children, Confused...



Si botak tak tahu macam mana nak cakap lagi. Dah puas menghantar surat aduan ke sana kemari. Ke akhbar, surat si botak hanya akan dibuang cuma. Kita mengaku kita rakyat negara Islam. Kita dengan bangga mendabik dada kita antara negara Islam yang terhebat. Benarkah?

Si botak tak nak komen fasal apa itu negara Islam atau ciri cirinya. Apa yang penting, Malaysia dah diterima sebagai negara Islam oleh masyarakat dunia. Samada kita benar benar amalkan undang undang Islam atau tidak, si botak pun malas nak komen.

Si botak cuma masih menanti jawapan.

Bagi penganut ajaran Samawi, kita semua yakin bahawa manusia pertama dicipta Tuhan ialah Adam dan pasangannya Siti Hawa. Bagi penganut ajaran Muhammad SAW, kita yakin bahawa manusia adalah sebaik - baik kejadian.

لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلإِنسَانَ فِيۤ أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).
At Tiin:4

Si botak musykil. Kita sepatutnya yakin dengan wahyuNYA di dalam Al Quran. Persoalannya sekarang, di dalam buku teks sejarah, anak anak kita diajar mengenai asal usul manusia. Revolusi ketamadunan manusia. Dikatakan manusia bermula dengan zaman paleolitik sehingga sekarang. Dikatakan manusia pada masa itu tak pandai apa apa, tak pandai bertani, kutip hasil hutan dan sebagainya. Apakah ini yang diajar Muhammad SAW? Semua ini bunyinya macam menyokong teori Darwin.

وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلأَسْمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى ٱلْمَلَٰئِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَآءِ هَـٰؤُلاۤءِ إِن كُنْتُمْ صَٰدِقِينَ

Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.

قَالُواْ سُبْحَٰنَكَ لاَ عِلْمَ لَنَآ إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَآ إِنَّكَ أَنْتَ ٱلْعَلِيمُ ٱلْحَكِيمُ

Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

قَالَ يَآءَادَمُ أَنبِئْهُمْ بِأَسْمَآئِهِمْ فَلَمَّآ أَنْبَأَهُمْ بِأَسْمَآئِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَّكُمْ إِنِيۤ أَعْلَمُ غَيْبَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ

Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?.




Al Baqarah:31-33

Nah, bukankah telah jelas lagi nyata? Allah SWT telahpun mengajar Adam segala benda. Ini bukti yang paling kukuh. Adam bukan manusia yang tak tahu apa apa. Sedang Adam manusia pertama, pastinya anak cucu baginda mewarisi ilmu serta kepandaian baginda.
 
Habis kenapa, anak anak kita sekarang diajar perkara yang bertentangan? Apa yang lagi menyedihkan, kenapa kita biarkan saja? Patutlah anak anak kita jadi makin pelik. Mereka keliru sebenarnya...
 
..............................................................
 
Si botak is extremely clueless. Tired of sending complaint letters by letters to various places. To the press, the letters for sure taken for granted, not published. We claimed that we are a citizen of a Moslems nation. We proudly acclaimed that we are one of the best Moslems nations. Are we?

Si botak is not going to talk about what is a Moslems country or its features. What count is, Malaysia already accepted by the world as a Moslems nation. Whether we truly practise Islamic rulings or not, si botak also refuse to comment.

Si botak is just waiting for an answer.

For a semitics, we all believe that the very first man created was Adam and his partner Eve. For Moslems, we  strongly believe that mankind is the greatest creation.

َقْنَا ٱلإِنسَانَ فِيۤ أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

Surely We created man of the best stature

At Tiin:4

Si botak is at awe. We are suppose to surely believe in the revelation in the Qoran. The question is, in our history textbook, our children are introduced to the origin of man. The evolution of civilisation . It is said that it all begun from the paleolitics era till now. It is said that man used not to know anything, did not know how to farm, man at first only collect foods out of jungles and so forth. Is this what had been teached by Muhammad SAW? These are all sound like the Darwin Theory.

وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلأَسْمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى ٱلْمَلَٰئِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَآءِ هَـٰؤُلاۤءِ إِن كُنْتُمْ صَٰدِقِينَ

And He taught Adam all the names, then showed them to the angels, saying: Inform Me of the names of these, if ye are truthful.

قَالُواْ سُبْحَٰنَكَ لاَ عِلْمَ لَنَآ إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَآ إِنَّكَ أَنْتَ ٱلْعَلِيمُ ٱلْحَكِيمُ

They said: Be glorified! We have no knowledge saving that which Thou hast taught us. Lo! Thou, only Thou, art the Knower, the Wise.


قَالَ يَآءَادَمُ أَنبِئْهُمْ بِأَسْمَآئِهِمْ فَلَمَّآ أَنْبَأَهُمْ بِأَسْمَآئِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَّكُمْ إِنِيۤ أَعْلَمُ غَيْبَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ

He said: O Adam! Inform them of their names, and when he had informed them of their names, He said: Did I not tell you that I know the secret of the heavens and the earth ? And I know that which ye disclose and which ye hide.


Al Baqarah:31-33

Lo, isn't it vividly clear? Allah SWT had teached Adam everything. This is an absolute proof. Adam was not a man of ignorance. Since Adam was the first man, for sure his children would inherited all of his knowledges.

Then, why our children are being teach of the complete opposite? The more unfortunate part is, why we let it be? No wonder our children are so strange. They are confused...
Dari Gurun ke Amazon, Bolehkah..? From the Desert to the Amazon, Will It Works..?

Si botak serba salah. Segalanya bermula dengan SMS Kekanda Tikus. Sepasang dua sejoli yang amat si botak kagumi nak berpindah. Kenapa si botak risau?

Mereka berdua merupakan dua pasangan dari latar belakang yang berbeza. Si lelaki dari kawasan bukit yang penuh dengan hutan yang menghijau. Si wanita pula dari kawanan gurun yang kering lagi kontang.

Pertemuan mereka berdua bagaikan mimpi. Mereka bertemu dan terus hidup bersama. Si lelaki mengambil keputusan untuk menetap di kabilah si wanita. Berdekad telah berlalu. Kini si lelaki ingin pulang ke tanah tempat tumpah lahirnya.

Bolehkah si wanita menyesuaikan diri di kawasan baru? Setelah lebih setengah abad berada di kampung halamannya. Segala kenalan dan handal taulan berada di kawasan tempat tinggal mereka sekarang. Memang si lelaki dah berkorban selama 50 tahun ini, namun si lelaki telah lewat usia. Kini menghirup nafas atas umur subsidi. Jika si lelaki pergi menyahut seruanNya, apa yang nak si wanita buat?Anak - anak tak lagi di sisi. Lagipula si wanita pasti menolak jika anak - anaknya mengajak untuk tinggal bersama mereka nanti. Bagaimana jika berlaku kecemasan?

Ah, si botak risau benar. Mengapa nak buat keputusan drastik sebegini? Kenapa tidak 20 atau 30 tahun lalu?

Pengorbanan demi cinta yang dilakukan oleh si lelaki memang indah dan patut dicontohi. Namun perlukah si wanita berkorban dengan meletakkan dirinya di kawasan asing pada saat dia tak lagi berdaya seperti 50 tahun lalu?

Si botak termangu. Dari gurun ke Amazon, bolehkah?

...............................................................................

Si botak is torn apart. Everything begun with Kekanda Tikus' SMS. A love birds that si botak adores is to move away. Why si botak is so worried?

They are two people of different background. The man is from a highland surrounds by forest. While the lady is from a blistering desert.

Their story was such a dream. They met and at once decided to spend their life together. The man firmly decided to stay with the lady's herd. Decades passed by. Now the man wants to go back to his homeland.

Will the lady be able to adjust to her new environment? After more than 50 years living in her hometown. Everyone that they know is in her place. Yes, the man had sacrificed a lot for the past 50 years, yet he is now very old. Now living in his late 80s. If the man were to go into the Lord's arm, what will happen to the lady? Their kids are no longer around. Besides, she would definitely turn down when they ask her to stay with them. What if there would be somekind of emergency?

Ah, si botak is worried sick. Why now? Why not 20 or 30 years ago?

The sacrifices made by the man are not to be taken for granted. Yet does the lady need to put herself in a foreign land when she is no longer as capable as she used to be 50 years ago?

Si botak is speechless. From the desert to the Amazon, will it works?
'Stereotype' atau 'Klisé'kah ..? Is it 'Stereotype' or 'Cliché'..?

Si botak hari ini agak berombak emosi. Pelbagai kisah digaul mungkin turut menyumbang ke arah penulisan entry kali ini. Si botak kehilangan seorang lagi ayah, Allahyarham Mohd Yusuf, yang menyahut seruan Ilahi pada hari Isnin yang lalu setelah bertarung dengan hebat. Si botak terkesima (terperanjat) dengan satu kejutan ikhlas (daripada salah seorang 'pembaca misteri', anda tahu siapa anda) yang cukup mengharukan. Si botak sedih mengenangkan nasib Kekanda Tikus yang mana suaminya kian hanyut dengan keseronokan duniawi sehingga mengabaikan anak anak. Si botak tambah terharu dengan ingatan ikhlas aliff muhammad serta rakan rakan bloggers yang lain. Si botak terbakar hati dek kerana pemimpin yang makin tak pedulikan rakyat. Namun si botak tambah remuk hati bila mengenangkan ada di kalangan teman si botak yang menganggap semua kisah ini merupakan satu klisé.

Klisé. Perkataan ini semakin luas digunakan. M.Nasir gunakan di dalam karyanya. Penulis - penulis skrip drama TV dan filem juga selalu gunakannya. Rakyat Malaysia juga mula gunakan perkataan ini secara meluas. Soalnya kini, apakah kita menggunakan perkataan ini secara tepat atau kena pada tempatnya?

Apa itu klisé? Perkataan yang berasal dari Perancis ini nampaknya semakin meniti di bibir rakyat Malaysia. Bagaimana lahirnya perkataan ini? Kata ini sebenarnya sangat berkait rapat dengan industri percetakan. Plat atau bongkah huruf yang digunakan berulangkali, misalnya satu bongkah  huruf 'a' yang akan digunakan berkali - kali sehingga proses percetakan selesai akan dipanggil 'stereotype'. Bongkah ini dicipta oleh Firmin Didot pada 1798 dan namanya diambil daripada perkataan Greek yang sebenarnya bermaksud 'teguh dan padat', bersesuaian dengan keadaan bongkah yang padat serta teguh untuk diguna berulangkali. Di Perancis, bongkah ini dipanggil klisé lantaran bunyi yang dihasilkan apabila bongkah ini digunakan untuk mencetak.

Namun pada 1922, Walter Lippmann menerusi karyanya, 'Public Opinion', memperkenal istilah 'stereotype' atau 'klisé' sebagai terma mewakili sifat sesuatu konsep yang digunakan secara berulangkali di mana akhirnya konsep itu akan menjadi kebiasaan atau menajdi label bagi sesuatu subjek. Istilah ini akhirnya berkembang menjadi penentu sifat dan budaya serta dijadikan alat melabel sesuatu masyarakat, baik dari aspek negatif mahupun positif, misalnya lelaki masyarakat Afrika dianggap mempunyai zakar yang besar, masyarakat Islam dianggap ganas, masyarakat Perancis dianggap sebagai bangsa yang cukup berseni dan sebagainya. Ini adalah 'stereotype' atau 'klisé' bagi setiap kaum atau bangsa di dunia. Ia boleh jadi mewakili kebenaran mahupun menjadi alat untuk menimbulkan keraguan terhadap sesuatu kaum.

Namun berbeza di dalam industri kreatif. Terma 'stereotype' atau 'klisé' mewakili penggunaan bahan atau topik malah ayat ayat serta perlambangan secara berulangkali yang akhirnya membawa kepada satu karya yang mudah dijangka jalan ceritanya mahupun sudah dipamerkan berkali kali sebelumnya menerusi karya lain. Ini akan menjadikan sesuatu karya itu hilang keistimewaannya dan tidak lagi membawa kesan yang mendalam. Terma ini mula diperkenal oleh dua orang pengkritik seni tersohor, David Mason dan John Frederick Nims menerusi kritikan terhadap hasil karya Salvador Domingo Felipe Jacinto Dalí i Domènech, Marquis of Púbol yang pertama. Karya Salvador Dalí dianggap 'stereotype' atau 'klisé' kerana sering menggunakan perbandingan kegebuan pipi wanita dengan kecantikan bunga mawar.

Apapun, yang pasti terma 'stereotype' atau 'klisé' ini terpulang kepada penilaian setiap individu di dalam menentukan ianya sesuatu yang positif atau sebaliknya. Jadi kenapa perlu kita menganggap bahawa perkataan ini hanya untuk sesuatu yang buruk dan mengucapkan perkataan 'stereotype' atau 'klisé' di dalam nada yang cukup negatif?

'Stereotype' atau 'klisé'kah bila kita menceritakan kisah yang masih istimewa dan memberi kesan kepada diri pencerita serta pihak yang terlibat? 'Stereotype' atau 'klisé'kah bila cerita kesusahan serta kedukaan insan yang mampu menimbulkan keinsafan biarpun diulang berkali - kali? 'Stereotype' atau 'klisé'kah bila si botak membuka pekung di dada mengenai abang ipar yang makin melupakan anak anak demi melayan keluarga barunya? Sedangkan si botak benar benar berharap agar tiap yang membawa dapat mendoakan agar beliau akan cepat sedar serta mula membaiki kesalahan yang satu ini. Kesilapan yang bakal membuat anak anak beliau membenci dan menaruh dendam kepada bapa mereka sendiri. Si botak juga rela menyelak pekung ini agar tiap yang membaca dapat mempelajari sesuatu biarpun sekelumit cuma. 'Stereotype' atau 'klisé'kah?

Mungkin sudah tiba masanya kita mengetahui sebanyak mungkin tentang sesuatu istilah sebelum kita gunakannya secara melulu.

...................................................................................


Si botak today is rather emotional. A few incidents mixed up together might lead to this entry. Si botak lost yet another dad, Allahyarham (the late) Mohd Yusuf, whom went to the Lord's arm after a great battle. Si botak was surprised as well as touched by a sincere surprise (from a 'mysterious reader' you know who you are). Si botak is so devastated when thinking of Kekanda Tikus' fate as her husband begins to be swept away with earthly plaesure till he forgot his children. Si botak is even touched with a thoughtful gift by aliff muhammad and all wishes from other bloggers. Si botak is outraged by leaders that seem not to care about the people they represent. Si botak is more sad when some of si botak's acquaintances who tend to think that all these are just a cliché.


Cliché. A word that widely used nowadays. M.Nasir used it in his songs. TV and film script writers used it regularly too. Malaysian are using it regularly too. The question is, does this very word used correctly?

What is cliché? This French word seems to be uttered mostly by Malaysian. How this word discovered? It is actually a word associated with a printing industry. A single printing plat cast of letters used repeatedly, for instance a block of an 'a' which to be regularly used in a printing until its done known as  'stereotype'. This plat was invented by Firmin Didot in 1798 and of Greek origin, literally meaning 'solid-kind', fit to the very nature of the block that is solid and firm as to be used repeatedly. In France, this very same block known as cliché through the sound it makes during the printing process.

Yet in 1922, Walter Lippmann through his work, 'Public Opinion', introduced the term 'stereotype' or 'cliché' as to represent a nature or to describe a repeatedly used concept where finally the concept turns to be a label for its subject. This term finally evolved into a tool to describe as well as labeling a community, negatively or positively, for examples, African men are assumed to have big penis, Moslems are terrorists, French are highly artistics and so forth. These are the 'stereotype' or 'cliché' for each races on earth. It could show the truth or just simply a tool used to raise suspicion over that particular community.

It is though rather different in the creative industry. Whereby the term 'stereotype' or 'cliché' is used to state the repeatedly used of materials, topics, even words and sentences that finally lead to a work that is too predictable or already shown before. This shall make that particular work of art to lose its speciality and would fail to leave an effective impact. The term was first used by two notable critics,  David Mason and John Frederick Nims through their critics on the work of Salvador Domingo Felipe Jacinto Dalí i Domènech, the 1st Marquis of Púbol. Salvador Dalí's work taken to be 'stereotype' or 'cliché' for always using a comparison of roses' beauty when talking about the flabby cheek of a lady.

What ever it is, the term 'stereotype' or 'cliché' is actually up to one's judgement. So why we have to assume that the words are mainly for something negative and use it in a demeaning manner?

Is it 'stereotype' or 'cliché' when we talked about an incident that is still special and set an effective effect to the teller and any parties involved? Is it 'stereotype' or 'cliché' to tell a misery or sad stories of others when it still effective each time told? Is it 'stereotype' or 'cliché' when si botak chose to air family's dirty laundry of an in law that seems to take his own children for granted? Where  si botak is truly hoping that each of the reader could pray so that si botak's in law shall realise his mistake and quickly right the wrong? His misdeed to the children might lead the poor kids to hold a grudge over their own father. Si botak also willing to shade this sad story as to share and hoping it might benefit all. Is it 'stereotype' or 'cliché'?

Maybe it is time for us to learn as much as we could before we start to apply any terms.
Kecewa & Gembira... Disappointment & Happiness
Salam. Dah terlalu lama si botak berdiam diri. Kali ini si botak kembali dengan pelbagai cerita. Namun si botak nak berkongsi email yang si botak dah panjangkan kepada Pejabat Perdana Menteri dan hampir semua akhbar utama.


Salam 1Malaysia! Saya Muha Aziz, seorang OKU masalah penglihatan & fizikal (menggunakan kerusi roda) dari Pekan, Pahang yang kini menetap di Kajang, Selangor. Saya ingin berkongsi dua kisah yang berbeza namun cukup signifikan di dalam menilai perlaksanaan Piagam Pelanggan yang berkesan. Saya bukan ingin menghentam mahupun memburuk – burukkan mana – mana pihak, namun sekadar berkongsi pengalaman.


Saya mengadu kepada Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO di Solaris Duta Mas akan permasalahan kewangan yang saya hadapi pada 21 Oktober 2009. Saya tidak memohon bantuan kewangan hanya sekadar meminta khidmat nasihat serta pandangan pihak ketiga di dalam menyelesaikan masalah yang saya hadapi kini.


Setibanya di sana, saya diberi layanan yang cukup memuaskan oleh Cik Ina, (maaf saya tidak dimaklumkan nama sebenar dan jawatan beliau) yang saya anggap mungkin merupakan pembantu tadbir atau mungkin kerani di situ. Cik Ina mengambil aduan saya dan berjanji pegawai yang bertugas akan menghubungi saya secepat mungkin.


Malangnya, setelah seminggu, tiada sebarang respon daripada Pihak Biro Aduan Komuniti UMNO. Kebetulan pula saya memperoleh bonus hari lahir daripada pembekal sistem selular, maka saya hubungi mereka dan Cik Ina sekali lagi melayani saya dengan cukup baik. Malangnya saya masih belum dapat bercakap dengan pegawai yang bertugas.


Saya berdiam diri dan menanti dengan penuh harapan. Namun masih tiada sebarang respon daripada pegawai berkenaan. Maka pada 8 November 2009 yang lalu, saya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) secara panjang lebar kepada Y.Bhg. Dato’ Ketua Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO

Apa yang lagi menyedihkan ialah, Y.Bhg. Dato’ juga tidak memberi sebarang respon terhadap aduan yang dikemukakan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) secara panjang lebar berkenaan. Namun pada pukul 12:14 tengahari tadi, Cik Ina menghubungi saya dan memberi respon.


Persoalannya kini, adakah Cik Ina (yang berkali – kali mengakui bahawa beliau tidak dapat membuat keputusan dan perlu berbincang dengan pegawai yang bertugas) merupakan individu yang tepat untuk membantu di dalam menyelesaikan permasalahan saya? Mengapa Y.Bhg. Dato’ berkenaan langsung tidak mengambil inisiatif untuk menghubungi saya secara peribadi sekurang – kurangnya untuk menunjukkan keikhlasan pihak Pemuda UMNO?


Kini berbalik pula kepada kisah kedua yang hampir sama situasinya namun lain pula impaknya. Bersempena hari ulang tahun kelahiran saya, rakan – rakan serumah telah bersepakat membawa saya ke Sunway Lagoon untuk meraikan hari berbahagia itu. Malangnya, berlaku insiden salah faham antara kami dan pihak Sunway Lagoon. Di mana mereka mengamalkan sistem sekuriti yang sungguh cekap namun gagal untuk memaklumkan kami sewaktu proses pembelian tiket. Ini akhirnya menyebabkan saya tidak dapat menikmati keseronokan di Taman Permainan Sunway Lagoon.


Saya membuat aduan kepada Pengurus yang bertugas, namun disebabkan kedua – dua pihak sedang marah maka tiada keputusan yang baik diperoleh. Saya beredar dan terus ke Sunway Pyramid sementara rupa – rupanya Pengurus berkenaan cuba mencari saya agar dapat memulangkan kembali wang kepada saya. Setibanya di Sunway Pyramid, saya yang masih cuba mengawal marah telah mendekati seorang Pengawal Keselamatan yang cukup baik hati, bernama Encik Abdul Rahman. Beliau dengan pantas mencadangkan agar saya cuba memanjangkan ketidakpuasan hati saya ini kepada pihak pengurusan Sunway Pyramid (Meskipun kedua – dua tempat ini adalah di bawah pengurusan yang berlainan, namun diketuai oleh CEO yang sama).


Saya akhirnya dilayan dengan cukup cemerlang oleh Cik Loo Hoey Theen, Pengurus Pemasaran Sunway Pyramid. Beliau merupakan seorang kakitangan yang cekap dan cukup bersopan – santun. Apa yang menarik ialah, beliau dan Sunway Pyramid sedang cuba sedaya upaya mencari input agar Sunway Pyramid akan jadi lebih mesra pelanggan. Setelah kami berbincang, beliau berjanji akan memastikan aduan saya mendapat layanan sewajarnya daripada pihak mereka.


Beliau juga bersusah payah mengaturkan satu majlis keraian bagi memeriahkan kembali sambutan hari lahir saya di Secret Recipe. Kami ditemani oleh salah seorang kakitangan di sana, Cik Anuradha (yang rupa – rupanya juga berasal dari Pekan, Pahang.


Setelah semuanya berakhir, rakan – rakan saya memutuskan untuk melihat – lihat sebentar di sekitar Sunway Pyramid sebelum berangkat pulang. Tiba – tiba saya dihubungi oleh Encik Loke Kah Peng, Eksekutif Senior dari Jabatan Perhubungan Awam Sunway Lagoon. Beliau bertegas mahu menemui saya dan akhirnya kami bertemu di kawasan rehat di pinggi balkoni Sunway Pyramid (meskipun beliau berkali – kali mengajak saya untuk minum kopi). Pertemuan kali ini memberi gambaran yang lebih jelas dan kedua – dua pihak dapat menjernihkan suasana keruh yang tercetus. Pihak Sunway Laggon juga melalui Encik Loke Kah Peng, bertegas agar saya menerima wang yang dikembalikan.


Syabas saya ucapkan kepada pihak Sunway Lagoon dan juga pihak Sunway Pyramid. Nampaknya Piagam Pelanggan kalian adalah sangat berkesan dan mencapai satu standard yang sangat membanggakan. Teruskan usaha murni kalian!


Sekarang jika diperhatikan, dua insiden berbeza yang sebenarnya membawa konotasi yang sama. Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO mewakili UMNO di dalam memperkasa laungan slogan 1Malaysia, ‘Rakyat didahulukan’, namun terbukti gagal berbuat demikian. UMNO perlukan rakyat lebih daripada rakyat perlukan UMNO. Jika hal sebegini terus diamalkan bukan sahaja oleh Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO malah oleh semua sayap UMNO, maka tidak hairanlah jika pada PRU ke-13 yang akan datang, UMNO mungkin berada di kerusi pembangkang di dalam Parlimen. Wallahua’lam.

.........................................................................................................................................................................



Salam. It has been so long since the last time si botak was here. There are a lot of stories si botak would love to share. Yet, this time si botak would love to share an email that had been forwarded to the Prime Minister's Office and almost all major newspaper.


Salam 1Malaysia! I am Muha Aziz, a disabled which suffers from lost of sight and wheelchaired bound from Pekan, Pahang that current stays in Kajang, Selangor. I would love to share two separate incidents yet carried the same significant in evaluating the efective execution of Custumer Service. I would not want to condemn nor staining any parties, yet just wish to share experiences.


I was seeking help from Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO in Solaris Duta Mas on 21 Oktober 2009 regarding my financial difficulties. I did not ask for financial help just asking for consultation as well as a third party view in helping me to solve my current financial break down.


Once i reached there, i was given an excellent treatment by Cik Ina, (i must apologise as i was not informed of her full name and her post) which i assumed to be a clerk there. Cik Ina filed my complaint and promised that an officer should be back to me as soon as possible.


Unfortunately, after a week passed by, i still had not receive any responds from Biro Aduan Komuniti UMNO. As i was rewarded by my cellular provider for my birthday, i took that opportunity to call them and as usual Cik Ina once again nicely attended my call. Yet i had not been given the opportunity to speak to the officer.


Then, i decided to remain silent and waiting. Still, there was no respond from them. Thus, on 8 November 2009, i sent SMS to Y.Bhg. Dato’ Head of Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO


To my despair, Y.Bhg. Dato’ also did not respond to my complaint through that particular SMS. Yet, on 12:14pm today, Cik Ina called me and reponded to my complaint.


The question is, is Cik Ina (whom repeatedly confessed that she is not the decision maker and need to consult her officer) is the right person to help me in my problem? Why did not Y.Bhg. Dato’ even try to take the iniciative to at least call me in showing Pemuda UMNO’s sincerity in helping the people?


Now i would like to draw attention to the other similar incident with a different impact. As to celebrate my birthday, my housemates decided to take me to Sunway Lagoon. Unfortunately, there was a miscommunication where by the Sunway Lagoon practise a very effective security yet they failed to inform us during the ticketing process. This lead to a huge disappointment when i could not enjoy the Amusement Park in Sunway Lagoon.


I lodged a complaint to the attending officer, yet due to both parties anger there was no good solution obtained. I took off to Sunway Pyramid in the meanwhile the officer was looking for me as to give me a full refund. In Sunway Pyramid, i was still unsatisfied approached a very sweet and nice Security Guard, Mr Abdul Rahman. He then suggested that i lodged my report the the Sunway Pyramid Management (though both place are govern by the same CEO, yet they are both separatedly under different management)


I was finally entertained by Miss Loo Hoey Theen, Sunway Pyramid Marketing Manager. She appeared to be a decent and excellent staff representing Sunway Pyramid. The Sunway Pyramid is trying their very best in providing a better mall as to serve all sort of customers. After a very soothing and comfortable discussion, to my surprise she arranged for a birthday party for me in Secret Recipe. We were then escorted by Miss Anuradha (which also from Pekan, Pahang.)


It went well and we bid farewell. Then i was contacted by Mr Loke Kah Peng, Senior Executive from the Public Relation of Sunway Lagoon. He insisted to meet me and finally had our meeting just by the balkony (though he repeated asking me for a drinks) This meeting was so successful as both parties managed to clear things up. The Sunway Laggon through Mr Loke Kah Peng, insisted so that i accepted the full refund.


Kudos to the Sunway Lagoon and pihak Sunway Pyramid. It seems that your Customer Service are so effective and undoubtedly had reach a very outstanding standard. Keep it up!


Now if both incidents to be reviewed, both actually bring the same conotation. Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO is representing UMNO in strengthening the 1Malaysia slogan, ‘People first’, yet failed to do so. UMNO needs the people more than the people need UMNO. If this treatment were to be executed by not only Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO but also all components of UMNO, then it is not at all a surprise if the next General Election, UMNO shall be filling the opposition seats in the Parliment. Wallahua’lam

Luka Semalam... Yesterday's Wound...


Si botak bersiar siar membalas kunjungan ke blog lain. Tertarik amat dengan satu blog yang cukup bersahaja. Entry terbaru di blog ini amat menyentuh jiwa si botak...

Kenapa ramai manusia yang tak berakal di luar sana? Sanggup melepaskan serakah pada anak anak kecil yang baru nak kenal dunia.

Si botak cuba nak memahami apa yang mereka rasa dan fikir. Namun tak mampu juga berlaku adil kerana tindakan mereka itu cukup tak berperikemanusiaan! Kita dah tangkap dan hukum malah hebahkan pulak foto foto serta klip video hukuman itu. Pesalah begini tetap juga bertambah. Mana silapnya? Mungkin manusia seperti ini sakit atau juga punya kelainan hormon.

Si botak berharap pihak berkuasa akan menjalankan satu penyiasatan pada skala besar untuk kita memahami fenomena yang tak kunjung habis ini. Yang Maha Kuasa benarkan perkara ini terjadi adalah sebagai sumber pelajaran buat kita. Kenapa kita nak biarkan saja masalah ini dengan menghukum sebilangan kecil kelompok manusia durjana yang tertangkap? Sedangkan masih terdapat ramai di luar sana yang masih berleluasa mencabul serta menganiaya anak anak.

Mungkin melalui siasatan teliti dan menyeluruh dari aspek psikologi, anatomi, aktiviti otak, kandungan hormon dan juga komposisi kimia dalam tubuh, kita akan mampu hasilkan satu suntikan, teknik kaunseling ataupun pil yang mampu kawal manusia bermasalah sebegini. Tak rugi malah bertepatan pula rasanya habiskan duit rakyat mengkaji permasalahan ini daripada membuat majlis majlis hiburan yang tak kunjung habis.

Si botak tak mampu lagi nak dengar kisah kisah penganiayaan anak anak. Mereka masih kecil dan hanya mahu menikmati dunia ini sebagaimana kita. Kita harus buat sesuatu kini. Sekadar mengecam atau menghukum nampaknya tidak membawa kepada penyelesaian. Kita harus fikirkan jalan yang lebih proaktif di dalam menyediakan dunia lebih selamat buat anak anak.

Si botak terbayang saat indah zaman anak anak. Kita semua alaminya dengan gembira dan seronok. Adilkah kita berdiam diri sedangkan anak anak sekarang dirampas peluang itu?..


.......................................................


Si botak visiting another blogs. Was very much attracted to one particular blog which is rather simple and plain. The latest entry there affected si botak entirely...

Why there are so many of these idiots out there? Willing to let their desires hurt innocent and naive children.

Si botak tried to understand how exactly these idiots feel or think. Yet it was a complete failure as their deeds are inhumane! We have reprimanded and punished them as well as showing the photos and clips of the executions to the public as to create awareness. Yet the pedophiles are increasing. What went wrong? May be these peoples suffer from an illness or hormones disorder.

Si botak is hoping that the authorities shall conduct an intensive investigation at a large scale as to help us fully understand this endless phenomena. The Lord blessed us with these as to provide us with an opportunity to learn and gain something out of it. Why we chose to let it go with just punishing a small group of these idiots whom manage to be reprimanded? Where else the truth is, there are many more out there freely and happily molesting and abusing children.

Maybe through this thorough investigations of psychological, anotomical, brain activities, hormones and chemical compositions of one's body, might lead us to a shot, new theraphy or maybe pills as to curb and help human with this problem. There is nothing to lose and it is surely the best way of spending people's money instead of wasting it as to conduct countless entertainment based events.

Si botak could no longer hear the sad stories of child abuse. They are still young and wish only to enjoy this world as much as we do. We have to do something. By just condemning and pushing seem no longer relevant let alone to bring us to solution. We have to be more proactive as to ensure a better world for our children.
Si botak remeniscing the happy moments of childhood. We went it through with joy and happiness. Is it fair for us to remain silent while our children are being stripped off that chances?..
Takar Fikir Melimpah... Overflowing Mind...
Alhamdulillah. Akhirnya si botak dapat bergagah kembali. Sekalung untai budi dan kasih buat semua yang singgah dan mendoakan kesejahteraan si botak. Moga kalian juga akan diberkati serta dilindungi-Nya.


Si botak berhiatus seminggu lamanya. Sepanjang tempoh itu, si botak punya banyak masa untuk berfikir sedalam dalamnya mengenai pelbagai perkara. Si botak juga lebih mudah tersentuh dengan pelbagai isu yang hangat atau separa hangat kini.


Pertamanya si botak terkesima dengan sekelompok kecil saudara kita di seberang Selat Melaka yang ingin 'membersihkan' rakyat Malaysia daripada Tanah Sang Saka Merah Putih. Apalah sangat yang hendak dihebohkan tentang siaran di Discovery Channel itu? Kita tetap serumpun. Maka tidak dapat tidak, pasti ada persamaan budaya serta warisan antara kita. Bahasa kita hampir serupa, makanan kita juga begitu. Malah bila tiba bencana, pasti rakyat Malaysia yang akan bersungguh sungguh menghulur bantuan pada kalian. Redakan gelora di jiwa. Selimuti amarah kalian dengan tabir Ramadan yang sedang kita semua tempuhi ini. Nah! Kita sememangnya saudara seagama. Sama sama mengagungkan kalimah Syahadah. Jika ada yang terasa, ada yang terlebih mahupun terkurang, tegurlah dengan hikmah dan bukannya meng'ganyang' kami.


Si botak seterusnya menelan liur walau tekak tak kering bila terdengar pula hebahan umum mengenai seorang anak muda penjual suara dari negara tetangga kita nun di selatan. Khabarnya anak muda itu telah berkelaku sumbang dengan seorang anak gadis berbulu tangannya. Si botak bukan nak membela anak muda itu, namun betulkah cara kita ini? Dia seorang anak muda yang baru belasan tahun usianya. Pasti akan melakukan kesilapan demi kesilapan. Perlukah media kita hebahkan secara terang terang akan kesilapan itu sehingga menjatuhkan aibnya? Bukankah lebih manis jika kita sebagai orang yang lebih dewasa, menasihatinya dan memberi kesedaran padanya dengan cara yang lebih bijaksana. Berbaloikah menjatuhkan maruah anak muda yang baru setahun jagung itu hanya untuk melariskan jualan akhbar serta menarik lebih ramai pengunjung ke blog kita?


Akhirnya si botak hampir pitam mendengar laungan keras sahabat kita dari Legasi Kegemilangan Kalingga yang mahu mengalungi seorang negarawan yang banyak berjasa dengan kalungan selipar. Negarawan itu walau sebesar mana silapnya merupakan seorang orang tua. Kita warga Malaysia ini kaya dengan adap sopan. Wajarkah? Negarawan itu juga walau sebesar mana salahnya, telah banyak berkorban untuk kita selama ini. Beliau juga manusia biasa. Tak lari daripada kesilapan. Kita berkobar kobar ingin menuntut kebebasan bersuara. Namun bila terkena tamparan arus yang menentang kita melatah. Bersediakah kita sebenarnya untuk kebebasan suara yang mutlak?


Si botak tersenyum cuma. Sebagai manusia biasa kita tak akan lepas daripada melakukan kesilapan. Jika Yang Maha Tinggi yang menjadikan kita sanggup memberi pengampunan seluas lautan malah melimpah lagi, kenapa tak kita?


.......................................................................................


Praise be for the Lord. Finally si botak managed to gain strength yet again. The biggest gratitude for those who dropped by and prayed for si botak. May all of you be blessed and protected by the Lord.


Si botak was in hiatus for a week. During that period, si botak was blessed with plenty of time to think thoroughly on various issues. Si botak also proned to be affected by many current as well as not so current issues.


First si botak was stunned by a group of our kins across the Malaccan Strait whom really wanting to sweep off Malaysian from the Land of the Red and White Sang Saka (the name of the flag). What is the deal as shown in the Discovery Channel? We are still a family. Thus it is unavoidable yet to share equal practise of some heritages as well as cultures. Our languages are almost similar so do our foods. Furthermore, in the time of crisis, Malaysian would always be the one whom really trying to offer aid. Do cool down. Try to ease the anger with the arrival of our Holy Month of Ramadan. See! We are a family in religion. Together we have pledged and glorified the Syahadah. If there is any flaws, do wisely advise and not trying to 'ganyang (fight)' us.


Si botak was then gulped as hearing the sensational news of a young singer from our neighbouring nation in the south. It is said that the singer had been caught in the act with a girl with a thick armhairs. Si botak is not trying to defend that young singer, yet is our way of handling this issue correct? That singer is so young. That singer is bound to commit mistakes. Do our media have to publicly exposed it and put that teen in shame. Wouldn't it be much nicer if we as an adult try to advise that singer instead of smearing his honour. Was it worth it to put this teenager's name in mud as to sell newspaper or to draw more visitors to our blogs?


Finally si botak was almost fainted as a result of hearing the stern call of our dear friend, the descendant of the Great Kalingga's Legacy whom wished to put a garland of slippers to one of our greatest statesman. That statesman though how big his fault might be is an elderly. We, Malaysian known throughout the world as a people of great manners. Does it really necessary? That statesman though how big his mistakes might be is still the one whom had sacrifised a lot for us. He is also just a mere human. Could never be far away from flaws. We are so eager of wanting to taste the freedom of speech. Yet when we would encounter a different views we could not accept it and snapped. Do we really ready to face the absolute freedom?


Si botak smiles. As human we are bound to do mistakes one after another. If the Lord could grant us an endless retribution, why couldn't us?
Alhamdulillah, Tertebus Dosa... Praise Be For Allah, A Retribution...


Sudah 5 hari... Already 5 days... Viral Fever... :)
Merdeka? Tak Mahu... Independent? Doesn't Want...


Si botak tewas dalam kelelahan. Walau dua hari dah berlalu namun masih terasa penatnya. Namun si botak terlalu bahagia bila dapat sama sama mencari keredhaan-Nya.


Sedar tak sedar, dah tiba 31 Ogos. Maka semua orang akan sibuk mengibar Jalur Gemilang, sibuk merempit, sibuk membeli kondom (takut dapat anak yang tak akan merdeka), sibuk nak tuntut itu dan ini, sibuk nak pijak pijak ciptaan Tuhan.


Si botak pun sibuk. Sibuk berbasa basi dengan Indra, Anak Uncle Sam. Macam macam perkara dibicarakan. Ada yang bersifat peribadi. Ada yang tergolong dalam kategori gosip. Macam macam ada lah.


"Kamu salah dan aku tak mahu terima apa yang kamu kata," ujar Indra.


Si botak hargai malah hormati pendirian Indra. Namun sedutan suria seakan tersekat. Si botak menelan liur yang tak wujud.


"Satu hari kamu akan rasa apa yang Mem Besar rasa."

Si botak kecil diam dalam merusuh.

"Kamu akan faham betapa beruntungnya kamu punya Mem Besar yang suka berleter ni."

Si botak kecil mengomel dalam diri. "Ah, aku nak merdeka dari leteran. Aku dah bosan!"


Si botak kembali ke alam nyata. Suara merdu Anak Uncle Sam berkumandang semula. Si botak tersenyum. Tangan menyua suria ke dasar tempat abu. Si botak faham kini.


Si botak tak mahu merdeka. Si botak mahu dengar sesiapa juga berleter dan mengomel. Kenapa?


Si botak yakin kini. Setiap insan akan sentiasa tertipu oleh kebijaksaan mereka. Maka Tuhan hantarkan orang yang sayangi kita untuk membimbing kita ke jalan yang sebaiknya. Takkanlah Tuhan nak turun sendiri dan bimbing kita. Maka sebab itu Tuhan suruh kita berkenal kenal dan membina ukhuwah.


Maka, buat Mem Besar, berleterlah. Si botak tak mahu merdeka lagi!!! Salam Merdeka semua...


...............................................................


Si botak was battered. Though it had been two days, still the fatigueness lingers. Yet si botak was so happy to be able to seek for the Lord's blessing in a group.


Without noticing, 31st August is here. Thus there would be many whom busy flashing the Jalur Gemilang, busy in illegal racing, busy buying condoms (as they are scared to produce unindependent child), busy claiming this and that, busy stepping on the Lord's creation.


Si botak was busy as well. Busy having a conversation with Indra, Anak Uncle Sam. A lot of stuffs were talked about. Some were personals. Some could be categorised as gossips. There were a lot lah.


"You are wrong and I refuse to accept what you have said," said Indra.


Si botak cherised in fact respected Indra's opinion. Yet while the effort to inhale the suria's (a cigeratte) failed. Si botak gulped.


"One day you shall feel exactly how Mem Besar (mummy) feels."

Little si botak remained silent in protest.
"Kamu will realise how lucky you are to have Mem Besar nagging on you."

Little si botak said to himself. "Ah, i want to be independent, to be free from these naggings. I had enough!"

Si botak returned to the real world. Anak Uncle Sam's sweet voice filled the air yet again. Si botak smile. As the hand brought suria to the ash tray, si botak understand vividly now.


Si botak doesn't want the independence. Si botak wishes to hear anyone to nag and lecturing. Why?


Si botak is convinced. Every human shall be fooled by their own intelligence. Thus the Lord sent our loved ones as to guide us back to the best path. We should never count on the Lord to come down and takes our hand. That is why the Lord asks us to get to know each other and build relationships.


So, to Mem Besar, do nag. Si botak doesn't want the independence anymore!!! Happy Independent Day...
Aiyah, Manyak Lemah Sey!!! Alas, It's So Weak!!!

Si botak sedang berjeda (pinjam kata kata Syed Munawar, Di Luar Lingkungan) selepas berbuka puasa. Maklumlah terlebih minum air jadi perut agak meragam. Padan muka si botak, dah dipesan berkali kali, "jangan minum air banyak masa berbuka. Nanti kembung perut." namun si botak masih gagal mengawal keinginan yang meluap luap itu.


Telefon berdering.

"Botak, sudah habis makan?" Ah Chin (tak tahu nama sebenar atau bukan) bertanya. Beliau merupakan saudara yang si botak temui dalam alam ini, alam maya. Tak punya blog. Namun sangat gemar melawat laman laman blog. Jangan terperanjat, satu hari mungkin kalian akan sedar kehadiran Ah Chin di laman anda dengan kata katanya yang sangat telus (tak ada lapik lapik lagi :>)

"Gua ada ikut lu pi itu blog Lawyer Kementelian ???. Gua ada baca itu entry pasat gaji. Lu ada kasi komen dan ada pulak olang sudah marah marah."


Alamak! Nampak gayanya si botak terpaksa dengar Ah Chin berleter.


"Lu ah, kasi komen manyak bodoh wo! Apa lu cakap ada betul tapi ada juga salah. Ini problem ah, bukan orang gomen yang salah 100%. Mereka ada salah tapi salah yang paling besar itu SISTEM ma."

Si botak diam cuma. Kalau dengan Ah Chin, baik jangan menjawab. Nanti sampai sahur dia akan berleter.

"Kita sekarang ah, mahu sambut itu Hari Merdeka. 53 tahun. Tapi tengok kita punya gomen punya SISTEM. Tak penah berubah. Sama saja dari dulu sampai sikarang. Wa sudah lebih umur dari Merdeka. Wa masih tengok sama saja."

Si botak tetap diam. Maklumlah tona suara Ah Chin makin tinggi.

"SISTEM kita sangat teruk wo. Bukan saja gaji, apa apa tender punya bayar lambat jugak masuk. Lu masih lupa ah? Lu punya bayaran dari itu stesen TV mana ada lagi. Sudah berapa tahun ma?"
Si botak kagum. Ah Chin masih ingat bual bual kecil kami beberapa bulan lalu.

"Gua talak faham ini satu benda. Bila gomen jadi swasta ah, macam itu TNB, TELEKOM, tak ada pulak lagi ini problem wo. Ini pasat ah, gua tau, SISTEM itu yang ada problem ma. Gua malu wo, dengan wa punya sedara dari Singapore. Kita punya gomen ah, manyak ek, cakap ICT la apa la, tapi mau bayar duit olang manyak susah. Mau duit olang, manyak senang pulak, takda apa apa SG SG. Kita punya gomen punya SISTEM ah, aiyah, manyak lemah sey!!!

Si botak tersenyum panjang. Perbualan dah lama tamat. Namun kebenaran dalam ayat Ah Chin yang tunggang terbalik menyengat di takar fikir. Sampai bila kerajaan kita nak perbaiki perjalanan SISTEM PENTADBIRAN AWAM? Sampai bila rakyat nak kena tanggung semua KARENAH BIROKRASI?


.............................................................

Si botak is resting after break fasting. Drank for too much thus had to bear the uncomfortness of the tummy. Serve si botak right, how many times have been told, "don't drink for too much during break fasting. You might be bloated." Yet si botak still failed to curb the burning desire.

The phone rang.
"Botak, have you done eating? Ah Chin (not so sure whether the name is true or not) asked. He is one of the new aquaintainces that si botak stumbled upon in this world, the cyber world. Doesn't own any blogs. Still he loves visiting various blogs, Don't be surprised if one day you guys might stumble upon him in your blogs with his blunt words.

"I have followed you to
??? Ministry's Lawyer blog. You commented on one entry on payment and pissed somebody off"

Oh my! It seemed that si botak will have to listen to Ah Chin's lecture.

"You ah, gave a very stupid comment wo! What ever you said, has pro and con. This problem is not entirely the goverment servant's fault. They might be at fault yet it is the SYSTEMS that is so flawed ma."

Si botak remained silent. With Ah Chin it is better to be quiet and do not back talk. If not, he might be nagging till dawn.

"We now ah, is about to celebrate our 53rd Independence Day. Yet look at our government's SYSTEMS. Never been truly changed. It is still like years before. I'm much more older than the Independence Day. I couldn't help it but to conclude that it has not really changed yet."

Si botak remained silence. It was because Ah Chin's voice reaching the higher pitch.

"Our SYSTEMS is very bad wo. Not only the wages, yet any tenders' payment would be extremely late. Have you forgotten ah? You payment from a TV station is still no where to locate. How many years already ma?"

Si botak was impressed. Ah Chin still remember our little chat many months ago.

"I would never understand one thing. When any government agencies converted to be a private body, like those TNB, TELEKOM, this type of problem seemed to disappear. This is why i'm so sure that it is the SYSTEMS that has extremely serious flaws. I'm so embarassed wo, to my relatives in Singapore. Our government ah, is so pompous ek, proudly mentioning ICT la other fancy stuffs la, yet to pay other people's money is so difficult. When they want people's money, everything all of the sudden be so easy, there will be no SG SG. Our government SYSTEMS ah, alas, so weak sey!!!

Si botak smiled. The conversation had long ended. Yet the truth in Ah Chin's words lingers in si botak's mind. When will our government fix the flow of our PUBLIC ADMINISTRATION SYSTEMS? When will the people be free from the REDTAPES?
  • There was an error in this gadget

    Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter