Saudaraku... My Kins...

Takar Fikir Melimpah... Overflowing Mind...
Alhamdulillah. Akhirnya si botak dapat bergagah kembali. Sekalung untai budi dan kasih buat semua yang singgah dan mendoakan kesejahteraan si botak. Moga kalian juga akan diberkati serta dilindungi-Nya.


Si botak berhiatus seminggu lamanya. Sepanjang tempoh itu, si botak punya banyak masa untuk berfikir sedalam dalamnya mengenai pelbagai perkara. Si botak juga lebih mudah tersentuh dengan pelbagai isu yang hangat atau separa hangat kini.


Pertamanya si botak terkesima dengan sekelompok kecil saudara kita di seberang Selat Melaka yang ingin 'membersihkan' rakyat Malaysia daripada Tanah Sang Saka Merah Putih. Apalah sangat yang hendak dihebohkan tentang siaran di Discovery Channel itu? Kita tetap serumpun. Maka tidak dapat tidak, pasti ada persamaan budaya serta warisan antara kita. Bahasa kita hampir serupa, makanan kita juga begitu. Malah bila tiba bencana, pasti rakyat Malaysia yang akan bersungguh sungguh menghulur bantuan pada kalian. Redakan gelora di jiwa. Selimuti amarah kalian dengan tabir Ramadan yang sedang kita semua tempuhi ini. Nah! Kita sememangnya saudara seagama. Sama sama mengagungkan kalimah Syahadah. Jika ada yang terasa, ada yang terlebih mahupun terkurang, tegurlah dengan hikmah dan bukannya meng'ganyang' kami.


Si botak seterusnya menelan liur walau tekak tak kering bila terdengar pula hebahan umum mengenai seorang anak muda penjual suara dari negara tetangga kita nun di selatan. Khabarnya anak muda itu telah berkelaku sumbang dengan seorang anak gadis berbulu tangannya. Si botak bukan nak membela anak muda itu, namun betulkah cara kita ini? Dia seorang anak muda yang baru belasan tahun usianya. Pasti akan melakukan kesilapan demi kesilapan. Perlukah media kita hebahkan secara terang terang akan kesilapan itu sehingga menjatuhkan aibnya? Bukankah lebih manis jika kita sebagai orang yang lebih dewasa, menasihatinya dan memberi kesedaran padanya dengan cara yang lebih bijaksana. Berbaloikah menjatuhkan maruah anak muda yang baru setahun jagung itu hanya untuk melariskan jualan akhbar serta menarik lebih ramai pengunjung ke blog kita?


Akhirnya si botak hampir pitam mendengar laungan keras sahabat kita dari Legasi Kegemilangan Kalingga yang mahu mengalungi seorang negarawan yang banyak berjasa dengan kalungan selipar. Negarawan itu walau sebesar mana silapnya merupakan seorang orang tua. Kita warga Malaysia ini kaya dengan adap sopan. Wajarkah? Negarawan itu juga walau sebesar mana salahnya, telah banyak berkorban untuk kita selama ini. Beliau juga manusia biasa. Tak lari daripada kesilapan. Kita berkobar kobar ingin menuntut kebebasan bersuara. Namun bila terkena tamparan arus yang menentang kita melatah. Bersediakah kita sebenarnya untuk kebebasan suara yang mutlak?


Si botak tersenyum cuma. Sebagai manusia biasa kita tak akan lepas daripada melakukan kesilapan. Jika Yang Maha Tinggi yang menjadikan kita sanggup memberi pengampunan seluas lautan malah melimpah lagi, kenapa tak kita?


.......................................................................................


Praise be for the Lord. Finally si botak managed to gain strength yet again. The biggest gratitude for those who dropped by and prayed for si botak. May all of you be blessed and protected by the Lord.


Si botak was in hiatus for a week. During that period, si botak was blessed with plenty of time to think thoroughly on various issues. Si botak also proned to be affected by many current as well as not so current issues.


First si botak was stunned by a group of our kins across the Malaccan Strait whom really wanting to sweep off Malaysian from the Land of the Red and White Sang Saka (the name of the flag). What is the deal as shown in the Discovery Channel? We are still a family. Thus it is unavoidable yet to share equal practise of some heritages as well as cultures. Our languages are almost similar so do our foods. Furthermore, in the time of crisis, Malaysian would always be the one whom really trying to offer aid. Do cool down. Try to ease the anger with the arrival of our Holy Month of Ramadan. See! We are a family in religion. Together we have pledged and glorified the Syahadah. If there is any flaws, do wisely advise and not trying to 'ganyang (fight)' us.


Si botak was then gulped as hearing the sensational news of a young singer from our neighbouring nation in the south. It is said that the singer had been caught in the act with a girl with a thick armhairs. Si botak is not trying to defend that young singer, yet is our way of handling this issue correct? That singer is so young. That singer is bound to commit mistakes. Do our media have to publicly exposed it and put that teen in shame. Wouldn't it be much nicer if we as an adult try to advise that singer instead of smearing his honour. Was it worth it to put this teenager's name in mud as to sell newspaper or to draw more visitors to our blogs?


Finally si botak was almost fainted as a result of hearing the stern call of our dear friend, the descendant of the Great Kalingga's Legacy whom wished to put a garland of slippers to one of our greatest statesman. That statesman though how big his fault might be is an elderly. We, Malaysian known throughout the world as a people of great manners. Does it really necessary? That statesman though how big his mistakes might be is still the one whom had sacrifised a lot for us. He is also just a mere human. Could never be far away from flaws. We are so eager of wanting to taste the freedom of speech. Yet when we would encounter a different views we could not accept it and snapped. Do we really ready to face the absolute freedom?


Si botak smiles. As human we are bound to do mistakes one after another. If the Lord could grant us an endless retribution, why couldn't us?
12 Responses
  1. Maiyah Says:

    salam adik.. memaafkan kesilapan mmg baik dan buat kita tenang tak serabut.. selamat hari raya adik :D


  2. CT Says:

    Assalamu'alaikum Muha,

    Kalau sejak dari awal kita memperaktikkan seperti apa yang nak Muha katakan, iaitu tegur dengan berhemah…insyaAllah perkara begini tak akan terjadi. Ini tidak…malah kedua2 pihak saling memaki-hamun sesama sendiri. Mungkinkah kita akhir2 ini telah lupa (atau sengaja dilupakan) bahawa kita semua adalah serumpun malah ramai pula yang seagama. Seperti tabloid yang cenderung untuk mengaut keuntungan, ramai juga yang mengeruhkan lagi keadaan melalui blog2 mereka tanpa memikirkan akibatnya. A’uzubillahi min zalik. Just my 2 cents!


  3. Basuh Baju Says:

    org meminta maaf lebih mulia daripada yg menerima maaf.. :)


  4. Kay Says:

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1430H
    MAAF ZAHIR DAN BATIN


  5. Kay Says:
    This comment has been removed by the author.

  6. mOEha Aziz Says:

    salam kak maiyah,

    selamat hari raya juga... semoga kita terus dikurniakan kekuatan... :)


    salam aunty CT,

    anakanda juga sedang cuba untuk elak dr bertindak melulu tetapi cuba untuk berhemah... doakan agar anakanda berjaya ya... :)

    salam BB,

    itulah yg sebaiknya kan... tp memang tak mudah nak amalkan... moga kita semua akan saling ingat mengingati supaya akan terlaksana proses memaafkan itu... :)


    salam kak kay,

    selamat hari raya... :)


  7. abuyon Says:

    Mari, atas nama Tuhan yang agung
    dan rahman, kita hulurkan dua tangan,
    dan sejuta hati kita bersalaman dari
    denyutnya yang paling
    tenang dan dalam

    Selamat Hari Raya — dari kami sekeluarga
    Maaf zahir dan batin, nampak dan tak
    nyata, dari hujung ke hujungnya

    p/s: nak duit raya pak ajis .. pinta anak-anakku ..hehe


  8. abuyon Says:
    This comment has been removed by the author.

  9. Anonymous Says:

    salam moeha>>>

    slmt hari raya to u too:)

    p/s : dapatkah kita menemui titik perdamaian itu???sampai bila?


  10. salam singgah.

    satu entry yang ada byk cerita. menarik..

    sape la sibotak tu agaknya ye??

    selamat hari raya..


  11. salam singgah.

    satu entry yang ada byk cerita. menarik..

    sape la sibotak tu agaknya ye??

    selamat hari raya..


  12. mOEha Aziz Says:

    salam abuyon,

    duit raye??? adus... hehehe


    salam asilahmuhajer,

    salam kenal & salam aidilfitri... si botak bukan siapa siapa... hanya orang kecil yang botak... :)


  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter