Saudaraku... My Kins...
Si botak bersiar siar membalas kunjungan ke blog lain. Tertarik amat dengan satu blog yang cukup bersahaja. Entry terbaru di blog ini amat menyentuh jiwa si botak...
Kenapa ramai manusia yang tak berakal di luar sana? Sanggup melepaskan serakah pada anak anak kecil yang baru nak kenal dunia.
Si botak cuba nak memahami apa yang mereka rasa dan fikir. Namun tak mampu juga berlaku adil kerana tindakan mereka itu cukup tak berperikemanusiaan! Kita dah tangkap dan hukum malah hebahkan pulak foto foto serta klip video hukuman itu. Pesalah begini tetap juga bertambah. Mana silapnya? Mungkin manusia seperti ini sakit atau juga punya kelainan hormon.
Si botak berharap pihak berkuasa akan menjalankan satu penyiasatan pada skala besar untuk kita memahami fenomena yang tak kunjung habis ini. Yang Maha Kuasa benarkan perkara ini terjadi adalah sebagai sumber pelajaran buat kita. Kenapa kita nak biarkan saja masalah ini dengan menghukum sebilangan kecil kelompok manusia durjana yang tertangkap? Sedangkan masih terdapat ramai di luar sana yang masih berleluasa mencabul serta menganiaya anak anak.
Mungkin melalui siasatan teliti dan menyeluruh dari aspek psikologi, anatomi, aktiviti otak, kandungan hormon dan juga komposisi kimia dalam tubuh, kita akan mampu hasilkan satu suntikan, teknik kaunseling ataupun pil yang mampu kawal manusia bermasalah sebegini. Tak rugi malah bertepatan pula rasanya habiskan duit rakyat mengkaji permasalahan ini daripada membuat majlis majlis hiburan yang tak kunjung habis.
Si botak tak mampu lagi nak dengar kisah kisah penganiayaan anak anak. Mereka masih kecil dan hanya mahu menikmati dunia ini sebagaimana kita. Kita harus buat sesuatu kini. Sekadar mengecam atau menghukum nampaknya tidak membawa kepada penyelesaian. Kita harus fikirkan jalan yang lebih proaktif di dalam menyediakan dunia lebih selamat buat anak anak.
Si botak terbayang saat indah zaman anak anak. Kita semua alaminya dengan gembira dan seronok. Adilkah kita berdiam diri sedangkan anak anak sekarang dirampas peluang itu?..
.......................................................
Si botak visiting another blogs. Was very much attracted to one particular blog which is rather simple and plain. The latest entry there affected si botak entirely...
Why there are so many of these idiots out there? Willing to let their desires hurt innocent and naive children.
Si botak tried to understand how exactly these idiots feel or think. Yet it was a complete failure as their deeds are inhumane! We have reprimanded and punished them as well as showing the photos and clips of the executions to the public as to create awareness. Yet the pedophiles are increasing. What went wrong? May be these peoples suffer from an illness or hormones disorder.
Si botak is hoping that the authorities shall conduct an intensive investigation at a large scale as to help us fully understand this endless phenomena. The Lord blessed us with these as to provide us with an opportunity to learn and gain something out of it. Why we chose to let it go with just punishing a small group of these idiots whom manage to be reprimanded? Where else the truth is, there are many more out there freely and happily molesting and abusing children.
Maybe through this thorough investigations of psychological, anotomical, brain activities, hormones and chemical compositions of one's body, might lead us to a shot, new theraphy or maybe pills as to curb and help human with this problem. There is nothing to lose and it is surely the best way of spending people's money instead of wasting it as to conduct countless entertainment based events.
Si botak could no longer hear the sad stories of child abuse. They are still young and wish only to enjoy this world as much as we do. We have to do something. By just condemning and pushing seem no longer relevant let alone to bring us to solution. We have to be more proactive as to ensure a better world for our children.
Si botak remeniscing the happy moments of childhood. We went it through with joy and happiness. Is it fair for us to remain silent while our children are being stripped off that chances?..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam.. Ya Allah.. tak bleh ler nak tgk penganiayaan kat bebudak nih, org tu adalah sexmaniac.. cenderung pd bebudak.. dunia dah makin akhir
Salam Muha,
Mungkinkah hukuman yang diberi terlalu ringan sehinggakan tidak mendatangkan kesan? Entahlah…tapi rasanya bagi yang normal tentu tidak akan menyetujui perbuatan sebegini. Melihat videonya dah cukup membuat aunty merasa sebal. Kita patut kembali pada agama! A’uzubilahi min zalik!
Zaman kak e dulu - kami bebas bermain - ibu bapa juga tidaklah kisah sangat kan... TAPI lingkungan memainkan pernanan - saling menjaga sesama sendiri...
* Semoga Allah melindungi anak-anak dan keluarga kita dari perkara yang tidak diingini...
sedih dengar kisah2 camni. sedih bila bayangkan budak sekecil itu terpaksa menghadapi masa depan yang tak pasti.
Salam Moeha,
"salam Syawal yang jernih".
Salam,
Muha,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Apa yang dipaparkan oleh Nam Rom dalam filem pendek itu sebahagian daripada realiti masyarakat kini. Teringat kisah Nurin dan Pompeii. Kelompok penjenayah sebegini sebenarnya sakit mental!
Namun, apa yang sudah terjadi tidak dapat diubah. Asasnya ialah sistem nilai dan hidup keluarga itu sendiri. Rumahku syurgaku..
Anak itu amanah.....
...dan amanah itu juga bukan ringan untuk digalas....
Selamat Hari Raya MoEha....
Semoga berbahagia ...
سلامت هاري راي عيدالفطري
معاف ظاهير & باطين
كالاو اد ساله سيلڤ اتاو تركاسر بهاس
salam aidilfitri wat saudara sekelurga.entry Moeha kali ini menyentuh hati naluri keibuan saya. berdasarkan pengalaman saya, anak-anak ini naif tentang apa yang brlaku kepadanya..kasihan kepada anak-anak ini andai tiada tempat untuk mengadu..
inilah akibanya jika mmblakangkan hukum tuhan..
sampai manusia dah tak takot dgn apa saja kjahatan yg dibuat
basuh jgk org2 zalim camni..isk3
da sifat haiwan.. huhu.. tiada akal..
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
salam muha..apa kabar..lama plak tak call..harap sihat selalu ya
salam moeha...
sihat ke? nanti ada masa kita jumpa.
cikgu bila nak online?
salam muha, apa khabar?