Saudaraku... My Kins...

Sebuah Persahabatan
Burung lah kenek kenek
Terbang tinggi di awan,
Pesan lah datuk nenek,
Pandai pandai lah cari kawan....



....
Salah satu bait lagu rakyat Pahang yang dilagukan Pak Pin (Ariffin Said) berulang ulang di kamar fikir si botak selama dua tiga hari ini. Rindu benar pada Pak Pin dan suri hatinya, Kak Siti Hawa.


....
Apa yang menarik ialah bait pantun yang dilagukan itu. Datuk nenek kita sangat jauh pemikiran dan falsafah mereka. Tidak perlu mendaki puncak menara gading, mereka berfikir dengan wajar dan menyampaikan mesej dengan cara yang menarik.


....
Si botak agak tidak stabil dua tiga hari ini. Kesumba terlalu banyak tumpah dan gegar gegar batu jemala terlalu kerap, namun hati yang teruk bergoncang bila seorang sahabat menelefon memaklumkan perkahwinannya. Si botak sangat gembira buat sahabat ini, namun tercalar sukma pabila ayat ini dilontarkan...


"Maaflah tak jemput kau. Majlis aku ni majlis untuk golongan elit sahaja. Kau pun tahu kan siapa mempelai aku. Jadi tak sesuai nak jemput kau."


Talian dimatikan....


....

Burung lah kenek kenek,
Hinggap di atas bumbung,
Pesan lah datuk nenek,
Alah jangan lah laku sombong....


....
Sebuah persahabatan yang terbina bertahun tahun tewas akhirnya dengan pangkat dan kedudukan. Klise sangat bukan? Namun ini realiti yang cukup pahit untuk si botak telan....
Sesudah Sepekan......

Sesudah sepekan si botak tidak muncul. Ke kampung si botak pulang mengadap kedua batu jemala junjungan hati. Setinggi syukur buatNYA kerana kedua mereka sangat sihat dan berbahagia saja. :)


....


Sesudah sepekan si botak lari dari kecanggihan cetusan akal manusia. Ke kampung si botak berlari mendakap damai yang tak pernah terhakis. Setinggi syukur buatNYA kerana di sana tetap macam dahulu kala.


....


Sesudah sepekan si botak hilang dari kota penuh cabaran. Ke kampung si botak terbang mengejar cebis cebis mimpi yang kian carik. Setinggi syukur buatNYA kerana cebis cebis itu terkumpul di laman desa nan ditinggal.


....


Kini si botak timbul. Kini si botak kembali. Kini si botak melayang kemari. Dengan kantung yang kian kosong dek asakan emas hitam yang kian melonjak. Si botak yakin segalanya akan membuak buak. Namun si botak tetap yakin bahawa Yang Paling Pemurah akan tetap menaburi rahmat dan rezekiNYA.


....


Si botak tersentap juga dengan terjahan yang tiba tiba ini. Si botak bergaji tak mencecah 4 angka pun. Pasti akan tergugat dan berubah banyak perkara. Si botak membuak!


....


Apalah yang difikirkan oleh mereka yang diangkat jadi khalifah ini? Namun si botak sejuk apabila Mem Besar dan Encik Boss (Mama & Apak) titipkan pesan ini;


Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dalam hadis-hadis Baginda banyak menekankan mengenai amalan berjimat cermat, tidak membazir dan boros untuk diamalkan dalam kehidupan umat Islam, lebih-lebih lagi rasanya adalah bersesuaian bagi setiap kita mempunyai sikap sederhana dalam setiap tindak-tanduk termasuk berhemat dan berpada dalam perbelanjaan sehari-hari.


....


Si botak harap semua pakat pakat berusaha mengawal diri dan nafsu. Mari mohon padaNYA agar orang orang yang tak layak bergelar ketua diingatkanNYA. Biar mereka yang terlupa ini sedar bahawa amanah bukan perkara kecil.


....


Sesudah sepekan... Si botak kembali kini! :)

  • There was an error in this gadget

    Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter