Saudaraku... My Kins...
Sesudah sepekan si botak tidak muncul. Ke kampung si botak pulang mengadap kedua batu jemala junjungan hati. Setinggi syukur buatNYA kerana kedua mereka sangat sihat dan berbahagia saja. :)
....
Sesudah sepekan si botak lari dari kecanggihan cetusan akal manusia. Ke kampung si botak berlari mendakap damai yang tak pernah terhakis. Setinggi syukur buatNYA kerana di sana tetap macam dahulu kala.
....
Sesudah sepekan si botak hilang dari kota penuh cabaran. Ke kampung si botak terbang mengejar cebis cebis mimpi yang kian carik. Setinggi syukur buatNYA kerana cebis cebis itu terkumpul di laman desa nan ditinggal.
....
Kini si botak timbul. Kini si botak kembali. Kini si botak melayang kemari. Dengan kantung yang kian kosong dek asakan emas hitam yang kian melonjak. Si botak yakin segalanya akan membuak buak. Namun si botak tetap yakin bahawa Yang Paling Pemurah akan tetap menaburi rahmat dan rezekiNYA.
....
Si botak tersentap juga dengan terjahan yang tiba tiba ini. Si botak bergaji tak mencecah 4 angka pun. Pasti akan tergugat dan berubah banyak perkara. Si botak membuak!
....
Apalah yang difikirkan oleh mereka yang diangkat jadi khalifah ini? Namun si botak sejuk apabila Mem Besar dan Encik Boss (Mama & Apak) titipkan pesan ini;
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dalam hadis-hadis Baginda banyak menekankan mengenai amalan berjimat cermat, tidak membazir dan boros untuk diamalkan dalam kehidupan umat Islam, lebih-lebih lagi rasanya adalah bersesuaian bagi setiap kita mempunyai sikap sederhana dalam setiap tindak-tanduk termasuk berhemat dan berpada dalam perbelanjaan sehari-hari.
....
Si botak harap semua pakat pakat berusaha mengawal diri dan nafsu. Mari mohon padaNYA agar orang orang yang tak layak bergelar ketua diingatkanNYA. Biar mereka yang terlupa ini sedar bahawa amanah bukan perkara kecil.
....
Sesudah sepekan... Si botak kembali kini! :)
salam moeha,
lama tak singgah.. wah..rizal suka cara moeha susun ayat..
rizal pun harap begitu..agar si dia itu mengetahui akan amanah yang telah dipikulnya.
Yes! My adik botak is back hahaha!
Rindu weh!
sesudah sepekan balik pekan?.apa macam orang pekan? yeah berjimat dan sabar jalan terbaik sekarang ni.sememangnya emas hitam direbut-rebut manusia dari timur barat salah satu tanda akhir zaman.harap moeha baik-baik sahaja.
Salam,
Seronoknya dpt blk kampung. Refresh n reset.
Salam Muha,
Alahai adik ku yang handsome, semoga kembali mu ke alam maya ini, menceriakan diri ku, terima kasih :)
salam rizal,
betul betul betul... biarlah si dia dan godong2nya (rakan2nya) sedar akan amanah yang dipikul... :)
salam kak lily,
rindu kat akak jugak... :)
salam hakim,
org pekan ok ok aje... kita pun baik baik aje.. :)
salam kak amalina,
:)... yup definitely refreshed... bila nak balik sini?
salam ya akhi,
handsome ke... :"> apa pun i'm glad if my very existence makes u happy... :)
salam moeha,
wah, dah lama tak didengar perkataan "sepekan" dan "emas hitam".. Indah sungguh pemilihan bahasa Moeha nih. Owh, balik kampung rupanya.. hehe. Selamat Kembali :D