Saudaraku... My Kins...

Sebuah Persahabatan
Burung lah kenek kenek
Terbang tinggi di awan,
Pesan lah datuk nenek,
Pandai pandai lah cari kawan....



....
Salah satu bait lagu rakyat Pahang yang dilagukan Pak Pin (Ariffin Said) berulang ulang di kamar fikir si botak selama dua tiga hari ini. Rindu benar pada Pak Pin dan suri hatinya, Kak Siti Hawa.


....
Apa yang menarik ialah bait pantun yang dilagukan itu. Datuk nenek kita sangat jauh pemikiran dan falsafah mereka. Tidak perlu mendaki puncak menara gading, mereka berfikir dengan wajar dan menyampaikan mesej dengan cara yang menarik.


....
Si botak agak tidak stabil dua tiga hari ini. Kesumba terlalu banyak tumpah dan gegar gegar batu jemala terlalu kerap, namun hati yang teruk bergoncang bila seorang sahabat menelefon memaklumkan perkahwinannya. Si botak sangat gembira buat sahabat ini, namun tercalar sukma pabila ayat ini dilontarkan...


"Maaflah tak jemput kau. Majlis aku ni majlis untuk golongan elit sahaja. Kau pun tahu kan siapa mempelai aku. Jadi tak sesuai nak jemput kau."


Talian dimatikan....


....

Burung lah kenek kenek,
Hinggap di atas bumbung,
Pesan lah datuk nenek,
Alah jangan lah laku sombong....


....
Sebuah persahabatan yang terbina bertahun tahun tewas akhirnya dengan pangkat dan kedudukan. Klise sangat bukan? Namun ini realiti yang cukup pahit untuk si botak telan....
9 Responses
  1. Alex Madina Says:

    walau kaya atau pandai mana kita sekalipun, ada lagi yang lebih hebat dari kita. jangan lah berlagak sombong.


  2. cakapaje Says:

    Salam Muha Handsome,

    Dah nak bangun kerana Azan berkumandang, tapi nak juga baca. Dalam kumandang Azan ni saya do'akan, agar sahabat itu kesali kata dan perbuatannya, dan agar Muha diberi ganjaran 1,000 kali lebih baik. Bersabarlah, adik dan sahabat ku yang handsome ini :)


  3. Salam,

    Ish2.. Manusia ada pelbagai. Ada kalanya pangkat dan kebendaan lebih utama. Ada kalanya juga, kesenangan yang sementara lebih utama. Biar je lah, mungkin dia yang tak sesuai dengan moeha :)


  4. Anonymous Says:

    salam adik moeha

    i was wondering about you really. but i truly hope you are well and manageable. my prayers always for you. nice pantuns youve got there. how right the message is. friends are friends are for, always be with you in time of your saddest moments as well as you magical moments.
    You take care my little brother.


  5. Salam dik Botak,

    Itulah indahnya pantun dan keistimewaan orang dulu-dulu. Merela mendidik secara halus dengan berkias dan berpantun.

    Kawan ketawa dan lupa usul memang ramai dik. Jangan risau, Tuhan akan menggantikan kamu dengan teman-teman yang jauh lebih baik.

    ps: Semoga terus bertahan untuk kesumba yang tertumpah.



  6. arsaili Says:

    salam..terkilan betul bila melihat ada manusia yg berperangai begitu...sabar jer bro..ada lagi rakan2 yg layak di pangil kawan


  7. Kawan bernama sahabat memang payah nak cari.


  8. maafkan sahaja keterlanjuran sahabat itu...


  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter