Saudaraku... My Kins...
Si botak tewas dalam kelelahan. Walau dua hari dah berlalu namun masih terasa penatnya. Namun si botak terlalu bahagia bila dapat sama sama mencari keredhaan-Nya.
Sedar tak sedar, dah tiba 31 Ogos. Maka semua orang akan sibuk mengibar Jalur Gemilang, sibuk merempit, sibuk membeli kondom (takut dapat anak yang tak akan merdeka), sibuk nak tuntut itu dan ini, sibuk nak pijak pijak ciptaan Tuhan.
Si botak pun sibuk. Sibuk berbasa basi dengan Indra, Anak Uncle Sam. Macam macam perkara dibicarakan. Ada yang bersifat peribadi. Ada yang tergolong dalam kategori gosip. Macam macam ada lah.
"Kamu salah dan aku tak mahu terima apa yang kamu kata," ujar Indra.
Si botak hargai malah hormati pendirian Indra. Namun sedutan suria seakan tersekat. Si botak menelan liur yang tak wujud.
"Satu hari kamu akan rasa apa yang Mem Besar rasa."
Si botak kecil diam dalam merusuh.
"Kamu akan faham betapa beruntungnya kamu punya Mem Besar yang suka berleter ni."
Si botak kecil mengomel dalam diri. "Ah, aku nak merdeka dari leteran. Aku dah bosan!"
Si botak kembali ke alam nyata. Suara merdu Anak Uncle Sam berkumandang semula. Si botak tersenyum. Tangan menyua suria ke dasar tempat abu. Si botak faham kini.
Si botak tak mahu merdeka. Si botak mahu dengar sesiapa juga berleter dan mengomel. Kenapa?
Si botak yakin kini. Setiap insan akan sentiasa tertipu oleh kebijaksaan mereka. Maka Tuhan hantarkan orang yang sayangi kita untuk membimbing kita ke jalan yang sebaiknya. Takkanlah Tuhan nak turun sendiri dan bimbing kita. Maka sebab itu Tuhan suruh kita berkenal kenal dan membina ukhuwah.
Maka, buat Mem Besar, berleterlah. Si botak tak mahu merdeka lagi!!! Salam Merdeka semua...
...............................................................
Si botak was battered. Though it had been two days, still the fatigueness lingers. Yet si botak was so happy to be able to seek for the Lord's blessing in a group.
Without noticing, 31st August is here. Thus there would be many whom busy flashing the Jalur Gemilang, busy in illegal racing, busy buying condoms (as they are scared to produce unindependent child), busy claiming this and that, busy stepping on the Lord's creation.
Si botak was busy as well. Busy having a conversation with Indra, Anak Uncle Sam. A lot of stuffs were talked about. Some were personals. Some could be categorised as gossips. There were a lot lah.
"You are wrong and I refuse to accept what you have said," said Indra.
Si botak cherised in fact respected Indra's opinion. Yet while the effort to inhale the suria's (a cigeratte) failed. Si botak gulped.
"One day you shall feel exactly how Mem Besar (mummy) feels."
Little si botak remained silent in protest.
"Kamu will realise how lucky you are to have Mem Besar nagging on you."
Little si botak said to himself. "Ah, i want to be independent, to be free from these naggings. I had enough!"
Si botak returned to the real world. Anak Uncle Sam's sweet voice filled the air yet again. Si botak smile. As the hand brought suria to the ash tray, si botak understand vividly now.
Si botak doesn't want the independence. Si botak wishes to hear anyone to nag and lecturing. Why?
Si botak is convinced. Every human shall be fooled by their own intelligence. Thus the Lord sent our loved ones as to guide us back to the best path. We should never count on the Lord to come down and takes our hand. That is why the Lord asks us to get to know each other and build relationships.
So, to Mem Besar, do nag. Si botak doesn't want the independence anymore!!! Happy Independent Day...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Moeha Aziz,
"tatangilah harga kemerdekaan ini dengan cara terbaik buat diri kita sendiri".
Salam MoEha;
.....kekadang sebal melihat anak-anak muda itu...megusung bendera (dan anak dara)ke sana-ke mari...seperti merekalah yang telah membunuh komunis dulu...sedang 'apa itu merdeka', tiada dalam kotak penghayatan....
Begitulah bangsaku...
Salam Moeha;
salam emrdeka wat Moeha juga.
cuma,kadang2 tak mengerti mengapa pengertian merdeka tidak dihayati.
moeAziz,
aku pun taknak merdeka.
huhuhu.
anyway.
selamat ulangtahun kelahiran Malaysia ke 52.
salam kenal.. si botak ni kene gi wat rambut bagi tumbuh :D
Salam,
Muha,
Wah, si botak dan kretek Suria... Oh ya semalam di kampungku para mat rempit menyambut Hari Kemerdekaan dengan membingitkan telingaku oleh deruan ekzos mereka. Mujur bulan puasa, kalau tidak sudah kena penangan lastik aku!
"sibuk membeli kondom (takut dapat anak yang tak akan merdeka)" lawak ayat tu....
selalu singgah tetapi baru kali ni komen. saya ni tak reti mengomen tapi pandai mengomel mcm mem besar juga.. he he he.
apapun dah 52thn kita merdeka....
masih ramai yg belum merdeka.
aku tak kisah apa org nk ckp pasal malaysia tp apa yg aku tahu, aku dah cukup bersyukur dilahirkan sbg anak malaysia...
sekurg2nya kita masih blh mncapai nikmat kemerdekaan jika nk compare dgn palestin yg ari-ari hidup brmndikan darah dan kkjaman manusia bangsat!!!
sekurg2nya..hargai lah pejuang2 tanah air kita!
jgn kerana perilaku org sekarang kita lupa dari mana asalnya kita:P
Salam,
"Namun sedutan suria seakan tersekat."
Lama dah kami tak menghidu bau 'Suria'...sesekali rindu juga... tapi kalau boleh 'tak mau jumpa lagi'
Anyway auntie setuju dengan apa yang ditulis oleh areQue. Macam auntie nie lagi cedih 'terkeluar' kat ceberang cementara adik2 auntie cemua keluar kat M'sia huhuhu tapi dalam hati ini sometimes is more Malaysian than a Malaysian!
merdeka? terpulang cara kita tafsirkan..
ps: mengkritik malaysia bukan kerana membenci malaysia ttp krn sygkan negara.. :)
salam mOEHa,
Merdeka - kita menafsirkannya
dengan cara sendiri
Namun yang hakiki, kita benar merdeka bila nyawa terpisah dari
tubuh menemui kembali
Tuhan alam semesta
__
Gambar - batal puasa korek
telinga :)
syukur tahun ni sambutan kemerdekaan dalam bulan puasa. kalau tak, mesti banyak sambutan yang menjurus ke bentuk2 hiburan.
sebab tu anak muda sekaraang tak dapat hayati erti kemerdekaan. sebab bagi mereka, kemerdekaan tu untuk hepi2 je.