Saudaraku... My Kins...

Terkenang - Kenang (3)... Reminiscing (3)...


Sewaktu senja mula bertandang semalam, si botak sibuk benar mengatur juadah tak seberapa. kali pertama dalam tahun ini berbuka puasa, si botak mahu segalanya sesempurna mungkin. Si botak tinggal di bawah satu bumbung dengan 4 orang bujang. Namun si botak mahu kekalkan budaya 1keluarga di teratak ini.




Laungan azan mula berkumandang. Si botak dan semua mula melegakan asid dalam perut dengan memakan kurma. Amin tetiba bersuara,"Eh, kenapa Anak Pakcik Budin tak sama sama makan?" ( Amin merupakan ahli baru keluarga kecil kami)


Anak Pakcik Tan menjawab,"Dia kan tak puasa sebab sakit. Jadi dah jadi kebiasaan di rumah ini, siapa yang tak puasa hanya akan makan selepas orang berpuasa berbuka."


............................................................


"Yang. kamu tak puasa kan?" soal Mem Besar.

Si botak kecil mengangguk.


"Jadi bila berbuka nanti, kamu tak boleh makan sama sama dengan semua orang."


"Kenapa? Ini tak adil!" Si botak kecil membentak.


"Sekarang bulan apa?" soal Mem Besar, lembut.


"Bulan puasa lah!" Si botak kecil membalas, keras.


"Yang puasa tak?"


Si botak kecil terdiam.


"Kan tak adil bagi semua orang kalau kamu makan sekali. Kamu tak puasa. Tak tahan lapar dahaga sepanjang hari. Bagilah orang yang penat puasa berbuka dulu ya. Esok, kalau berbuka sama sama, kita puasa sama sama ya?" Mem Besar tersenyum.


..............................................................


Si botak menggapai sebutir kurma lagi. Disua ke mulut. Ditelan tak lepas, dibuang tak tergamak. Rasanya masin tak manis. Si botak tersedar, air mata mengalir membasah kurma di tangan. Terkenang kenang...


...................................................................


As the sun went down yesterday, si botak was so busy preparing the best meal though not as extravagant as others'. First time to break fast this year round, si botak wished everything should be as perfect as it could be. Si botak lives with 4 other bachelors. Yet si botak wants to instil 1family culture in this humble hut.


The call for prayer resounded. Si botak and the rest started to ease the acid in our tummy by eating dates. Amin suddenly said,"Eh, why Anak Pakcik Budin doesn't eat?" (Amin is our new member of the family)


Anak Pakcik Tan answered,"He didn't fast for he's ill isn't it. So, it is a custom in this house, whomever didn't fast would only be eating after everybody else do so."


............................................................


"Yang. you didn't fast isn't it?" asked Mem Besar.


Little si botak nodded.

"So, during the time for break fasting, you couldn't eat together with everybody else."


"Why? This is unfair!" Little si botak sulked.


"What month is this?" asked Mem Besar, softly.

"It is fasting month!" little si botak replied, harshly.

"Did you fast?"

Little si botak didn't say nothing.


"It would be unfair isn't it for others if you join us during the break fasting. You didn't fast. Didn't have to hold your hunger and thirst all day long. Let those who do so break their fast first ya. Tomorrow, if you wished to join us, let us together fasting ya?" Mem Besar smiled.


..............................................................


Si botak reached for another dates. Put it in the mouth. Couldn't swallow it, feel bad to throw it. It was salty not sweet. Si botak came to senses, tears had soaked the dates in si botak's grasp. Reminiscing...
6 Responses
  1. Anonymous Says:

    salam moeha>>>>

    nizam demam kew???ciannya...tak baik tak ajak die makan sekali..kahkah kah..

    kome ni org pekan ke moeha????


  2. mOEha Aziz Says:

    salam areQue,

    haah... dia demam... mula2 suspek h1n1... pastu bila check kali kedua rupa rupanya denggi...

    dia dah makan siang hari... bio dia makan lambat.. hehehe :P

    saya memang org Pekan... :)


  3. CT Says:

    Salam mOEha,

    auntie datang menjenguk lagi...hope semuanya OK...take care ya?


  4. Adliff Says:

    Salam,

    Muha,

    Berbuka dengan rakan serumah memang seronok kalau kita diperantauan. Dulu semasa duduk di Sungai Dua, Pulau Pinang, kami pakat-pakat ke masjid USM sahaja untuk berbuka. Sebulan jimat belanja! :)


  5. umi_e Says:

    selamat meneruskan ibadah puasa...

    * setiap datangnya Ramadhan pasti ada peristiwa yang akan terlerai dari lipatan kenangan...


  6. salam ramadhan.. ku skodeng jap.. pandai ek kamu menulis.. hehe..


  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter