Saudaraku... My Kins...
Pekerjaan Untuk OKU di Malaysia-Realiti atau Konspirasi?.. Disabled's Employment in Malaysia-Reality or Conspiracy?..
mOEha Aziz
Si botak bermalas malas malam semalam. Agak kecundang menerima ujian-NYA. Maklum sajalah, cuaca tak menentu. Maka sekujur tubuh si botak turut jadi tak menentu. Sedang asyik melayan lagu lagu Datuk Sharifah Aini, tiba tiba telefon menjerit. Kuss semangat, nyaris tak kena serangan jantung. Hehehe...
"Assalamualaikum si botak, Y (bukan nama sebenar) ni."
Si botak dan Y berbasa basi.
"Si botak, saya sedang kecewa," ujar Y, lemah.
Si botak bertanya apa yang telah terjadi. Buat pengetahuan semua, Y adalah seorang anak gadis yang dianugerahi-NYA dengan CP (Celebral Palsy). Namun kini sedang bertungkus lumus mendapatkan ijazah sarjana dan bekerja sebagai pegawai tinggi di Jabatan Pembangunan OKU, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Si botak, saya dapat amaran pertama daripada Kepala Besar JKM. Saya selalu sangat sakit sakit kebelakangan ini. Si botak faham bukan? Cuaca tak menentu. Maka saya terpaksa ambil cuti rehat. Maka itulah yang menjadi isu sekarang."
Semestinya si botak mengerti. Y terpaksa mengembara lebih daripada 15km sehari untuk ke tempat kerja. Y terpaksa daki tangga yang tinggi tinggi setiap hari. Y terpaksa pula bahagi masa untuk belajar setiap hari.
Si botak berbahagia dulu. Sewaktu Y diambil bekerja di jabatan itu. Ia merupakan satu kejayaan buat warga OKU. Dilantik menjadi pegawai tinggi. Namun si botak tetap risau. Kenapa? SI BOTAK RISAU KALAU KALAU SEMUA ITU HANYA SATU KONSPIRASI. KONSPIRASI UNTUK MENGANIAYA Y DAN OKU LAIN.
Si botak dapat bayangkan kini. Semua pegawai pegawai tinggi melayut di jabatan itu sedang berbincang sambil gelak gelak. "KITA MEMANG TAK BOLEH AMBIL OKU BEKERJA. TENGOK Y, TAK MAMPU NAK BEKERJA. ASYIK SAKIT."
Si botak juga kecewa. Pegawai pegawai tinggi melayut di jabatan itu tak faham faham. OKU bukan macam kalian. OKU ada limitasi tersendiri. Kalian juga kadang kadang bisa bisa tubuh dan demam. OKU bisa bisa tubuh setiap hari. Y bisa bisa tubuh setiap hari. Jadi jika OKU terpaksa berehat, ini adalah kerana bisa bisa tubuh itu telah berganda.
Si botak kecewa. Pegawai pegawai tinggi melayut di jabatan itu tak faham faham. OKU juga merupakan sumber Modal Insan Negara! Namun, perlu ada perancangan teliti di dalam penempatan OKU di mana mana jabatan mahupun bidang pekerjaan. Ini adalah kerana OKU lebih sensitif terhadap persekitaran dan mudah terjejas dengan iklim mahupun pencemaran.
Si botak malas nak cakap banyak lagi. Pegawai pegawai tinggi melayut di jabatan itu sebenar sangat mengerti semua ini. Mereka cuma tak mahu faham. Maklum sajalah, adik bongsu mereka, sepupu sebelah mak mereka atau mungkin anak anak ikan mereka dah nak tamat sekolah. Jadi, baik singkir OKU dan gajikan kroni mereka. (Salah seorang pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Pekan juga mempunyai kakak yang menjadi Timbalan Pengarah di Jabatan Pembangunan OKU)
BERHENTILAH MENGANIAYA OKU!!! SESUNGGUHNYA KAMI ADALAH UJIAN TERHADAP KALIAN YANG SEGAR BUGAR!!! JAWABLAH NANTI KALIAN BILA BERHADAPAN DENGAN YANG MAHA MENGETAHUI!!!
..............................................................
Si botak being lazy for last night. A bit battered in dealing with THE LORD's trials. As the wheather is in chaos. So is si botak's body turn to be. While listening to Datuk Sharifah Aini's songs, all of the sudden the phone rang. Phew... luckily didnt get cardiac arrest. ...
"Assalamualaikum si botak, Y (not a real name) here."
Si botak and Y making conversation.
"Si botak, i'm so frustrated," said Y, weak.
Si botak wondered what had taken place. For those who read this entry, Y is a girl blessed with CP (Celebral Palsy). Yet now she is struggling doing her Master Degree and working as a high officer in The Disabled Development Department, Welfare Department (WD).
"Si botak, i received a first warning from the Head of WD. I'm in pain lately. Si botak understands right? The climate is unpredictable. Thus i had to apply for medical leaves. That seems to be the issue now."
Si botak would definitely understand. Y has to travel over 15km daily to get to work. Y has to climb many staircases as to reach her office. Y has to balance her time for her study also.
Si botak used to be so happy. When Y was hired to that department. It was a breakthrough for the disabled in Malaysia. Hired as a high officer. Yet si botak was also very much worried about it. Why? SI BOTAK IS WORRIED THAT ALL THESE WOULD TURN TO BE A CONSPIRACY. A CONSPIRACY AS TO SURPRESS Y AND OTHER DISABLED.
Si botak could imagine. Other high officers there now would be in a meeting and laughing. "WE COULDNT AFFORD TO HIRE A DISABLED. LOOK AT Y, COULDNT EVEN WORK. ALWAYS ILL."
Si botak is disappointed. Those high officers in that department seem not to get it. A disabled is nothing like you guys. A disabled has his/her own limitation. You guys would be in pain and have a fever once in a while. A disabled is in pain daily. Y is in pain daily. So, if a disabled had to apply for rest, it means the pain had multiplied.
Si botak is sad. Those high officers in that department seem not to understand. A disabled is also a source of National Human Capital! Yet, there should be a careful planning as to locate any disabled to any department or work fields. This is mainly because a disabled is more sensitive to environment and prone to be afffected by climate as well as polution.
Si botak doesnt want to say much. Those high officers in that department actually understand perfectly of all these. They just choose not to understand. The reason is so simple, they might have a younger brother/sister, a cousin or even their younger secret lover whom just finished school and jobless. So better get rid of a disabled and hire their crony instead. (In fact, one of the officer in Pekan's Welfare Department happens to have an elder sister who works as an Assistant Director in the Disabled Development Department)
DO STOP SURPRESSING THE DISABLED!!! WE ARE ACTUALLY ONE OF THE BIGGEST TRIALS PREPARED BY THE LORD FOR ALL OF YOU WHO ARE AS HEALTHY AS A HORSE!!! YOU SHALL ANSWERS EVERTHING IN THE HEREAFTER WHILE QUESTIONED BY THE LORD, YOU WILL!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam
Adik Botak, terima kasih kerana kamu masih menulis begini.
Entri yang bagus.Kakak sudah putus asa, rasa macam curah air ke daun keladi saja
Selamat berjuang adik dan selamt berpuasa. Nanti kita berbuka sama-sama ya!
Salam sayang untuk kamu dan Nizam.
moe,
sebak plak aku baca entri ko ni.
tapi memang betul apa yang ko cakap.
especially bab 'gajikan kroni' mereka tu.
walaupun aku takda saudara-mara oku yang bekerja di agensi kerajaan.
tapi.
aku rasa perkara yang ko cakapkan tu.
ada rasionalnya.
man jadda wajjada.
salam.... banyakkan bersabar...
* kadang-kala hati seperti berdoa semoga mereka yang tak faham atau buat2 tak faham diberikan ujian yang sama (barulah mereka dapat merasakan dan memahaminya)
Salam,
Dear Muha,
Please be patient, insyallah dalam tiap-tiap kesusahan pasti ada kemudahan..
salam moeha>>>>
rq rasa terkejut dan sedih giler baca entry ko ni...
bangsat n lahanat punya ORG JKM tue..
OMG! is this what we called a human being???
aku tak sangka org keje JKM brperangai seburuk itu..konon jaga kbjikan msyarkat as a whole tp tak praktiskan pon dlm amalan seharian...
sumbat je depa ni dlm tong sampah!!!buang trus! org mcm ni tak layak dok JKM!!!
boleh aku tahu JKM mana???
ko tau kan JKM bwh kmnterian wanita???
Nanti aku akan bawak isu ni ke our ministry..
i'm the lawyer in this ministry..
n aku akan cbe buat sesuatu utk mngkuk2 tue..byk lagi prasarana d tmpt kje tak ada...susah kwn awak tue
teringat masa aku hadir di program brsama dato seri sharizat n she said, "our ministry jaga kebajikan orang, tapi kita lupa utk jaga kebajikan pekerja2 kita sendiri dan smg ini semua dpt dperbetulkn..."
thnks a lot for telling this moeha...
sabar la..hanya Allah je yg mampu bg hidayah pd mereka...
Salam,
selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1430H - mohon maaf jika ade kesalahan.
(^_^)
Assalamu'alaikum. May Allah Blessing & Forgiveness Be Upon Us This Ramadhan Karim. Thanks For Dropping My Page...I'm Honored!
salam kamoo~
hope feeling better ;)
btw~
bersabar la..it is not that org tinggi malayut tuh takmo tolong kot. just they need more KNOWLEDGE.
hehe..
terkadang kita seakan menyerah pada takdir... merasa diri paling malang di dunia ini, namun hakikatnya kita sama biarpun laluannya berbeza.
Orang-orang tinggi melayut sombong ego memang macam tu... berdoa sahaja biar mereka jatuh menyembah bumi baru tahu hidup ini ibarat putaran roda.
Salam anakanda,
Ayahanda pernah bekerja dengan Kerajaan suatu ketika dahulu dan faham benar akan sikap sesetengah manusia yg sombong dan bongkak seperti yg anakanda nyatakan.Byk kenangan pahit bila bertemu manusia jenis itu. Semoga mereka yg zalim akan menerima pembalasan setimpal daripada Allah Azza wajalla.
Selamat berpuasa anakanda.
salam kak lily,
tak usah berterima kasih kak... ini untuk kita dan anak cucu kita di masa mendatang... kalau pun daun keladi tu mereka salut lilit, kita curah asid hidroklorik... hehehe
salam rol,
nak buat macam mana... diaorg ingat diaorg ada kuasa... :)
salam umi_e & aliff muhammad,
terima kasih atas doa serta nasihat
salam areQue,
oooo... loyar KPWKM ya... goncangkan minda mereka di sana... goncang juga hati mereka...:P
salam kak kay & CT,
salam ramadan jugak...
salam ryz4l,
diaorg ada byk knowledge... siap pegi jepun tiap2 tahun pakai duit rakyat belajar tentg ilmu membantu OKU... cuma masalah hati je yg tak terbuka buka lg...
salam misz,
terima kasih atas doa dan dorongan...
salam ayahanda PenaBahari,
terima kasih atas perkongsian ilmu serta pengalaman... :)
Hi, Botak~
Maafkan saya sekiranya Ada silap salah Dan Kasar bahasa. Nama saya Sarah .dan sorry ya sebab gelar anda sebagai Botak. Sila betulkan saya bagaimana untuk menggelar anda. boleh saya dapatkan email address anda? Sebab Ada banyak Soalan mengenai hak oku ingin saya tahu Lebih lanjut. email saya t10vipsarah@gmail.com.terima kasih Dan harap boleh dapatkan respond anda.
Visit Us Here