Saudaraku... My Kins...

Babi Yang Selsema, Manusia Yang Mati... Pigs Having Flu, Man Dies...


Memang si botak tahu. Bukan babi yang kena selsema. Namun si botak hanya terfikir sesuatu. Babi. Semua orang cuba elak guna perkataan ini. Dah memang haiwan yang satu ini namanya babi. Habis nak guna nama apa lagi. Memang ada 'khinzir', namun bahasa asal yang kita guna adalah babi. Teruskanlah guna. Kenapa kita suka mewujudkan kesusahan pada diri sendiri?

Babi adalah ciptaan-NYA. Kita juga ciptaan-NYA. Ia haram dimakan oleh Muslim dan juga Yahudi. Adakah ini bermakna kita harus terlampau hinakan ia? Arak juga haram bagi Muslim. Namun kita masih boleh berkompromi dengannya. Masih terdapat banyak iklan iklan arak di dada akhbar juga di layar panggung. Si botak terfikir cuma...

Si botak juga terfikir akan satu fakta yang menakutkan. Selsema kali ini makin mengganas. Sudah berapa nyawa tumpas di Malaysia cuma. Di seluruh dunia sudah tak terbilang dengan jari. Si botak hairan memikir semua orang masih terlalu santai seolah olah tiada apa yang berlaku di sini. Pihak pemerintah juga masih ternanti nanti. Menanti apa si botak tak pasti.

Mungkin perlu ada kematian pada kadar tertentu, 100 mungkin, 1000 mungkin, (seolah nyawa seorang manusia atau 14 tu terlalu murah dan tak penting) baru ianya akan ditangani? Susah sangat ke nak agihkan topeng muka atau pencuci tangan percuma kepada rakyat? Mengapa tiada pula mana mana pihak yang mahu tampil berbuat sedemikian? KONDOM percuma untuk galakkan SEKS RAMBANG bersepah sepah pula.

Si botak juga tertawa sendiri pabila di layar TV, kepala negara mula bermain politik dengan isu nyawa ini. "Kita melihat penularan virus ini semakin berleluasa. Kita perlu memikirkan langkah seterusnya menanganinya seperti mengharamkan sebarang perhimpunan di tempat awam" Hahaha... Sedang 14 nyawa (mungkin banyak lagi) dah tumpas, khalifah kita masih mahu gunakan isu H1N1 ini untuk menghalang protes yang hangat kini di jalanan. Si botak tak memilih pihak. Sekadar tercuit hati kecil ini melihat betapa bijak pemimpin pemimpin kita mempolitikkan segala galanya.

Entahlah. Apa yang si botak fikir adalah virus ini merupakan satu peringatan tegas buat kita semua. Kenapa disebarkan oleh babi? Kenapa juga orang yang tak makan babi turut dijangkiti? Si botak yakin ini adalah cara YANG KUASA untuk memberi amaran supaya kita semua berhenti.

Berhenti memakan rasuah! Makan suap adalah haram, makan babi pun haram.

Berhenti juga memakan riba! Makan riba haram, makan babi pun haram.

Berhenti makan hasil curi! Makan barang curi adalah haram, makan babi pun haram.

Berhenti memakan hasil titik peluh orang! Makan hasil usaha orang adalah haram, makan babi pun haram.

Berhenti makan mewah mewah bila mak bapak di rumah kelaparan! Makan sambil aniaya mak bapak adalah haram, makan babi pun haram.

BERHENTILAH MAKAN APA SAJA YANG HARAM!!!

........................................................................................................

Si botak is fully aware. Is not the pig which was infected by the flu. Yet something across si botak's mind. Babi (pig). Everybody tries their very best of to avoid using this word. It is known as babi. Thus, what other name should be used? Yes, there is 'khinzir' yet ever since the days of our forefathers, babi has been used. Then use it. why we must make everything so complicated?

Babi is THE LORD's creation. We are THE LORD's creation. It is forbidden to eat for the Moslems and the Jews. So, is this give us the freedom to truly despise it? Alcohol is forbidden for the Moslems. Still we are compromising with it. There are alcohol advertisements in newspapers as well as in the cinema. It just across si botak's mind...

Si botak also couldn't help to think of this frightening fact. This flu is on the loose. There were so many casualties in Malaysia alone. Throughout the world the death tolls are alarming. Si botak wonders why Malaysian seem not to be bothered as if niothing happens. The government seems to be waiting. Si botak just not sure waiting for what.

There should be certain amount of death, maybe 100, maybe 1000, (as if one life or maybe 14 are too expensable and not so important) then would this crisis be taken care of? Is it so hard to give away free facial mask and hand sanitiser? Why there is no other party to do so? Whilst free CONDOMS in accordance to encourage RANDOM SEX is piling up.

Si botak couldn't help yet to laugh out loud when on TV, head of our nation began to politicise this grave issue. " We saw this spreading of this virus is so alarming. We need to come out with the next steps as to deal with it such as banning public gtahering" Hahaha... While there were already 14 lifes already spared (there maybe more), our leader still wishes to use this H1N1 as to crush the recent public street protest. Si botak chose not to pick any sides. Just humoured to learn that our leaders wisely politicising everything.

What to say. Si botak strongly believes that this virus is a stern reminder for us all. Why it is spread by pig? Why those who didn't eat pork also bound to be infected? Si botak is certain that this is THE LORD's unique way of warning us all to stop.

Stop bribery! Bribery is forbidden, eating pork is too.

Stop riba! Riba is forbidden, eating pork is too.

Stop stealing! Eating stolen stuffs are forbidden, eating pork is too.

Stop taking advantage on others! Eating something that others work for is forbidden, eating pork is too.

Stop lavishly living while your parent is starving! Eating while your parent is starving is forbidden, eating pork is too.

STOP EATING ANYTHING THAT IS FORBIDDEN!!!
1 Response
  1. a Says:

    moe,
    setuju dengan pendapat ko.
    aku pun tergelak jugak dengan isu h1n1 dengan perhimpunan tu.
    siot je government.
    suka je menggunakan isu politik.
    geram pun ada.
    tenggelamkan je bumi Malaysia.
    senang.
    takde lagi rasua, riba, zina, penganiayaan, seks bebas dll.


  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter