Saudaraku... My Kins...

Berat Nian Bahu Menggalas... The Load Is Unbearable...


Berat nian bahu menggalas. Itulah yang cuba si botak kongsi pada kali ini.

"Apa yang digalas?" "Takkanlah berat sangat?" Itu reaksi yang sering si botak dengar dari sekeliling.

Si botak bukan Superman! Si botak juga langsung tak sama dengan Badang! Si botak tak mungkin jadi Hercules!

Cetusan ini meletus saat si botak mendengar Luah Rasa Kak Lily .

"Kau botak tampak gembira sepanjang masa." " Kau botak senyum selalu." " Kau botak badannya makin tembam." Itu reaksi yang sering si botak dengar dari sekeliling.

Si botak bukan Joker! Si botak langsung tak sama dengan Sang Semar! Si botak tak mungkin jadi Muse!

Kekadang si botak tertanya. Perlukah si botak hamburkan segala apa yang digalas? Mungkin kemudian baru ada yang akan mengerti.

"Kau botak perlu tolong aku kali ini." "Kau botak harus bersama aku dan selesaikan tugas ini." "Kau botak mesti boleh tamatkan derita aku ini."

Si botak bukan Berkira! Si botak langsung tak Penting Diri! Si botak cuma Terkedu, bila si botak Menggapai, tak ada tangan yang Menyambut!

Kekadang si botak tersentuh. Perlukah si botak mengemis? Mungkin kemudian baru ada yang akan mengerti.

Si botak hanyut kini. Tepian langsung tak kelihatan. Bayu langsung tak berhembus. Si botak sendiri di samudera nan tak berpenghujung...

......................................................................................................

The load is unbearable. This is what si botak is trying to share.

"What is it that you're carrying?" "Could it be that heavy?" These are common reaction si botak is getting.

Si botak is no Superman! Si botak is definitely not Badang! Si botak will never be Hercules!

This entry is a result after si botak heard Kak Lily's Entry .

"You botak seem happy all the time." "You botak smile most of the time." "You botak is getting more chubby." These are common reactions si botak is getting.

Si botak is no Joker! Si botak is definitely not Sang Semar! Si botak will never be Muse!

Sometime si botak wonders. Does si botak need to let everything out? Maybe then somebody will understand.

"You botak have to help me this time." "You botak have to be with me to solve this chores." "You botak must be able to end this misery of mine."

Si botak is not being Calculative! Si botak is not at all Selfish! Si botak is just Speechless, when si botak is Gasping, there is no hand Holding It!

Sometime si botak is touch. Does si botak need to beg? Maybe then someone will understand.

Si botak is drifting. There is no sight of shore. The wind is gone. Si botak is all alone in this ocean without an end...
6 Responses
  1. Penabahari Says:

    Sdr mOEha Aziz,
    Saya hanya dapat berdoa semoga apa jua yg mengungkung rasa dapat sdr hadapi dengan penuh keyakinan.


  2. Water Lily Says:

    Adik Botak,
    Bersedih tidak salah, berikan ruang untuk rasa itu. Berikan juga limitasi waktu. :)


  3. moe,
    emmm.
    sori ye moe.
    aku tau aku bukan kawan yang baik.
    p/s: nanti aku nak g lawat umah ko tau.


  4. mOEha Aziz Says:

    salam penabahari,

    terima kasih atas doa... amin


    salam kak,

    terima kasih sb faham n bg support... sayang kat akak

    salam rol,

    kau kawan yang baik... Pssst.. entry ni ditujukan pd hanya segelintir...


  5. Nani Says:

    Salam Muha,

    Sebak baca entri muha kali ni. Saya pun bukan kawan yang baik...huhuhu..

    Masa bukak blog muha tadi teringat fisrt day puasa tahun lepas kita buka puasa sama-sama. nak bukak puasa sesama lagi tak taun ni? kalau tak sempat on the first day, maybe another day. saya buat puding roti lagi ya... muha mau?


  6. moe,
    hehehe.
    aku tahu.
    tapi aku takdela sebaik mana.
    huhuhu.


  • There was an error in this gadget

    Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter