Saudaraku... My Kins...

Anugerah... The Gift...
Tiga bulan lebih. Sembilan puluh lima hari jika mahu dinyatakan secara terperinci. Si botak membisu. Terlalu banyak kisah yang ditempuh, sehingga tak terluah kini. Apa yang penting si botak dah kembali.


Si botak ingin berkongsi ANUGERAH ANUGERAH yang si botak terima dari-NYA. Pertamanya, si botak telah diundang oleh Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsum, untuk mengadap baginda pada 4 Ogos yang lalu. Baginda sangat ramah malah telah mencemar duli bersusah payah menyediakan juadah minum petang buat si botak, Nizam dan Kekanda Tikus. Segalanya bermula dengan satu panggilan telefon oleh YM Tengku Dato' Laily Masturah bt Tengku Dato' Hussain, yang lebih mesra dipanggil Enda Tik oleh si botak. (Maaf Enda, tak sempat merakamkan foto)


Enda Tik merupakan seorang kerabat Diraja Negeri Pahang (pangkat sepupu dengan KDYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah). Beliau merupakan seorang bekas pendidik dan kini aktif dengan kerja kerja kemasyarakatan malah beliau juga merupakan aktivis budaya yang cukup berbakat. Si botak telah dibantu Enda Tik sedari mula si botak mula menerima ujian ini. Dipendekkan cerita, Enda Tik telah memberi satu penghargaan besar dengan meminta si botak karangkan satu gurindam yang mengkisahkan pensejarahan Kesultanan Melayu Pahang.


Gurindam berkenaan diperhalus dan diperindah oleh Enda Tik dan juga Cikgu Azizah (beliau pula merupakan seorang sasterawati dan juga ibunda kepada Ustaz Badlishah Alauddin dan juga Anis Salwa Alauddin).


Gurindam ini akhirnya dialunkan oleh Anis Salwa Alauddin (pemenang Bintang Klasik Nusantara) pada Majlis Santapan / Jamuan Malam Mesra Diraja Bersama KDYMM Sultan Pahang & DYMM Sultanah Pahang anjuran Wanita PERKIM Negeri Pahang. Maka di situlah titik mula sehingga membawa si botak ke Istana Mahkota Kuantan. Terima kasih yang tak terhingga kepada Enda Tik. Enda lah yang menjadikan semua ini kenyataan.


Kemudian, si botak telah pula diundang oleh Kak Lily & Abg Razak (lelakinya) untuk ke Maskara Yang Best .

Bercakap mengenai ANUGERAH ANUGERAH, si botak ingin memanjatkan sekali lagi rasa kesyukuran terhadap-NYA. Ini adalah kerana si botak teringat pula tiga ANUGERAH yang paling berharga telah dikurniakan-NYA kepada keluarga si botak.


ANUGERAH ini datang dalam bentuk tiga anak anak comel kepunyaan Kekanda Tikus. Che Nur Aimi Azreen merupakan anugerah pertama. Kini berusia 13 tahun, seorang anak gadis yang tinggi lampai (tingginya kini menghampiri 6 kaki). Seorang kakak yang penyayang walaupun masih terdapat cebis cebis perangai anak anak.


Che Muhammad Aiman Azizan pula merupakan jejaka kacak di dalam keluarga. Orangnya sentiasa tenang dan tidak banyak kata. Namun sesekali berbicara, jelas tampak kematangan yang melangkaui usianya yang baru mencecah 10 tahun cuma.


Akhir sekali, lahir pula, Che Muhammad Aiman Azizi yang sangat comel. Baru berusia setahun dua bulan, namun lagaknya seperti anak anak berusia lebih dua tahun usia. Petah berkata kata dan sangat montel.

Anugerah sebegini sering kita terlepas pandang. Bayangkan betapa hambar hidup kita tanpa kehadiran anak anak kecil. Kita sering biarkan zaman kecil mereka berlalu tanpa cuba menikmatinya. Sedar sedar, mereka sudah dewasa dan mula membuat karenah.


Bayangkan juga betapa bertuahnya kita, diberi peluang mendengar hilai tawa mereka, melayan celoteh mereka. Sedang, masih ramai di luar sana yang masih belum dikurnai rahmat ini. Hargailah anak anak kecil di sekeliling kita.


.......................................................................................................................................

Che Nur Aimi Azreen



Che Muhammad Aiman Azizan



Che Muhammad Aiman Azizi










.......................................................................................................................................



Three months. Ninety five days to be exact. Si botak was in silence. Too much had been through, till couldnt be mentioned. The most important thing, si botak is back.


Si botak would love to share THE GIFTS that si botak had received from THE LORD. First and foremost, si botak had been invited to an audience by HRH the Sultanah of Pahang, Sultanah Hajjah Kalsum, on the 4th of August. HRH was a very warm and lovely lady. She even went trough all the trouble to prepare some delicious tea party for si botak, Nizam and Kekanda Tikus. It all began with a phone call from HH Tengku Dato' Laily Masturah bt Tengku Dato' Hussain, better known as Enda Tik by si botak. (Sorry Enda, didn't manage to get your photo)

Enda Tik is a royalty of Pahang (HRH the Sultan of Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah's cousin). She was an educator and now actively doing community works as well as a multi talented cultural activist. Si botak had been aided by Enda Tik since the very moment si botak had been tested. To make thing short, Enda Tik had acknowledge si botak by asking si botak to write a gurindam (Malay poetry) regarding the history of Pahang Sultanate.


The Gurindam was then perfected as well as beautified by oleh Enda Tik and Cikgu Azizah (she is a wonderful writer also a proud mother of Ustaz Badlishah Alauddin and Anis Salwa Alauddin).


This Gurindam finally was put in honour by a wonderful singing of Anis Salwa Alauddin (winner of Bintang Klasik Nusantara) during a special royal gala / dinner (Majlis Santapan / Jamuan Malam Mesra Diraja Bersama KDYMM Sultan Pahang & DYMM Sultanah Pahang) held by PERKIM Ladies of Pahang. It was the breaking point that lead si botak to Kuantan Mahkota Palace. Thank you so much dearest Enda Tik. Enda was the one who made this a reality.

Then, si botak was invited by Kak Lily & Abg Razak (lelakinya) to the Maskara Yang Best .


Speaking of THE GIFTS, si botak would love to once again expressing a great gratitude to THE LORD. This is because si botak remembers three GIFTS blessed by THE LORD to si botak and family.


This GIFTS came in a form of three cute children of Kekanda Tikus. Che Nur Aimi Azreen is the first gift. Now 13 years old, she is a young lady of great height ( she's almost 6 feets tall now). A loving sister though still is a child inside.


Che Muhammad Aiman Azizan is the handsome boy of the family. A very cool and a boy of few words. Yet, once he opens his mouth, his maturity couldn't be missed though he is only 10.


Finally, the cute Che Muhammad Aiman Azizi. Barely one and two months old, yet acting like a two years old child. Speaks very well and so chubby.


These are the gifts that we normally take for granted. Imagine how dull would our lifes be without the presence of children. We tend to let their childhood passed without trying to enjoy it. Suddenly, they will grow up and start to be difficult.


Imagine how lucky we are, to have the opportunity to listen to their laughters, to put up with their sweet and cute behaviour. Still, there are so many out there whom have yet to be blessed with this gift. Do treasure children around us.
5 Responses
  1. CT Says:

    Salam,

    Datang menyinggah dari blog Arsaili...semuga Allah akan terus memberi anda kekuatan dalam menjalani kehidupan seharian...amien!


  2. RyZ4L Says:

    Tahniah Dengan Anugerah nye.
    Aday after Dinner With Diraja itu.
    Anugerah lagi satu adelah...
    lahir nye insan bernama Ryzal pada 23 tahun yang lepas ;)

    ohh..miss u so much!! ;)


  3. cakapaje Says:

    Salam,

    Ya Muha, begitu lama sekali menyepi dan pelbagai persoalaan berbisik. Alhamdulillah, kini muncul semula si Handsome ni di alam siber.


    ps. Jeles saya tengok gambar Muha bersama aweks cantik bernama Alina itu :)


  4. Wah cantik template..lawan tokey neh hahaha!

    Muha,
    Akak teringin la nak baca gurindam tu.

    Dan kirim salam untuk kekanda tikusmu. :)


  5. mOEha Aziz Says:

    salam CT,

    terima kasih daun keladi...


    salam Ryzal,

    hehehe... selamat ulangtahun...


    salam ya akhi,

    jgn la jeles... adikmu pun tak boleh nak nikmati kecantikan itu... hehehe...


    salam kak,

    ni semua keja nizam... saya tak tau camane rupanya... huhuhu... ok nanti saya emailkan teks nya...


  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter