Saudaraku... My Kins...

Bukan Sekadar Sejarah... Not Merely A History...


Si botak tak dapat tidur. Keresahan dalam menerima ujian kali ini. Namun bukan itu yang si botak nak kongsikan. Dalam gelisah, tiba - tiba Anak Pakcik Budin, terjaga dan memilih untuk membacakan si botak sesuatu. Terima kasih Anak Pakcik Budin kerana berusaha nak bantu si botak di saat yang mencabar ini.

Beliau memilih untuk bacakan Sulalatus Salatin atau juga dikenali sebagai Sejarah Melayu. Ini kerana beliau tahu bahawa si botak suka kitab berkenaan. Pilih punya pilih, beliau bacakan kisah yang sangat penting iaitu cara Sultan Muzaffar Syah mendamaikan dua pihak yang bertelagah.

Pabila Paduka Raja Tun Perak dilantik menjadi Orang Besar selepas berjaya mematahkan serangan Siam, rakyat Melaka mula berpecah. Satu golongan menyokong Paduka Raja Tun Perak dan satu golongan lagi menyokong Seri Nara Diraja Tun Ali.

Sultan mula runsing. Seri Nara Diraja adalah pembesar veteran yang bertanggungjawab menabalkan baginda menjadi Sultan Melaka. Paduka Raja pula adalah pembesar muda yang sangat berkebolehan. Apa yang baginda buat? Baginda ceraikan isteri baginda, Tun Kudu, dan nikahkan kepada Seri Nara Diraja. Tun Kudu pula merupakan kakak kepada Paduka Raja. Ini menjadikan Paduka Raja dan Seri Nara Diraja menjadi saudara ipar. Maka akhirnya Seri Nara Diraja dan Paduka Raja berdamai, Melaka tak lagi terbelah belah. Bijak bukan?

Setiap hasil penulisan ada ilmu serta mesej yang berguna di dalamnya. Kenapa kita nak bertekak tentang sahih atau tidak? Sedangkan catatan China yang dianggap lengkap pun pasti ada silap di sana sini. Ini adalah kerana jika ada putera atau puteri mahupun gundik yang melakukan kesalahan dan dihukum, mereka akan dicatat sebagai meninggal dunia. Hal yang sebenar tak mungkin akan direkodkan. Jadi mengapa kita nak membazir masa, tenaga dan wang hanya semata - mata nak berdiskusi tentang kesahihan kisah yang ditulis beratus tahun lalu? Mengapa tidak kita cuba mengkaji falsafah serta corak pemikiran nenek moyang, dan menimba seberapa banyak teladan serta panduan darinya?

Si botak tersenyum. Anak Pakcik Budin dah sambung tidur. Namun, kisah yang dibacakan masih terkesan di sanubari si botak. Si botak tak nak komen fasal kesahihan fakta sejarah. Si botak lagi malas nak bertekak mengenai sesetengah pendapat yang menganggap Sulalatus Salatin hanya nak angkat kisah Raja. Si botak cuma berminat nak belajar akan cara serta kaedah datuk nenek kita selesaikan masalah. Itu yang lagi utama. Apa pula kata kalian?

........................................................................................

Si botak couldn't sleep. Restless in facing the latest trial. Yet, it is not what si botak is about to share. In fidgety, suddenly Anak Pakcik Budin, woke up and chose to read something for si botak. Thank you dear Anak Pakcik Budin for trying to assist si botak in this challenging moment.

He chose to read from Sulalatus Salatin or better known as the Malay Annals. It was because he is well aware of si botak's fondness over that book. Finally, he read one of the very important stories which was the story of how Sultan Muzaffar Syah put two oppossing parties at peace.

When Paduka Raja Tun Perak appointed to be officer after succesfully driven the Siamese troops, there were two groups in Malacca. One in favour of Paduka Raja Tun Perak and the other supported Seri Nara Diraja Tun Ali.

The Sultan started to worry. Seri Nara Diraja was a veteran officer whom responsibled in making him the Sultan of Malacca. Where by Paduka Raja was a young and promising officer. What did His Majesty do? He divorced his wife, Tun Kudu, and married her off to Seri Nara Diraja. Tun Kudu happened to be Paduka Raja's sister. This caused both Paduka Raja and Seri Nara Diraja became in laws. Thus finally, Seri Nara Diraja and Paduka Raja were united, Malacca was no longer divided. Brilliant, isn't it?

Each writings has its own knowledge as well as useful message inside. Why do we have to argue on the authenticity of the historical facts? Even the Chinese records which considered one of the most detailed accounts were proven to be at fault here and there. It is due to its very nature of concealing the misdeeds of a prince or princess or even a concubine by simply reporting them as dead. The truth shall never be recorded. Then, why should we waste our time, energy and money in discussion on the genuineness of a story written hundred of years ago? Why don't we try to understand and study the philosophy as well as the way our forefathers think, and learn from it?

Si botak smiles. Anak Pakcik Budin went back to sleep. Yet, the story read still lingers in si botak's mind. Si botak refuse to comment on the authenticity of the story. Si botak is even more not interested in arguing in some theories that Sulalatus Salatin is simply a book written as to glorify the king. Si botak is merely interested in learning the methods used by our forefathers in solving problems. It is what count most. What say you?
9 Responses
  1. Penabahari Says:

    Salam anakanda,
    Benar sekali kata anakanda. Ayahanda sgt setuju. Usah bertekakk, carikan penyelesaian di dalam petunjuk didiberikan oleh Tok nenek kita.
    Ayahanda harap anakanda telah hilang segala resah gelisah apa jua yang mengganggu.


  2. Anonymous Says:

    Adik Botak,
    Sama-sama kita mrmbaca, menghayati dan mengambil iktibar.

    Semangat kakak nak menulis rasa 'down' sejak akhir2 ini.


    WL


  3. Kay Says:

    salam, apakhabar...
    semoga dirahmati dan dilindungi ALLAH SWT.

    (^_^)


  4. Adliff Says:

    Salam,

    Muha,

    Sudah saya poskan hadiahmu. Maaflah amat lewat sekali dan buat Muha tertunggu-tunggu.

    Orang Melayu pepatahnya ialah ular menyusur akar tidak hilang bisa, rambut ditarik tepung tak berserak


  5. mOEha Aziz Says:

    salam ayahanda,

    trima kasih atas ingatn dan doa... :)



    salam kak lily,

    insya'allah akan ada semangat tu nanti... :)



    salam kak kay,

    :)



    salam aliff,

    trima kasih atas keikhlasan... si botak hanya mampu bertrima kasih dan berdoa padaNYA... :)


  6. Adliff Says:

    Salam,

    Muha,

    Maafkan saya dengan entri tu.. Itu cuma catatan perasaan saya. Kita seri..Maaflah kalau terasa dihati. :)


    Tapi untuk Muha, saya sudah padamkan dan diganti dengan catatan baru.:)


  7. Maiyah Says:

    setuju, baik kita pikir yg sebaliknya :)


  8. ummu Says:

    Salam Moeha
    saya memang suka buku tu. Suka sangat sampaikan terbawa-bawa dalam cerpen contengan saya hingga ayah saya sangatlah marah.maklumlah masa tu baru darjah 4 dah sibuk dengan karya seumpama itu.


  9. mOEha Aziz Says:

    salam aliff,

    terima kasih kerana sangat menghargai muha... muha tak terasa pun malah sangat bangga... :)



    salam kak maiyah,

    betul3... :)



    salam um.masyitah,

    bukunya sangat menarikkan..? :)


  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter