Saudaraku... My Kins...
Si botak tak tahu macam mana nak cakap lagi. Dah puas menghantar surat aduan ke sana kemari. Ke akhbar, surat si botak hanya akan dibuang cuma. Kita mengaku kita rakyat negara Islam. Kita dengan bangga mendabik dada kita antara negara Islam yang terhebat. Benarkah?
Si botak tak nak komen fasal apa itu negara Islam atau ciri cirinya. Apa yang penting, Malaysia dah diterima sebagai negara Islam oleh masyarakat dunia. Samada kita benar benar amalkan undang undang Islam atau tidak, si botak pun malas nak komen.
Si botak cuma masih menanti jawapan.
Bagi penganut ajaran Samawi, kita semua yakin bahawa manusia pertama dicipta Tuhan ialah Adam dan pasangannya Siti Hawa. Bagi penganut ajaran Muhammad SAW, kita yakin bahawa manusia adalah sebaik - baik kejadian.
لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلإِنسَانَ فِيۤ أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).
At Tiin:4
Si botak musykil. Kita sepatutnya yakin dengan wahyuNYA di dalam Al Quran. Persoalannya sekarang, di dalam buku teks sejarah, anak anak kita diajar mengenai asal usul manusia. Revolusi ketamadunan manusia. Dikatakan manusia bermula dengan zaman paleolitik sehingga sekarang. Dikatakan manusia pada masa itu tak pandai apa apa, tak pandai bertani, kutip hasil hutan dan sebagainya. Apakah ini yang diajar Muhammad SAW? Semua ini bunyinya macam menyokong teori Darwin.
وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلأَسْمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى ٱلْمَلَٰئِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَآءِ هَـٰؤُلاۤءِ إِن كُنْتُمْ صَٰدِقِينَ
Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.
قَالُواْ سُبْحَٰنَكَ لاَ عِلْمَ لَنَآ إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَآ إِنَّكَ أَنْتَ ٱلْعَلِيمُ ٱلْحَكِيمُ
Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
قَالَ يَآءَادَمُ أَنبِئْهُمْ بِأَسْمَآئِهِمْ فَلَمَّآ أَنْبَأَهُمْ بِأَسْمَآئِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَّكُمْ إِنِيۤ أَعْلَمُ غَيْبَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ
Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?.
Al Baqarah:31-33
Nah, bukankah telah jelas lagi nyata? Allah SWT telahpun mengajar Adam segala benda. Ini bukti yang paling kukuh. Adam bukan manusia yang tak tahu apa apa. Sedang Adam manusia pertama, pastinya anak cucu baginda mewarisi ilmu serta kepandaian baginda.
Habis kenapa, anak anak kita sekarang diajar perkara yang bertentangan? Apa yang lagi menyedihkan, kenapa kita biarkan saja? Patutlah anak anak kita jadi makin pelik. Mereka keliru sebenarnya...
..............................................................
Si botak is extremely clueless. Tired of sending complaint letters by letters to various places. To the press, the letters for sure taken for granted, not published. We claimed that we are a citizen of a Moslems nation. We proudly acclaimed that we are one of the best Moslems nations. Are we?
Si botak is not going to talk about what is a Moslems country or its features. What count is, Malaysia already accepted by the world as a Moslems nation. Whether we truly practise Islamic rulings or not, si botak also refuse to comment.
Si botak is just waiting for an answer.
For a semitics, we all believe that the very first man created was Adam and his partner Eve. For Moslems, we strongly believe that mankind is the greatest creation.
َقْنَا ٱلإِنسَانَ فِيۤ أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
Surely We created man of the best stature
At Tiin:4
Si botak is at awe. We are suppose to surely believe in the revelation in the Qoran. The question is, in our history textbook, our children are introduced to the origin of man. The evolution of civilisation . It is said that it all begun from the paleolitics era till now. It is said that man used not to know anything, did not know how to farm, man at first only collect foods out of jungles and so forth. Is this what had been teached by Muhammad SAW? These are all sound like the Darwin Theory.
وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلأَسْمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى ٱلْمَلَٰئِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَآءِ هَـٰؤُلاۤءِ إِن كُنْتُمْ صَٰدِقِينَ
And He taught Adam all the names, then showed them to the angels, saying: Inform Me of the names of these, if ye are truthful.
قَالُواْ سُبْحَٰنَكَ لاَ عِلْمَ لَنَآ إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَآ إِنَّكَ أَنْتَ ٱلْعَلِيمُ ٱلْحَكِيمُ
They said: Be glorified! We have no knowledge saving that which Thou hast taught us. Lo! Thou, only Thou, art the Knower, the Wise.
قَالَ يَآءَادَمُ أَنبِئْهُمْ بِأَسْمَآئِهِمْ فَلَمَّآ أَنْبَأَهُمْ بِأَسْمَآئِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَّكُمْ إِنِيۤ أَعْلَمُ غَيْبَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ
He said: O Adam! Inform them of their names, and when he had informed them of their names, He said: Did I not tell you that I know the secret of the heavens and the earth ? And I know that which ye disclose and which ye hide.
Al Baqarah:31-33
Lo, isn't it vividly clear? Allah SWT had teached Adam everything. This is an absolute proof. Adam was not a man of ignorance. Since Adam was the first man, for sure his children would inherited all of his knowledges.
Then, why our children are being teach of the complete opposite? The more unfortunate part is, why we let it be? No wonder our children are so strange. They are confused...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"surat si botak hanya akan dibuang cuma."
Muha dah buat yang terbaik...Allah tahu! Jangan putus asa sayang:(
Melihat buku teks Sejarah Tingkatan 4 tu, tertanya-tanya juga tadi....
Itulah 'kitab' yang ckLah 'terpaksa' gunakan untuk mengajar anak-anak didik ckLah...
Ada 5 bab tentang sejarah Islam di dalamnya, dari kemunculan Islam di Makah hinggalah Islam di Asia Tenggara, 1 bab tentang Sejarah Eropah dari zaman gelap- Renaissance-Reformation- hinggalah zaman penjelajahan, 2 bab tentang Tamadun Awal Manusia...diakhiri dengan Ekonomi Tanah melayu sebelum dan selepas kedatangan British...
......ada aduan dari murid (sekolah lain), masalah timbul bila guru bukan Islam mengajar 5 bab Sejarah Islam itu...
pening kalo pikirkan ada yg tak betul sbb kalo kita cuba nak suarakan pasti kene reject
sbb dorang dah lebih pentingkan kemodenan skrg nih
salam aunty CT,
trima kasih... muha akan teruskan selagi ada izinNya... :)
salam cekgu,
gabra jugak bila nulis entri ni... maklumlah, ada cekgu yg akan check... :) itulah masalahnya bila semua perkara tak dinilai betul2...
salam kak maiyah,
memang pening... :)