Saudaraku... My Kins...
Si botak serba salah. Segalanya bermula dengan SMS Kekanda Tikus. Sepasang dua sejoli yang amat si botak kagumi nak berpindah. Kenapa si botak risau?
Mereka berdua merupakan dua pasangan dari latar belakang yang berbeza. Si lelaki dari kawasan bukit yang penuh dengan hutan yang menghijau. Si wanita pula dari kawanan gurun yang kering lagi kontang.
Pertemuan mereka berdua bagaikan mimpi. Mereka bertemu dan terus hidup bersama. Si lelaki mengambil keputusan untuk menetap di kabilah si wanita. Berdekad telah berlalu. Kini si lelaki ingin pulang ke tanah tempat tumpah lahirnya.
Bolehkah si wanita menyesuaikan diri di kawasan baru? Setelah lebih setengah abad berada di kampung halamannya. Segala kenalan dan handal taulan berada di kawasan tempat tinggal mereka sekarang. Memang si lelaki dah berkorban selama 50 tahun ini, namun si lelaki telah lewat usia. Kini menghirup nafas atas umur subsidi. Jika si lelaki pergi menyahut seruanNya, apa yang nak si wanita buat?Anak - anak tak lagi di sisi. Lagipula si wanita pasti menolak jika anak - anaknya mengajak untuk tinggal bersama mereka nanti. Bagaimana jika berlaku kecemasan?
Ah, si botak risau benar. Mengapa nak buat keputusan drastik sebegini? Kenapa tidak 20 atau 30 tahun lalu?
Pengorbanan demi cinta yang dilakukan oleh si lelaki memang indah dan patut dicontohi. Namun perlukah si wanita berkorban dengan meletakkan dirinya di kawasan asing pada saat dia tak lagi berdaya seperti 50 tahun lalu?
Si botak termangu. Dari gurun ke Amazon, bolehkah?
...............................................................................
Si botak is torn apart. Everything begun with Kekanda Tikus' SMS. A love birds that si botak adores is to move away. Why si botak is so worried?
They are two people of different background. The man is from a highland surrounds by forest. While the lady is from a blistering desert.
Their story was such a dream. They met and at once decided to spend their life together. The man firmly decided to stay with the lady's herd. Decades passed by. Now the man wants to go back to his homeland.
Will the lady be able to adjust to her new environment? After more than 50 years living in her hometown. Everyone that they know is in her place. Yes, the man had sacrificed a lot for the past 50 years, yet he is now very old. Now living in his late 80s. If the man were to go into the Lord's arm, what will happen to the lady? Their kids are no longer around. Besides, she would definitely turn down when they ask her to stay with them. What if there would be somekind of emergency?
Ah, si botak is worried sick. Why now? Why not 20 or 30 years ago?
The sacrifices made by the man are not to be taken for granted. Yet does the lady need to put herself in a foreign land when she is no longer as capable as she used to be 50 years ago?
Si botak is speechless. From the desert to the Amazon, will it works?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Muha,
Aunty pun tengah dok fikir nie...kalau aunty di tempat wanita tersebut, susah juga nak buat keputusan:(
Salam,
Muha,
Wanita, bila sudah tua apa yang dimahukan ialah jaminan hidup. Sanak saudaranya yang boleh membantu takala susah dan senang. Penjaga makan pakainya. Tiada lagi kemewahan. Kebiasaannya hanyalah untuk menjalani hari tua dengan tenang.
Maka persoalan sebegini mesti diperhalusi dengan teliti. To build is easy but maintain is hard.
Ketika usia telah senja, berat benar rasanya nak berpindah ke tempat baru...ah sukarnya..anakanda bagaimana?
....dia mahu seperti Laila...yang sentiasa bersama Majnunnya...
Apakah?
salam bro..apa kabar.....membuat keputusan memang sesuatu yg sukar...
boleh.. pasti akan dipermudahkan.. besar tuk cintanya ye :)
Salam Moeha;
Hu hu syahdunyanya.Bila baca entry Moeha ni,membuatkan akak bersyukur.
Sekurangnya pada saat pohon masih pucuk lagi,Si laila ini,rasanya ia lebih baik dari ketika pucuk telah menjadi pokok balak untuk bemukim di pihak Majnun.
salam aunty CT,
maaf kalau dah jadikan aunty gundah gulana... tp ini satu persoalan yg sukar kan..?
salam aliff,
btul3... nak bina mmg senang, nak pertahankan... itu yg susah... :)
salam ayahanda penabahari,
anakanda sihat... namun agak risaukan pasangan ini...
salam cekgu,
cinta mereka memang suci... namun apakah praktikal..? ah, silap pula... cinta biasanya menjadikan kita lgsg tak praktikal, kan..?
salam arsaili,
alhamdulillah sihat... keputusan yg sukar biasanya menjadikan kita tabah... :)
salam kak maiyah,
amin... :)
salam um.masyitah,
moga dirahmati akan pilihan itu... :)
lambung syiling mgkn senang sikit kot wat keputusan..hehe
moeha,
akak nak belajar english dng awk... lama tak jumpa rindu ngan awk.. ingat nak pi lawat awk hari jumaat ni.. akak ada kelapangan sikit hari tu. nak bawak adik dan kakak.