Saudaraku... My Kins...
Si botak sedang berusaha untuk membilang kurnia. Dalam keadaan yang sedang diuji sebegini, hanya dengan membilang maka diharapkan agar kurang keluh kesah. Si botak juga mahu berterima kasih atas ingatan seorang sahabat yang bersusah payah mengirimkan sehelai baju buat si botak. Ingatan beliau telah menceriakan hati si botak. Ini juga satu kurnia Ilahi. Alhamdulillah.
Dalam kelelahan, si botak gagahkan juga menghitung. Si botak juga memutuskan untuk menghitung sambil berkongsi di laman ini. Si botak rasa terhibur bila dapat kita sama sama bertukar idea. Banyak yang si botak belajar di sini. Malah, sebenarnya laman ini merupakan pintu baru menggantikan dunia sosial si botak yang makin mengecil isipadunya. Kak Maiyah mungkin mengerti apa maksud si botak ini. :)
Si botak teringat sesuatu pula. "Kenapa nak fikir jauh jauh? Kalau nak kira kurniaan Tuhan, pada badan kita ni pun dah tak terhitung banyaknya. Rambut dan kuku akan tumbuh tiap kali dipotong, lidah boleh rasa macam macam, mata boleh nampak segala, telinga boleh tangkap apa jua bunyi. Jadi, kenapa susah susah nak fikir sampai pening?" Tiba tiba suara Almarhumah Moyang terngiang ngiang. Bak lirik lagu juara AF7, 'masih jelas...'
Si botak tersenyum kini. Almarhumah Moyang banyak ilmunya. Almarhumah juga adalah kurnia buat si botak. Si botak harus bersyukur atas semua ini. Si botak teringat lagi satu perkara. Dalam membicarakan soal tak perlu fikir jauh jauh ni, teringat si botak akan satu bait lagu yang mungkin ada yang pernah tahu akan kewujudannya. Lihat betapa besar kurniaNya melalui laman ini, makin banyak perkara yang si botak hampir lupa, akhirnya datang kembali.
'Lagu lagu Kabir'. Kabir atau juga dikenali sebagai Kabirdas adalah seorang yang agak berbeza. Beliau lahir dan membesar di Banares, India, tanah suci penganut Hindu. Kabir lahir di dalam keluarga Islam tetapi membesar dengan pengaruh Sri Ramananda, seorang yang dianggap suci oleh masyarakat Hindu pada masa itu. Akhirnya Kabirdas mempunyai pendirian untuk mengambil iktibar serta tauladan daripada kedua dua agama iaitu; Islam dan Hindu.
Seperti biasa, si botak malas nak komen panjang panjang akan betul atau salah tindakan seseorang itu. Si botak bukan nak ikut apa apa cara atau ajaran dengan melulu. Si botak cuma nak kongsi apa saja ilmu yang mungkin bermanfaat pada kita semua.
Tak usahlah ke taman bunga!
Wahai teman! Tak usah ke sana;
Tubuhmu adalah taman yang penuh bunga.
Ambil tempatmu di atas ribuan kelopak teratai (mungkin maknanya ialah tikar sembahyang), dan di sana hayatilah Keindahan Agung.
Terlalu indah bait bait ini. Kita harus berterima kasih kepada Rabindranath Tagore, yang mengalihbahasakan puisi ini pada tahun 1915. Dek kerana usaha murni beliau dapat kita sama sama belajar.
Si botak rasa makin perlahan ketukan ini. Si botak nak terus cuba menghitung sampai terlena. Si botak cuma harap, kita bersama akan dapat pelajari sesuatu setiap hari.
.....................................................................
Si botak is trying to count blessings. In this very state of trial and turbulences, it is hoped only through counting the sighing could be prevented. Si botak would love to take this opportunity to express gratitude to a friend who went through all troubles by sending a shirt to si botak. This person's thought had made si botak's day. This is also a blessing. Alhamdulillah (Praise be for Allah).
In short of breath, si botak is trying to count. Si botak has also decided to count while sharing in this very chamber. Si botak is delighted when we could together sharing ideas. Si botak has learned a lot here. In fact, this is where a new door had been opened in exchange of si botak's shrinking little social life. Kak Maiyah would probably understand what si botak means. :)
Si botak came across something. "Why think off something faraway? If wish to count the Lord's blessings, on our own body there are countless blessings indeed. Hair and nails grow each time cut, the tongue allows us tasting various tastes, the eyes could see all, the ears could capture all sorts of sounds. So, why bother to think for too much of other things?" All of the sudden, Almarhumah Moyang (the late great grandma)'s voice becomes vivid. As sang by the AF7 winner, 'masih jelas (still clear)...'
Si botak is smiling. Almarhumah Moyang had a fair share of knowledges. Almarhumah was indeed a blessing to si botak. Si botak must be grateful. Si botak remembers another thing. In talking about there is no need to wander away as to count blessings, si botak couldn't help it but to remember a stanza of songs that maybe someone might have heard of before. Look how big the blessing through this blogging, things that started to fade away came back to si botak's lap.
'Songs of Kabir'. Kabir or better known as Kabirdas was a very different man. He was born and grew up in Banares, India, the holy pilgrim land for the Hindus. Kabir was born to a Moslems family yet grew up under the influence of Sri Ramananda, a saint for the Hindus by then. Finally Kabirdas developed a principle of taking whatever the goods of both Islam dan Hindu, and combined it together.
As usual, si botak really doesn't have the heart to comment on the right or wrong of a person. Si botak is not going to follow blindly over a teaching or that person's way of life. Si botak is merely trying to share whatever knowledge that might be beneficial for all of us.
Do not go to the garden of flowers!
O Friend! go not there;
In your body is the garden of flowers.
Take your seat on the thousand petals of the lotus (this could mean the praying mat), and there gaze on the Infinite Beauty.
The stanza is so wonderful. We owe it to Rabindranath Tagore, whom translated this poems to English in 1915. This very act of him, enable us to learn it today.
Si botak could notice the typing is getting slow. Si botak is going to continue counting and hopefully shall go to the dreamland by doing so. Si botak just hope that we would all learn something, together, day by day.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamat menyambut Aidil Adha yang bakal menjelang. Semoga hidup kita selalu di berkati ALLAH, sampai satu saat kita pasti kembali kepadaNYA.
~~ salam aidil adha semoga seikhlas korban ~~
Salam anakanda dan selamat menyambut Aidil adha.
erima kasih atas perkongisan ilmu ini.Semoga dirahmatiNya jua.
selamat hari raya moeha~
be strong...
big hugz
slm aidil adha, mmg indah bait tu..
Assalamu'alaikum Anakanda Muha!
Menimba ilmu tidak semestinya hanya di sekolah...Thanks for sharing dear & selamat menyambut Aidil Adha!
Salam Aidil Adha Muha, dari kami sekeluarga - Cikgu Moein
Salam Muha,
Membilang seraya mengucapkan syukur. Menginsafi diri atas segala kelemahan terus memohon keampunan..
salam eid bro..apa kabar? sama2 kita menghitung.....
salam mOEha,
Saya ada satu sajak lama
tentang taman bunga
Salam raya, moga
sentiasa beroleh
rahmat Tuhan
salam ziarah
Moga Allah kurniakan kekuatan demi kekuatan buat mu...dik botak! Amin.
Sayu ckLah...
Salam moeha,aidil adha tempoh hari balik pekan tak?
semoga Allah berikan kekuatan dan rahmat yang melimpah ruah untuk Moeha selamanya.
Almarhumah moyang Moeha seorang yang hebat kan..sebab tu cicitnya juga seorang yang luar biasa.
teringat kisah seorang sahabat nabi,yang kerananya, Allah turunkan yat Quran kepada Nabi Muhmammad SAW.
★~★SalAm MaAL hIjrAH 1431H★~★
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
bersama kita hiasi diri dengan ilmu, amal, dan iman.
(^_^)
Salam,
Muha,
Kenapa lama tidak kemaskini blog?
Tidak sihatkah?
Muha, hp saya terjatuh dan rosak kerana berendam air. Habis hilang segala nombor.
Tolong sms semula nombor Muha dan alamat rumah ya.
019-2755426 - aliff
Salam saudara Muha,
Maafkan saya yang jarang tampil di sini. Tahun 2009 agak sibuk buat saya. I really hope that 2009 has treated you well. Semuga Muha terus diberi kesihatan yang baik hendaknya..
Haaziq aka Bluecrystaldude
salam,
HAPPY CNY everyone!!!!
Hv a great holiday & for those driving back to their home town...remember! drive safely.
(^_^)
salam Moeha
akak dah pindah 'rumah' baru. http://myraudhatulukhuwah.solihin.net/
blog yg lama ada maalah sedikit.
p/s:lama tak baca entry MOeha.moha sihat ke?
....................................................................................................................................................
salam kunjungan lagi.... maaf, hanya mampu berkunjung di arena siber
Adik botak...
Moga kuat dan bertabah......
Salam kasih sayang...
ckLah...