Saudaraku... My Kins...

Pepatah Hikmah Suami Fatimah... Fatimah's Husband's Useful Adages


Si botak agak terkilan. Dek kerana terlalu mudah menuturkan apa yang terbuku di hati, si botak dah pun menyebabkan seorang rakan di alam maya menjadi serba salah. Maaf. Itu sahaja yang si botak dapat katakan. Si botak memang menyesal. Si botak harap si dia, yang tahu siapa dirinya, yang sanggup hapuskan sesuatu demi si botak, akan mengerti bukan itu niat serta kehendak si botak.

Si botak dalam menilai kelemahan diri ini, teringat akan pesan Almarhumah Moyang, akan pepatah hikmah Saidina Ali r.a. Ingatan ini telah membawa si botak menyelongkar fail fail lama yang ada terkandung beberapa buku elektronik yang si botak beli tak lama dulu.

Maka si botak buat keputusan nak kongsi kandungan daripada buku '2500 Adages of Imam Ali' ataupun makna dalam Bahasa Melayunya, '2500 Pepatah Imam Ali'. Buku ini tidak dipasarkan di Malaysia kerana dianggap sebagai hasil karya pengikut aliran Syi'ah.

Si botak tak nak komen apa apa, macam biasalah. Namun si botak cuma tak nak menentukan betul atau salah akan sesesuatu mazhab dengan melulu. Ini adalah kerana si botak cuba berpegang kepada prinsip kedua di antara sepuluh prinsip yang dicadangkan oleh Imam Hassan al Banna iaitu; kita hendaklah mula menganggap setiap insan yang mengucapkan syahadah sebagai teman dan juga sebahagian daripada perkumpulan Muslim.

Perbezaan mazhab atau aliran tak perlulah terlalu dijadikan penghalang bagi kita untuk bersatu. Kita semua naik saksi bahawa Allah itu Esa dan Muhammad itu PesuruhNya. Jadi, kenapa nak terlalu jumud di dalam semua hal. Perbezaan itu indah. Bayangkan jika hanya terdapat satu nota muzik sahaja dalam dunia ni. Alangkah bosannya hidup tanpa alunan muzik. Jangan terlalu takut dengan perbezaan sehingga membutakan segala deria.

Berikut hanya sepuluh daripada 103 pepatah Saidina Ali Karamullahu Wajhah berkenaan perihal diam dan menjaga percakapan;

Percakapan yang paling teruk ialah memecah rahsia

Berjaga jagalah akan perbuatan memecah rahsia, bagi yang bercakap banyak, dosanya juga akan banyak

Jagalah lidah, ianya adalah anak panah yang mungkin akan tersasar

Berpautlah pada sifat diam, kerana paling kurang pun ia akan menjadikan kita selamat

Dengarlah dan akan kamu belajar, diamlah dan kamu akan selamat

Hargai dan jagalah lidahmu, sebagai kamu menjaga emas dan wangmu

Kurangkan bercakap dan kamu akan selamat dari dipersalah

Barang siapa manis lidahnya akan ramailah saudaranya

Elakkan berkata apa yang kamu tak tahu, tetapi elakkan juga berkata segala yang kamu tahu

Orang yang bijaksana ialah orang yang mengunci lidahnya kecuali ketika menyebut perihal Allah


Indah bukan? Pepatah pepatah ini dah makin pudar dari kotak ingatan si botak. Inilah hikmah yang si botak mesti cari tiap kali berlaku perkara yang tidak diingini. Tiap yang berlaku pasti punya hikmahnya, kan? Si botak sangat bersyukur. Kita dapat terus belajar walau dalam apa jua keadaan. Alhamdulillah. Besar sungguh kurniaanNya kan?

...............................................................

Si botak is rather sad. For being too blunt in expressing thoughts, si botak end up putting a cyber friend in a very difficult situation. Sorry. That is all what si botak could ever say. Si botak truly regrets it. Si botak hopes that particular someone, who knows who he/she is, whom willingly get rid of something in si botak's sake, shall realise it wasn't what si botak wanted as well as intended to do.

Si botak while in self evaluating process, remembered Almarhumah (the late) Moyang (great grandma)'s advice, on the adages of  Saidina Ali r.a. This very thought had brought si botak to dig up old folders that concist of a few e-books that had been bought years ago.

Thus si botak decided to share some of the contents in the '2500 Adages of Imam Ali' book. This book had not been published in Malaysia for being regarded as the work of the Shi'ite.

As usual, si botak refuses to comment. Si botak just tries not to decide whether any sect to be right or wrong. It is because si botak tries to follow the second principals of Imam Hassan al Banna's ten principles which is; we start by considering everyone who declares shahadah as our companion and part of the Muslim group.

A sect differences should not be taken too seriously until it becomes a wall preventing us to be united. We are all have pledged that Allah is the only One and Muhammad is His messenger. So, why do we have to be too rigid in everything. Differences are beautiful. Imagine if there was only one note in this world. How boring life would be without music. Don't be too afraid of differences until it blinded every senses.

Lies below only ten out of 103 adages of Saidina Ali Karamullahu Wajhah on the nature of silence and guarding our sayings;
The worst of sayings is blabbering.

Be aware of blabbering, for whose talk is abundant, his sins are abundant as well.

Be aware of the tongue, for it is an arrow that might astray.

 Hold on the silence, for the least good thing it can do is give safety.

Hear and you will learn, and be silent and you will be safe.

Treasure your tongue, like you do with your gold and papers.

Lessen the talk and you are safe from the blame.

Do not say what you do not know, but do not say everything you know.

Who has the sweet tongue shall have brothers in abundant.


The wise man is he who tied his tongue except for the mention of Allah.

Magnificent isn't it? This very adages seemed to be faded away from si botak's memory. This is the very silvery lining that si botak must seek each time bad incidents occur. Indeed there is a silvery lining in a cloud, isn't it? Si botak is grateful. We will continue learning in any situations. Alhamdulillah (Praise be for Allah). The Lord's gift is so great, right?
10 Responses
  1. WL Says:

    Salam adik Botak,

    Menulis pun umpama bercakap juga. Mungkin ada orang tersinggong dan terluka atau terasa.

    Bukan semua orang berfikiran terbuka. Banyak yang berskiap ego dan jumud.

    Kadang2 akak terasa menyesal,mengepos entri yang entah apa2 dalam keadaan marah dan tidak puas hati.

    Memilih untuk beerdiam kadang bernanah dalam hati dan memakan diri.

    T/kasih untuk entri ini.

    Dan ada lagu untukmu di blog Lily.

    :)


  2. Anonymous Says:

    teerima kasih moeha utk entry ni;))


  3. ummu Says:

    salam Moeha
    Terima kasih atas perkongsian ini.Hmm,,mesti almarhumah moyang Moeha seorang yang istimewa kan...
    bila baca entry ni,terasa ketukan syahdu di hati ini.teringat pula buku-buku tinggalan arwah moyang yang dah musnah,dek kerana tiada yang faham 'tulisan unik' itu.


  4. Maiyah Says:

    mmg indah pepatah, info yg menarik


  5. Assalamualikum anakanda botak....



    Semoga sihat...emosi dan jasmani!


  6. Anonymous Says:

    Salam,

    Muha,

    No worries please :). I hope the parcel reach you before Eid Adha.
    So you can celebrate 10 Zulhijjah 1430 with joy.

    Salam Aidiladha 1430 H.

    -AMN-


  7. mOEha Aziz Says:

    salam kak lily,

    itulah... mulai sekarang kena lebih berhati2 adik botak akak ni... p/s:tenkius utk lagu tu... hehehe :)



    salam jane,

    terima kasih kembali... :)




    salam um.masyitah,

    terima kasih kembali... almarhumah memang sangat hebat... biar dah hampir 8 tahun tinggalkan si botak, pesan dan sentuhan almarhumah masih jelas terasa... :)



    salam kak maiyah,

    alhamdulillah... :)



    salam cekgu,

    amin... :)



    salam anonymous,

    alhamdulillah... tak la risau sangat... jazakallahu khoiran... :)


  8. Kay Says:

    excellent blog entry, thanks.
    have a lovely day!
    take care.


  9. CT Says:

    Salam Muha

    Baru hari nie dapat kemari dan update blog...terima kasih kerana berkongsi cerita ini. Take care & Selamat Menyambut Hari Raya Korban!


  10. mOEha Aziz Says:

    salam kak kay,

    alhamdulillah... :)




    salam aunty CT,

    terima kasih kerana sudi singgah... :)


  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter