Saudaraku... My Kins...
Paya dituba ikan merana,
Pelang di lautan punahlah karam,
Saya mencuba tarikan pena,
Mengarang tinggalan khazanah silam.
Kesumba berseri kemuning digiling,
Pecah kelapa ditimpa jati,
Hamba mencari pusing keliling,
Entah berjumpa ketua sejati.
Pelang di lautan punahlah karam,
Saya mencuba tarikan pena,
Mengarang tinggalan khazanah silam.
....
Sampanlah nyonya merata terkapar,
Tunggullah delima di kerat kerat,
Janganlah hanya harta dikejar,
Kumpullah bersama bekal akhirat .
....
Kesumba berseri kemuning digiling,
Pecah kelapa ditimpa jati,
Hamba mencari pusing keliling,
Entah berjumpa ketua sejati.
....
Basahlah kuyup unggas di rimba,
Ribut nan sedikit menerpa di padang,
Lamakah hidup lantas berlumba,
Maut dan sakit kenapa diundang.
....
Maaf lah jika pantun pertama ini tidak sehebat dan setanding pantun Almarhumah Moyangku....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam,
Cubaan yang agak baik...lebih baik dari tidak mencuba :)
Semoga bahagia dik!
terima kasih kak... huhuhu
moga akak berlebih bahagia
memang satu cubaan yang baik..
yang pasti berkali-kali ganda lebih baik dari aku kalau cuba buat pantun..
syabas yerr..
huhu..ni kunjungan hormat melalui lompat lompat (sempena lompat buleh bakar kaleri dan lompat juga sinonim dengan pochong kan?)
ohh tak perasan pulak tuan hamba telah link dengan hamba..akan segera saya pautan blog saya ke laman tuan hamba..
:)
Salam rizal,
terima kasih..
akan cuba memperbaiki nya....
sukanye lompat lompat... tapi tak suka pocong... hehehe
Salam,
A very nice pantun indeed. Although I do not quite understand what "kasumba" and "kemuning" means. (Is it a type of flower?)
Nevertheless, I am not sure I will be able to write such a nice pantun myself. hehe
salam bluecrystaldude...
hehehe.. terima kasih.
kesumba n kemuning tu pokok...
i'm sure u bley... insyaallah