Saudaraku... My Kins...

Daging Berkuah Nanah - Pilihan Ramai Masakini (Siri 2)
Sedap agaknya! Oleh kerana itu, daging daging berkuah nanah ini makin hangat di pasaran. :) Tertanya juga mengapa perkara buruk makin diminati. Ada yang menjawab, ah, ini acuman si engkar yang terbuang dari Jannah! Ada benarnya. Namun, bukankah telah diturunkan kepada Muhammad sebuah manual yang lengkap sebagai cahaya penunjuk ke jalan yang benar?
....
Kitab itu (Al Quran) tidak ada keraguan di dalamnya, jadi petunjuk bagi orang orang yang bertaqwa (AlBaqarah; 2)
....
Ghibah atau perbuatan memakan daging saudara sendiri ini makin benar berleluasa. Saban hari ada saja cerita panas baru yang diterbitkan. Bukan sahaja dari aspek politik malah hampir dari semua sudut. Yang paling menarik perhatian adalah kisah kisah artis yang dipaparkan oleh media.
....
Artis L bergaduh dengan artis M. Artis Q nak kahwin artis D. Ada yang benar. Namun banyak pula yang di bawah kategori daging berkuah nanah. Macam macam cerita yang dikeluarkan. Macam macam bentuk ia dihasilkan. Apa yang menyedihkan, rancangan yang memaparkan isu ini biasanya ditonton oleh ramai orang sehingga mengatasi rancangan ilmiah.
....
Mengapa ini terjadi? Tak cukup dengan itu, golongan penghibur ini diangkat darjatnya menjadi idola (atau dalam bahasa Inggerisnya Idols yang membawa erti yang dipuja/berhala). Muhammad tiba di Mekah selepas Hudaibiyah dan terus menghapuskan berhala berhala. Kini muslim Malaysia menciptanya dengan pelbagai cara.
....
Mungkin akan ada yang berkata. Ah! Nak berhibur pun tak boleh! Nak lepaskan tekanan pun tak boleh. Bukankah ajaran ini lengkap lagi global. Yang Paling Mengetahui tak menyekat kreativiti. Malah di dalam kitabNya ada surah khusus bagi penyair (AsSyua'araa')? Namun, syair yang dimaksudkan hendaklah yang punya ciri ciri tertentu.
....
Menurut Adi Rumi, bahawa Yang Paling Tinggi dalam Surah Asy-Syu’araa menegaskan bahawa sasterawan yang baik, yang terpuji, yang mendapat keredaanNya iaitu sasterawan yang menghasilkan karya yang mengandungi unsur-unsur kebaikan dan kebenaran yang dicipta oleh penyair yang beriman dan beramal soleh. Unsur-unsur kebaikan dan kebenaran itu terkandunglah di dalamnya:

i. Kebesaran dan Kekuasaan Allah
ii. Kebenaran Rasulullah dari risalahnya
iii. Kebenaran Islam
iv. Tentang jihad
v. Amar makruf dan nahi mungkar.
....
“Sesungguhnya sebahagian daripada syair itu mengandungi hikmat.’’ (Hadis riwayat Bukhari dan Abu Daud).
....
Perjuangan di zaman Muhammad bukan sahaja di medan perang dengan menggunakan senjata, bahkan sebahagian pejuang-pejuang itu terdiri dari para penyair di medan sastera, mereka mempertahankan kebenaran ajaran Islam dan mereka mendakwahkan ajaran-ajaran Islam. Di antara para penyair yang terkenal yang berjuang bersama-sama Baginda itu ialah Hasan bin Thabit, Abdullah bin Ruwahah, Ka’ab bin Zubair, Ka’ab bin Malik dan lain-lain.
....
Tanyalah diri kita sendiri. Adakah itu ciri ciri penghibur yang sentiasa dipertutur semua? Apa itu ciri penghibur yang demi kerananya ramai sanggup berhabis ribuan ringgit mengundi agar idola ini memenangi anugerah popular?
....
Jika tidak kita sendiri hentikan semua ini maka acara acara dan rancangan rancangan yang menghidangkan daging berkuah nanah akan terus berleluasa. Semua ini harus mula diberi perhatian serius. Bagaimana nak tertegaknya syiarNya di bumi ini, jika manusia yang diagung agung?
....
Fikir fikirlah kita semua. Marilah saling berpesan agar tak jauh sangat kita hanyut. Sudahlah hanyut pendayung pula rapuh. Nanti kalau terlalu jauh, tak akan berjumpalah kita dengan tepian. Sebagai renungan diri ini dan semua yang bertandang, telitilah pesan Muhammad di bawah. Jika Baginda manusia maksum lagi terpuji tak mahu dipuja dan disanjung, patutkah kita menyanjungi insan lain secara berlebih lebih?
....
“Jangan kamu berlebihan dalam menghormatiku, seperti yang dilakukan kaum Nasrani ketika menghormati Isa ibn Maryam. Tapi memadailah kamu dengan mengatakan Muhammad itu hamba Allah dan Rasulnya”. (Riwayat Bukhari)
11 Responses
  1. Alex Madina Says:
    This comment has been removed by the author.

  2. Alex Madina Says:

    kalau untuk mengundi artis yg diminati, ramai sanggup mengeluarkan duit untuk megundi sms. berapa ramaikah di antara kita yang sanggup untuk sms bagi tujuan kebajikan...


  3. Restnrileks Says:

    hmmm.. memang betul..sekarang ni sediki2, hiburan dgn cherita sensasi yang dipanas2kan dan digambarkan. Kejayaan seseorang di dalam ilmiah kerr tak diambil sebagai sesuatu yang penting..jadilah kita nii sekarang masyarakat yang bersandarkan kepada hiburan semata-mata.. :(


  4. mOEha Aziz Says:

    salam alex,

    ramai juga yang sanggup kini.. tapi masih belum mampu menyaingi kehebatan sms untuk artis... :)


  5. mOEha Aziz Says:

    salam rizal,

    jangan sedih.. mari kita sama sama usaha agar masyuarakt kita akan berubah :)


  6. Amalina Says:

    salam,
    entri menarik, terima kasih.


  7. cakapaje Says:

    Salam Muha,

    Tag dah buat ye :)


  8. wah.. insap nye.. huhuuuu


  9. mOEha Aziz Says:

    salam kak,

    terima kasih... :) apa khabar nurul afiqah?


  10. mOEha Aziz Says:

    sala ya akhi,

    thnaks... menarik sgt2....


  11. mOEha Aziz Says:

    salam haaziq,

    saya pun terasa insap sbb tulisan ini juga byk menyedarkan saya... huhuhu


  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter