Saudaraku... My Kins...

Daging Berkuah Nanah - Pilihan Ramai Masakini (Siri 1)
Orang tanah ini memang suka pada kisah kisah sensasi. Artis X bersekedudukan dengan Dato' ?.. Menteri itu terima rasuah.. Ahli perniagaan ini ditangkap khalwat... Kisah kisah ini sering meniti dan menyebabkan ramai tauke tauke surat khabar tersenyum dari telinga kanan ke telingan kiri. Malah cerita cerita panas ini akan menyebabkan tauke tauke kedai kopi terkinja kinja kegirangan. Mana tidaknya, dengan berlakunya proses memakan daging saudara sendiri berkuah nanah, maka lakulah kopi kopi mereka, untuk membasuh tekak yang kering. Larislah akhbar mereka, untuk dijadikan bahan perisa sebelum memamah daging daging itu!
....
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
....
Tersebutlah pula lelaki yang merupakan kepala negara ini, telah punya dua suri hatinya. Seorang telah menghadap Yang Esa, seorang baru sahaja disunting. Malangnya kedua dua ratu hati lelaki ini tidak bertudung. Maka jadilah isu yang sering ditertawakan orang. Maklumlah lelaki ini seorang yang mengetahui dan memperkenal pula satu lagi cabang aliran ajaranNya. Tapi ratu hatinya mendedahkan aurat.
....
Soal samada lelaki ini gagal atau tidak sebagai kepala negara langsung tak berkaitan dengan soal dalam kelambunya, soal dalam rumahnya. Ada yang berkata, bagaimana nak pimpin orang jika isteri gagal dipimpin? Ada benarnya, tapi mari susuri tinggalan silam yang dititip buat kita dari Junjungan Mulia;
....
Nuh masih sempat memanggil anaknya agar segera menaiki kapal. Nuh berteriak teriak mengingatkan anaknya supaya jangan mengikuti jejak kaum kafir kerana hari tersebut tidak akan ada yang selamat dari ancaman banjir, kecuali yang dikasihai Allah sahaja (Surah Hud; 42-43)
....
Malah isteri Nuh dan Luth a.s juga ingkar kepada suami masing masing, firmanNya;
Allah telah membuat isteri Nuh dan isteri Luth menjadi perumpamaan bagi orang orang kafir. Keduanya berada di bawah bimbingan dua orang hamba yang soleh di antara hamba hamba Kami tetapi mereka berkhianat kepada suami mereka. Suami mereka tidak dapat berbuat apa apa dari seksaan Allah. Kepada mereka dikatakan;"masuklah kamu ke dalam neraka bersama sama orang lain yang masuk" (AtTahrim; 10)
....
Jika Nuh a.s dan Luth a.s, dua orang pembimbing, wakil Yang Maha Penyayang di muka bumi ini juga tidak berhasil membawa isteri dan anak baginda ke jalanNya. Bagaimana pula lelaki ini yang hanya manusia biasa seperti kita? Nuh a.s berdakwah selama 950 tahun, bagaimana pulalah lelaki ini yang hanya berapa tahun sahaja bersama suri surinya?
....
Jangan terus terusan menggunakan keaiban orang demi meraih perhatian. Jika dirasakan lelaki ini dan timbangannya sudah tidak lagi upaya mengimbangi tanah ini, pihak yang ingin menumbangkan mereka hendaklah berhenti bercakap, bertempik, lalu buktikan dan tunjukkan jalan yang terbaik buat warga tanah ini. Kepada mana mana pihak, pihak penimbang, pihak bulan mengambang, pihak bulan sabit terpecah... Jangan jadikan Daging Berkuah Nanah ini sebagai makanan untuk meraih sokongan!
3 Responses
  1. Anonymous Says:

    Setuju!

    Suatu masa dulu, seorang teman pernah mengingatkan "Jangan jatuhi hukuman tanpa pengadilan..."

    Rasanya hari ini ramai yang gemar ambil jalan pintas. Benci, caci, keji kini bermaharajalela, pemimpin yang bijak umpama hilang kuasa. :)


  2. cakapaje Says:

    Salam Muha,

    Terima kasih :)


  3. mOEha Aziz Says:

    salam aneem,

    sangat benar.. saya juga rindu kepada pemimpin yang bijak.. kita ramai pemimpin yang pandai bercakap, terlalu pandai... sedang kita perlu pemimpin yang bijak atur strategi dan bijak dalam berkata kata...

    salam shah,

    terima kasih kembali


  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter