Saudaraku... My Kins...

Antara Freemason & Kita
Tersenyum pagi pagi. Seorang sahabat yang lama menghilang, tiba tiba muncul. Maklumlah belajar jauh nun di Amerika. Orangnya sangat periang dan jika berborak berdua pasti tak kering gusi.
....
Sahabat ini bagaikan hujan, kata Mem Besar. Benar sekali. Bawa rahmat dan kesenangan pada manusia. Namun kadang kadang boleh juga bawa bah. Besar sungguh aturanNya. Sahabat boleh bawa bahagia, boleh juga datangkan duka. Namun kita tak boleh hidup tanpa sahabat.
....
"Dan (Allah-lah) yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada dibumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka "(AlAnfal : 63)
....
Apa yang penting ialah Hablum minan Nas (kasih sesama manusia) yang juga akhirnya membawa kepada ukhuwah islamiyah, ukhuwah Basyariyah (sesama manusia tak kira agama) dan ukhuwah wathaniyah (warga senegara tak kira agama).
....
Sedang rancak berbual dengan sahabat tadi, dia tiba tiba menimbulkan isu Freemason. Pasti ramai yang tahu mengenai pertubuhan ini. Bagi yang tidak tahu, Freemason merupakan persaudaraan atau fraternity (yang diambil dari bahasa Latin yang bermaksud saudara lelaki, jika perempuan dipanggil sorority). Ada yang mengatakan ia pertubuhan rahsia dan tak kurang yang mengatakan ianya pertubuhan biasa yang penuh rahsia.
....
Bagi yang menonton filem King Solomon's Mines, Indiana Jones, The Librarian, National Treasure, pasti tahu tentang pertubuhan Freemason ini. Ada yang mendakwa Freemason wujud sedari zaman Solomon (Sulaiman a.s) Mason bermaksud tukang batu yang kononnya mereka percaya terlibat di dalam pembinaan Kuil Solomon di Baitul Maqdis. Ini membawa kepada kepercayaan mengenai kewujudannya.
....
Ada pula yang mengatakan bahawa Freemason berasal dari Eropah di awal kurun ke 12. Katanya mason (tukan batu) yang mahir telah datang dari Mesir ke Eropah dan bina banyak bangunan terutamanya istana dan gereja. Salah satu yang kian popular kini ialah Rosslyn Chapel di Scotland yang dibina oleh Sir William St. Clair (seorang Master Mason) pada 1446. Gereja kecil ini jadi popular akibat cerita hangat Da Vinci Code yang ditulis oleh Dan Brown dan dah dijadikan filem.
....
Tapi bukan itu yang menarik perhatian. Yang menarik perhatian ialah bila sahabat yang beria ia menceritakan tentang Freemason ini bercerita tentang puisi puisi lama yang menjadi asas kepada Freemason. Antara yang tertua ialah Regius Poem (Puisi Regius) yang dikatakan ditulis sekitar 1390. Puisi ini menceritakan tentang Euclid, ahli matematik Mesir purba yang berjaya menemui pengiraan geometri.
....
Perbualan tamat. Sahabat lama nak menghubungi rakan rakan lain pula. Hati ini terdetik. Ramai lagi yang mungkin tahu tentang semua ini dan tahu tentang puisi Orang Barat. Semua pelajar tingkatan empat sekarang pun hafal Sonnet 18 (tulisan Shakespeare).
....
Adakah anak Melayu sekarang tahu tentang puisi Arab Mu'alakat (Tujuh Puisi yang Tergantung di Kaabah) sebelum Islam. Bait Syair Labid yang namanya termaktub dalam hadith sahih yang dirawi oleh Imam Muslim;
....
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Dari Nabi saw. bahwa beliau bersabda: Bait syair (puisi) paling bagus yang pernah diucapkan oleh orang-orang Arab adalah bait syair Labid: Ketahuilah, segala sesuatu selain Allah adalah batil
....
Kenalkah kita dengan puisi Imam As Syafi'e mengenai penerimaan takdir (maaf saya hanya ada versi bahasa Inggeris sahaja, tak berani nak alihbahasa);
Not always wealth, not always force,
A splendid destiny commands;
The lordly vulture gnaws the corse
That rots upon yon barren sands.

Nor want nor weakness still conspires
To bind us to a sordid state;
The fly, that with a touch expires,
Sips honey from the royal plate.
....
Bait bait syair Ibnu Al Mubarak, antara yang paling terkenal iaitu mengenai malam;
Ketika malam gelap menyapa mereka
Berlalu sementara mereka asyik ruku kepada Tuhannya
Rasa takut telah mengganggu tidur mereka
Sehingga mereka terbangun
Maka orang yang damai dalam hidupnya di dunia adalah
Orang yang ahli tahajjud
....
Banyak lagi puisi ciptaan Muslim yang bagus bagus antaranya yang berkaitan Sufi. Karangan yang baik adalah daripada Al Ghazali seperti Mishkat Al Anwar. Karangan Umar Khayyam iaitu Rubayyat.
....
Karangan tersohor dari Iran, Maqamat ditulis oleh Badiulzaman al Hamadhani. Dan banyak lagi puisi puisi di zaman Muawiyah, Abbasiyah, Mamluk, dan Uthmaniyah.
....
Puisi cinta Islam juga sangat hebat. Yang paling hebat ialah kisah cinta, Qays ibn al-Mulawwah ibn Muzahim dengan Layla bint Mahdi ibn Sa’d yang akhirnya lebih dikenali sebagai kisah Laila Majnun (Yang menggilai Laila). Kisah cinta ini ditiru oleh orang Itali dan dijadikan epik mereka yang digelar Romero and Guiletta yang akhirnya dialihbahasa pula oleh Shakespeare jadilah Romeo and Juliette.
....
Mungkin seni penulisan terutamanya penulisan lirik lagu di Malaysia akan lebih menarik sekiranya penulis kita kenal akan puisi puisi Arab dan puisi puisi Islam. Orang Arab sangat mahir berkata kata, sehingga di awal dakwah Muhammad, Baginda berwaspada dengan penyair Arab, Zuhair (yang puisinya turut tersenarai antara tujuh yang tergantung di Baitul Atiq).
....
Dari puisi Arab dan Parsi, lahir pula karya Melayu Lama seperti Hikayat Iskandar Dzulkarnain, Hikayat Seibu Satu Malam, Hikayat Bayan Budiman, Hikayat Amir Hamzdah, Sulalatus Salatin, Bustan Al Katibin, Taj us Salatin dan banyak lagi. Lihat saja hasil karya orang dulu dulu yang cantik amat bahasanya dan menarik benar penceritaannya. Ini kerana asasnya adalah karya dari Timur Tengah.
....
Kenapa tak kita juga menjenguk jenguk karya karya ini. Janganlah kita mahir Sonnet Shakespeare, puisi Rudyard Kipling dan sajak Rabindranath Tagore saja. Sangat rugi. Sebab Orang Barat lebih mahir tentang karya Islam dan dapat manafaat pula. Mereka kaji Rubayyat tulisan Umar Khayyam dan mereka dapat belajar kimia. Mereka mahir tentang Qanun Fi al Tib nukilan Ibnu Sina dan mereka jadi pakar perubatan. Kita?....
6 Responses
  1. Restnrileks Says:

    salam moeha,

    seperti biasa.. kandungan tulisan begitu memberangsangkan minda..

    analogi ni..lebih kurang laa, tanya siapa penyanyi af? hampir semua tahu.. tanya, cendiakawan..tak ramai tahu..

    syabas..syabas..

    rasanyer rizal dah jumpe blog untuk santapan minda rizal.. :)


  2. mOEha Aziz Says:

    salam rizal,

    betul betul betul... tanya jer sape artis, pemain bola.. semua kenal... hehehe

    tak salah, tapi biar la seimbang... :)


  3. Anonymous Says:

    biasalah...org kita cekap berkata takpa...biarlah. bukan rezeki kita. rezeki secupak takkan jadi segantang. tapi mereka lupa

    "Tidakkan berubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubahnya sendiri"


  4. mOEha Aziz Says:

    salam ady,

    betul tu... kita kena usaha dulu baru bertawakkal.. terima kasih atas ingatan tu... tak lah saya akan leka...


  5. cakapaje Says:

    Salam Muha,

    Hanya nak komen sikit mengenai freemason itu: ianya satu pertubuhan yang dikaitrapat dengan zionisma - bukan zionisma yahudi, tapi zionisma kriten. Saya diberitahu mengenai ini oleh seorang sahabat - Ustaz Maszlee, link di blog saya.

    Walaupun ramai yang menganggap Ustaz Maszlee agar kontroversi, namun pengetahuan dia mengenai perkara zionisma ini agak mendalam.


  6. mOEha Aziz Says:

    salam ya akhi...

    menariknya... muha akan pegi ke blog ustaz ni... Rasulullah mula mula pun dianggap kontroversi kan? :)


  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter