Saudaraku... My Kins...
Si botak tersenyum. Baru menerima satu panggilan dari seorang sahabat yang tak mahu namanya disebut. Berborak serta berbincang panjang tentang pelbagai isu serta perkara.
Antara yang menarik ingin si botak kongsi adalah perbincangan mengenai sebuah tulisan yang diceritakan kepada si botak oleh seorang lagi teman. Ianya adalah yang diambil daripada sebuah kitab ajaran Tao iaitu; 道德經; 道德经; Dàodéjīng; Tao Te Ching.
Kami berbincang mengenai satu perenggan di bahagian 'rendah diri' iaitu salah satu aspek penting yang diterangkan secara mendalam oleh 老子; Laozi; Lao Tse; Lao Tzu, penulis kitab ini yang akhirnya diangkat menjadi dewa atau wali oleh penganut ajaran Tao.
Dia yang rendah diri akan terpelihara seluruhnya. Dia yang bengkok akan diluruskan. Dia yang kosong akan dipenuhi. Dia yang lusuh akan diperbaharu. Dia yang punya sedikit akan berjaya. Dia yang ada terlalu banyak akan sesat.
Satu nasihat yang sangat berguna bukan? Si botak ulang kepada diri sendiri. Tak kira dari punca mana sekalipun. Nasihat yang baik, si botak rasa rugi jika tak dikongsikan. Apatah pula ianya tidak bertentangan dengan akidah.
Si botak terus tersenyum mengenang perbualan sebentar tadi. Jika tak kerana si dia menelefon, pasti si botak terlupa akan apa yang pernah si botak kongsi bersamanya satu masa dahulu. Si botak dah hampir lupa akan perenggan perenggan yang pernah si botak hafal. Terima kasih daun keladi, sahabatku.
..................................
Si botak smiles. Just received a call from a friend who refused his or her name to be mentioned. Talked and discussed on several issues.
One thing in particular that si botak would love to share was a discussion on a writing told to si botak by another friend long ago. It was regarding a Tao holy book; 道德經; 道德经; Dàodéjīng; Tao Te Ching.
We talked on one specific paragraph in the humility chapter, which deeply explained by 老子; Laozi; Lao Tse; Lao Tzu, the author of the above mentioned book, he whom celebrated as god or saint by the Taoist.
He that humbles himself shall be preserved entire. He that bends shall be made straight. He that is empty shall be filled. He that is worn out shall be renewed. He who has little shall succeed. He who has much shall go astray.
A piece of useful advice isn't it? Si botak repeatedly telling himself. Doesn't matter what the source is. A good advice, si botak would consider as wasteful if not shared. Lest it is not against our faith.
Si botak keeps on smiling thinking of the conversation. If it wasn't because of the call, si botak would definitely forgotten of what once shared to him or her. Si botak almost forgot chapters once memorised by heart. Thanks a million, my dear friend.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
rendah diri xpe
tp
jgn merendah2kn org lain
or jgn merendah2kn diri sndri~
salam bro..apa kabar...muga sihat yea...
(^_^) have a great day!
salam rol,
terima kasih... satu ingatan yg baik... :)
salam arsaili,
alhamdulillah... apa juga khabar kamu?
salam kay,
terma kash daun keladi... :)
hi there,
thank you. it's a surprise to find a malay to write and to appreciate tao's scripture.
keep on writing. u r different. i've seen islam in new perspective thanks to u.
steven ling
hi steven,
thank you... 'm glad u enjoyed the simplest things i'm doing...
moeKajang,
sama-sama :)