Saudaraku... My Kins...

Melayu Jahiliah?... Jahiliyyat (Barbaric) Malays?...
Si botak termenung jauh sebelum dapat mencatatkan tulisan ini. Segala perasaan bercampur. Bukan mudah untuk si botak tulis pada kali ini kerana ia adalah amanah dari Kekanda Tikus. Kekanda si botak yang seorang ini, walau tegas tutur dan tingkahnya, namun hatinya lembut amat. Mudah tersentuh.


Dua tahun yang lalu, 'pakaian' (sila rujuk Al-Baqarah ; 187 ) Kekanda Tikus telah tewas pada desakan serakah dan akhirnya hampir tercetus peristiwa hampir serupa dengan apa yang terjadi saat jahiliah. Kekanda Tikus dengan berat hati, bersetuju berkongsi 'pakaian' beliau itu dan akhirnya tidaklah terjadi satu peristiwa yang menyayat hati.


Baru baru ini pula di sebuah rancangan di TV3 dan akhbar kosmo! memaparkan pula kisah penemuan mayat bayi di Teluk Bahang yang telah dirobek robek oleh sang gagak. Maka Kekanda Tikus, mohon agar tulisan ini dipaparkan dilaman Anak Pak Aziz (beliau juga anak Pak Aziz, maka turut berhak ke atas laman ini).


Dengan berat hati si botak cuba tunaikan permintaan yang satu ini. Bukan si botak tak kisah tetapi lebih kepada terkedu. Terlalu terkejut, marah, geram dan benci akan perbuatan membunuh ini, sehingga lidah menjadi kelu, otak menjadi kaku.


Semua antara kita pernah ke sekolah. Pernah mengikuti kelas pengajian Fardhu Ain (sekarang digelar KAFA), pernah belajar bab sirah di kelas Pendidikan Islam. Si botak pasti pembaca muslim yang bukan dari Malaysia juga tahu akan hakikat ini. Arab Jahiliah sewaktu belum terbit Nur Islamiyyah, terutama dari Bani Tamim, menanam anak perempuan hidup hidup! Malah Saidina Umar Al Khattab juga pernah berbuat demikian tetapi sebelum melafaz ikrar suci, kalimah syahadah. Kini setelah hampir 1400 tahun sejak Muhammad SAW menerima wahyu pertama di Gua Hira', masih ada rupanya pembunuhan kejam sebegini.


Si botak mungkin faham akan perasaan si ibu yang sanggup membunuh anaknya sendiri ini. Banyak yang difikirkan mereka sebelum mengambil keputusan untuk menjadi pembunuh. Mereka mungkin memikirkan malu terhadap masyarakat. Mereka mungkin memikirkan nama baik keluarga.


Namun si botak ingin bertanya, Tak malukah kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa? Kenapa tak fikir soal maruah dan nama baik sebelum dengan murah hati menyerah diri pada nafsu?


Si botak mungkin juga faham akan perasaan si bapa yang sanggup berdiam diri dan lari daripada tanggungjawab ini. Mereka mungkin berfikir bahawa anak yang dikandung mungkin bukan anak mereka (alasan lari dari tanggungjawab yang paling klise), mungkin takut dengan penerimaan masyarakat, malah mungkin juga saja saja tak mahu betanggungjawab kerana yakin bahawa sempat bertaubat nanti, maka berseronoklah dahulu semasa muda.


Si botak nak juga bertanya, Tak bolehkah mengaku dan bertanggungjawab (meskipun benar bayi dalam kandungan tu bukan benih sendiri) atas niat untuk menyelamatkan si kecil dari dirobek sang gagak? Tak bolehkah betanggungjawab dan sama sama membimbing si gadis (dan diri sendiri) ke jalan yang diredhai?


Si botak tahu akan betapa kuatnya desakan nafsu. Si botak juga manusia. Meskipun cacat namun tetap ada keinginan syahwat. Cubalah bersabar. Sibukkan diri dengan pelbagai urusan. Aktifkan diri dengan aktiviti berfaedah seperti bermain futsal, buat kerja sukarela dan sebagainya. Jika dah tak tertanggung, melancap saja. Daripada berzina, kemudian berbohong dan akhirnya membunuh. Tiga dosa besar dah dilakukan semata mata mengejar nikmat yang sebentar.


Buat adik adik di luar sana. Percayalah, Tuhan itu Maha Adil, akan tiba masanya untuk setiap umatNya merasai nikmat yang sebentar itu. Belajar dahulu, libatkan diri dengan aktiviti berfaedah yang diminati dahulu, kumpul duit dahulu, kemudian barulah cari pasangan hidup. Tak perlulah terlalu taksub mencari pasangan sampai asyik berjumpa. Nak kenal hati budi mulanya, lama lama nanti, dari mata turun ke tangan, dari tangan terus merayap, kemudian akhirnya akan membunuh bayi yang tak berdosa.


Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.

(AnNisa':29)


..................................................................


Si botak was way out of this world before writing this entry. All were mixed up inside. It is not easy for si botak to write this time, as it was a huge responsibility rested on this shoulder by Kekanda Tikus. This big sis of si botak, though speaks and conducts herself firmly, has the softest heart. Easily touched by anything.


Two years ago, Kekanda Tikus' 'raiment' ( do refer to Al-Baqarah ; 187 ) had been succumbed to the raging lust and almost caused an abominable act as conducted during the dark age of Arab (the jahiliyyat time, before the rise of Islam). Kekanda Tikus was forced to share her 'raiment' and finally the monstrous act was prevented.


Recently, there was a show on TV3 and kosmo! daily newspaper highlighted a touching incident occured in Teluk Bahang where there had been a baby's corpse ravaged by crows. Thus, Kekanda Tikus, have asked this entry be published on Anak Pak Aziz's page (she is also Pak Aziz's offsprings, hence equally entitled over this page).


Sadly si botak tries to fulfill this request of hers. It's not like si botak doesn't care yet it's more like a numbness inside. Too much shocks, rages, and hatreds have caused the brain to freeze.


All of us had been to school. Here in Malaysia, moslems had attended the Fardhu Ain class (now known as KAFA), had learned the history chapter in Islamic Study. Si botak is also sure, moslems out of Malaysia are also aware of the state of Arab during the jahiliyyat era. Where by before the rise of Islam, most of the Arabs, especially those from Bani Tamim, tend to bury their daughters alive! Even our second Khalifah, Saidina Umar Al Khattab had done so, before he took the pledge of syahadah. Now after almost 1400 years after Muhammad SAW received the first verse in Hira' Cave, there are still this montrous murder occuring.


Si botak might understand the mothers' feeling, those whom have the guts to kill their own babies. There are a lot to think of, to consider, before decided to become a murderer. They might have thought of the humiliation and family honours.


Yet si botak would love to ask, Don't they have any shame towards The Lord? Why don't they think of humiliation and good name and family honours before surrender to their lust and desire?


Si botak might also understand the father's feeling, those whom chose to run from responsibilities. They might have thought about the uncertainty arised of whether the baby really is their ofsprings (the most clichés defense as to run from responsibility), might as well scared of the public acceptances, or maybe chose to run for thinking they are still young, why waste it on responsibility for they could repent in the future.


Si botak would also like to ask, can't they choose to take the responsibility (though it is true it's not their child) so that they could save the poor baby from being ravaged by crows? Can't they take the responsibility dan together (with the girl) finding the blessed path?


Si botak knows how hard it is the drum of lust beating inside. Si botak is also human. Though disabled still has sexual desire. Try to be patient. Make self busy with all sort of stuffs. Be active with beneficial actvities such as joining futsal, do volunteer works, and so on. If still the desire is unbearable, masturbate. Better than committing adultery, then lying as to cover it and finally murdering an innocent soul. There would be a change committing three greatest sins as to enjoy just a brief of excitement.


To youngsters out there. Believe it, The Lord is The Most Just and Merciful, there will be time for all people to experience the brief excitement. Studying first, enjoy ones' hobby, saving, then look for companion. Don't have to be too eager in finding the better half, till keeps on having a date. Instead of trying to get to know oneself better, it will finally moved on to the next level and finally a murder of an innocent baby is committed.

O ye who believe! Squander not your wealth among yourselves in vanity, except it be a trade by mutual consent, and kill not one another. Lo! Allah is ever Merciful unto you.

(AnNisa':29)

7 Responses
  1. Tulisan yang cantik lagi berhikmah. Nanti sama-sama kita sebarkan ya.

    Insyallah!

    Allah swt menolong insan yang mahu menjaga agamanya.

    Salam !


  2. Kay Says:

    sampaikanlah walau satu ayat
    sampaikanlah walau satu kalimat...


  3. Anonymous Says:

    hi there,

    first i would like to thank you. i learn a new word today. raiment.

    secondly, this is so brilliant. you are an empath. you understand the feelings of those who committed the scene.

    steven ling


  4. mOEha Aziz Says:

    salam kak lily,

    terharu sungguh adik botak... terima kasih kak... :)


  5. mOEha Aziz Says:

    salam kay,

    hanya ni yang termampu dilakukan si botak... harap kay bimbing si botak juga... :)


  6. mOEha Aziz Says:

    hi steven,

    im glad u learn sumthing out of this little writing... :)


  7. a Says:

    moeKajang,
    aku pun ada membincang isu dengan kawan-kawan sekampus
    semakin akhir zaman semakin jahil umatnya
    astaghfirullah
    huhuhu
    (masih banyak amal ibadah yang perlu dilaksanakan oleh diri ini)

    p/s: kenyataan berani tapi benar > Jika dah tak tertanggung, melancap saja.. (tersengih aku membacanya)


  • Jangan menjerit tapi berbisiklah... Don't shout yet do whisper...


    ShoutMix chat widget

    Siapa tu?.. Who's there?..

    Yang Bertandang... Visitors...

    Website counter