Saudaraku... My Kins...
Si botak berang. Memuak rasa ini, bagaikan ombak mengganas di bibir pantai. Si botak rasa mual dengan sikap pura pura terhadap OKU.
Alkisah, ada seorang sahabat si botak yang masih menuntut di OUM (bersama sama Kak Lily). F namanya (bukan nama sebenar). Dia bertandang ke teratak si botak sebulan lalu. Membawa khabar gembira; dia kini bergelar pengusaha kecil bersama seorang rakan yang baik hati.
Alkisah, ada seorang sahabat si botak yang masih menuntut di OUM (bersama sama Kak Lily). F namanya (bukan nama sebenar). Dia bertandang ke teratak si botak sebulan lalu. Membawa khabar gembira; dia kini bergelar pengusaha kecil bersama seorang rakan yang baik hati.
F dengan senang hati mencerita bahawa Pusat Zakat Selangor telah membantu perusahaan mereka dengan menyuntik sedikit wang bantuan. Syukur kepada Tuhan.
Tadi F telefon. Suaranya tersekat sekat. Si botak berdebar debar. Yakin bahawa ada masalah yang bertandang. Rupa rupanya rakan kongsi F telahpun menyingkirkan dia dari perusahaan mereka. Habis madu OKU akan terbuang! Memang klise. Namun klise takkan berhenti daripada mendampingi OKU!
Si botak minta F yang kini berada di kampung agar datang ke teratak si botak. F harus melaporkan insiden ini kepada Pusat Zakat Selangor. Bekas rakan kongsinya yang bedebah dan tak malu pada Yang Maha Esa, itu harus memulangkan semula hak F! Hak OKU yang dia cuba makan secara haram!
Si botak teringat pesanan Imam Ali Karamullahu Wajhah, "Mereka (yang hipokrit) telah menjadikan syaitan tuan, dan telah menerima syaitan sebagai teman. Syaitan telah bertelur dan menetas di dalam dada mereka. Syaitan menyusup dan merangkak di dalam pangkuan mereka. Syaitan melihat melalui pandangan dan bercakap melalui lidah mereka. Melalui cara ini syaitan telah memacu mereka ke arah dosa dan menghiasi mereka dengan perkara perkara cabul seumpama seseorang yang didampingi syaitan dan bertutur kata kata dusta melalui lidahnya."
Si botak mohon. Tolonglah berhenti menggunakan OKU atau mana mana golongan yang sepatutnya kita jaga. Kami, OKU, bukan mengharapkan disuap atau dimanjakan. Cukuplah sekadar mendapat sedikit bantuan di dalam usaha meneruskan kelangsungan di atas muka bumi ini. Hentikanlah perbuatan bacul ini! Janganlah mengangkat Ia yang terbuang (syaitan) menjadi teman dampingan.
............................................
Si botak is enraged. It is boiling and ravaging inside. Si botak is getting sick with hypocracy towards The Disabled.
There is a friend of si botak, whom still studying in OUM (together with Kak Lily). His name is F (fabrication only). He came to si botak's hut almost a month ago. Brought with him one great news; he is now a small entrepreneur with a kind friend.
F gladly told that Pusat Zakat Selangor (Selangor Alms Center) had helped them by injecting some amount of financial support. Thank God.
F called just now. He stattered. Si botak was pounding inside. Convinced there was trouble. Indeed it was, F's partner got rid of him. The Disabled is thrown out after being used! It is clichés. Yet the word clichés never fail to be with The Disabled!
Si botak asked F who currently in his kampung to come to si botak's. F must report this incident to Pusat Zakat Selangor. His good for nothing and has no shame over God ex partner, must return back what was originally belonged to F! The Disabled's right that he foully tried to swindle.
Si botak remembers a strain of advice from Imam Ali Karamullahu Wajhah, "They have made Satan the master of their affairs, and he has taken them as partners. He has laid eggs and hatched them in their bosoms. He creeps and crawls in their laps. He sees through their eyes, and speaks with their tongues. In this way he has led them to sinfulness and adorned for them foul things like the action of one whom Satan has made partner in his domain and speaks untruth through his tongue."
Si botak begs. Please stop using The Disabled or any needy, those who ought to be taken care of by able bodied. We, The Disabled, never hope to be fed or spoilt. It would be enough if we could get a little bit of help in surviving. Stop this shameful acts! Don't take the fallen one (satan) to be one's companion.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hi there,
y am i not surprise. there r a lot of others out there who love to take advantage.
they need to be reprimanded or this situation wll never end.
steven ling
Salam Adik Botak,
Kak Lily sungguh bersimpati dengan F. Hari itu dia ada berjumpa akak.Gembira sungguh dia bercerita tentang perniagaannya. Katanya, sekurang-kurangnya, dia lebih bebas dan tidak lagi dihina.diperli-perli oleh pegawai-pegawai JKM(yg prihatin amat) tempat dia tiggal dia dulu. Alih-alih begini sudahnya.
Akak tiada no phone F.Nanti akak call kamu ya. Kesiannya dia.Menitik air mata di pagi-pagi hari begini...
sebenarnya semua itu adalah milik Allah yang dipinjamkan dan dipertanggungjawabkan sementara kepada kita untuk menguruskan sesuai kedudukan kita sebagai khalifah Allah di bumi ini.
kay faham perasaan itu tapi yakinlah setiap perbuatan baik dan buruk itu ada balasannya... cash di dunia ini juga.
hi steven,
thanks for dropping by. they should b reprimanded... !!!
salam kak lily,
itulah dia, panas yg F harapkan sampai ke petang rupanya hujan tak sampai tengahari pun... :(
salam kay,
betul tu... malangnya tak ramai yg mahu sedar bahawa segalanya bukan milik kita...
kami sebolehnya tidak mahu saudara kami ditimpa bahana... :(
moeKajang,
KEJI!
perkataan yang paling sesuai buat rakan kongsi F itu
bukan mahu terus memberi penilaian tanpa usul periksa
tetapi sesungguhnya tindakan dia itu memang BACUL!
kepada F, semoga Allah mempermudahkan kehidupan anda
waaAllahhualam
upset baca entry nih.masyarakat selalu memandang hina bila OKU nak berdikari.dan ramai yg ambil ksempatan.
namun,teruskanlah berbaik sangka pada Allah...Ujian demi ujian ini kan mendapat ganjaran dariNya andai kita terus sabar