Saudaraku... My Kins...
....
Sesudah sepekan si botak tidak muncul. Ke kampung si botak pulang mengadap kedua batu jemala junjungan hati. Setinggi syukur buatNYA kerana kedua mereka sangat sihat dan berbahagia saja. :)
....
Sesudah sepekan si botak lari dari kecanggihan cetusan akal manusia. Ke kampung si botak berlari mendakap damai yang tak pernah terhakis. Setinggi syukur buatNYA kerana di sana tetap macam dahulu kala.
....
Sesudah sepekan si botak hilang dari kota penuh cabaran. Ke kampung si botak terbang mengejar cebis cebis mimpi yang kian carik. Setinggi syukur buatNYA kerana cebis cebis itu terkumpul di laman desa nan ditinggal.
....
Kini si botak timbul. Kini si botak kembali. Kini si botak melayang kemari. Dengan kantung yang kian kosong dek asakan emas hitam yang kian melonjak. Si botak yakin segalanya akan membuak buak. Namun si botak tetap yakin bahawa Yang Paling Pemurah akan tetap menaburi rahmat dan rezekiNYA.
....
Si botak tersentap juga dengan terjahan yang tiba tiba ini. Si botak bergaji tak mencecah 4 angka pun. Pasti akan tergugat dan berubah banyak perkara. Si botak membuak!
....
Apalah yang difikirkan oleh mereka yang diangkat jadi khalifah ini? Namun si botak sejuk apabila Mem Besar dan Encik Boss (Mama & Apak) titipkan pesan ini;
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dalam hadis-hadis Baginda banyak menekankan mengenai amalan berjimat cermat, tidak membazir dan boros untuk diamalkan dalam kehidupan umat Islam, lebih-lebih lagi rasanya adalah bersesuaian bagi setiap kita mempunyai sikap sederhana dalam setiap tindak-tanduk termasuk berhemat dan berpada dalam perbelanjaan sehari-hari.
....
Si botak harap semua pakat pakat berusaha mengawal diri dan nafsu. Mari mohon padaNYA agar orang orang yang tak layak bergelar ketua diingatkanNYA. Biar mereka yang terlupa ini sedar bahawa amanah bukan perkara kecil.
....
Sesudah sepekan... Si botak kembali kini! :)