Saudaraku... My Kins...
Kata Tok Nyang, kalau rama - rama masuk rumah, ada orang jauh nak datang. Masa dulu - dulu, pantang ada rama - rama yang tersesat ke dalam teratak kami, mesti rasa senang hati sebab memikirkan ada tetamu bakal bertandang.
....
Siang tadi, tak ada rama - rama pun yang sesat atau menjengah ke puncak kenaria ini, tetapi telefon yang berdering. Si botak ingatkan suara Kekanda Along atau Mem Besar yang akan menyerikan hari.
Siang tadi, tak ada rama - rama pun yang sesat atau menjengah ke puncak kenaria ini, tetapi telefon yang berdering. Si botak ingatkan suara Kekanda Along atau Mem Besar yang akan menyerikan hari.
....
Rupa - rupanya, suara Encik Arsaili orang jauh, yang berkumandang. Seronok benar si botak. Bersiap awal - awal. Menanti. Sungguh tak sangka, tanpa rama - rama, si botak senang hati macam dulu - dulu.
....
Akhirnya tetamu yang dinanti tiba bersama suri hatinya, Dr Azlin. Encik Arsaili bawakan ole - ole dari Australia yang si botak rasakan mesti cantik. Senang sungguh hati si botak.
....
Tapi kini si botak sayu pula. Mana pergi rama - rama? Dapatkah anak cucu kita yang bakal bertebaran di muka bumi ini tengok rama - rama satu hari nanti?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kena tengok dekat taman rama2. hehe.
glad to have u back, moeha!
salam moeha..
whuuhuuu.. akhirnya jumpa juga dengan incik arsaile.. Bagusla....
so far rizal pun pernah jumpa bersemuka baru dua orang..
Tuu yang atas tuuu sorang.. Mangosteenskin dan sorang lagi Kak Emila..
yang lain2 rizal nyorok2..hahaha
selamat hari minggu yerr..
Salam Muha,
Kalau ikut orang Melaka pula, dan kebetulan orang Phillipines, rama rama membawa rezeki. Tapi ye lah, tetamu juga dikira rezeki juga kan?
Sayang sekali, dengan kealpaan menjaga alam flora, diri kita di generasi ini turut akan merasa kehilangan dan bencana alam sekitar.
salam muha..terima kasih menerima kedatangan kami...walaupun rumah org bujang, tetap dijamu dengan pelbagai minum petang...InsyaAllah kita ketemu lagi, be strong. Pulang dengan rasa gembira dapat berjumpa dan pulang dengan hati terusik mengenangkan nasib si botak...Allah tetap bersamamu!
Salam Moeha,
Lama tak dengar berita... Ni orang jauh singgah nih. Hehe.. Semoga sihat2 belaka.. Kami sentiasa mendoakan kesihatan Moeha..
Haaziq aka Bluecrystaldude
P/S: Rama- rama sungguh cantik sekali. Tapi kadang kala dikotori mengaitkannya dengan najis pelacuran. Hehe
Muha... it was soooo nice talking to you.
I miss you a lot.
It's great that you still write:-)